|
Jehan Miskin Sah bergelar suami pd Julie Camelia Rhee pg.7
[Copy link]
|
|
sweet je.. simple tapi menarik... |
|
|
|
|
|
|
|
ber K-Pop la jehan lepas nih...
wife die ni kalo buat plastik surgery mesti malatop nih... |
|
|
|
|
|
|
|
isteri beliau dari Korea Utara ka?tidak secantik artis2 Kpop Korea Selatan.jujur sekali wajahnya..ori tanpa secalit hirisan pisau. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak jehan tak berubah dok cantik mcm tu jugak ;)
|
|
|
|
|
|
|
|
hantaran yg sgt simple. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku pun kawin dgn Korean tapi buka rupa stok dlm tv kpop.
Aku pun teringin nk buat majlis simple mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka muka korean mcm dlm Hawaii Five O. Lelaki dan pompuan tu. Tah apa nama. Daniel Henney pun aku suka tapi dia kantoi mengaku ada degree. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas posted on 5-5-2013 12:52 PM
Aku suka muka korean mcm dlm Hawaii Five O. Lelaki dan pompuan tu. Tah apa nama. Daniel Henney pun a ...
daniel dae kim ngan grace park
daniel mmg mix korean, tp grace tak sure ...
|
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 4-5-2013 05:39 PM
ak ah la, yg pic ni nampak betol seirasnya
muga berbahagia lah jehan miskin
lg elok dr jue ajis dulu tuh khenn
|
|
|
|
|
|
|
|
clavriene posted on 4-5-2013 08:33 PM
congrats jehan! cantik je wife die aku tengok, memang la mata sepet, she is a KOREAN, duh! yg kome t ...
aku rasa nak cubit2 lambung2 je kucing dua ekor yg dorg pegang tuh!
comelllllllllllllllllllllllllll
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak pernah minat si jehan ni
tp pas tgk kt masterchef dulu, aku jadi minat kt dia
pandai dia masak
la ni, tgk dia dah nikah plak, jadi tambah minat plak kt beliyau |
|
|
|
|
|
|
|
‘Saya terpikat dengan hati budinya’
Lima tahun berkenalan dan menyulam cinta akhirnya hati Jehan Miskin, 33, terbuka untuk memperisterikan gadis dari Seoul, Korea Selatan, Julie Camelia Rhee, 29, sebagai permaisuri hidupnya.
Jehan atau nama sebenarnya, Mohd Jehan berkata, sebelum itu dia tidak mahu terburu-buru kerana menggalas tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga bukanlah mudah.
Berlainan bangsa, agama, negara dan adat resam, namun selepas saling mengenali dan memahami hati budi, tercetus jua keserasian antara dua insan ini. Perasaan cinta yang tulus ikhlas akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.
Pasangan itu diijabkabulkan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad, kelmarin.
Upacara akad nikah juga dilakukan dalam bahasa Inggeris supaya Julie, keluarganya serta rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat memahami segala maksud dan isi kandungannya.
Pada hari bersejarah itu, Julie menerima mas kahwin sebanyak RM12,000, wang hantaran RM5,000 dan barangan hantaran berupa beg tangan, MacBook Pro dan ‘pouch’.
Sebagai balasan, Jehan menerima beg kerja, buku perancangan dan pen jenama Cross.
Jehan yang kelihatan amat gembira pada hari bahagianya itu dengan senyuman dan tawa tidak lekang daripada bibirnya juga segak dengan baju Melayu rona putih sentuhan pereka terkenal Bon Zainal.
Julie pula kelihatan manis menyarungkan baju kurung renda rona coklat rekaan Celeste Toir.
Bon turut mereka sut untuk Jehan bagi acara minum petang dan Celeste Toir mereka gaun petang digayakan Julie. Rona putih turut melatari dewan pernikahan dan persandingan yang diilhamkan Zahar Wedding Planner.
Secara kebetulan, sebaik selesai majlis pernikahan, hujan turun menyimbah bumi menambahkan lagi kesyahduan meraikan raja sehari.
Sambil memandang isteri tercinta, Jehan membuka cerita mengenai pertemuan mereka yang mengundang cinta pandang pertama di sebuah gimnasium di ibu kota beberapa tahun lalu.
“Di situ, saya terpandang Julie yang sedang bersenam lantas hati tiba-tiba rasa nak berkenalan dengannya. Kami bertegur sapa buat seketika dan terus berkawan. Selepas itu, kami keluar bersama yang juga ‘dating’ kami yang pertama.
“Julie memang tidak mengenali saya sebagai seorang pelakon. Apabila dia bertanya saya kerja apa, saya hanya diamkan saja. Dia hanya tahu saya ini pelakon ketika kami bertemu buat kali kedua apabila ada peminat yang mahu bergambar dengan saya,” katanya.
Menurut Jehan, apabila dia menceritakan kepada teman-temannya dia memilih gadis Korea Selatan sebagai kekasih, ada yang bertanya adakah dia peminat fanatik muzik K-Pop dan adakah kekasihnya itu menjalani pembedahan plastik seperti kebanyakan gadis negara itu untuk kelihatan jelita.
“Saya pernah beritahu mama (ibu), selagi saya tidak bertemu gadis yang benar-benar serasi dan sesuai dengan jiwa saya, saya tak akan berkahwin. Apabila saya bertemu Julie, dia adalah segala-galanya bagi saya. Saya terpikat kerana hati budinya. Dia juga penyabar dengan kerjaya saya yang tidak mengira masa selain seorang yang ringkas, memahami dan senang berbicara dengannya.
“Alhamdulillah sepanjang berkawan, tiada halangan dan percintaan kami berjalan dengan baik. Apa yang penting ketika bersamanya, saya boleh menjadi diri saya sendiri. Menjelang hari pernikahan ini, saya masih sibuk di lokasi penggambaran dan lebih dua minggu kami langsung tidak berjumpa.
“Julie yang bekerja dengan syarikat pengurusan acara juga sering ke luar negara. Situasi itu tidak jadi isu pada kami dan saya bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar. Jemputan saya kira-kira 100 orang saja yang terdiri daripada keluarga Julie yang datang dari Korea Selatan, keluarga saya dan teman rapat,” katanya.
Kakak Jehan , Faiznur yang juga bekas ratu gimnas negara yang kini menetap di Amerika Syarikat turut hadir.
Apabila hati sudah suka sama suka, tidak sukar untuk saling menerima kekurangan diri masing-masing. Perbezaan budaya juga bukanlah penghalang sama sekali.
Jehan baru belajar makan makanan Korea manakala Julie yang sudah enam tahun menetap di Malaysia amat menggemari nasi lemak, ayam goreng berempah dan kuetiau.
Jehan berkata, supaya tidak merenggangkan hubungan Julie dengan keluarganya di Seoul, mereka berjanji pada orang tuanya untuk kerap balik ke sana menjenguk mereka.
“Kali pertama berjumpa ibunya, saya dapati dia wanita yang baik dan berbudi bahasa. Orang tua ada berkata, kalau nak memilih calon isteri, kenali siapa ibunya dan terus saya berharap karakter ibunya ada pada Julie.
“Sebelum berkahwin lagi, saya kerap ke Korea Selatan termasuk menjalani penggambaran drama Awan Dania di negara itu. Negara itu juga menjadi tempat saya melamar Julie pada Aidilfitri tahun lalu iaitu di Seoul Tower di depan ribuan kunci yang menjadi legenda kepada pasangan yang bercinta,” katanya.
Tidak lengkap andai kata perbualan tidak berkisar kepada soal anak. Menurut Jehan, mereka tidak merancang dan menyerahkannya kepada Allah SWT.
Julie berkata, pada awal pertemuan, dia bertanyakan kerja Jehan tetapi tiada jawapan dan menyangka suaminya itu tidak bekerja.
“Selepas itu saya tidak bertanya lagi dan terus saya ingat dia tidak bekerja. Saya tak mahu bertanya lagi kerana mungkin orang yang tidak mempunyai pekerjaan jiwanya sangat sensitif. Selepas itu barulah saya tahu siapa dia,” katanya sambil tersenyum.
Katanya, Jehan adalah lelaki yang baik dan sangat sayangkan kanak-kanak. “Itulah antara sikap Jehan yang menambat hati saya. Saya suka tinggal di Malaysia dan ada ramai kawan Melayu di sini. Tak sangka pula jodoh saya juga dengan orang sini.
“Saya juga sangat bertuah kerana mama (ibu mentua) melayan saya seperti anaknya sendiri,” katanya.
Credits: hmetro.com.my Last edited by achik2009 on 6-5-2013 07:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
nashrudean posted on 5-5-2013 10:59 AM
isteri beliau dari Korea Utara ka?tidak secantik artis2 Kpop Korea Selatan.jujur sekali wajahnya..or ...
korea selatan la sayang... xsemua pompuan di korea selatan kemaruk nak ubah wajah... melainkan kalu diorang tu retis... setakat rakyat marhaen ni wajahnya biasa2 saja
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 5-5-2013 10:31 AM
beautiful... suka gambar ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... bertambah lagi sorang umat Islam... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah...
majlis sederhana...cantik...
suka sgt wedding dorang ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|