CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6513|Reply: 0

Kubur dah jadi tempat healing untuk Kilafairy, rasa dekat dengan Mama

[Copy link]
Post time 10-1-2025 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Ibarat rindu yang tiada penghujung, pelakon Kilafairy mengakui sudah terbiasa berada di kawasan kubur selepas kematian ibu tersayang, Allahyarham Rohana Jalil dua tahun lalu.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, berkata, jika sebelum ini kawasan perkuburan adalah tempat yang paling digeruninya, sekarang dia ingin selalu berada dekat dengan ‘syurganya’ itu.



“Dulu takut sangat pergi dan lalu kubur.

“Sekarang bila mama dah dekat situ, rasa boleh sahaja tidur di kawasan kubur,” katanya dalam Threads.

Rata-rata peminat turut berkongsi pandangan sama dengan pelakon drama Realiti Cinta itu yang sangat merindukan insan tersayang.

  


“Betul sangat, saya lepas arwah Ayah dan suami dah di situ (kubur) pergi sorang-sorang sahaja sebab dah tahu orang yang kita sayang di sana,” kata peminat.

“Kubur dah jadi satu tempat ‘healing’ buat saya sebab arwah abah dan abang saya ada di situ,” ujar pengikut.

  


Sebelum ini, Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil meninggal dunia pada 20 Jun 2023 akibat masalah kebocoran pada usus perut.

Selepas ketiadaan ibu, Kilafairy tidak lagi teruja menyambut Ramadan dan Aidilfitri berikutan sukar melupakan memori bersama insan paling penting dalam hidupnya itu.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.109823 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list