Luluh jantung Ai tau melihat gambar2 uols bagi ni...
Gambar Ai bg tu Ai google je, tp xsuka gambar bila. Tp rasanya gambar last two weeks before Ranbir terbang g Morocco...
Ada gambar heols habis training menari utk movie dgn Kat tu, hot dimata Ai. Nanti Ai cari, kemudian Ai tepek sini...
Wife beliau yg Kiran tu mmg produser & also director film Dhobi Ghat... wife dia yg ni cekeding jah... tp ada la something yg buatkan pacit Aamir suka dia..
chuol..i nak tanya.chuol rajin sedut movie bollywood with english subs kat mana? i dok sedut dari torrent,tp kkdang takde english subs.kene cari subs dia pulak.
mohon bantuan chuols sekalian. jasamu akan ku kenang
Mlm ni ai x brape sempat nk layan film Neerja... sbb ai cuba nk abiskan baca novel "Five Point Someone". Bagi uols yg pernah layan film "3 Idiots", novel yg ai bace ni merupakan pencetus idea film "3 Idiots".
Novel ni release dh lama... tahun 2004. Manakala film "3 Idiots" release pd tahun 2009. Just to share dgn uols... last time author novel "Five Point Someone" nih, Chetan Bhagat menyuarakan rasa x puas hati terhadap produksi film "3 Idiots" yg x masukkan nama dia dlm opening credit film tersebut dan mendakwa film ni amik hampir 70% drp isi novel. Bila ai baca komen drp penerbit, Vinod Chopra dan pengarah, Rajkumar Hirani, diaorg dh edit & ubah sebahagian besar film "3 Idiots" ni...which mean dh x brape nk sama dgn kisah novel asalnya.
Ai baru tergerak hati nk cuba baca novel ni, so ai order online bookstore (Fishpond.com) sbb buku ni rasanya x de jual kat Malaysia. Dari personal review, ai setuju dgt2 dgn pdpt Vinod & Rajkumar. Film "3 Idiots" ternyata 85% tak sama dgn novel "Five Point Someone" nih. So Chetan Bhagat x patut rasa sentap sgt.
Antara perbezaan yg dpt ai list down adalah spt berikut:
1. Watak2 Rancho, Farhan & Raju dlm film "3 Idiots" - tp nama di dlm novel asal ialah Ryan, Hari & Alok. Ryan digambarkan sbg seorg yg good-looking, anak org kaya, manakala Hari & Alok dedua berbadan chubby -- which Ryan selalu panggil Hari & Alok sebagai "fatso".
2. Dlm film, watak Rancho digambarkan sebagai seorang yg sgt bijak, kreatif, berani & no.1 best student di kolej. Tp kat dlm novel, ketiga2 mereka merupakan student paling corot. Ryan selalu mempengaruhi Hari & Alok utk buat perkara2 shortcut utk score markah lebih tinggi, tp akhirnya pasti akan timbul masalah.
3. Background family Alok sama mcm Raju dlm "3 Idiots". Tp background Ryan & Hari x sama mcm background Rancho & Farhan. Watak Alok & kisahnya 70% hampir sama dgn kisah hidup Raju -- family miskin, ayah terlantar stroke, kakak yg tunggu lamaran, cubaan bunuh diri dgn terjun bangunan setelah disabit dgn hukuman disiplin (angkara bersubahat dgn Ryan buat plan yg x brape nk menjadi), pernah tukar bilik asrama lps bgaduh dgn Ryan.
4. Kalo dlm "3 Idiots" Rancho bercinta dgn anak prof Veeru, iaitu Pia. Tp dlm novel Hari yg bercinta dgn anak prof Cherian, iaitu Neha. Dlm novel bukan je ada part nk kissing2 tu, tp juga siap ada part seksual -- di mana Hari menyelinap masuk ke rumah Neha ms parent Neha x de kat rumah.
5. Totally dlm novel kisahnya ttg 3 student tercorot yg struggle utk cuba dptkan markah yg lebih tinggi dari pointer cukup2 mkn. Tp dlm film "3 Idiots" menceritakan ttg nilai persahabatan 3 org ni & menjejaki kembali Rancho yg hilang tanpa khabar berita.
6. Dlm film, motor skuter dimiliki Pia. Tp dlm novel motor skuter dimiliki oleh Ryan. Neha x de kakak, tp dia ada abg yg bunuh diri (same case dgn abg kpd Pia).
7. Kat dlm novel x de scene senior student gantung diri, x de scene sambutan hari guru yg ada sajak lawak, x de kisah diaorg bertiga gi ambush kenduri kawin kakak di Pia, x de scene pasal Prof Veeru bagi pen astronaut kat Rancho, also watak ulat buku si Chatur (silencer) tak di highlight pun dlm novel.
Secara conclusion, ai berpendapat film "3 Idiots" farrrrrrrrrrrrrrrrr better dari novel ni sendiri. Biasanya kalo film yg diadaptasi dari novel, cerita asal lagi best & padat, kan (e.g Harry Potter, Twilight Saga)... tapiii... novel "Five Point Someone" ni agak hambar, x de kejutan & boring. Kalo film "3 Idiots" mmg terbaik, byk pengisian, byk pengajaran & motivasi, penuh kejutan, story-twisted & komedi yg menghiburkan. Rajkumar Hirani mmg terbaik.. watak2 & kisah dlm novel telah ditambahbaik dgn cemerlang.
Film ai bagi 10 bintang. Buku ai bagi 4 bintang jah.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register