|
Post Last Edit by nobito at 16-7-2010 10:04
yg bnyak minta sedekah kulit hitam gelap ni rohingya la agaknya
-mana dia etnik myanmar muka mcm hi ...
sekngucing Post at 13-7-2010 23:28
Dlu kat stesen bas Butterworth ada banyak pelarian tu... Bagi 50 sen x mo..dia minta lagi 50 sen..katanya sticker tu RM1... X pasal aku tergodek-godek beg cari duit... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 273# genot
Indon memang bongok...depa pikir negara mereka besar sebab tu x mahu amik tahu pasai negara luar...
Amerika, Cina ngan India tu besar gak tapi x sebodoh macam depa yang macam 'Katak bawah Tempurung'...eh silap macam 'Babi dalam lubang'... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Bangco-ck pong ada gembel gak, tapi kebanyakan gembel dalam Bang-coc-ck mari dari Kampuchea. Kat Penang, di Malayshia, pong ada gembel, mari dari Myanmar, samseng dari China, tukang kait kelapa sawit, penyamun n angkat bata dari Indong n ada orang gila kepala teng tong pong jadi gembel. Kat Indong gembel mari dari mana?
Aku dok berasa qija ulang benda sama jah, pasi banyak sangat org bongok x tahu nak beza negara-negara kota yang pernah wujud dalam wilayah negara moden hari ni dengan anggap negara-negara tu teruih transform jadik sebetoi Indong, Malesia, atau Thailand macam lani. Konsep bangsa negara ni smua konsep palsu dan buatan sahaja. Dari zaman purbo sampai la ke zaman lani. Kalu amik pengajian kajian Antarabangsa tahu lah serba sedikit.
Negara Kota Thai Purba
Sejarah kuno etnik Thai di Indo-China dalam negara moden Thailand bermula sekitar abad ke-10 M, bila mana orang Thai masuk ke kawasan-kawasan kerajaan penganut ajaran Brahman (Hindu Veda/Kitab Suci!) seperti kawasan yang diperintah oleh etnik Mon, Khemir, dan Melayu. Etnik Thai di Thailand masuk ke dalam wilayah dalam Thailand hari ni dari kawasan utara sikit, lani, dalam wilayah negara China.
Etnik Thai di Thailand mengasaskan kerajaan depa sniri, bermula dengan Sukhothai (Sukhodaya) pada abad ke-12 M. Sukhothai bukan Sokhothai puak Kapiq Buddho pasi Melayu pada kurun ke-7 M pong beragama kapiq Buddho masuk neraka jugak.
Ajaran Buddho bukan ajaran yang diajar "Guru Agung" dr suku kaum Thai, tapi "Guru Agung" Buddho Gautham datang dari puak Sakhas dalam Nepal moden. Buddho tak pernah ajaq pun pasai "Allah" mahu pong pasi Brahma (Abarahama, kata blog merapu skerat tiang 1Asalama kegemaran Indong), atu pasi dewa Wisanu atau Siwa. Quran n kitab Hadis pong x abeh baca, ni kan pulak nak p selak kitab Jadok (Jataka), n Tipidok (Traipidaka).
Kerajaan Thai Buddho puak kapiq lain dalam wilayah negara moden Thailand ni selain drpd kerajaan Sukhothai adalah kerajaan Chiangsaen, kerajaan Lanna (Chiangmai), dan kerajaan Ayutthiya. Kerajaan Sri Ayutthiya (Siam) memang kerajaan yang diasaskan oleh orang Thai kacukan dengan orang Mon. Dapat kita lihat, kerajaan-kerajaan yang menggunakan bahasa Thai yang asli dalam negara moden Thailand, dan orang-orang dalam kerajaan-kerajaan tersebut berasal dari sebahagian wilayah China hari ni, ada empat kerajaan semuanya. Yakni, Sukhothai, Chiangsaen, Lanna, dan Ayutthiya.
Negara-negara kota orang Thai ni pong selalu perang sesama sniri n selalu jugak menghadapi ancaman dari Annam (Vietnam), Burmo, dan puak Khemir. Bangsa Siam, mula dengan Sri Ayutthiya. Siam berasal dari bahasa Senskrit, bermaksud Itam sebab kerajaan Sri Ayutthiya terletak di kawasan tengah Thailand dan ada penduduk yang berkulit gelap sebagai majoriti.
Negara Kota Purba lain yang non-Thai di Thailand
Sri Davaravadi Phra Nagar
Kerajaan Hindu terawal yang bersejarah di dalam wilayah Thailand hari ni ada pun, adalah kerajaan Sri Dvaravati. Kerajaan ni mula naik kuasa dalam abad ke-7 M, pusat tamadun pertama depa di Negara Pertamo (Nakorn Prathom), n Phong Thuk, dalam wilayah Suphanburi. Nama Sri Dvaravati ni adalah perkataan-perkataan yang berasal dari bahasa kitab suci ummat Hindu hari ini, iaitu bahasa Sanskerit. Ia membawa maksud, Pintu Gorbang yang Gilang-Gemilang. Ini kerajaan terletak dalam lembangan Menam Chao Phraya di tengah Thailand hari ni.
Kerajaan Dvaravadi ni dihuni oleh pelbagai etnik puak, tapi bahasa yang diguna adalah bahasa Mon Purba. Kerajaan ni bertanggungjawab menyebarkan budaya dan ajaran Brahman (Hindu kitab Suci Veda) kepada orang-orang di sekeliling kerajaan negara kota purba ni.
Bahasa depa menggunakan tulisan Pallava Grantha berasal dari wilayah kerajaan purba Pallava di India moden lani, dalam wilayah Kerala tuk wan tun mamakdeth Agama rasmi kerajaan ni adalah Buddho Theravada, tapi mereka turut mengamalkan sistem kasta Hindu dan terlibat dalam upacara Brahman (golongan pendeta Hindu, Brahmin).
Sri Dvaravadi Phra Nagar bukan sebuah kerajaan dalam erti kata macam negara Indong, mahupong Malaysia, atau Thailand macam reni. Ia merupakan rantaian negara-negara kota yang bayaq upeti kat negara kota yang paling kuat antara smua ikot sistem lingkungan kuasa politik Hindu, Monthol (Mandala).
Mandala Dvaravadi ni sampai ke Segenting Kra di Selatan Thai, jugak ke wilayah Timor Laut Thailand reni. Ketamadunan Dvaravati hancoq pada abad ke-10 M n diganti dengan kuasa politik bentuk baru yang lagi seragam bentuk dia, iaitu Lavo-Khemir. Puak Khemir serang n bakar hancoq tamadun Dvaravadi, pastu buat Phreang (Kuil) depa atas tu.
Sri Kottabun
Terletak di wilayah belah Esana (Timor Laut), Thailand. Penghuni kerajaan ni adalah dari jenis suku kaum Mon-Khemir. Kota-kota depa bentuk bujoq kalu tgk dalam peta belah atas n depa punya budaya pon turut mewarnai tamadun Dvaravati. Depa pon mengalami jugak perluasan kekuasaan orang Khemir dari kerajaan Chenla pd abad ke-7 M. Kawasan selatan Sri Kottabun penah jadi ibu kota bagi kerajaan Chenla (Khemir) yang menguasai wilayah selatan negara Funan dlm abad ke-7 M.
Selatan Thai
Bawah Segenting Kra, ada kawasan ketamadunan orang Melayu. Kerajaan pra-Melayu di selatan Thai dolu2 diterangkan dalam kitab-kitab tawarikh China pernah jadi negeri yang bayar upeti kat kerajaan empayar Funan sekitar abad ke-2 M. Mola abad ke-6 M, dua mandala utama menguasai selatan Thai iaitu mandala (kuasa empayar) Langkasuka n Gandhari.
Pusat mandala Gandhari terletak di Surat Thani manakala Langkasuka punya pusat mandala ada di Patani. Sami Buddho Cina dari empayar China pernah belajar tatabahasa Bali (Pali) serta ajaran Buddho aliran Mahayana di mandala Langkasuka dalam perjalanan dia ke India skitar tahun 800 M.
Selatan Thai sbetoinya adalah pusat perkembangan aliran-aliran agama Hindu (India) seperti aliran Sivaism (Nastika Hindu), Mahayana Buddhism (Anastika Hindu), Brahman (kultus tuk sami), dan lain-lain.
Abad ke-8 M jugak, negara kota2 orang Melayu di Selatan Thai mula jatuh bawah mandala (upeti empayar) Srivijaya dari Balimban (Palembang). |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 18-7-2010 18:39
Minggu lepaih aku ada menghadiri satu pertunjukan kebudayaan negri2 dalam M'sia ni kat U. Jadi kebetulannya ada satu pertunjukan ni menyentuh orang-orang yang cakap Siam, sapa lagi kalu bukan Pak Majid yang dok main wayang kulit tu. Beliau ni asal dari Kampong Kunluang dalam mukim Binjai, dekat Asun lah. Asun ni duduk dalam Jitra dalam wilayah Kubang Pasu, n very very de famous sebenaqnya depa ni walupon dok cakap Melayu bunyi sengau2 bagi puak-puak tua yang umoq 50 taun ke atas dan yang x penah kluaq dari situ.
Aku cek dalam website memori kedah, depa kata beliau ni lahir sekitar tahun 1949. Selalu dok ikot pak dia nama Noh p main wayang kulit kira beliu ni salah seorang pewaris la bagi wayang kulit selatan Thai di Kedah. Maren aku dan sembang ngan bekas district officer kubang pasu, dia kata bapak kepada Pak Majid, yakni Pak Noh sbenaqnya ada banyak bakat len lagi sebelom dia p Makkah nek haji macam menyanyi n sora dia bleh ubah jadi macam-macam termasuk sora haluih orang pompuan yang dengar real kat telinga kita. Tapi lepaih dia balik haji tu dia tobat dah tinggai buang wayang-wayang ni tak mboh men lagi dah pasi berasa tak sesuai dah dengan dia lepaih balik Makkah.
Wayang Kulit Sri Asun ni bukan macam tipikal wayang Kelante Senggorok Api, atu wayang Jowo Bharatayuddho Kawah Chadradhimukho. Wayang dia untuk rileks saja, n lawak serta menyampaikan kempen-kempen kemasyarakatan macam kempen jaga kebersihan, hubungan etnik, isu remaja macam rempit, dan sebagainya diselang seli la dengan kisah-kisah terkenal macam seniman Nunui n Etong (Aethong).
Memang berbeza la dari segi penyampaian dia, tapi hak pak kepada Pak Majid nama Pak Noh tu x silap dia punya style wayang memang tradisional habeh tp yang aku dok perati lar wayang-wayang selatan Thai ni mesti ada unsor humour gak skit n cakap loqlaq macam pelaq, ai heee, n kalu macam haram jadah tu besa ja la kot aku x berasa apa pong ngan frasa-frasa lagutu
Jadi, aku berasa yang orang Asun n Jitra umomnya ada gak benda yang buleh dibanggakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Erm, aku malas nak bukak thrid sejarah Thailand. Aku harung skali jah thrid ni selang-seli ngan isu-isu penutur bahasa Thai di Malaysia utamanya di negri Kedah.
Zaman Klasik Kerajaan-Kerajaan Purba dalam Wilayah Thailand
Jumpaan-jumpaan arkeologi dalam Thailand (Siam) banyaknya dari abad ke-10 sampai ke-14 M. Begitu jugak abad-abad ni lah ada banyak cerita-cerita lagenda keluaq. Lain daripada tu, orang Khmer pun masuk menakluk ke Siam tapi waktu tu nama Siam ni x wujud lagik. Orang Khmer berjaya mengawal kawasan lembangan Menam Chao Phraya n Timur Laut Thailand. Zaman klasik ni jugok orang Thai dan budaya/bahasa Thai merebak masuk ke kawasan Siam n nama Siam sbg negara pong x dikenali lagi.
Antara kerajaan zaman klasik dalam pre-Siam adalah Lavo dan Haripunjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Lavo
Kerajaan ni nama Hindu dia sebetoi adalah Lavapura. Sekitar kuron ke-10 M, negeri-negeri dalam Phra Nakor Dvaravati terbelah kepada dua mandala. Satunya, Lavo dan keduanya, Supannaphum (Suvarnabhumi). Zaman moden ni, nama Lavapura dah tukaq jadi Lopburi, manakala Suphannaphum tukaq jadi Suphanburi.
Ikot lagenda dalam rowayat Utara, tahun masehi 903, sorang raja dari Tamralinga (Nakon Si Thammarat) yang merupakan sebuah negara kota di selatan Thai menakluk negeri Lavo. Lepas tu sorang kerabat diraja, putera berbangsa Melayu diangkat jadik gubenor di situ. Lepaih tu, putra keturunan Melayu tu menikah dengan kerabat diraja Khmeir yang lari dari perang sedara di dalam kerajaan Angkor (Kemboja).
Anak kepada putera raja Tamralinga n puteri Khmeir ni kemudian melawan pak menakan dia di Angkor sana untuk amik balik takhta Angkor. Anak tu gelaran dia Suryavarman I. Suryavarman I ni kemudian membawak masuk wilayah Lavapura ke dalam kekuasaan Khmeir untuk disatukan sekalik dalam satu empayar n kuasa dia melebar sampai ke Timur Laut Thailand hari ni. Raja ni jugak banyak buat koil.
Suryavarman I tarak waris laki-laki jadi negeri Lavo jadi mordeka. Tahon 1057, raja Anuradha dari kerajaan Bagan (Burma) menakluki Lavo n puteri yang dok jaga dalam Lavo diambik jadi bini dia. Lavo mencapai kegemilangan masa zaman Narayanna yang memerintah tahon 1072-1076 M.
Kemudian sekali lagi, Lavo mengalami penaklukan Burma, bila raja Kyanzettha memerintah Bagan. Raja Kyanzettha ni la mak dia kerabat diraja Lavo yang menikah dengan raja Anuradha. Tapi tahun 1080 depa kena halau balik Bagan. Lepas kemangkatan Narayanna, Lavo mengalami perang sedara n Suryavarman II mula amik kesempatan menakluki Lavo n letak anak dia sebagai gubenor Lavo. Jadi senang sikit kerajaan Angkor (Kemboja) nak pantau.
Masa awalnya, Lavo melindungi ajaran Buddha Theravada yang merupakan agama rasmi negara orang-orang Mon. Tapi lepas ditakluki oleh orang Kemboja, mereka mula tukar agama ke Hindu sebab orang Kemboja beragama Hindu. Lavo kemudian jadik pusat sebaran budaya Khmer jugak jadi pusat pelebaran kuasa Khmer di lembangan Menam Chao Phraya.
Dalam ukiran timbul kat Angkor Wat, ada ditunjuk yang askar2 Lavo menjadi satu sayap dalam tentera Angkor. Tapi ada jugak gambaran yang tentera dari etnik Thai pon ada terlibat dalam ketenteraan orang Kemboja, satu abad sebelum bermulanya kerajaan Sukhothai (Sokhothai??). |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Haripunjaya
Ikot lagenda Jamadevivamsa, negara kota Haripunjaya diasaskan oleh seorang pertapa Hindu, nama dia Sudeva. Negara kota ni zaman ni berada di Lamphun, di Utara Thailand. Lepas Sudeva asaskan negara kota ini, beliau jemput seorang puteri dari kerajaan Lavo untuk memerintah di kota itu sekitar tahun 700 M.
Ada kajian kata tarikh 700 M macam terlalu awal bagi penubuhan negara Haripunjaya, lagipun puteri Jamadevi tak da bawak Dharmmachakra ke Utara. Jadi ada yang buat kesimpulan bahawa Haripunjaya ni merupakan sub-negeri kepada kerajaan Lavo atau sekurang-kurangnya berkaitan dengan kerajaan Thathon di Myanmar selatan hari ni.
Kerajaan ni menjadi pusat kepada perkembangan ajaran Buddha aliran Theravada di Utara Thailand. Kerajaan ni mula berkembang pesat masa pemerintahan raja Ayattawangsa yang membina Phra Dhatu Haripunjaya. Benda ni sebenarnya lambang ajaran Buddha gak. Selain tu, kerajaan ni ada hubungan kukuh dgn kerajaan Thathon di Myanmar Selatan.
Abad ke-11 M, kerajaan Haripunjaya mula bertembung dengan kerajaan orang etnik Thai iaitu kerajaan yang dipanggil sebagai Nakhon Ngenyang di Chiang Saen. Kerajaan ni jadi lemah lah akibat penaklukan etnik Thai, maka ia pon jatuh la jua ke tangan raja Mengrai yang Agung dari kerajaan Lanna (Ribuan Sawah) yang merupakan negeri Mandala etnik Thai yang menggantikan kerajaan Ngenyang. Orang Mon di Utara Thailand pon kena sembelih beramai-ramai dan ada yang diserap masuk dalam masyarakat Thai Utara. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketibaan orang Thai di Indo-China dan Tanah Besar Asia Tenggara
Kajian yang terbaru cakap bahawa orang Thai masuk ke Asia Tenggara melalui Guangxi di dalam wilayah China Selatan lani. Ada kawan aku keturunan Thai di China n Chiangmai pon cakap yang ni, n depa kata kerajaan orang-orang Thai sebenarnya memang meliputi kawasan Selatan China n Utara Thailand berjiran dengan kerajaan orang Mon-Khmer. Depa cuma melebar lagi ke selatan saja, bukannya betul-betul asing di Asia Tenggara.
Lani, ramai etnik Zhuang tinggal di Guangxi n depa ni adalah sub-etnik Thai, berbanding dengan di Yunnan n orang ramai kata Guangxi sebenarnya asal-usul tempat orang Thai. Sekitar abad ke-7 M, orang-orang Thai yang berjaya melepaskan diri daripada pengaruh kecinaan mula buat penempatan di Dien Bien Phu dalam Vietnam hari ni. Benda ni berasaskan tradisi lisan orang Thai berkenaan Khun Borom. Dari situ, puak-puak Thai mula meresap masuk di Utara dengan mengasaskan kota-kota purba seperti Chiangsaen dan Luang Prabang (Laos).
Lagenda Singonavati bagitau kita, ada ketua puak Thai nama dia Singonavati menghalau kluaq puak Wa n membina kota Chiangsaen sekitar abad ke-8 M. Pertama kalinya orang-orang Thai membuat hubungan dengan tamadun-tamadun Hindu di Asia Tenggara waktu itu la.
Melalui kota Haripunjaya, orang Thai menganuti ajaran Buddha aliran Theravada (Langkawangsa) n pakai nama-nama adhiraja Sanskrit. Mereka kemudian bina Phra Dhatu Doi Thung pada tahon 850 M sebagai lambang ketaatan kepada ajaran Buddha aliran Theravada.
Sekitar abad ke-9 M, berlaku pula perang besaq antara kota Chiang Saen ngan Haripunjaya. Puak Mon cuba menawan Chiang Saen n raja Chiang Saen berjaya lari. Tahon 937 M, putera Phrom yang Agung rampas balik Chiang Saen dari puak Mon n menyebabkan kota Haripunjaya kalah teruk.
Abad ke-10 M, Chiang Saen digegarkan dengan gempa bumi n ramai la yang mati di situ. Satu majelis diwujudkan untuk atur hal ehwal kerajaan untuk sementara waktu dengan orang asli dari puak Wa dikenali sebagai Lavachakkaraja dilantik jadi raja baru bagi negara kota Chiang Saen atau Ngernyang.
Dinasti Lavachakkaraja memerintah kawasan tu selama 500 tahon. Lepas itu, berlaku kekurangan kawasan sebab penduduk makin meningkat maka orang-orang Thai mula turun lagi ke selatan secara perlahan-perlahan nak cari nasib untung. Tahon 1100 M, orang Thai mengasaskan sistem pemerintahan depa sniri dikenali sebagai Po Khun (Pak Encik) di Nan, Phrae, Savankhalok, Chakangrao dan lain-lain di hulu lembangan Chao Phraya.
Putera-putera Thai di selatan ni mula menerima pengaruh Khmeir dari kerajaan Lavo n stengahnya pon jadi sebahagian dari negeri ufti Lavo-Khmeir. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Karen
Ni puak sub-etnik bawah Tibeto-Burman. Lebih kurang orang Bamar, tapi lani depa ni banyak gak menganut Kristian. Pemberontak gak kat kerajaan Junta Myanmar.
genot Post at 13-7-2010 23:00
Derang ni la yang Jews klaim sebagai Lost Tribe tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha, masing-masing pon pakat mengaku la Abarama la, bani Manasseh la bagai. Jews yang kata Lost Tribe tu katanya Jews Mizoram. Tapi ada jugak kajian dr Israel sniri atas minat n rasa ingin tau tinggi Universiti di Hebron kata bahawa ada satu lost tribe bani Manasseh tu sebenaqnya ada di Afghanistan. Depa kena serap masuk jadi satu puak dalam etnik Pushtun tp yang betulnya depa bukan puak Pushtun n puak-puak Pushtu ni semuanya Issele belako |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 234# genot
Part chorus tu depa sebut 'Sukhotai' ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Baru aku faham derang sebut 'phra raa chi nee sohng huaang yai'...aku ingat kan Sukhotai tadi |
|
|
|
|
|
|
|
ha, SokhoThai Kapiaq Buddha pembunuh raja empayar Siam Isele Moghul Babilonian Sultan Abarahama 1Asalama Konspirasi Besarq |
|
|
|
|
|
|
|
Napa aku dengar Sukhotai |
|
|
|
|
|
|
|
ahahaha, Sukhothai masa zaman Sri Ayutthaya jadi dinasti Utara |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 24-10-2010 00:39
Sempadan Sebenar Semenanjung Tanah Melayu
Sempadan Semenanjung Tanah Melayu sebenarnya jauh lebih luas, iaitu meliputi daripada pulau Singapura di bahagian selatan hinggalah ke utara di segenting Kra yang di bawah wilayah Negara Thai dan Myanmar (Burma) pada hari ini.
Pada masa dahulu, semenanjung Tanah Melayu turut meliputi wilayah Segenting Krayang kini termasuk di dalam wilayah Negara Thai dan Myanmar. Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan (Yawi)sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah.Penduduk Melayu di kawasan ini bukanlah pendatang, sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan ini sejak zaman berzaman, iaitu warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka.
Selepas kejatuhan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada tahun 1767 akibat serangan Burma,telah bangkit satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi di bawah pemerintahan Raja Taksin.Raja Taksin ini telah menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu di Negeri Ligor, Cahaya, Rundung, Terang, Ghraibi, Bukit, Bedalung dan Singgora.Negeri Patani terselamat daripada serangan tersebut. Walaubagaimanapun, benteng terakhir negeri Melayu ini kemudiannya berhadapan dengan serangan demi serangan daripada pihak Thai.
Anglo-Siamese Treaty, 1909, yang dibuat antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Patani, Singgora, Setul hinggalah ke segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai.
Ketika era pemerintahan Phibun Songkram, Perdana Menteri Thai pada tahun 1938, beliau telah menukar nama Negara Siam kepada Prathet Thai/Thailand. Secara umumnya, Thailand bermaksud “ Negara Bagi Orang-orang Bebas ”, tetapi secara metaforiknya, ia bermaksud “ Tanah Orang-orang Thai ”. Phibun Songkram memerintah secara kuku besi dan berhasrat menjadikan Thailand sebuah negara kesatuan berdasarkan kepada budaya Kaum T’ai dan agama Buddha Theravada. Kaum-kaum minoriti termasuklah Melayu telah dipaksa untuk “ menjadi Thai ” melalui pemaksaan dasar Thai Ratthaniyom.
Selain daripada itu, nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai. Di bawah ini dinyatakan kembali nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan kita semua serta generasi akan datang khasnya.
Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)
Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)
Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare (Penarik)
Yarang (Jarang @ Binjai Lima)
Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Ko Similan (Pulau Sembilan)
Ko Panyee (Pulau Panji)
Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘ Tambralingga / Ligor ’.
Tenasserim (Tanah Seri). Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini.
Kor Kod Kra (Kra Isthmus) Ranong
Sources : http://ibnurusydi.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 299# Dunhill.
uish sami semayang sekali biar betoi..kat mane ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|