|
khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .
[Copy link]
|
|
boleh blastoff bagi background education??
saya agak kurang selesa jika blastoff mengatakan harun ...
testas Post at 24/9/2010 08:29
aku slalu nampak dia berckp soal maths,high tech..mongkin dia ni background engineering.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 24-9-2010 10:47
Well, dalam hadis ni Nabi suruh bagi warning 3 kali lepas tu kalau ular tu kembali baru di bunuh kerana ia adalah syaitan , kalau guna garam boleh halau syaitan, pasal apa Nabi tak bagi tahu terus aje dalam hadis tu dengan kata gini aje "untuk halang ular tu dari kembali letak garam keliling rumah " ?
Hakikatnya Nabi suruh bunuh kan, ingat senangkah nak bunuh syaitan yang merupa ular ? Ingat syaitan tu nak menyerah diri macam tu saja untuk di bunuh ? Kalau orang perempuan yang terpaksa berdepan dengan ular jelmaan tu lagi haru biru dan geli geleman sakan di buatnya !
blastoff Post at 23-9-2010 19:13
Saya nak tanya, Nabi perintah bunuh Ular tu ada perintah guna pisau ke, guna garam ke, guna parang ke, guna pedang ke? Ada tak? Kalau tak ada, pandai-pandai lah nak bunuh macamana. Kalau susah nak bunuh, hindarkan. Takkan nak biarkan Jin dok kacau pulak. Di sini peranan akal fikiran. Kang kalau Nabi suruh bunuh Ular dari Jelmaan Jin tu guna pasir ka apa ka, satgi tak jumpa pasir susah la pulak bagi orang yang tak duduk di padang pasir.
Satu lagi, yang saya bincangkan adalah Ular dari Jelmaan Jin. Kalau Jin tu tak menjelma, maka ayat-ayat Al-Quran sahaja-lah yang paling mujarab. Bagi Ular yang menjelma dari kalangan Syaitan, Nabi perintah bunuh. Ular juga boleh jadi haiwan atau Jin Islam. Sebab itu Nabi suruh beri amaran dulu sebelum bunuh. Kalau ia haiwan, tidak salah bunuh binatang bisa ni thabit kepada hadith-hadith lain. Kalau Jin Islam, ia akan keluar. Kalau Jin Kafir/Syaitan, maka boleh bunuh.
Kalau Jin/Syaitan yang tak menjelma, Surah Al-Baqarah adalah yang paling mujarab untuk menghalau/hindar Jin/Syaitan. Di sini ada kaedah halau/hindar Jin bagi yang tak menjelma sebagai binatang (ular)
Garam lada bla bla bla semua tak berkesan sebab tu tak di sebut dalam hadis tu penggunaan benda tu !
Simple logik dah boleh nampak , tapi kalau baca hadis tak pakai akal fikiran maka selamanya tak kan nampak perkara ni .
Mana kau tau garam tak bagi kesan? Ada Nabi cakap garam tu takdak kesan pada Ular dari jelmaan Jin? Logik apa nih? Nabi tak suruh bunuh ular dengan guna alat tertentu pun? Jadi banyak cara untuk bunuh atau halau Jin jelmaan Ular ni. Di situ mudahnya.
(** saya bukan pakar halau Jin, saya adalah pengkaji dalil-dalil yang dibincangkan di thread ni) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-9-2010 10:46
Ust Harun Din sendiri telah menjelaskan perkara ini bahawa penggunaan garam dalam rawatan makhluk halus tidak ada nas secara naqli dan inilah hanyalah berdasarkan pengalaman perawat yang terdahulu. wan72 Post at 24-9-2010 07:44
Tidak ada dalam Quran Sunnah dan ada pulak dalam agama kristian katholik dan di amalkan nenekmoyang (perawat dulu-dulu) so itu maknanya ikut nenek moyang yang ikut cara agama kristian katholiklah bermakna orang yang buat lagu tu Allah takkan memberi perlindungan dan pertolongan padanya dan itu Allah sendiri yang kata dalam Quran .
Pakai serban 14 tingkat ka, pakai jubah 24/7 ka, bergelar tok guru disanjung keliling pinggang ka , ada ijazah penuh almari ka, tapi kalau ikut amalan agama orang nasrani alamatnya apa saja doa nya bla bla bla sampai kering air liur pun takkan dimakbulkan Allah ! |
|
|
|
|
|
|
|
ikut cara agama kristian katholiklah
ikut amalan agama orang nasrani
Mana depa2 tuh dapat amalan dan kaedah2 tersebut ?..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by doden at 24-9-2010 11:12
Saya rasa si pembuka thread nie dah pening kepala nie.
yang perlu dijelaskan adalah di dalam beberapa perkara agama2 samawi mmg tidak akan terlepas daripada beberapa persamaan.
kita mengaku kitalah yang terbaik,orang lain semua silap.kita mengaku kitalah yang benar, orang lain semua nya tak tahu, kita mengaku orang lain tak boleh lebih dari kita.Hebatnya Allah menjadikan berbagai-bagai hati.Supaya kita bertenang dan ambil ssuatu untuk di pelajari dari orang lain..Jika kita bukan ahli hadis, kenapa berpura-pura menceduk hadis sana sini pura -pura buat hukum ikut kepala sendiri?mengaku akal bukanlah kebenaran tetapi apa yang cuba di hujahkan hanya mengikut pandangan peribadinya sahaja.
Ya, akal bukanah kebenaran tetapi akal merupakan alat untuk mencari kebenaran dan kebenaran itu hanya dari dari Allah tetapi saya tidak melihat apa-apa kebenaran dari si pembuka thread ini seolah-olah satu fahaman baru yang hendak menyimpang dari kebenaran tetapi masih lagi berpura-pura mengatakan ianya kebenaran walhal ianya hanya menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat kita dengan membuat hukum ikut kepala sendiri berdasarkan beberapa kepentingan peribadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-9-2010 11:18
penting kita pelajari sesuatu bidang b4 nak tafsir apa2 pun. kalau kita tak mendalami secara formal tentang ilmu agam dengan mendalam dan dpt pendidikan yang baik.. mcmmanala kita nak tafsir sesuatu itu dengan betul..
testas Post at 24-9-2010 09:50
Tafsir apanya, saya tak menafsir apa pun, yang saya buat adalah memahami apa yang jelas nyata terdapat pada ayat Quran dan hadis sahih , memahami apa yang tersurat bukannya saya reka cipta apa yang tersirat .
Alahai, dulu kat zaman Nabi pun ramai musyrikin mekah mempertikaikan tahap education Nabi , bagi mereka Nabi tak layak bergelar Nabi dan dia tak layak membawa mesej Tuhan kerana Nabi tak dak education seperti mereka.
Nabi bukan pembesar mekah seperti mereka malah Nabi tak pernah baca satu buku dan tak pernah tulis satu huruf pun maknanya mereka menganggap orang yang layak membawa mesej Tuhan hanya orang yang ada tahap education tinggi macam mereka dan Nabi tak dak lagu tu semua !
Mereka anggap Tuhan hanya akan bagi pada orang yang punya tahap education tinggi saja sebagai penyebar mesejNya, orang biasa-biasa tak layak langsung .
Dan tak mengejutkan zaman la pun orang masih nak percaya macam apa yang dipercayai musyrikin mekah ketika zaman Nabi dulu tu, masih menganggap hanya yang memiliki ijazah tinggi-tinggi saja yang layak menyebar mesej Tuhan !
Padahal pemahaman Al Quran dan Hadis datangnya dari Allah sendiri melalui berbagai-bagai jalan dan cara , bukan hanya melalui pengijazahan tangan manusia semata-mata ! |
|
|
|
|
|
|
|
its easy...
aku hanya tanya education background kau saja. tapi kau dah melalut kemana2 ntah.
pe ...
testas Post at 24-9-2010 09:39
hehehehe tread ni bukan nak rungkai apa2 yg bebelit nak buang kesulitan yg dok memain dalm benak sanubari aku - makhluk tak pandai.. makin baca makin berbelit2. mula ngn blastoff aku boleh rileks lagi... yg tak sedap haron din =ahli sihir. takdak tolak ansor dlm perbahasan hujah/bincang.. bincang elok2 la.. pandangan khilaf tuh biasa la.. yg 4 pon berkhilaf tapi takdak la nak label hang ni setaraf keropok mony ke ape ke.
testas just nak tau siapa guru? apa level education? ayah pin pon leh tafsif alquran gak.. tapi jatuh gaung laa... kalau kesimpulan dari bincang2 sini garam/lada haram guna.. dah cantik leh habaq kat majlis fatwa kuarkan fatwa.. elok satu meleysia tak terjerumus syirik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 279# testas
bile baca pernyatan SPM tu..rasa cam hina nye org SPM.
Sebalik nye..org skolah podok pon, hak yg tadak kitab tu pon lebih berilmu agama daripada hak yg SPM..hak yg skoloh pondok nih, silap2 lagi tinggi ilmu nye dari prof2. Sbb prof2 ni, rasa2 cam tak bape ikhlas je skolah, sbb duk kejar prof nye tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
saper lah blastoff nih??? |
|
|
|
|
|
|
|
ayah pin pon leh tafsif alquran gak.. tapi jatuh gaung laa... memberKawanKau Post at 24-9-2010 11:14
ayah pin punya tafsiran sesat bukan kerana statusnya sebagai ayah pin yang tak dak ijazah, tapi kerana tafsirannya tu bercanggah dengan Quran Sunnah.
Dan kalau wujud tok guru yang ada ijazah tinggi melangit pun tapi menafsir secara bercanggah dengan Quran Sunnah maka sesatlah jugak ajaran tok guru tu walaupun dia memiliki ijazah melangit sekalipun .
Bukan status manusia yang menyebabkan sesat atau tidak, tapi apabila bercanggah dengan Quran Sunnah walau berstatus apa pun pasti akan sesat .... Islam tak mendiskriminasi manusia berdasarkan tahap ijazah mereka tapi Islam menilai ilmu dan amalan melalui keikhlasan seseorang itu dan kesesuaian amalan dan ilmu orang tu menurut Quran Sunnah . |
|
|
|
|
|
|
|
Padahal pemahaman Al Quran dan Hadis datangnya dari Allah sendiri melalui berbagai-bagai jalan dan cara , bukan hanya melalui pengijazahan tangan manusia semata-mata !
Hat ni yg aku setuju,ni nak habaq mai ni.... kan tuh namanya ilham dr Allah. nak beza ngn ilham setan kene la berilmu... ayah pin pon di beri ilham dan pemahaman tp dari setan... sapa setuju angkat tangan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by memberKawanKau at 24-9-2010 11:47
ayah pin punya tafsiran sesat bukan kerana statusnya sebagai ayah pin yang tak dak ijazah, tap ...
blastoff Post at 24-9-2010 11:27
APa yg hang cakap summua betoi... aku setuju... hehehehhe. aku tak setuju kat label ahli sihir ja..
Nala punya panjang aku taip hang komen hat ayah pin ja.......keropok mony tanak komen? * larik............... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply testas
bile baca pernyatan SPM tu..rasa cam hina nye org SPM.
Sebalik nye..org skolah ...
silica_SiO2 Post at 24-9-2010 11:23
Pada saya , orang yang ikhlas melaksanakan apa yang dia telah pelajari dari Quran Sunnah walau dia tak dak ijazah satu pun adalah lebih mulia dari orang yang tinggi melangit ijazah namun tidak melaksanakan ilmu yang dah di pelajari sebaliknya mengamalkan amalan agama orang kafir pulak . |
|
|
|
|
|
|
|
benarkah kepercayaan segelintir org selama ini bila ada 'ustaz' yg CLAIMED dia boleh deal dgn makhluk di alam ghaib?? contohnya dia claimed dia BOLEH BERSEMBANG2 & BUAT DEAL dgn makhluk2 di alam ghaib.
tobby Post at 24-9-2010 00:17
Pada pemahaman dan pengalaman saya, sukar nak deal di alam 'ghaib' sebab ilmu manusia terhad. Tapi tak mustahil deal dengan Jin yang dijelmakan dengan kaedah-kaedah tertentu, seperti jelmaan Ular atau dirasuk.
Dari hadith, Nabi Muhammad SAW pernah tangkap Jin yang kuat yang ganggu Nabi ketika baginda solat. Ini jelmaan Jin. Ada sahabat yang dapat tangkap Syaitan secara fizikal. Semua ini dari Jelmaan. Pernah sekali saya berbicara dengan orang yang dirasuk Jin. Disebabkan saya tak mahir ilmu Jin, saya hanya berdakwah saja kepada jin tu, tetapi dia tetap engkar. Jin mengaku bukan Islam tapi bila ditanya takut Allah, dia kata takut. Inilah yang dikatakan engkar. Syaitan tu tahu tuhannya Allah, tapi dia engkar. Orang yang dirasuk Jin ni biasanya boleh buat perkara yang dia tak boleh buat masa dia tidak dirasuk. Macam cakap siam, cakap india walhal dia tak tahu pun.
Bila tidak menjelma, Jin2 tersebut boleh kacau dengan was-wasa. Kita tak nampak. Tapi Jin2 tersebut juga tidak boleh memudaratkan kita sebab ia berada di alam lain. Tapi bila ia menjelma di alam manusia, ia boleh memudaratkan dengan izin Allah.
Sekali saya terlihat rancangan ustaz Sharhan merawat pesakit yang memakai susuk berlian, ditunjukkan bagaimana berlian itu dikeluarkan dari muka. Perbuatan susuk itu juga ada kaitan dengan jin yang mendamping supaya dilihat lawa, katanya. Ini tak mustahil, tapi nak kata tipu pun kita taktau.
Kata ustaz tu, Jin boleh dibunuh di alam manusia (bumi) tapi berkemungkinan dia hidup balik di alam Jin. WAllahu a'lam. Saya rasa macam boleh terima pendapat tu sebab alam Jin tu alam ghaib yang mana kita tak pasti bagaimana kehidupan Jin di sana. Mungkin dia mati di alam manusia macam terbakar ke, lari ke, tapi dia dibalikkan ke alam Jin. Bila kesan Jin dah tiada, mungkin juga perawat ingat JIn dah mati. Ada juga rawatan dan kaedah tertentu sampai boleh bau hangit terbakar. Apa yang boleh diusahakan ialah supaya merawat yang zahir secara zahir dan doa, dan yang ghaib itu guna ayat Al-Quran
Sekadar berkongsi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 288# silica_SiO2
Hang nak kona mai mana pulak.. aku tak kenai testas. tapi aku rsa dia tak hina org SPM pon. aku pong SPM gak. tapi insyaallah asas aku leh la. iman dan akidah still dlm jagaan dah ehsan Allah. Allah tarik hat tuh abih la aku... |
|
|
|
|
|
|
|
salam..TT..
saya mmg SR.
tapi rasa terpanggil nak bertanya.
macam kite kena buatan org ke, sakit2 yg berpanjangan ke, keteguran ke..cemana nak berubat? nak cari dukun yg cemana?
sbb rasa nye mmg susah nak cari n selidik deme betol2 lurus n bacaan nye betol2 yg dlm quran. camana? saya mmg setuju jgk ar ngn hujah2 pacik ni, tapi saya terpikir..kite ni, esp saya la..betol kata ayat2 quran sume penyembuh2, kadang2 bile kite baca2 konon nye nak berubat lah, tak selalu baik, saya pikir2 agak nye byk dosa kot, sbb tu tuhan takmo perkenan kan permitaan kite.
drpd bab tuhan tak perkenankan doa kite tuh.maka nya ramai la org cari org2 yg pandai2, alim2 yg mustajab doa nye utk berubat. itu pandangn saya la. sbb nye saya terpikir, bebaru ni sy sendiri yg terkena sakit kulit, dah berpanjangan, bile gi pakar etc sume tak jln.kwn saya rekemen g tradisional.pacik tu wak air tawar suh mandi, terus je kering kulit dlm beberapa hari je..die bgtau kena angin..jadi kalo lah kite tak campur ngn yg kurafat etc pada zaman skrg ni..cemana kite nak menyembuhkan penyakit2 yg tak nampak ni dgn cara yg betol2 lurus. RAsa saya, betol2 susah nak mencari n nak jumpe tu.
ok.lagi satu plak. saya pernah sembng la ngn sorang tu, bapak nye yg bese2 buat air tawar utk org keteguran etc. die bgtau..bese nye dukun2, pawang2 ni, klao die nak ubat org2 yg terkena etc ni..die pon kena belajar jugak camne nak buat n cemana nak kasi sembuh..sbb kalo die tak tau sumber nye, camne die nak kasi sembuh.
jadi cemana? mohon pandangan. tq. mintak maap la, mcm lari tajuk sikit, saya nak berdebat n nak bersetuju ngn org sini pon tadak ilmu, |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua,
kepada yang terasa SPM saya mintak maap.. just nak sindir blasoff aje. tak lebih dari itu.
semua pembaca harus memahami yang TT ni telah mengatakan harun din - ahli sihir. this is fact. leh selak kat page2 lepas. alasannya adalah penggunaan garam dan lada yang digunakan oleh kristian. ini juga fact. leh selak page2 lepas.
penggunaan garam dan lada tiada di sebut dalam al-quran dan hadis. tetapi tak bermakna boleh digunakan atau tidak boleh digunakan.
ia agak mengelirukan bila TT dtg dan kuar mamcam hujah yg kata tak boleh di gunakan. . tetapi mengatakan harun din = ahli sihir agak kurang sopan.
pembaca perlu paham yang TT telah melabelkan harun din = ahli sihir. atas hujah dan kapasti apa TT labelkan harun din sebegitu.
sebab itu saya tanya education background anda. adakah anda layak menafsirkan al-quran dan sunnah. takut jadi cam ayah pin. bahaya.
ia ok kalau TT ceduk dari pendapat ulama2 lain yang mengaitakn penggunaan lada dan garam adalah haram. malangnya tiada pun pendapat ulama2 lain dalam hal lada dan garam (maaf kalau terlepas baca). anda main keluarkan fatwa mengatakan lada dan garam adalah haram. lepas tu amek ayat al-quran, sunnah. dan cuba menafsirkan lada dan garam adalah haram.
ni betul2 bahaya...
alih2 TT kuarkan pendapat ckp lada dan garam adalah haram penggunaannya dalam pengubatan. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita source nabi disihir pun blasoff tak dpt buktikan dari mana dpt..
ini main buat cerita aje ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
jin kafir bantu ahli sihir tu, bukannya jin kafir bantu Nabi, maknanya sihir tu dilakukan oleh ahli sihir tu dengan bantuan jin syaitan, tapi sihir tu apabila kena pada Nabi maka ia berlaku dengan kehendak Allah maknanya yang berlaku pada Nabi adalah kesan effect sihir dan kesan datangnya dari Allah bukan dari syaitan .
Syaitan hanya bantu pada peringkat sihir tu sedang di lakukan oleh ahli sihir tu tapi proses sihir tu nak berkesan pada Nabi adalah di tentukan sepenuhnya oleh Allah .
blastoff Post at 24-9-2010 09:12
aku masih menunggu source cerita yg nabi telah disihir ini..
sila bagi sumber dari mana kau dpt tafsiran sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak ada dalam Quran Sunnah dan ada pulak dalam agama kristian katholik dan di amalkan nenekmoy ...
blastoff Post at 24-9-2010 10:44
Penggunaan garam tu takde kaitan dengan ajaran kristian. Patutnya ko kaji kenapa guna garam. Yang misteri kat sini adalah garam. Tah-tah diorang pun sama bukan ajaran kristian. Cuma berdasarkan pengalaman jer. Ko dah siasat ke belum, sejak bila lagi penggunaan garam dalam perubatan melayu mungkin sebelum kedatangan kristian ke tanah melayu. Semuanya ini mungkin kebetulan jer diamalkan juga paderi kristian. Semua ini menunjukkan khasiat pada garam itu sendiri. Lagipun sifat garam itu adalah kejadian semulajadi. Banyak khasiatnya belum diketahui. Mungkin juga ini adalah perkara ghaib yang tersembunyi yg akal kita tak dapat memikirkannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|