|
Semenjak peristiwa itu, Damia sebolehnya akan mengelak dari berjumpa dengan Adi. Dia malu dan menyesal dengan apa yang berlaku pada dirinya. Kalau dia balik awal pada hari kejadian, sudah pasti semua ini pasti tidak akan berlaku.
Adi kerap menghubungi Damia namun Damia tetap dengan alasan sibuk dengan kerja. Adi tak pasti apa yang telah berlaku pada bakal isterinya itu. Diminta mahu berjumpa tetapi Damia mengelak!
Aaron mengetuk pintu bilik Adi.
"Masuk!" panggil Adi.
Aaron masuk ke dalam bilik Adi sambil tersengih.
"Jom keluar makan!" ajak Aaron sambil duduk di sofa.
"Aku tak ada selera.."
"Come on, bro! Apahal ni? Semenjak dua menjak ni aku tengok kau muram je.."
Adi terus memandang Aaron.
"Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena pada Damia.." Adi memandang tajam ke arah Aaron.
"Dah hampir dua minggu! Dua minggu dia mengelak dari bercakap dan bertemu dengan aku."sambung Adi lagi.
"So?"
"Kau tak terlibat kan dalam hal ni?"
"Amboi, main tuduh-tuduh plak!" Aaron mula melenting.
"Yang kau nak melenting ni ape hal?"
"Dah la! Malas aku nak melayan kau!" Aaron terus keluar dari bilik Adi tanpa tersedar handphonenya yang terletak di poket belakang seluarnya terjatuh di sofa.
************************
Boleh dikatakan setiap hari dan setiap masa Damia akan pastikan dia akan makan jeruk, nenas atau apa sahaja yang boleh menyebabkan kandungannya tidak menjadi! Dia tidak akan hamil anak luar nikah bersama Aaron itu! Memandangkan sekarang dia kerap loya dan muntah, menambahkan lagi kerisauannya.
"Ya Allah..berikanlah aku kekuatan, Ya Allah.. Aku lemah menghadapi semua ini. Aku dah buntu! Buntu! Ampunilah segala dosaku, Ya Allah.." rintih hati Damia yang keseorangan di dalam biliknya itu.
"Cik Damia.."
Damia terus memanggungkan kepalanya memandang ke arah pintu biliknya itu.
"Ya.." Begitu pucat sekali wajah Damia.
"Encik Adi call saya tadi. Dia cakap dah banyak kali call Cik Damia tapi tak berjawab. So, sekarang dia tengah on the way datang jumpa Cik Damia.."
"Hah? Please, Ira. Bagi alasan yang saya meeting ke ape ke.."
"Tapi.."
"Please.. saya tak nak jumpa sesiapa buat masa sekarang!"
"Baiklah, Cik Damia.." Fazira menutup pintu semula. Dia juga hairan dengan perlakuan pegawainya yang sudah berubah perangai itu.
Last edited by momey on 23-9-2013 12:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
MsIda posted on 23-9-2013 12:38 PM
Momey, sampai hati Momey buat Damia cam tu huhuhu.....
Kesiannya Damia ....
Kesiannya Ad ...
abih la aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
waaaa knp besar sgt dugaan damia nih...knp kena rogol smpi 2 kali....tidakkkkk...kasihan adi...masih ada peluang ke buat damia nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
smpai ati momey...sian damia
jgn la smpai mengandung..suke jek momey wat cite cenggitu
geget pastu ikat pokok bg kengge geget lagi
iskkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 23-9-2013 01:19 PM
waaaa knp besar sgt dugaan damia nih...knp kena rogol smpi 2 kali....tidakkkkk...kasihan adi...masih ...
hmmm adi?
|
|
|
|
|
|
|
|
ni tuk momey
ni tuk mia ...sedihhh nyeee |
|
|
|
|
|
|
|
yoozara posted on 23-9-2013 01:25 PM
smpai ati momey...sian damia
jgn la smpai mengandung..suke jek momey wat cite cenggitu
geget pastu ...
hahahaha kejam |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mane la tak kejam
olahan cite wat nak meletop je
|
|
|
|
|
|
|
|
cerry_ice posted on 23-9-2013 01:34 PM
ni tuk momey
ni tuk mia ...sedihhh nyeee
hahaha teruk betol aku kena kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
yoozara posted on 23-9-2013 01:48 PM
mcm mane la tak kejam
olahan cite wat nak meletop je
huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Adi membuat keputusan untuk terus pergi berjumpa Damia di tempat kerja. Tetapi sebelum dia keluar dari biliknya, dia ternampak handphone Aaron di atas sofanya.
"Eh, Aaron punya ni.." Adi membelek handphone Aaron itu.
Entah apa yang menghasut Adi kali itu, dia duduk lalu mula membelek dan menyiasat apa yang tersirat di dalam handphone Aaron.
"Hahahaha..video sin chan pun leh simpan adoii.. patut perangai serupa kartun!" Adi ketawa sendirian.
Sambil terus membuka satu persatu, matanya liar memandang ke arah luar takut Aaron datang dengan tiba-tiba. Sehinggalah nak dijadikan cerita, dia tersearch video clip bertajuk 'aku dan dia'. Dengan penuh debar, dia membuka clip video tersebut. Luruh hatinya apabila menonton clip tersebut! Hanya mampu menonton seminit dua sahaja.
"Mia..." Mata Adi berkaca.
**************
Damia menyimpan handphonenya di dalam handbeg lalu membawa keluar bersama. Fazira yang ternampak Damia yang agak kelam kabut itu sempat menahannya.
"Cik Damia.."
"Saya ada hal.." Damia mahu melarikan diri dari bertemu dengan Adi.
"Tapi Encik Adi tengah dalam perjalanan.."
"Kan saya cakap dah tadi kan bagi dia alasan saya meeting! Itu pun dah lupa ke??!" nada Damia sedikit kasar.
Kemudian dia terus berlalu pergi meninggalkan Fazira. Fazira terdiam. Damia tidak pernah bercakap kasar dengannya sebelum ini.
"Nape tu, Ira?" tanya Fahrin tiba-tiba muncul.
"Ntah.. Pelik la.."
"Saya pun perasan juga. Semenjak yang dia balik keje lewat malam hari tu, terus perangai dia berubah."
"Dia balik lewat?"
"A'ah.."
Fazira kembali terdiam. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi lagi sambung momey
|
|
|
|
|
|
|
|
Aaron mula menggelabah.
"Adoi mana pula handphone aku ni??"
Aaron mencari handphonenya di setiap sudut biliknya itu.
"Tadi aku masuk meeting..lepas tu aku singgah masuk dalam bilik Adi. Ha! Adi!" Aaron terus bergegas keluar dari biliknya dan terus masuk ke dalam bilik Adi.
"Huh! Slamat ada.." Aaron terus mengambil handphonenya di atas sofa itu.
**********************
Damia menangis dan terus menangis. Handphone sengaja dimatikan. Dia mahu berehat! Entah ke mana langkahnya bergerak mencari destinasi untuk menenangkan fikiran buat sementara waktu.
"Tolonglah aku, Ya Allah.. Apa harus aku berterus terang dengan Adi apa yang dah berlaku? Aku lemah, Ya Allah..aku lemah.." rintih hati Damia.
Damia terus memandu dengan lajunya sehingga sampai ke sebuah tasik. Enjin kereta dimatikan. Suasana petang yang damai itu mengurangkan sedikit perasaan sedih Damia. Tetapi bukannya dapat menyelesaikan segala masalah yang menimpa dirinya!
**********************
Adi yang segak berpakaian kemeja merah jambu itu melangkah masuk ke dalam pejabat Damia. Para gadis yang masih solo mengambil peluang mencuci mata buat kali kedua. Adi melihat bilik Damia yang tidak berpenghuni itu.
"Encik Adi kan?" tanya Sarah salah seorang pekerja Damia.
"Ya. Damia mana?"
"Cik Damia keluar la, Encik Adi.." jawab Lisa pula.
Adi sedar dirinya sedang diperhatikan semua gadis di dalam pejabat itu. Dia malu!
"Boleh saya tahu ke mana ya Damia pergi?"
"Eh, Encik Adi! Cik Damia ada bagi tahu saya tadi dia ada meeting kat luar.." jawab Fazira yang tiba-tiba muncul.
"Owh yaka? Ok lah.. terima kasih.." Adi mengukir senyuman yang menampakkan lesung pipitnya itu.
Kemudian dia terus berlalu pergi.
"Ya Allah... handsome giler Encik Adi tu weiiii.. kalau dapat kat aku, mau hari-hari aku honeymoon! Hahahaha" kata Lisa diikuti gelak ketawa yang lain.
"Jangan mimpi la Lisa oiii.. Dah jadi milik Cik Damia kot.."balas Sarah lalu duduk di tempatnya.
"Belum jadi lagi k.. Aku ada masa lagi nak pikat! Hahaha"
"Mimpi lah!"
Semua ketawakan Lisa. |
|
|
|
|
|
|
|
yoozara posted on 23-9-2013 03:26 PM
lagi lagi sambung momey
dh smbung dh..
ckup la kot kan smpai ari ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Jam hampir menunjukkan pukul 6.00 petang. Adi terus menunggu Damia di depan pintu pagar rumah Damia sehinggalah Damia akhirnya pulang ke rumah.
"Alamak.." Damia mengeluh. Hendak patah balik, ada pula kereta di belakang. Terpaksalah Damia bertemu dengan Adi.
Damia parking keretanya di halaman rumah. Enjin kereta dimatikan. Kemudian, perlahan-lahan Damia keluar dari keretanya. Dia memandang Adi dengan penuh rasa syahdu. Syahdu memandang wajah Adi yang tak pernah putus asa mencarinya.
"Assalammualaikum, Mia.." ucap Adi yang masih di luar pagar itu.
"Waalaikummussalam."
"Nak cakap dengan Mia kejap boleh? Sekejap je.."
Damia cuba menahan sebaknya. Dia berjalan ke arah Adi lalu dengan kuat dia berdiri berhadapan dengan lelaki itu.
"Kenapa ni, awak? Apa yang saya dah buat sampai awak dah tak nak jumpa saya, tak jawab call saya.." tanya Adi walaupun dia sudah tahu apa yang sudah terjadi melalui clip video yang dilihatnya.
Damia diam. Tunduk membisu.
"Kan saya pernah cakap jangan sembunyikan sesuatu pun dari saya?" lembut Adi berbicara walaupun kadang-kadang tersekat menahan sebak.
"Lepas ni dah tak payah jumpa saya lagi"
"Jangan macam ni, Mia.."
"Saya bukan yang terbaik untuk awak!"
"Baik awak berterus terang dengan saya, Mia. Apa yang dah berlaku?"
"Saya dah buat keputusan!"
"Maksud awak?"
Damia dan Adi saling berpandangan. |
|
|
|
|
|
|
|
ok! dah smbung dh ckit..
jumpa esk insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
errrkkk... x cukup momey....sok pg2 smbg tau.... x sabar nk tau...sian plak adi...dah tau cerita tuh yee...agak memalukn bagi damia...huhuhu siap rakam lg tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Damia mengesat airmatanya. Dengan segagahnya dia cuba memandang wajah lelaki di hadapannya itu. Adi menanti dengan penuh sabar dan redha dengan apa sahaja yang akan Damia perkatakan selepas ini.
"Awak.. saya.." tubuh Damia menggeletar.
"Kalau awak.."
"Amboi..amboi..amboi!!!!!" jerit Aaron yang tiba-tiba muncul lalu berjalan ke arah Adi.
"Ya Allah.." Damia tidak boleh memandang lagi wajah Aaron. Dia mengambil handbegnya yang diletak di atas keretanya lalu membuka pintu rumahnya.
"U nak ke mana tu?! Sini!!!" Aaron memanggil Damia dengan begitu kasar sekali.
Damia langsung tidak mempedulikan panggilan Aaron itu. Dia terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Adi bersama Aaron. Aaron memandang Adi.
"Buat apa kau kat sini?" tanya Aaron dengan bongkaknya.
"Soalan tu patut kau tanya pada diri kau sendiri!"
Aaron terdiam.
"Aku tak sangka kau macam ni, Aaron. Kau gunakan Damia untuk kepentingan diri sendiri!" kata Adi sambil menggelengkan kepalanya lalu beredar pergi ke keretanya.
"Dia ada bukak handphone aku ke?" bisik hati Aaron lalu berjalan ke arah Adi.
Aaron sempat menahan Adi dari masuk ke dalam kereta.
"Kau nak ape lagi, Aaron? Aku dah tahu semuanya!"
Nafas Aaron sudah turun naik menahan marah.
"Sorry sebab aku bukak handphone kau.. dan aku tergerak nak tengok video klip dalam handphone kau tu!"
Damia yang curi-curi dengar perbualan Adi dengan Aaron itu terkejut kerana rupanya Adi sudah tahu apa yang telah berlaku pada dirinya.
"Kuang ajar!" Aaron mahu menumbuk Adi tetapi Adi sempat mengelak.
"Kau tahu tak kau dah rosakkan hidup Mia?!! Takkan tak ada langsung belas kasihan dalam hati kau tu?! Please la, Aaron. Ni bukan caranya kau nak pikat hati Mia. Kalau kau dapat Mia sekalipun, aku berani kerat telinga aku ni yang kau hanya dapat jasad dia sahaja! Aku ulang, jasad dia SAHAJA!!!!" luah hati Adi.
Aaron terdiam.
"Tolong la.. pergilah balik. Mia dah tak nak dengar semua ni.. please.." rayu Damia yang tiba-tiba keluar dari rumah sambil menangis.
Adi memandang Aaron dan kemudian memandang Damia.
"Pergi masuk rumah, Mia! Kang tak pepasal dia rogol kau lagi. Cepat masuk!!!" arah Adi dengan begitu tegas sekali.
Damia mengikut arahan Adi itu. Kemudian Adi masuk ke dalam kereta lalu pergi meninggalkan Aaron sendirian.
***********************
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|