CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ala3tok

awek korg xde dara??

[Copy link]
Post time 5-10-2010 01:06 PM | Show all posts
pompuan jugak jadi mangsa...


Maaflah, ini stetmen jahil.

Siyes ... mmg jahil. Wanita hanyalah mangsa kalau dia jadi mangsa rogol pemerkosaan.

Pasal kes penzina, pompuan penzina bukannya mangsa. Dia sama keparat ngan jantan laknat yg bersama2 menikmati kelazatan nikmat keenakkan haram jadah antara celah 2 kelangkang diluar ikatan nikah.

Dah kena tinggal terkontang kanting oleh jantan sialan tu, baru si betina bingai tu nak kata dia tu mangsa .... apa brg, syok sama2, buat dosa sama2, tp bila ditinggalkan, seolah2 dia sorg yg dianiaya?

Pembohong besar punya manusia ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 02:49 PM | Show all posts
mcmana pulak dengan lelaki ???

terok kan salahkan tulang rusuk kiri lelaki saja......tulang rusuk, dengan badan lelaki, mana lebih besar?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 05:11 PM | Show all posts
Reply 264# ala3tok


    so cmne life skng?? cmne ngn bf u tu...hope sumenye better than past..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 04:06 PM | Show all posts
mmm ader mmbr aku ckp..based on his own experience (dia ckp dia mafia dlu, wallahualam)...lau dia btul2 nk buat jd bini..dia jd xde nafsu nk sentuh bagai..selagi blom sah nikah..but lau yg dia xnk amik buat bini tue...fhm2 jer laa...tul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 07:31 PM | Show all posts
sah2 lelaki mcm ni xleh membimbing...... tinggalkan die pls!!
start a new life and jadikan ini sebagai pengajaran, taubat nasuha banyak2...
mintak simpang perkara macam ni terjadi kat diri sendiri/relatives/friends..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:43 PM | Show all posts
ak juz nk luahkan masalah dan nk mintak pendapat korg..korg jgn la mara ak plak eh..
cite nyer cmni ...
ala3tok Post at 24-9-2009 02:53



    apa la ko nih:@..da kena 1 2 kali xkan xperasan kot apa yg dia cari pd ko selama nih:@..benda sedap da tentu org mintak byk kali..syg seribu kali syg..benda pon da tjadi..baik ko tetapkan pendirian ko tu btl2..kalo ko btl2 xmo bt benda tuh lg sblm kawin,ko tglkan dia..kalo ko nak,truskan aje hidup ko mcm tuh dgn dia..smpi bila nak mcm tuh,aku pon xtau..org xperasan sgt pon kalo ko da tarak dara..jgn kasi peluang lg pada org2 mcm tuh..naya diri ko nti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2010 09:53 AM | Show all posts
Drama ker apa nie..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 02:35 PM | Show all posts
weh....ko bgtau je kat mak bapak die.....suh kawin cpt2.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 08:11 PM | Show all posts
Reply 264# ala3tok


   
assalamualaikum...
dah hampir setahun sy xmenjenguk thread ni..dh hampir setahun sy mencari kekuatan tuk membaca komen2 kalian dan hampir setahun sy mencari semangat yg hilang....walaupun sy akui sehingga kini ape yg terjadi tetap mengganggu dan menyakitkan...

ape2 pon sy ucapkan byk2 terima kasih pada kalian yg sudi berkongsi cerita dan memberi semangat begitu juga sebaliknya terima kasih sy ucapkan...

semoga tuhan merahmati kalian semua...salam.....


Pada saudari pembuka thread, berikut adalah koleksi pendapat saya di forum lain berkaitan masalah saudari. Mohon jdkan sbg pedoman & iktibar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:15 PM | Show all posts
As-salam

Berikut adalah pandangan sy di forum lain & telah diedit seadanya:

TT, ikhlaskah TT bertaubat nasuha pd Allah hanya semata2 ingin mengharap kasih seorg lelaki? Kalau TT benar2 ikhlas pd Allah, bukankah skrg ini waktunya TT mengejar cinta pd Allah yg jauh lbh mulia?

Soal jodoh ketentuan Allah. Krn TT buta hati, buta perut, buta iman, TT gadaikan semua krn cinta beralas nafsu.

Kiranya TT sudah sedar & bertaubat, bukan cinta sorg insan yg patut TT kejari, tp cinta & keredhaan Allah!

TT kena igt, dosa perzinaan, kira berlandas syariat iaitu 100x sebatan dikhalayak ramai & buang daerah selama setahun itu membersih dosa zina keseluruhannya. Tp jika sekadar bertaubat, maka msh ada kafarah dosa berkenaan.

Soal sama ada jodoh dgn lelaki baik2, itu urusan Allah. Urusan TT skrg mendekati Allah, bukan mengharap kasih seorg lelaki.

Dlm Al-Quran disebut penzina utk penzina juga ... sy ada satu soalan utk TT. Kiranya TT ditakdirkan Allah bertemu bekas penzina yg telah bertaubat & menjd lelaki yg soleh, mampukah TT menerimanya?

Apa pun, redhalah dgn ketentuan Allah akan siapa pun jodoh TT.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:19 PM | Show all posts
As-salam

Keikhlasan taubatan nasuha itu diukur drp perilaku pelakunya.

Masalah utama bekas penzina yg sengaja melanjurkan diri (tiada istilah terlanjur sebenarnya, seolah2 tak sengaja berzina) & telah pun 'insaf', ialah setelah mengadu nasib diri akan dosa lalu, almost confirm setelah itu akan menanyakan samada dirinya masih 'laku' untuk seorg lelaki yg baik2.

Adakah insaf drp dosa zina semata2 utk mendpt jodoh yg baik2 atau insaf ke atas dosa zina krn takutkan azab Allah lalu berharap keredhaan-Nya?

Yg berlaku itu sbhg drp kafarah dosanya. Kbykn penzina yg telah bertaubat, akan senantiasa diuji Allah atas perbuatannya yg lampau. Paling ketara, perasaan bersalah & rendah diri di atas ketidaksucian diri merupakan manifestasi psikologi ke atas pelaku zina.

Tp bukan mendorong TT mencari cinta manusia. Tp patutnya kita mendorong TT mencari cinta Allah & keredhaan Allah.

Krn mencari cinta manusialah dia kecundang. Soal siapa setelah ini jodohnya, TT kena secara realiti cermin dirinya sendiri & redhalah atas ketentuan Allah. Mungkin juga jodohnya bekas penzina yg kini lbh soleh drp kita.

Mmg soal hati ketentuan Allah. Tp berlandas syariat, teruna dara muslimin muslimah mestilah menghindar bekas pelaku zina, krn perbuatan zina itu blh diwarisi zuriatnya. Dlm Islam, zina itu penyakit, malah blh berjangkit.

Senanglah kita berkata baik, tp kenyataannya, brp kerat muslimin soleh yg teruna mahupun duda sanggup menerima bekas penzina.

Sudahlah ramai lelaki muslim jd penagih dadah, bohjan, mat rempit, peragut, kaki arak & judi, termasuk golongan pondan & gay .... brp kerat sgt dah lelaki2 teruna muslimin yg menjd pilihan muslimah suci / mak janda (tak termasuk suami org)?

Fikir2kanlah.

Sbb itu sy minta TT redhalah dgn jodoh ketentuan Allah.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by robotech at 25-10-2010 21:12

As-salam

Saya tidak memberikan harapan menggunung yg tak tercapai realiti pd TT. Lbh afdhal sebaiknya menunjukkan arah pdnya belajar mendekatkan diri dgn Allah, & memperbanyakkan ibadat.

Bukannya memberi harapan yg tak realistik.

Jodoh, rezeki itu ketentuan Allah. Yg mana melanjurkan diri, perkara pokok adalah keinsafan & ketakutan pd azab-Nya menerusi taubat. Drp situ, keampunan Allah & keredhaan-Nya yg WAJIB dicari, bukan menanam lg cinta bersifat duniawi & nafsu semata.

Itu urusan Maha Pencipta & hamba-Nya.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by robotech at 25-10-2010 20:25

As-salam ...

Kpd saudari, sekiranya saudari penah baca penulisan sy pd thread2 'terlanjur' sblm ni, mmg sy seorg yg bertegas kpd pelaku & perbuatan zina itu.

Saudari, sudahkah saudari melakukan taubatan nasuha? Benar2 insaf & berjanji meninggalkan kemungkaran yg tlh saudari sengaja lakukan demi mengejar nikmat nafsu yg diperkudai syaitan?

Kalau jawapan saudari ialah ya, maka sy nasihatkan, hentikan pencarian cinta seorg manusia. Jika saudari menyayangi sekelumit maruah & harga diri yg masih tertinggal, maka kejarlah cinta Maha Pencipta.

Kasihi Allah sepjg masa. Inilah masanya saudari berhenti menyalahkan keadaan, sebaliknya berebut2 melakukan ibadah demi keredhaan-Nya. Semoga rahmah Allah bercucuran pd saudari.

Saudari, bilamana hadir insan bergelar suami menerima saudari, segala keaiban lalu simpan seadanya. Jgn diungkit kisah silam demi kebahagiaan rumahtangga. Tp sy minta saudari jgn terlalu berharap dpt teruna suci. Jika jodoh saudari seorg lelaki muslim solihin yg dulunya punya kisah hitam, terima dia dgn redha sbgmana dia menerima saudari dgn redha.

Namun saudari juga kena redha sekiranya diuji Allah atas balasan kesilapan silam. Ujian ini dtg dlm pelbagai bentuk, & keadaan. Drp perhatian sy, bekas pelaku zina kerap diuji sukar mendpt jodoh, krisis kepercayaan pasangan, sukar mendpt zuriat, diaibkan bila kisah lalu terbongkar, anak2 melakukan kesilapan yg sama, setelah berkeluarga diuji ketemu bekas kekasih hingga menggugat kesetiaan dll. Ini baru dugaan di dunia & risiko bekas pelaku zina yg tak kena hukuman hudud, saudari.

Memang berat dipikul ditanggung, tp, kalau berani buat, kenalah berani tanggung. Krn saudari terlalu mudah & berani menyerahkan kehormatan saudari sbg seorg wanita, maka haruslah berani & redha menanggung balasan atas perbuatan lampau yg disengajakan.

Minta maaf kalau sy bagaikan tiada simpati mahu kasihan pd saudari. Saudari kena simpati pd diri & kasihkan diri sendiri, brlah org lain akan simpati pd saudari. Sbb itu saudari kena berhenti kejar & tagih cinta makhluk lain, kejarilah & tagihlah cinta Allah. Barakah & rahmah Allah, moga saudari ketemu insan bergelar suami solihin yg redha pd saudari sebgmana saudari redha pdnya.

Saya doakan saudari ketemu cinta Ilahi. Hamba yg mencintai-Nya akan dicintai-Nya & diberi rahmah-Nya.


Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:29 PM | Show all posts
As-salam,

Kpd forumer lain, mmg elok memberi kata2 positif, tp mesti dlm kemampuan kita sendiri melakukannya. Manakan ketam mampu mengajar anaknya belajar berjalan lurus padahal hanya berkemampuan berjalan ke sisi shj?

Sy menasihati TT agar jgn terlalu berharap cinta insani, krn cinta Ilahi itu lg besar keredhaan-Nya. Sy juga berpegang pd kenyataan, yg hampir tiada lelaki teruna beriman inginkan zaujah bekas penzina krn ia sendiri tidak digalakkan syariat krn pernikahan sebaiknya dgn muslimah suci / janda yg menjaga maruahnya demi mendapat zuriat yg diberkati Allah & terlindung drp rahim yg bersemi benih2 zina.

TT seharusnya sudah bersyukur dia terlepas hukum syariat, tak perlu ditelanjangkan perbuatannya di khalayak ramai sambil disebat 100x secara langsung & dipaksa berhijrah ke tempat lain. Selain itu, sepatutnya bersyukur dia tak dipaksa kahwin dgn lelaki yg menzinainya.

Itu peluang2 yg dah diberi Allah pdnya, hanya perlu bertaubat shj. Kenapa nak harapkan benda lain pula, umpama diberi betis mahukan peha? Tp jika jodohnya dgn lelaki solihin, maka jgn diceritakan aibnya itu, maka harus dirahsiakan. Tp ujian Allah tetap untuknya, maka TT kena redha atas apa yg dijanjikan Allah sbg kafarah dosanya.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:30 PM | Show all posts
As-salam

TT masih berpeluang utk memperbaiki diri, mengejar sebanyak mana pahala agar kafarah dosa blh dikurgkan.

Soal jodoh, serah pd Allah. Kira dpt jodoh baik2, jgn diceritakan aib, kalau diuji sbb balasan dosa lalu maka kena redha.

Pilihlah yg sekufu. Jgn berharap mendpt sesuci teruna, sdgkn diri sudah digadai. Perasaan bersalah mmg takkan lari, itu kena redha sbb itu adalah sbhg ujian Allah ke atasnya.

Maaf, apalg yg mrk mahukan? Bersyukurlah tak diaibkan serta tak kena hukum hudud. Terlepas hukum Allah, maka redhalah dgn kafarah dosa menerusi ujian Allah terus menerus. Jgn dipersoal mengapa & kenapa, krn jawapan di depan mata.

Mmg bersangka baik adalah sebaiknya. Tp, terima kenyataan seadanya.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:31 PM | Show all posts
As-salam,

Maka sewajarnya pelaku zina yg telah insaf diminta merahsiakan perbuatan lampau. Jgn dibuat bicara lg, kiranya telah bertaubatan nasuha.

Tetapi, sbg muslimin, adalah tggjwb sy mengingatkan para teruna muslimin yg menjaga maruahnya, agar carilah gadis muslimah yg menjaga maruahnya.

Kita kena cermin realiti keadaan semasa. Golongan teruna muslimin yg bermaruah tinggal brp kerat? Tolak bohjan / mat rempit / kaki dadah / kaki arak / tahi judi / geng hedonis / pondan & sekaum dgnnya (gay / maknyah) ..... kemudian asingkan bbrp kerat muslimin yg tak brp nak sekufu sbb tak berpendidikan tinggi / pendapatan cukup2 makan, lepas tu asingkan golongan muslimin yg baik yg rata2 dah jd tunangan org, suami org.

Tak ramai mana pun. Dlm kumpulan teruna / duda muslimin yg seciput tu lah anak2 gadis muslimah bermaruah, mak janda, balu mencari bakal suami.

Yg tinggal apa?

Jd, muslimin lelaki yg menjaga maruahnya, takutkan akan Allah masih ada byk pilihan mencari gadis / janda / balu yg menjaga kehormatan diri sama ada sekufu atau tak, kerana itu yg digariskan syariat. Takkan nak pilih yg bekas pelaku zina, melainkan benar2 redha shj.

Tp satu soalan yg selalu .... SELALU ... sy utarakan pd bekas pelaku zina wanita, sanggupkah mereka menerima / redha mendapat muslimin yg soleh tp pernah ada sejarah hitam (bekas penzina / penagih dadah / bohjan dll) ... rata2 mrk tak menyahut.

Kalau muslimah yg rosak je nak diselamatkan, ditarbiah & diberi harapan jodoh baik2, tak layakkah pula muslimin yg telah insaf diberi peluang kedua?

Bersangka baik tetap bersangka baik, tp perlu waspada. Mendekati Allah, cari keredhaan-Nya. kalau hadir jodoh yg baik2 kpd bekas pelaku zina, rezeki namanya, jgn dicerita kisah yg lalu. Tp jika diuji terus menerus atas kesalahan lalu, kena redha ... sbb berani buat menyanggahi Allah, kenalah berani menghadapi kemungkinan drp-Nya.

Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 08:35 PM | Show all posts
As-salam,

Tapi, mari kita lontarkan soalan ini pd yg bekas penzina yg telah insaf, terutama drp golongan muslimah yg pernah punya kisah hitam:

Sanggupkah mereka menerima / redha mendapat muslimin yg soleh tp pernah ada sejarah hitam (bekas penzina / penagih dadah / bohjan dll)?

Rata2 tak menyahut. Mereka hanya mahukan lelaki solihin yg suci shj pilihan mereka, ini double standard! Apakah darjat seorg lelaki muslimin solihin yg telahpun insaf (bekas penzina / penagih dadah / bohjan dll) jauh lbh rendah drp muslimah bekas penzina ini?

Maafkan saya kalau saya terlalu emosi. Cuma, dah letih, benda sama asyik berulang. Dan berulang .... dan berulang.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:39 PM | Show all posts
As-salam,

TT ini kena belajar mengasihani dirinya dahulu. Mesti belajar mengasihani Allah & mengasihani kedua ibu bapa yg maruah famili dikhianati demi tuntutan syahwatnya terdahulu.

Pandangan negatif masyarakat pdnya adalah satu natijah pembalasan & ujian Allah pdnya, sbhg drp pembersihan dosa lalu.

Apa yg berlaku tika dulu hanya antara dia & Allah, & bukan utk dikongsi oleh org lain walaupun di forum internet terbuka.

Kesilapan lampau seharusnya disimpan kemas, rapi & jgn dibuka langsung.

TT kena mencari jln keredhaan Ilahi dlm memperbanyakkan usaha dlm amal ibadat bagi membersih dosa lalu.

Semoga TT telah bertaubatan nasuha. Setelah taubatan nasuha, kena dekatkan diri pd Allah, mengasihi dirinya serta keluarga yg telah dikhianati amanah, & mendptkan bimbingan drp yg berilmu supaya TT dpt memperbanyakkan & menyempurnakan amalan ibadatnya agar kafarah dosa lalu berkurangan.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:44 PM | Show all posts
As-salam,

Sy mohon kpd TT supaya berpegang pd realiti kehidupan.

Tiadalah Allah berlaku kejam pd pelaku zina di Malaysia ni. Malah patutnya bekas penzina kena bersyukur tak kena hukum syariat 100x disebat dikhalayak ramai serta dibuang daerah setahun atau dihukum rejam sampai mati dikhalayak ramai di bumi Malaysia ni.

Amat ringan sekali perzinaan di Malaysia ini. Plg kuat bayar denda & penjara tak sampai sebulan. Tak kena cekup, taubat pun dah cukup dah.

Berzina, senang je nak settle. Minta nasihat rakan2, ustaz ustazah, kaunseling, ambil wudhuk, solat taubat, settle. Pastu taruh harap dpt teruna dara suci2 je. Kalau terbuat lagi, ulangi langkah yg sama.

Taubat yg sebenarnya yg ikhlas ihsan & berserah segala pada-Nya. Yg taubat pd-Nya mencari keredhaan-Nya. Bukannya bertaubat sbb lepas tu nak cari jodoh yg suci belaka.

Ketaqwaan diukur nilai ikhlasnya amalan ibadat kita hanya pd-Nya disamping kekuatan diri menjauhi perkara yg ditegah-Nya.

Moga2 TT mendpt hidayah. Ada ruang utk bekas pelaku zina yg Allah buka luas, setiap masa, sepjg masa. Soalnya, insafnya mrk itu ikhlas benar2 krn keredhaan Allah, atau masih mengharap akan jodoh teruna dara suci shj?

Di mana2 forum internet terbuka spt CARI, yg lbh berbtk mass-reach, mainstream .... jika ada yg berani membuka thread terlanjur, mmg sengaja cari nahas kena goreng, kena masak, kena gulai, kena panggang, kena salib, kena sula, kena rejam dgn kata2. Jgn katakan soal tiada siapa tahu identiti tuan punya thread terlanjur, hanya dgn mengesan IP shj, dah blh ditelanjangkan identiti sebenar mrk even sampai ke facebook dll.

Msh ada byk cara berkongsi masalah kes ini secara maya ... kita ada e-mel, ada blog para ustaz ustazah. Sbb aib zina ini harus disembunyikan drp tatapan umum, terutama drp mrk yg tak dikenali.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:45 PM | Show all posts
As-salam,

Zina itu memang suatu penyakit. Malahan jika tidak dikawal boleh berjangkit. Dan membarah.

Sebab ubatnya yang paling berkesan adalah menerusi pencegahan melalui dakwah berterusan serta perlaksanaan hukum syariat.

Ada hikmahnya hukum syariat. Kalau pesalah (penzina yg blm berkahwin) dihukum sebatan 100x dikhalayak ramai & dibuang daerah selama setahun:

1. Jd pengajaran buat masyarakat akan ketegasan syariat akan kesalahan zina
2. Menimbulkan rasa takut & kesedaran akan kesalahan zina
3. Dosa zina terhapus 100% setelah dijatuhi hukuman hudud
4. Memberi peluang kedua kpd pesalah blh memulakan hidup baru ditempat baru tanpa pandangan prejudis masyarakat di tempat asalnya.
5. Setelah tamat tempoh setahun, pesalah yg kembali ke tempat asal tak perlu risau sgt krn masyarakat setempat mungkin sudah lupa kisahnya lalu.

Tentang hukum rejam sampai mati (penzina yg sudah / pernah berkahwin) di khalayak ramai:

1. Menunjukkan ketegasan & tiada kompromi dlm menjatuhkan hukum Allah pd pesalah.
2. Penglibatan kolektif masyarakat turut merejam pesalah zina
3. Dosa zina terhapus 100% setelah dijatuhi hukum hudud
4. Menerbitkan & menzahirkan kesedaran pada masyarakat akan hukum zina di sisi syariat.

Fikir2kan, kenapa dlm syariat seolah2 tiada kompromi pd jenayah maksiat ini? Apakah zina ini hanya satu kesilapan biasa2 yg hanya perlu dikaunseling shj, atau satu perbuatan jenayah setaraf rompakan, samun, rogol, pembunuhan dll?

Jenayah maksiat hukumnya di segi syariat shj dah cukup tegas & keras sehingga menuntut penglibatan masyarakat setempat.

Ini kesalahan kecil kah? Sampai masyarakat turut dituntut menghukum atau paling tidak menyaksikan proses hukuman itu?

Wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.061499 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list