|
[Tempatan]
banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2
[Copy link]
|
|
vespa_oren posted on 6-12-2013 03:20 PM
Mana Fuziah ketika Kuantan banjir, soal Shahrizat
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
DECEMBER 06, 2013
bukan ada ke gambo fuzizh lawat mangsa banjir?
ke salah org?
cer tepek sikit gambo
|
|
|
|
|
|
|
|
Masih tidak berubah di Kemaman, Terengganu
|
|
|
|
|
|
|
|
sharizat gi ler selamatkan lembu2 kat kemaman nuuunn
banyak yg tenggelam |
|
|
|
|
|
|
|
3.00pm temerloh
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 6-12-2013 12:57 PM
pihak usahanita daerah kuantan memohon rayuan kepada semua sahabat dan ahli yang ingin membantu sert ...
Miaw... Nak tanya, confirm ke esok pg barang sumbangan kpd mangsa banjir boleh d'hantar kat batu buruk, Terengganu? |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir: Bank di Johor teruskan cuti hujung minggu
KUALA LUMPUR - Persatuan Bank Malaysia (ABM) berkata hari ini pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah mengesahkan bahawa ia tidak mempunyai bantahan kepada bank-bank komersil terus bercuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad.
Terdapat 17 bank anggota ABM dengan operasi cawangan di Johor.
Pada 23 November, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, mengisytiharkan perubahan hari cuti hujung minggu negeri itu kepada Jumaat dan Sabtu, daripada Sabtu dan Ahad, berkuat kuasa 1 Januari, tahun depan. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 6-12-2013 03:28 PM
3.00pm temerloh
kws pekan sari
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren posted on 6-12-2013 03:20 PM
Mana Fuziah ketika Kuantan banjir, soal Shahrizat
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
DECEMBER 06, 2013
Jijik nyer baca kenyataan akak ijat ni..nak jilat sgt montot najib
|
|
|
|
|
|
|
|
Teh_90 posted on 6-12-2013 03:28 PM
Miaw... Nak tanya, confirm ke esok pg barang sumbangan kpd mangsa banjir boleh d'hantar kat batu b ...
tak pasti la
cer tepon kat diorang sana
|
|
|
|
|
|
|
|
Sukarelawan Pemuda Umno Johor bantu mangsa banjir
SEGAMAT - Sekretariat Bertindak Sukarelawan Pemuda Umno Johor yang ditubuhkan semalam, hari ini turun membantu mangsa banjir di dua pusat pemindahan di daerah ini.
Ketua sekretariat itu Hahasrin Hashim berkata 20 anggota yang hadir membantu menyampaikan sumbangan makanan di pusat pemindahan banjir Balai Raya Gemereh 4 dan Pusat Perhubungan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Kampung Pogoh 2.
"Bantuan berupa peralatan pembersihan seperti tisu dan penyapu serta tilam akan disalurkan selepas ini kerana kami dapati kedua-dua pusat pemindahan ini memerlukan peralatan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hahasrin berkata mereka akan bergerak ke beberapa pusat pemindahan banjir di daerah lain selepas ini bagi menghulurkan bantuan serupa.
Pihaknya turut menjalin kerjasama dengan sukarelawan penuntut beberapa universiti tempatan di negeri ini untuk melakukan kerja pembersihan di pusat pemindahan banjir selepas keadaan kembali pulih.
"Dua ratus sukarelawan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sudah menghubungi pihak kami untuk membantu di pusat pemindahan, bagaimanapun kita menunggu banjir surut sepenuhnya sebelum kerja pembersihan dilakukan, kata Hahasrin.
Penubuhan Sekretariat Bertindak Sukarelawan Pemuda Umno Johor diumumkan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di ibu negara, semalam.
Sebanyak 108 mangsa membabitkan 29 keluarga masih berada di pusat pemindahan di Balai Raya Gemerih 4 manakala 135 mangsa membabitkan 26 keluarga berada di
Pusat Perhubungan Rela Kampung Pogoh 2. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) sempat melawat anggota tentera memberi perkhidmatan perubatan kepada mangsa banjir di penempatan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Beranjut, Kemaman, hari ini. - Foto Aswadi Alias
Dec 6, 2013 12:57 pm
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin mohon maaf kepada mangsa bencana, arah segerakan salur bantuan
2013/12/06 - 14:33:07 PM
Cetak Emel Kawan
KEMAMAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada semua mangsa bencana banjir kerana kelewatan bantuan bekalan makanan semasa banjir kali ini di seluruh negara.
Ia suatu perkara yang tidak diduga.
Justeru Muhyiddin mengarahkan agensi kerajaan berkaitan menyedia dan memberi stok makanan dengan segera kepada mangsa banjir memandangkan keadaan meruncing terutama di Kemaman.
"Saya telah keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara)supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
"Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, di sini hari ini.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar.
Timbalan Perdana Menteri dan rombongan terpaksa menggunakan lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke pusat pemindahan banjir sejauh kira-kira 5 kilometer dari persimpangan Mak Lagam dan kunjungan beliau ternyata menceriakan mangsa banjir yang ditempatkan di situ.
Beliau kemudian menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dan melawat kawasan banjir di beberapa lokasi lain dengan trak tentera berkenaan.
Malah Muhyiddin turut meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membekalkan makanan kering ke pusat-pusat penempatan mangsa banjir di semua lokasi yang memerlukan, berikutan keperluan asas yang sedia ada, sudah tidak mampu menampung mangsa banjir yang semakin meningkat.
"Saya telah putuskan dengan panglima tentera darat, stok bekalan makanan kering yang digunakan oleh tentera mungin boleh digunakan untuk mangsa banjir," katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut mencadangkan satu pasukan perubatan ditempatkan di pusat pemindahan bagi memantau kesihatan mangsa banjir.
"Kita sudah mencadangkan Jabatan Kesihatan negeri menggerakkan pasukan perubatan dari hospital yang tidak terlibat dengan bencana untuk turun padang.
Satu pasukan perubatan perlu ada di setiap pusat pemindahan bagi memantau kesihatan mangsa banjir.
"Saya difahamkan ketika ini pasukan tentera sudah ditempatkan di sekitar Kemaman. (Ini kerana) doktor di sekitar sini tidak boleh lagi membantu, apabila hospital pun dah sesak," katanya. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Pusat pemindahan banjir Kampung Pogoh 2 akan dinaik taraf
2013/12/06 - 15:16:48 PM
Cetak Emel Kawan
SEGAMAT: Pusat pemindahan banjir Kampung Pogoh 2 yang usang dan sering menjadi rungutan penduduk akan dinaik taraf dalam tempoh dua tahun ini bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir.
Anggota Parlimen Sekijang Anuar Abd Manap berkata pihaknya sudah memajukan rancangan untuk pembinaan semula pusat berkenaan dengan anggaran kos RM500,000 kepada Pejabat Daerah Segamat untuk kelulusan.
"Bangunan papan yang berusia lebih 50 tahun dan sempit ini tidak lagi mampu menampung mangsa banjir yang biasanya menginap di sini sekurang-kurangnya seminggu," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan berkenaan, di sini hari ini.
Anuar berkata masalah pusat itu juga sudah dimaklumkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim ketika baginda melawat 135 mangsa membabitkan 26 keluarga yang ditempatkan di pusat itu semalam.
Beliau berkata perbincangan juga sedang dilakukan dengan beberapa pemilik tanah berhampiran pusat pemindahan terbabit bagi mendapatkan persetujuan untuk perluasan kawasan pembinaan.
Sementara itu, seorang warga emas, Lamat Abu, 91, berkata pembinaan semula pusat pemindahan itu amat dinantikan penduduk Kampung Pogoh 2 kerana kawasan perkampungan itu dilanda banjir saban tahun.
Lamat berkata bangunan yang turut menjadi pusat operasi Rela itu sudah wujud sejak tahun 60-an dan ada sebahagian dindingnya sudah reput manakala silingnya rosak.
"Penduduk sudah mengadukan hal ini sejak beberapa tahun lepas, namun, usaha menaik taraf belum menampakkan hasil.
"Kalau ada bangunan baharu, semua orang boleh guna termasuk Rela, wanita atau mana-mana yang mahu membuat aktiviti di sini," katanya. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
rantau panjang
trak JPAM yang mengangkut orang ramai untuk ketempat pemindahan serta mengangkut bekalan makanan ..terima kasih buat JPAM...
|
|
|
|
|
|
|
|
kubang chenok ...dekat nga tapak pasar malam
|
|
|
|
|
|
|
|
Teh_90 posted on 6-12-2013 03:28 PM
Miaw... Nak tanya, confirm ke esok pg barang sumbangan kpd mangsa banjir boleh d'hantar kat batu b ...
Hari ni, nk derma kt dataran batu buruk dari kul 9 hingga 230 tadi ja |
|
|
|
|
|
|
|
cabang 3 bagus
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS), Brigadier Jeneral (Kehormat) Tan Sri Rozali Ismail (tiga, kiri) melihat air bersih yang akan dihantar kepada mangsa-mangsa banjir pada Majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bekalan Air Bersih 2013 (Ops Murni), Jumaat. Foto: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir: Isytihar sebagai 'kawasan bencana'
SHAH ALAM - Selepas usul untuk kawasan banjir terutama Pahang diletakkan dalam kawasan darurat ditolak Dewan Rakyat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyarankan kerajaan mengisytiharkan kawasan yang dilanda banjir sebagai 'kawasan bencana'.
Menurutnya, pengisytiharan itu penting kerana ia membolehkan proses menyelamat nyawa penduduk dan penghantaran bekalan dapat dilakukan dengan segera.
"Pas menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan di Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sekarang ini sebagai 'kawasan bencana' akibat dari dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri berkenaan.
"Pengisytiharan sebagai kawasan bencana ini adalah perlu kerana bantuan dapat dilakukan dengan kadar yang sangat segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara-perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional," katanya dalam satu kenyataan media.
Tambahnya, bencana yang berlaku tidak mengenal parti politik dan menggesa kerajaan supaya bertindak lebih proaktif.
Isnin lalu, Dewan Rakyat telah menolak usul bagi membincangkan dakwaan kebocoran kertas soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dan mengisytihar darurat bandar Kuantan, Pahang berikutan banjir yang teruk melanda kawasan itu.
Usul itu dikemukakan oleh Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) dan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) selepas selesai sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, usul itu tidak perlu dibahas dan ditolak mengikut Peraturan 18 (2) kerana beliau difahamkan Kementerian Pendidikan telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat berkaitan aduan kebocoran itu.
"Mengenai usul banjir, perkara mengenainya telah dibangkitkan dan kalau ada menteri yang bertanggungjawab mengenai banjir, saya boleh jemput untuk memberi respons kerana setahu saya setiap daerah, negeri mempunyai Jawatankuasa Bencana Alam.
"... dan oleh kerana perkara yang dibangkitkan (wakil rakyat) Kuantan adalah isu serius, maka bolehlah Yang Berhormat menteri memberi respons mengenai perkara ini," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang itu turut melahirkan rasa sedih melihat keadaan mangsa banjir yang serba kekurangan.
"Hati saya sungguh tersentuh melihat anak-anak kecil yang menangis kelaparan, ibu yang memandang dengan hampa, mangsa yang menggigil kesejukan tanpa pakaian dan selimut dan sebagainya.
"Pihak Pas menerusi berbagai jenteranya telah dikerah untuk membantu dengan sepenuh tenaga, walaupun berdepan dengan berbagai kekurangan," katanya.
sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|