|
Tacang Penghargaan 1436+ for being the2nd most active Moderator for June 2024
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasional
Gelombang kedua: Pahang, Terengganu, Kelantan kembali banjir
Oleh BERNAMA
Disember 10, 2024 @ 1:01pm
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing buttonemail sharing button
Keadaan rumah masih digenangi air banjir membabitkan tiga kampung di Mukim Teresek, Pasir Mas. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Keadaan rumah masih digenangi air banjir membabitkan tiga kampung di Mukim Teresek, Pasir Mas. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KUALA LUMPUR: Pahang, Terengganu dan Kelantan kembali dilanda gelombang kedua banjir dengan sejumlah pusat pemindahan sementara (PPS) kembali dibuka manakala jumlah mangsa di Perak sedikit berkurang sementara di Negeri Sembilan dan Johor meningkat pagi ini.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Maran memaklumkan empat PPS dibuka di daerah itu awal pagi tadi dengan menempatkan 52 mangsa daripada 12 keluarga membabitkan penduduk Kampung Ulu Luit, Kampung Luit, Kampung Bukit Kuin dan Kampung Paya Chedong.
"JPBD Maran menerima makluman kejadian (dinaiki air) pada 10.15 malam dan semua agensi berkaitan diaktifkan. Penduduk terjejas sedang dalam proses pemindahan ke PPS.
Disyorkan
Sapura Energy selesai jual 50 peratus saham SapuraOMV kepada TotalEnergies
FGV tamatkan perjanjian dengan Baladna Food Industries, Touch Group
Fakhrul Azim muncul penyelamat PDRM
PGF Capital beli tanah RM12.7 juta di Kulim Hi-Tech Park
Enam perahu tenggelam dipukul arus deras susulan kepala air di Sungai Tembeling, Jerantut Pahang malam tadi. - Foto PGPBTN Kuala Tahan
Enam perahu tenggelam dipukul arus deras susulan kepala air di Sungai Tembeling, Jerantut Pahang malam tadi. - Foto PGPBTN Kuala Tahan
"Polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah ke lokasi terjejas bagi memantau dan memastikan situasi sebenar serta menghantar bantuan keperluan asas bencana kepada keluarga terjejas," katanya dalam kenyataan.
Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan 739 mangsa daripada 189 keluarga di daerah Kemaman dipindahkan ke lapan PPS yang dibuka bermula 10 malam tadi.
PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Kerteh; Balai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Beris Nenas; Balai Raya Kampung Gelugor, SK Pengkalan Ranggon, SK Kemasik; Dewan Sivik Pengkalan Cicar Bukit Kuang; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggol dan Balai Raya JPKK Meraga Beris.
Sehubungan itu, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan berisiko supaya bersiap sedia dan peka dengan arahan pihak berkuasa memandangkan hujan lebat masih berterusan di beberapa tempat di negeri itu.
di KELANTAN, tiga jajahan iaitu Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah mula dinaiki air hari ini berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Di Gua Musang, seramai 1,650 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil terputus hubungan ekoran jambatan penghubung sepanjang kira-kira 60 meter tenggelam akibat limpahan Sungai Chalil.
Penduduk, Husin Muhamad, 45, berkata kejadian itu mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan urusan harian termasuk menghantar anak ke sekolah yang terletak di seberang jambatan.
Penghulu Mukim Kampung Chenulang di Kuala Krai, Ab Aziz Isa berkata walaupun air mula naik di beberapa kawasan seperti Kampung Kebun Pisang, Kampung Pasir Jering dan Kampung Dusun Ban, tiada penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.
"Alhamdulillah, keadaan masih terkawal dan saya akan terus memantau keadaan penduduk di kampung ini, sekiranya situasi semakin teruk saya akan mengarahkan mereka segera untuk berpindah ke PPS," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Tanah Merah pula mendapati beberapa kampung di kawasan rendah seperti Kampung Murin, Bukit Kechik dan Kampung Lawang turut dinaiki air kira-kira jam 2 pagi tadi.
Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Aring di Gua Musang melepasi paras bahaya dengan bacaan 76.32 meter (m) manakala Sungai Golok di Tanah Merah berada pada paras amaran iaitu 23.07m setakat 11 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini memaklumkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga 16 Disember ini dan berpotensi menyebabkan hujan di timur dan utara Semenanjung serta Sabah selain angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan.
Amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) melibatkan timur dan utara Semenanjung berkuat kuasa hingga esok (11 Disember).
Di PERAK, Sekretariat JBPN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini berkurangan kepada 106 orang daripada 35 keluarga di tiga PPS daerah Kinta dan Perak Tengah berbanding 112 orang malam tadi.
Kenyataan itu memaklumkan 72 mangsa daripada 24 keluarga masih berlindung di dua PPS Dewan Serbaguna Tanjung Tualang dan SK St Paul di daerah Kinta manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang, Bota di Perak Tengah masih menempatkan 34 mangsa daripada 11 keluarga.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan berlaku ribut dan hujan di semua 12 daerah di Perak pada sebelah petang dan malam.
Di NEGERI SEMBILAN, laman sesawang Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 239 orang daripada 65 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di Tampin berbanding 129 orang malam tadi.
Di JOHOR; Tangkak kembali dilanda banjir menjadikan mangsa yang terjejas sebanyak 166 orang daripada 43 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 101 orang malam tadi.
Pengerusi JPBN Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata sebuah PPS dibuka di SK Simpang Lima Darat malam tadi dengan menempatkan 65 orang daripada 15 keluarga.
Beliau memaklumkan keseluruhan empat PPS aktif di dua daerah terjejas setakat ini dengan 101 mangsa daripada 28 keluarga berlindung di tiga PPS di Segamat.
Beliau turut memaklumkan terdapat tiga sungai yang dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu stesen Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat; Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma'amor, Tangkak dan Sungai Paya Dato di Mersing.
Azmi berkata keadaan cuaca di daerah Johor Bahru, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi cerah, sementara Muar, Mersing, Batu Pahat, Tangkak serta Kulai mendung manakala Segamat dijangka hujan pagi ini.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Melaka kekal 11 orang daripada empat keluarga di daerah Jasin pada 8 pagi yang ditempatkan PPS SK Seri Mendapat, menurut Sekretariat JPBN. – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Mutakhir
Kereta 'stor' simpan barangan penting[size=0.82]Hazira Ahmad Zaidi
[email protected]
KERETA wira milik Azlan yang dijadikan 'stor' simpanan barangan penting. FOTO ihsan Azlan
Kuala Krai: Seorang buruh menjadikan kereta miliknya sebagai 'stor' simpanan barangan penting selepas kediamannya dilanda banjir gelombang pertama sejak dua minggu lalu. Azlan Ariffin, 50, berkata, dia mengambil tindakan berkenaan susulan penempatannya ditenggelami banjir setinggi 3.5 meter selain terletak berhampiran dengan sungai. "Selain dokumen penting, pakaian, buku sekolah anak serta perkakas elektrik seperti televisyen disimpan di dalam kereta yang diletakkan di tempat tinggi terletak lebih satu kilometer dari rumah. "Hampir setiap tahun rumah saya yang terletak di Kampung Mial di sini, ditenggelami banjir. Banjir paling buruk berlaku pada 2014 apabila kawasan ini ditenggelami banjir sedalam empat meter menyebabkan semua perabot dan barangan berharga rumah musnah," katanya semalam.
Menurutnya, gelombang banjir pertama yang berlaku sejak lebih seminggu lalu seakan menyamai banjir besar bah kuning 10 tahun lalu.
AZLAN (kiri) menunjukkan paras air ketika banjir gelombang pertama dua minggu lalu. FOTO Hazira Zaidi
"Kediaman kami ditenggelami banjir hampir mencapai paras bumbung. "Dalam tempoh tiga hari bermula 26 November lalu, air naik sebanyak empat kali sehingga membanjiri kawasan perkampungan terdekat kesan limpahan Sungai Pertang," katanya. Bapa kepada tiga anak ini berkata, dalam kejadian banjir terbaru minggu lalu, dia terpaksa meminta bantuan jiran supaya menyelamatkannya menggunakan perahu.
Disiarkan pada: Disember 11, 2024 @ 6:30am
|
|
|
|
|
|
|
|
Best Kraven
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|