CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
 Author| Post time 9-7-2010 04:20 PM | Show all posts
Episod 31

Ooh! Patut arr…aku lupalah pula, bukankah esok aku dah nak balik ke Kuala Lumpur. Sekali dengan si Hafizz. Apa punya absent minded lah aku ni. Belum cukup tua lagi dah nak terkejar-kejar dengan gelaran nyanyuk itu. Isyh!

Bila pula si Hafizz tu bagitahu kat aku yang dia nak tidur kat rumah aku lepas tu bergerak sama-sama ke lapangan terbang hari yang berikutnya? Aku tak ingat pun? Agaknya dia dah pakat dengan si Adli. Hari itu masa jemput aku dengan Hafizz, aku lihat bukan main kamceng lagi mereka berdua. Sejak bila entah riba-tiba jadi macam sekufu gitu. Argh! Hafizz bermalam kat rumah aku….(itu aje yang bermain kat kepala aku sedari tadi) Hai, alamatnya sehari semalam ler aku berkelubung dalam rumah sendiri. Takkanlah aku nak berlawa-lawa ‘bagai’ pulak kan? Macamana gaya dan rupanya? Hmm…Pakai macam biasa tapi pakai tudung dahlah. Bukannya siapapun, si Hafizz jer.

Tadi lepas Asar aku nampak si Hafizz tu ikut adik aku ke mana entah, siap pinjam motor cabuk ayah lagi. Round-round kampung ler kut? Maklumlah raya ‘kan sebulan. Sebelum itu, mak menyuruh aku agar mengemaskan bilik tetamu untuk Hafizz. Aku pun sebagai seorang anak yang baik (lagipun aku seorang jer perempuan, kalau aku ada adik perempuan aku dah suruh dia buat kerja itu untuk aku….hehehe…), maka dengan rela hati aku pergilah kemaskan bilik yang dimaksudkan, tukar cadar dan sarung bantal, sediakan tuala, selimut, kain pelikat, tikar sembahyang…apa-apa yang patutlah…tiba-tiba aku rasa rumah aku ni dah macam ala-ala homestay pula.  

Waktu senja dah nak habis barulah budak berdua tu balik. Nasib baik ayah aku tak bising.  Selepas Solat Magrib, aku sibuk menolong mak aku kat dapur. Menyediakan makan malam, malam ni mak masak lebih sikit sebab ada tetamu. Ayah dengan Adli lepak ‘baik’ kat ruang tamu, biasalah waktu ‘prima’. Si Hafizz pula masih tak keluar-keluar lagi dari bilik.

“Ika, dah siap dah…pergilah jemput ayah, adik dan Hafizz tu makan.” Aku sekadar mengangguk mendengar perintah mak. Kalau ayah tak ada, selalunya aku laungkan jer nama adik aku tu. Biasanya waktu-waktu begini ayah akan ke surau dan hanya akan makan selepas balik dari surau. Oleh kerana ayah ada, tambahan pula si Hafizz tu ‘port’ kat rumah aku maka terpaksalah aku jadi wanita melayu terakhir gitu.

“Ayah, makanan dah siap.”
“Panggilkan Hafizz sekali.” Kata ayah. Apasal suruh aku, si Adli ‘kan boleh tolong panggilkan. Tapi aku tak berani nak meluahkannya, nanti free-free jer dapat pelempang dari ayah.

Ketika aku menyusun langkah menuju ke bilik tetamu, tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari dalam . Hafizz muncul dengan memakai kain pelikat yang aku sediakan tadi. Tawa aku pecah melihat kain yang dipakai. Pelik semacam jer aku lihat. Nampak kekok, tak kena dan kelakar. Ada yang tak kena, tak sesuai tapi aku tak tahu apa. Ahahaha….mungkin sebab kain itu nampak singkat. Mungkin juga sebab aku tak pernah lihat dia dalam pakaian yang sebegitu. Iyalah, T-shirt dengan kain sarung.

“Ika…” Ayah menegur aku yang masih ligat mentertawakan Hafizz. Cepat-cepat aku tutup mulut dan mengulum senyum. Hafizz pula buat muka selamba jer.

Lepas makan ayah keluar meronda. Petang tadi motor cabuk itu dah kena sebat dek Adli dan Hafizz. Sekarang giliran ayah pula. Aku dan mak mengemaskan dapur sementara Adli dan Hafizz pula ke ruang tamu. Melayan program siaran televisyen yang ‘macam-macam ada’ disediakan sempena Aidilfitri. Habis sesi mengemas dapur, mak sambung projek buat kuih pula. Aku dah tak larat nak ikut projek mak. Ingatkan nak layan televisyen tapi budak dua orang tu sudah ‘cop’ tempat lagipun aku malas nak join dorang. Aku pun cari ‘port’ kat luar.  

Buaian besi yang terletak di ruang depan sudah terbayang-bayang diruang mata. Seperti memanggil-manggil aku untuk duduk lepak padanya. Udara malam yang sejuk dan dingin berhembus. Sesekali kedengaran bunyi mercun di udara dan percikan bunga api memeriahkan suasana. Melayang fikiran aku seketika.

“Boleh aku duduk?” Aku dikejutkan oleh suara Hafizz. Aku yang duduk bersila atas buaian terus menjulurkan kaki ke bawah.  
“Boleh, kalau kau berani.” Balas aku.
“Aku memang berani.” Spontan dia duduk sebelah aku dan lengannya melingkar pada besi buaian yang memang muatannya sesuai untuk dua orang. Walaupun lengannya tak menyentuh pun bahagian belakang badan aku tapi aku terasa ‘gayat’ sedikit. Aku bangun dari duduk ingin berlalu pergi. Aku baru melangkah setapak bila Hafizz menarik lengan baju aku. Segera aku menoleh kepadanya.

“Temankanlah aku sekejap.” Serba salah aku dengan suara dan wajahnya yang kelihatan mengharap. Aku duduk semula disampingnya. Aku perasan yang dia sedang memerhatikan wajahku dalam cahaya yang samar-samar. Aku buat endah tak endah walaupun hati resah tidak menentu.  

“Apasal duduk kat luar?”
“Saja jer….niat nak tidur tapi mata tak mau lelap.”
“Teringatkan aku ker?”
“Tolong sikit….”
“Sikit pun tak?” Ibu jari dan jari telunjuk dirapatkan kemudian ditunjukkan pada aku seolah-olah mengukur had ingatan aku terhadapnya. Aku tersenyum tak menjawab. Keningnya diangkat sekali lagi, seolah-olah meminta aku memberikan jawabannnya.

“Yang kau pula, apasal tak tidur lagi?”
“Mata aku pun tak mau lelap.”
“Hei, tiru jawapan aku…mana boleh.”
“Ahaha…aku teringatkan kau…” Jawapan yang diberikan buat aku senyap seketika.

“Lepas kahwin nanti macamana?”
“Macamana yang macamana?”
“Hmm…iyalah, nanti kau ikut hubby ker…”
“Entah, ikut husband lah kut?” Bukan memang isteri kena ikut suami ker?
“Kalau dia tak bagi kau sambung kerja macamana?” Tak terfikir pula aku bab-bab yang itu.
“A’ah ekkk….macamana ek…aku dah lah jenis yang tak boleh duduk kat rumah, nanti asyik makan tidur jer….kalau boleh aku nak terus bekerja, ada duit sendiri, tak harap duit laki…….”
“Walaupun husband kau mampu?” Aku mengangguk.
“Walaupun husband aku mampu.” Mengulangi soalan dia tapi dalam bentuk jawapan.
“Kalau dia ajak kau berhijrah macamana?”
“Berhijrah? Berhijrah ke mana? Kalau takat dalam Malaysia, aku tak kisah. Kalau kat luar Negara, kena fikir dua-tiga kali….eh…tak! kena fikir berpuluh-puluh kali kut…takkan nak tinggal family aku kat sini. Nanti raya camana?”

Senyap lagi.

“Agak-agak kau nak husband yang macamana?” Nak yang macamana lagi, bukankah aku sudah tidak boleh memilih jadi….
“Cukuplah kalau dia sayang kat aku…”
“Walaupun kau tak sayangkan dia?”
“Hmmm….susah juga nak jawab yang itu…tak nak jawab boleh?” Tiba-tiba aku jadi sedih, kenapalah si Hafizz buka topik alam perkahwinan ni?
“Apasal muka tangkap sedih jer?” Dia perasan ker?
“Sedihlah nak tinggalkan kampung.” Tipu…walaupun aku memang sedih nak tinggalkan kampung tapi jawapan aku tak relevan dengan soalan yang diutarakan sebentar tadi.  

“Kau tak menyesal ker kahwin sekarang?”
“Nak tunggu bila lagi? Entah-entah bila nampak aku, dia yang menyesal kut…” Aku tersengih ketika mengungkapkan ayat itu.
“Apasal kau cakap macam tu?”
“Tengoklah aku…” Dia pun pandang aku dari atas ke bawah. Terhenti buaian itu seketika.
“A’ah lah…kau dah berisi sedikit….” Aku menolak bahu dia.
“Wei…aku bukan suruh kau tengok aku betul-betul…Seriuslah, dia main-main pula.” Dia memandang aku sambil tersenyum buat seketika. Matanya menikam mata aku, seriau aku jadinya. Kemudian dia berkata.
“Aku nampak kau ok jer takde cacat-cela pun…..”
“Itu luaran, dalaman tak nampak lagi…”
“Dalaman?” Soalnya dalam nada bermakna.
“Haa…jangan nak otak kuning ek…” Aku pandang dia bagi amaran.
“Maksud aku, baik-budi aku, jiwa aku, kelemahan aku….”Satu-persatu aku sebutkan.
“Hmmm…kelemahan itu ‘kan boleh diperbaiki, lagipun bila dah kahwin kenalah bertolak ansur, serta cuba menerima si dia seadanya…”
“Pandai jer kau cakap…..” Dia tersenyum sebelum buaian itu berbuai semula dalam rentak perlahan. Lepas itu aku menyambung…
“Kau lainlah, dapat awek cun jadi bakal isteri, memikat hati, nampak bijak, sofistikated….”
“Kau cakap pasal siapa ni?” Mendadak buaian itu berhenti sekali lagi kerana kakinya dicengkamkan pada lantai.
“Siapa lagi… Qarina? Raniya?” Lepas tu dia gelak sakan sambil menggeleng-gelengkan kepala mendengar nama yang keluar dari dua ulas bibir aku.
“Ika…Ika…..kau ni buat lawaklah. Tak sabar aku nak hidup dengan kau.” Aku pula yang berkerut-kerut dahi mendengarnya.
“Dah, sudah-sudahlah merepek, merapu ni…jom masuk. Nyamuk bukan main suka hati lagi hisap darah aku.”
“Iyalah, darah manis. Darah orang nak kahwin.” Kata aku sebelum bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menurut dari belakang kemudian menutup pintu. Sebentar kemudian dia tergelak semula seperti teringatkan sesuatu yang kelakar gila. Kelakar sangatlah tu, gerutu aku dalam hati. Heh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 04:59 PM | Show all posts
memang `moist' c ika ni... kalau dia x fikir2 balik apa hafizz ckp...............
mau nye c hafizz pecah rahsia mlm ni kang..
dh bg hint tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 05:15 PM | Show all posts
baby.....next plsssssss
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 06:28 PM | Show all posts
baby...
sambung g hari nikah terus...
pengsan 3 hari 3 mlm agaknya ika nnti tgk sapa asben dia...;)
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 02:12 AM | Show all posts
“Ika…Ika…..kau ni buat lawaklah. Tak sabar aku nak hidup dengan kau.” Aku pula yang berkerut-kerut dahi mendengarnya.

ika..ika...punye lah terang benderang jawapan yg diberikan dek hafizz masih blur lg..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 02:47 PM | Show all posts
baby hari ni takde ke n3nya,boringla....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2010 12:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 11-7-2010 00:54

Episod 32

Malam ini Majlis tahunan khas untuk para pekerja syarikat tempat aku bekerja akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Sejak semalam lagi aku dah melaram dengan dress yang aku beli bersama dengan Farah dan Syila kat Jalan Pudu. Kebanyakan kedai-kedai yang menjual pakaian wanita di jalan tersebut merupakan pemborong. Maka kalau nak membeli kenalah beli borong. Nasib baik lah ada taukeh kedai yang baik hati menjualkan pakaian yang berlainan pattern dan warna untuk kami, kalau tidak masak jugalah nak beli tiga-empat helai dress yang sama. Mau jadi boria kitorang kat dinner kang.  

Petang tadi Farah datang menjemput aku sebelum mengambil Syila di Gombak dan terus ke rumah Farah yang terletak di Taman Melawati. Si Farah dah siap menempah seorang jurusolek untuk ‘mengerjakan’ wajah kami khas untuk majlis tersebut. Ketika tiba di rumah Farah, ‘make-up artist’ aka jurusolek yang bernama Kak An itu juga baru saja tiba dengan menaiki kereta Perdana.
“Farah, tak apa ker kitorang tumpang sekaki ni?” Syila bertanya bimbang.
“A’ah,  Kak An tu tau ker kitorang ada sekali?” Sambung aku pula.  
“Tak apa. Tak apa. Saya dah bagitahu Kak An awal-awal lagi. Dia tak kisah. Jangan risau.” Farah menenangkan kami berdua.
“Siapa nak mekap dulu?” Tanpa berlengah Kak An membuka peti yang penuh dengan pelbagai peralatan solek dan meletakkannya di atas meja.
“Haruslah tuan rumah dulu, Kak An.” Ujar Syila sambil memandang Farah.

Aku dan Syila duduk memerhatikan Farah yang disolekkan sementara menunggu giliran masing-masing. Hampir sejam menunggu dan hasilnya memang menakjubkan.
“Wah! Kak An memang dahsyatlah. Farah nampak macam artis, you!” Itu  ayat yang keluar dari mulut aku bila melihat Farah selepas di ‘makeover’kan. Kembang-kempis Kak An mendengar pujian aku.
“Next!”
“Syila.” Cepat-cepat aku menolak Syila. Kemudian aku bagi isyarat dekat Syila yang aku akan menemani Farah untuk mencuba-pakai dress yang kami beli bersama-sama tempohari.
“Cantik Farah. Cantik sangat-sangat!” Puji aku ikhlas ketika Farah memadankan dress bercorak floral paras lutut dan leher berpotongan ‘v’ itu dengan rantai mutiara.
“Ika, aku dah siap. Cepat Kak An dah tunggu.” Aku dan Farah memandang Syila yang tiba-tiba muncul di pintu bilik. Fuyoo! Syila tak kurang lawanya. Sempat lagi Syila bercekak pinggang sambil berposing.
“Macamana?” Dia mengangkat kening. Aku menunjukkan dua ibu jari ke atas. Double thumbs-up untuk hasil kerja Kak An. Aku harap aku pun akan dapat hasil yang serupa, risau juga kalau-kalau Kak An dah letih. Maklumlah three in a row, ambil masa juga tu!

Empat puluh minit berlalu, rasa macam nak terlelap pun ada, aku tak tahu pula sesi ‘makeover’ ini akan mengambil masa yang agak lama. Patutlah bila ada majlis perkahwinan, mak andam akan sampai tiga-empat jam lebih awal untuk menyediakan pengantin. Iyalah tugas mak andam kan lebih kurang macam jurusolek juga.

“Okey, dah siap.” Kak An cuit bahu aku. Aku terus bangun meleraikan urat-urat yang dah kebas. Syila dan Farah aku lihat sudah siap dengan dress masing-masing. Kedua-duanya sedang menunggu aku.
“Ika…”
“Kenapa?” Aku belum lagi sempat melihat wajah aku selepas sesi 45 minit itu.
“Cantiknya kau, macam anak patung arr…” Aku tergelak kecil.
“ Betul ker? Terima kasih, Kak An.” Kataku sebelum berlari-lari anak ke bilik Farah untuk menukar pakaian. Aku seakan tidak percaya melihat wajah aku sendiri pada cermin. Cantik. Setelah menyarungkan dress labuh dari fabric chiffon berwarna peach dengan bunga-bunga ungu terang, aku memakai tudung berwarna kontras untuk dipadankan dengan dress tersebut.

“Kalau Hafizz ada kat sini, mau ternganga dia melihat kau.”  Begitu kata Farah selepas aku keluar dari bilik berpakaian serba lengkap. Aku tahu Farah dan Syila beranggapan yang aku dan Hafizz sedang berpasangan. Bukan mereka saja, malah teman-teman sepejabat aku semuanya berfikiran yang sama. Aku biarkan saja mereka untuk memikirkan apa yang mereka suka. Malas aku mahu menidakkan mahupun mengiyakan.
“Jom! Semua dah siapkan?” Aku sekadar mengangguk, mengiyakan pertanyaan Syila. Kak An sudah lama meninggalkan rumah Farah, menurutnya dia ada satu lagi temujanji untuk ditunaikan. Nampaknya masing-masing sudah bersiap sedia dan tidak sabar untuk menghadiri majlis gilang-gemilang tersebut.

Nasib baik, hari ini aku ‘period’, tak adalah risau nak ‘tuang’ solat. Majlis yang dijadualkan seawal 8 malam itu, membuatkan kami bergegas menuju destinasi agar tidak terlepas peluang untuk menempah tempat duduk berhadapan dengan pentas. Maklumlah malam ini para pekerja yang hadir bakal dihiburkan oleh beberapa orang artis ternama antaranya Faizal Tahir dan Stacy.  
Farah yang minat giler dengan Faizal Tahir memang teruja sangat-sangat untuk menyaksikan penyanyi idamannya itu beraksi.

“Hi.” Aku yang baru tiba dipintu masuk Convention Centre terkejut ketika disapa oleh seseorang. Segera aku menoleh. Eh! Tunang Hafizz, Raniya ada kat sini.
“Hi.” Aku membalas sapaannya. Aku tak mahulah dikatakan sombong pula.
“Apa akak buat kat sini?” Ramah pula awek ni.
“Company tempat akak kerja buat Annual Dinner.” Aku mengukir senyuman.
“Patutlah melaram sakan. Ehehe…..you look nice with that dress. It suits you well.” Perli aku kah?  Aku tersenyum lagi. Ketika aku dihentikan oleh pertemuan yang tak disangka dengan Raniya, Farah dan Syila sudah terlebih dahulu meninggalkan aku untuk ‘cop’ tempat duduk yang ‘sesuai’. Aku sekadar mengangguk ketika mereka memberi isyarat pada aku, faham sangat dengan kerenah mereka yang tidak mahu ketinggalan untuk mendapat ‘angle’ yang menarik terutama ketika artis membuat persembahan nanti.  
“And you?” Soalku pula.
“Ada function, my friends wedding kat Mandarin Hotel. I datang buat hair-do.” Mandarin Hotel terletak bersebelahan dengan KLCC. Dia datang dengan Hafizz ker? Tapi, Hafizz sudah berjanji untuk menjemput aku setelah tamat acara nanti.

Tiba-tiba seorang lelaki muda menghampiri kami berdua. Boleh tahan kacaknya.
“Are you ready, honey? Shall we go?” Opps! Honey? Spontan aku menarik tangan Raniya lalu membawanya jauh sedikit daripada lelaki itu.
“Err…Hafizz tak marah ker awak keluar dengan lelaki lain?” Aku bercakap separuh berbisik. Dia seakan tercengang mendengarnya. Agaknya tak percaya aku boleh mengajukan soalan sebegitu.
“Lelaki lain?” Sedikit keliru aku mendengar perkataan yang keluar dari bibir Raniya yang comel itu.
“Ahaha…. Dia buat benda yang sama, apasal nak marah pula.” Berkerut dahi aku. Terasa disindir secara halus. Maksudnya aku ker? Aku dengan Hafizz? Termalu aku mendengar kata-kata itu.

“Don’t worry, he knew about this.” Ujarnya sebelum melangkah pergi sambil memaut lengan lelaki tadi. Kelu aku seketika menyaksikannya. Selang dua tiga tapak dia menoleh dan melambaikan tangannya kepadaku yang masih memerhatikannya. Tanpa sedar, aku membalas lambaian tersebut dengan hati yang gundah. Haruskah aku memberitahu Hafizz atau bertanyakan dia tentang kejadian ini? Aku bingung.

*****

Sepanjang majlis berlangsung, aku tidak senang duduk. Resah melanda. Malah celoteh Emcee serta persembahan menakjubkan dari para artis tidak mampu menarik perhatian aku. Hidangan ala carte oleh pihak katering juga tidak mampu menambat selera aku, minda aku asyik tertumpu pada Hafizz serta insiden dengan Raniya tadi. Entah kenapa?

“Girls, aku nak ke washroom kejap ekk…you all nak join tak?” Farah menggelengkan kepala. Syila pun turut sama menggelengkan kepalanya. Agaknya tengah excited menunggu kemunculan Faizal Tahir seperti yang diumumkan oleh Emcee sebentar tadi. Aku pun bangun sebelum meloloskan diri keluar dari ballroom yang sesak dengan para pekerja sedang berasak maju kehadapan memenuhi sedikit ruang kosong berhadapan dengan pentas utama.

Aku masuk ke tandas wanita. Cermin tandas aku pandang seketika sebelum mengeluarkan bedak muka dari tas tangan berniat untuk membuat sedikit touch-up. Malam semakin larut, mata aku juga semakin layu. Ketika memasukkan semula bedak muka ke dalam tas tangan, aku perasan telefon bimbit aku sedang menyalakan lampu. Segera aku mengeluarkannya, terdapat beberapa missed call dan satu mesej  Baru saja aku ingin menekan punat untuk melihat mesej yang dihantar, telefon aku berbunyi. Nama Hafizz tertera di paparan skrin.

“Apasal tak angkat phone?”
“Sorry, kat dalam bising sangart. Tak dengar.”
“Aku dah sampai kat KLCC, kau dah ready nak balik ker?” Aik! Cepatnya. Aku melihat jam. Sebelas suku malam.
“Boleh juga.” Lagipun, hati aku sudah tidak ada untuk berhibur. Ditambah pula dengan mata aku yang sudah mulai mengantuk.
“Aku tunggu kat lobi.”
“Okey.” Segera aku mematikan telefon bimbit sebelum bergegas masuk semula ke dalam dewan untuk memberitahu Farah dan Syila yang aku sudah bersedia untuk meninggalkan majlis tersebut.

Mata Hafizz tak berkelip memandang aku ketika sampai di lobi tadi. Mata aku pula yang berkelip-kelip menahan rasa mengantuk.

“You look stunning.” Hafizz memuji aku setelah masing-masing melangkah masuk ke dalam perut kereta.
“Thanks.” Balasku sepatah.

Sesekali Hafizz merenung aku, renungan yang menggetarkan hati aku. Beberapa kali juga aku cuba membuka mulut untuk menceritakan pertemuan dengan Raniya tadi tapi aku jadi serba-salah. Biarlah Hafizz mendapat tahu dari orang lain tentang hal itu dan bukan dari mulut aku. Lagipun, siapalah aku untuk campur tangan dalam urusan peribadi mereka berdua. Akhirnya aku membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Perjalanan pulang ke rumah aku rasakan agak lambat ditambah pula dengan keletihan yang menghambat diri membuatkan mata aku terlelap.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 01:59 AM | Show all posts
abes la ika...xberhenti si hafizz tenung ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2010 10:15 AM | Show all posts
xsaba tggu reaksi ika masa kahwin nanti,smbg baby jgn xsmbg ye!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 10:17 AM | Show all posts
xsaba tggu reaksi ika masa kahwin nanti,smbg baby jgn xsmbg ye!!
bb_75 Post at 11-7-2010 10:15



    sure Hafiz tersenyum panjang
    tengok Ika yang blur...
    jangan Ika lari sudahlah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 02:23 PM | Show all posts
x sabar nak tunggu bila dorang kawin nanti, mau pengsan si ika tu nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 05:53 PM | Show all posts
x sbar nak tggu hari prnikahan dorang....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 09:11 AM | Show all posts
teman dok nunggu ni....next...next...plsssssss
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 09:23 AM | Show all posts
apiz pulak yg angau
hehehehe
x sabar nanti n3
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 10:00 AM | Show all posts
next..next
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 10:08 AM | Show all posts
next!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 10:09 AM | Show all posts
best baby sambung lagi eh hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 01:13 PM | Show all posts
Episod 33

Dia memandang Zulaikha yang terlelap. Kelihatan seperti puteri yang sedang beradu. Tak mampu menahan gelodak dijiwa, dia mengusap pipi Zulaikha lembut. Segera fikiran dia melayang, mengingati episod ketika zaman persekolahannya. Saat-saat dia ingin mengungkapkan perasaan terpendam kepada si gadis yang mencuri hatinya.

Zulaikha,
Petang ni kita jumpa kat library.
Ada benda nak cakap.
Hafizz

Tulisan Hafizz yang kecil-kecil tertera pada sehelai memo pad yang dilekatkan pada buku rujukan Matematik yang dipinjamnya daripada Zulaikha sejak dua tiga hari yang lepas. Hmm.. apa bendalah yang nak dicakapkan kepada aku agaknya? Begitu fikir Zulaikha. Belum sempat dia bertanya apa-apa kepada si penghantar message, Razley sudah pun berlalu pergi.  

Penatlah. Zulaikha mengambil tisu dan mengesat mata dan hidung yang berair. Hiih. Siapakah gerangan yang menderma virus dan bakteria lalu membuatkannya dijangkiti demam selsema? Geram betul rasanya. Dia melepas pandang keluar jendela. Pandangan terasa berpinar-pinar. Baik aku makan ubat. Semalam dah pergi ke klinik dan doktor pun dah bekalkan ubat. Kata doktor wanita itu rehat banyak-banyak dan jangan lupa habiskan antibiotik. Tanpa berlengah Zulaikha mengambil segelas air dan satu, dua, tiga biji pil berlainan jenis semua disumbatkan sekali ke dalam mulut. Lega rasanya.

Usai solat Dzohor Zulaikha menyediakan buku-buku latihan dan kerja sekolah yang perlu disiapkan lalu bergegas ke perpustakaan. Baru selangkah, dia menoleh semula ke pintu bilik. Rasa macam tilam kat bilik memanggil-manggil pula. Marilah, jangan pergi! Tidurlah Zulaikha. Tidur? Hisy, biar betul aku nih? Macam nak bengong je… Zulaikha membesarkan anak mata, ala-ala senaman gitu.

Sampai aje kat pintu library, Hafizz sudah pun tercongok kat situ. Menunggu aku kah? Zulaikha mengangkat kening terkejut. Sampai begitu sekali? Selalunya dia yang sampai dulu barulah Hafizz  akan muncul dan mencari Zulaikha di dalam library. Hmm…berkerut seketika dahi Zulaikha. Pasti ada hal yang penting untuk disampaikan.

“Assalamualaikum.” Resah semacam aje mamat ni. Ada masalah besar ke? Malangnya Zulaikha tak larat nak bertanya. Kepalanya sudah terasa berpusing semacam. Berat. Mata pula berair-air, janganlah orang menyangka aku tengah menangis pula. Itu yang bermain di fikiran Zulaikha.

“Waalaikumsalam.” Balas Zulaikha. Dia memandang wajah Hafizz yang kelihatan risau. Tak macam selalu, kasihan pula Zulaikha melihatnya. Selalunya, bila bertemu dengannya bibir Hafizz tak lekang dengan senyuman. Dia membuka pintu library dan mereka berjalan beriringan masuk ke dalam mencari tempat yang sesuai.

“Kau kenapa?” Zulaikha bertanya setelah melabuhkan punggung di atas kerusi. Seketika kemudian Hafizz melihat Zulaikha menutup mulut, menguap beberapa kali. Tak sihat ker si Zulaikha ini?  

Sepi seketika.   

“Zulaikha, aku ada confession nak buat.” Hafizz berkata membuka bicara. Huh? Confession?
“Semenjak dua menjak ni aku gelisah semacam.”
“Gelisah yang macamana? Stress ke?” Masih cuba bersoal jawab, walhal mata Zulaikha sudah beberapa kali terpejam tidak mampu bertahan.
“Entahlah. Bila jumpa kau, aku gelisah. Bila tak jumpa engkau, aku lagi gelisah.” Dia menyambung dengan harapan Zulaikha dapat menangkap apa yang dimaksudkan walau barang sedikit.

Tapi lain pula yang bermain di minda Zulaikha ketika itu. Kata-kata Hafizz serupa macam angin lalu. Apasal mata aku rasa layu semacam. Mengantuk giler lah pulak. Ini mesti bahana ubat selsema yang aku makan tadi. Dah dua tiga kali aku tersengguk nih. Lepas ni gerenti terlelap. Oh, mata tahanlah sekejap. Entah apa bendalah yang Encik Hafizz ni nak bagitahu kat aku. Postpone ajelah. Aku dah tak tahan sangap ni.

Hafizz menjadi semakin resah, nak bagitahu ke tak nak bagitahu.  Rasa berbelah bagi itu membuatkan dia jadi serba tak kena. Hendak memandang si Zulaikha pun macam tak sanggup. Hendak menahan rasa pun dia tak sanggup juga. Si Zulaikha dari tadi senyap, macam tak faham apa yang hendak aku sampaikan. Zulaikha ni boleh tahan blur juga. Fikirnya.

“Sebenarnya Ika… aku ada sesuatu nak diberitahu pada kamu…..” Hafizz bersuara perlahan. Dia meneruskan tanpa memandang Zulaikha. Zulaikha yang senyap tiba-tiba membuatkan debaran di hatinya semakin bertambah kencang. Ingin diluah takut kena reject, kalau tak diluahkan pula hatinya jadi tak keruan. Apa nak jadi, jadilah! Kalau bukan hari ini, bila lagi. Tekad Hafizz.

“Aku…aku…” Gagap seketika dia.
“Entah bila…aku….” Dia mencuba sekali lagi.
“Kalau boleh aku ingin menjerit sekuat hati aku….” Sukarnya, terasa sesak nafas aku.
“Untuk menyatakan… meluahkan yang ….aaa …… aku … aku…sebenarnya…” Dia terhenti mengambil nafas. Oleh kerana Zulaikha masih tak ada tindak balas dan tak bersuara langsung, dia menyambung lagi.

“Aku resah. Risau. Tidak keruan. Kamu buat aku jadi bingung., Zulaikha.” You drive me crazy! You make me going nuts all over!

“Rasanya aku sudah jatuh cinta pada kamu, Zulaikha.” Terus meluncur keluar tanpa berselindung. Bagai nak gugur jantungnya ketika mengungkapkan ayat tersebut.
“Aku cintakan kamu.” Ulangnya sekali lagi. Sedikit lega, sekarang cuma menunggu tindak balas Zulaikha aja. Dia meraup muka yang panas dingin. Aik! Takda respon. Biar betul. Dia mengerling, Zulaikha senyap tak berkutik. Terkedu ke dia atau terkejut badak sampai tak terkata?

Dia menoleh dan merenung lama pada Zulaikha lalu menongkat dagu. Alahai…rupa-rupanya aku bercakap seorang diri. Sang perawan senyap-senyap tertidur rupanya. Hafizz tersenyum sendirian mengutuk diri sendiri. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Hmmm….Belum sampai masanya……belum sampai waktunya.

“Boleh tertidur pula?” Dia menggelengkan kepala buat kesekian kalinya. Dan, akhirnya dia sendiri terleka menatap wajah sang perawan yang sedang terlena. Oh, Zulaikha. Sehari pun macam tak cukup untuk dihabiskan bersama kamu. Bagaimana bila engkau tiada disisi, mau sasau aku dibuatnya. Oh, hati kenapa aku diuji begini?

Dan hari ini, dia masih leka memandang wajah Zulaikha yang kelihatan berbeza setelah disolek sebegitu rupa. Sehingga hari ini Zulaikha masih membuat dia terasa resah, risau dan tidak keruan. Sekian lama, rindu dan rasa cinta itu masih tersimpan kemas di sanubari. Kalau boleh, dia tidak mahu Zulaikha hilang dari pandangan.

Dia menatap seraut wajah polos Zulaikha. Disebalik solekan itu masih terserlah keayuan yang tidak terusik. Gadisku yang blur tapi masih mampu kelihatan tenang. Pandangan matanya jatuh pada dua ulas bibir Zulaikha yang merah merekah. Mengganggu-gugat naluri lelakinya.

Hafizz menanggalkan jaket yang dipakainya berniat untuk menyelimutkan Zulaikha dengan jaket tersebut. Zulaikha bergerak-gerak merasakan tidurnya yang lena terganggu seraya membuka kelopak matanya perlahan. Dia sedikit tersentap bila melihat wajah Hafizz yang kelihatan begitu dekat dengan wajahnya. Buru-buru dia bangun membetulkan kedudukan.

“Dah sampai ker?” Tanya Zulaikha menyembunyikan rasa malu. Padahal muka dia sudah memerah sejak Hafizz terkantoi merenungnya tadi. Hafizz yang terkantoi boleh buat dek, dia pula yang terasa malu dan segan. Uh!  
“Apasal tak kejut aku…”
“Baru jer…tak sampai pun sepuluh minit….” Sepuluh minit? Sepuluh minit itulah kau dok pandang muka aku. Gulp!
“Kenapa?”
“Takde apa, risau…karang orang ingat kita buat apa-apa.”
“Buat apa-apa?”
“Tak…maksud aku, nanti orang salah sangka. Kena tangkap basah pula.”
“Ahaha….lagilah aku suka, dapat kahwin free dengan kau.”
“Eeh…tak senonoh kau ni.” Mengada-ngada!
“Dahlah….aku nak balik, nah ambil balik jaket kau ni. Terima kasih.”
“Aku hantar.”
“Suka hati.”
Ketika sampai kat pintu apartment aku.
“Zulaikha?”
“Hmm…?” Aku yang sedang membuka kunci grill menoleh kearahnya. Renungan yang Hafizz lembut itu membuat aku sedikit gusar. Mau cair aku disini.
“Kau tahu ‘kan…” I’m so in love with you. Ayat itu seakan tersangkut di kerongkongnya.  
“Tahu apa?” Mata redup Zulaikha menggoda hati Hafizz. Mata yang menyingkap rahsia hati Zulaikha yang cuba disembunyikan sebaik mungkin. Mata yang berkata-kata tanpa perlu suara untuk mengungkapkan yang tersirat.

Hafizz tersenyum.

“You look sweet even in your sleep.” Aku yang mendengarnya rasa macam nak gugur jantung.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 01:29 PM | Show all posts
eeee.... geramnya tgk ika ni.....
bila ek diorang ni nk kawen? dh dekat kan?
xdpt ku bayangkan betapa surprisenya nanti....
cepat la baby.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 01:55 PM | Show all posts
lmbtnya ika nak tahu hal yg sbnrnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.059868 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list