Kerana geram, tidak terluah apa yang terbuku di dalam hati Mariam. Membukit rasa simpati terhadap adik angkatnya itu. Geram sungguh dia dengan lelaki itu yang sanggup mengasari adik angkatnya.
“ Tolong kak Mariam. Saya dah tak sanggup nak bersemuka dengan mereka lagi. Dia menceraikan saya dengan bersaksikan keluarga saya. Buat apa saya nak melutut depannya lagi. Dia hina saya. Dia buang saya macam sampah. Terasa seperti maruah diri saya ini dipijak-pijak olehnya. Sampai hati dia buat saya begini cikgu.”
Aku menangis teresak-esak. Bagai mahu pecah dadaku menahan sebak bila memgenangkan perbuatan Ammar padaku di malam laknat yang meragut semua kebahagiaan aku. Malam yang telah memisahkan aku dengan keluarga yang aku sayangi. Malam yang telah memusnahkan segala yang aku impikan. Kenapa semua ini harus terjadi?
“ Bawa mengucap Dayana, tak baik kalau kamu kata begitu. Insya Allah tentu ada jalan penyelesaiannya. Kita bawa berbincang dahulu.” Wahid cuba memujuk adik angkat isterinya itu. Walaupun dia juga marah dengan Ammar. Namun,dia harus rasional dan harus mencari jalan penyelesaian bagi pasangan muda ini. Dia masih memikirkan bagaimana caranya untuk membantu gadis ini?
“ Bincang apa lagi cikgu? Apa gunanya diteruskan perhubungan ini kalau dia tidak mempercayai saya lagi. Bagi dia, saya ini wanita yang kotor. Macam-macam kata keji dilemparkan pada saya cikgu. Tak mengapalah cikgu. Saya faham kalau cikgu tak nak tolong saya. Kalau begitu, saya minta diri dulu. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk saya. Maaf, kerana menganggu cikgu dan kak Mariam pagi-pagi buta ni.”
Terus sahaja aku bangun dan mula mengatur langkah mahu keluar dari rumahnya.
“ Jangan pergi Yana!! Akak sudi membantu Dayana. Abang, kesiankanlah dia. Uruskan adik saya ni dahulu, yang lain kita fikirkan kemudian.”
Lantas dia memelukku. Cikgu Wahid mengangguk. Akhirnya dia setuju untuk membantu aku. Aku merasa sungguh terharu.
“Baiklah, saya akan aturkan semuanya Dayana. Tahulah saya nak buat apa dengan Ammar nanti. Buat sementara waktu ini, Yana tinggal di sini dahulu. Saya akan ikhtiarkan sesuatu untuk kamu nanti. Janganlah segan, buatlah seperti rumah kamu sendiri. Rehatlah dulu Yana."
Besar hatinya menerima kedatangan bekas pelajarnya itu. Sekurang-kurangnya, Mariam mempunyai teman untuk berbual. Dia kasihankan isterinya. Hampir tiga tahun mereka berkahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata.
Dia redha dengan segala ketentuan Illahi untuk keluarganya. Namun, dia juga masih tidak putus harapan. Pelbagai usaha sama ada secara moden dan tradisional telah dilakukan. Walau apa pun, hanya izin Yang Maha Esa sahaja yang ditunggu.
Biarlah masa yang menentukan segalanya. Dia tidak pernah putus berdoa….
Last edited by wipers81 on 21-8-2013 01:17 PM
|