CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

~ Chocolātl + Fwower = LOVE ! ~ [U]

  [Copy link]
 Author| Post time 11-10-2010 08:05 PM | Show all posts
“Husin….” Suara Dr. Ensha Hani menyapa menambahkan malu di hati Husin.

Kenapa la pelanggan tetapnya datang pada waktu yang kurang sesuai.

“Oh, Hi Doc !”

Dr. Ensha Hani tersengih lalu cepat-cepat mengebam bibirnya menahan tawa.

“Appointment kita hari ni kan ?” tanya Dr. Ensha Hani sambil mengerling jam di tangan. Ye, hari ini dan dia tepat pada masanya.

“Yes, Yes….sorry ada sikit scene tadi..emm let me change to something better, sementara tu Mojo akan tunjukkan beberapa chocolates for your order.”

Dr. Ensha Hani mengangguk. Dia mengerling ke kedai bunga sebelah. Lebih senang kerjanya. Lepas buat tempahan coklat, bolehlah dia ke kedai sebelah, dan kalau ngam, boleh buat tempahan untuk bunga pula.

“Silakan Dr, Datin tak datang sekali ke ?” tanya Mojo sambil membuka pintu kaca mempersilakan dengan hormatnya.

“Dia ada hal lain. Tadi memang dia nak ikut…” jawab Dr. Ensha Hani. Matanya bersinar melihat Adam yang comel berdiri di balik tingkap.

Adam menundukkan kepalanya sedikit lantas berlari keluar, dia membawa Dengut ke kedai Aunty sebelah. Dia terhendap-hendap memerhati dari luar. Aunty yang garang tadi sedang menyusun bunga di dalam bakul. Asyik saja dia dengan kerjanya sambil menyanyi mengikut lagu dari radio yang dipasang tidak terlalu kuat. Mata Zafira tertancap pada jambangan bunga yang sedang dia hias, tertangkap pula pada budak comel yang tertinjau-tinjau dari balik pintu cermin. Dia jatuh hati saat melihat senyuman manis seolah ingin memulakan pengenalan.

Zafira bangun dan menghampiri pintu. Tangannya mengamit menyuruh Adam masuk.

“Hello….” Sapanya mesra dan Adam senyum lagi sambil menarik nafas menghidu bau-bau bunga yang pelbagi di dalam kedai itu.

“Wangi !” katanya.

“Oh ye ! Terima kasih…”

“Kedai ni wangi , Aunty pun wangi juga !” pujinya. Memang Adam mewarisi sifat arwah ayahnya yang pandai mengayat.

Zafira ketawa berdicit. Pandai betul. Tak serupa langsung dengan bapanya si Bitter Gondol yang tak semenggah itu.

“Apa nama ?” tanya Zafira sambil menuduk merapatkan mukanya. Comel sangat, mesti ikut si ibu. Kalau ikut bapa, em ..hmm…comel gak. Huish ! Marahnya dalam hati.

“Adam Hadi bin Anuar.” Jawab Adam siap bagi bin sekali. Nasib baik tidak dibacakan nombor MyKid.

Anuar ? Bukan ke si Bitter Gondol tu namanya Husin Lempoyang ? Zafira jadi penasaran.

“Tadi Aunty kelakar buat camtu kat Uncle Husin….kenapa Aunty marah dengan dia ?” pertanyaan yang terus menjawab persoalan Zafira.

Oh, anak buah si Bitter Gondol. Apa la nasib dapat Uncle ngok-ngek camtu. Zafira ketawa jahat di dalam hatinya.

“Adam nampak ke ?”

Adam terus angguk.

“Kesian Uncle, dah la botak, kena ketuk ngan baldi…” dia menutup mulut dan ketawa mengingatkan kisah tadi.

Zafira mengulum tawa. Kalau mengingati balik kisah tadi, memang kelakar, tapi hatinya sangat PUAS.

“Oh…err..Aunty saja je buat-buat kelakar dengan Uncle…” Zafira cuba melindungi api yang sentiasa terbakar antara mereka.

“Aunty jual bunga ?” tanya Adam sambil melihat sekeliling.

“Yupe.” Jawabnya pendek.

Tangan Adam di pimpin masuk ke dalam. Ke ruang dia membuat hiasan jambangan bunga yang ditempah syarikat telekomunikasi. Setiap Selasa dan Khamis, Zoe akan membuat penghantaran. Sebanyak 13 buah jambangan bunga perlu di serahkan pada 13 jabatan di bawah syarikat telekomunikasi gergasi itu.

“Uncle jual coklat, Aunty jual bunga. Bunga, coklat, tapi GADUH !” dia ketawa dan melepaskan tangan ke atas.

Zafira turut ketawa juga. Amboi si Adam ni lucu banget sih.

“Adam datang kedai Uncle buat apa ?” tanya Zafira, dia sangat ingin tahu. Okla dia agak penyibuk juga kadang-kadang. Itu dia sendiri mengaku.

“Emm, ayah Adam dah meninggal, jadi Adam duduk dengan Uncle…” suara yang tadi ceria tiba-tiba tukar jadi mendung pula.

Zafira rasa tidak enak. Tidak sangka itu jawapannya. Mata Adam yang bersinar tadi sudah berkaca-kaca. Tanpa di minta Adam menceritakan kemalangan yang meragut nyawa ayah kesayangannya.

“Tapi tak apa, Uncle Husin baik. Dia kawan baik ayah. Adam tahu dia sayang Adam macam Ayah sayang Adam.” Harapan seorang budak berusia enam tahun.

Zafira terus mengangguk. Terasa bersalah pula dia membenci si Bitter Gondol. Sweet juga mamat tu. Emm….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2010 08:06 PM | Show all posts
salam semua !

malam ni ada n3...maaf lambat skit, detox sibuk weekend tu hari
anyway do enjoy ...
detox Post at 11-10-2010 20:02


salam detox,
x pe, take u're time...
mmg rindu kt bitter gondol & bunga tahi ayam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 08:08 PM | Show all posts
“Ye, Aunty Fir pun sayang Adam. Adam boleh datang sini bila-bila saja, dan tak payah terjengok-jengok camtu. Pintu tu sentiasa terbuka untuk Adam…” katanya menepuk bahu Adam.

Dia memberi isyarat sekejap pada Adam dan sejurus lepas itu Zafira hilang ke dalam. Dia kembali dengan satu balang cookies, dua mug dan satu piring susu.

“Cookies untuk Adam dan susu ni untuk si kucing ni…”

“Oh, nama dia Dengut.”

Zafira bulat mata. Dengut. Funny name for a cat. Tapi sesuai la sebab kucing tu pun hitam berdengut.

Mereka duduk sambil makan chocolate chip cookies yang dibakar Zafira. Dengut pula menjilat susu dan sekejap saja habis licin. Lapar sungguh si Dengut. Dia mengiau-ngiau sambil menggeselkan badannya di kaki Zafira.

Adam tidak sepi lagi, dia ada Uncle Husin, Uncle Mojo, Dengut dan sekarang Aunty Zafira yang manis sekali. Dia senyum suka hati dan terus mengunyah cookies yang sedap itu, kadang-kadang mencicah sedikit pada susu di dalam mug biru. Mereka berbual dan tentunya Adam suka di layan oleh Aunty Zafira yang baik hati. Dia tidak pernah kenal Mamanya. Mungkin Mama juga semanis Aunty Zafira getus hati kecil itu sambil ligat makan cookies yang dicicah susu. Sedap !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 08:12 PM | Show all posts
Bab 3       

Ketika Husin menarik kerusi, Mojo sedang beria-ria memberi penerangan pada Chocolate Haven. Adalah sedikit fakta yang terlari, tapi belasah sajalah Mojo.

“Susahnya nak buat pilihan. Semua sedap. Semua cantik.” Kata Dr. Ensha Hani.

“What’s your wedding theme ?”tanya Husin.

“Tiffany Blue and Dark Brown...”

“Nice…hmm camtu I suggest the Pearl series. I akan buat Tiffany Pearl dan chocolate bentuk shell.”

Mata Dr. Ensha Hani sudah bulat. Memang Husin seorang chocolatier yang selalu tahu kehendak pelanggannya.

“Pearl tu chocolate juga kan ?” tanyanya tidak pasti.

“Ye, white chocolate coated with tiffany blue… Macam ni lebih kurang…” Husin menyelak album dan berhenti pada halaman yang menunjukan design seperti yang diberitahu.

Dr. Ensha Hani menekup mulut. Romanticnya ! Senang betul berurusan dengan Husin. Tidak rugilah dia menjadi pelanggan tetap Husin sejak kedai itu dibuka.

“Cantik ! So you letak 3 biji pearls dalam chocolate shell ….”

“3 ? I was thinking one big Tiffany Pearl.”

“Great ! So kira deal la ni ye. You buat 1500 pieces ye….”

“Err…Dr. tak nak tunggu quotation ke ?”

“Tak payah…..i know you will always give good price…” Dr. Ensha Hani senyum.

Pandai betul dia membelit Husin. Mojo tersengih. Husin kena main lagi.

“Dr. nak casing plastik ke atau porcelin…” tanya Husin dan terus menunjukkan dua jenis bekas. Plastik yang nampak biasa, dan porcelin yang memang nampak mahal.

“1000 pieces pakai plastik, 500 lagi tu porcelin.”

“Done !”

“Huh lega saya…..penat betullah menguruskan hal kahwin ni…” Dr. Ensha Hani mengeluh.

“Sekarang tinggal nak cari florist. Kedai sebelah ok ke ?” tanyanya dengan suara yang rendah seolah pemilik kedai sebelah ada bersama mereka.

Husin serba salah. Dia tidak tahu samada ok atau tidak.

“Tak tahu nak recommend, dia baru je buka. Boleh check tengok kot.” Jawab Husin, itulah jawapan yang paling adil.

“Oh sebelum saya lupa, saya nak buat satu hantaran coklat, tapi nak combine ngan fresh flowers. Masalahnya saya tak tahu macam mana saya nak…dah la tu Mummy saya expect something extraordinary….”

“Hantaran lain macam mana ?” tanya Husin memeluk tubuh.

“Yang lain Mummy dah buat, Cuma I want to add chocolates , so Mummy suruh I buat sendiri…tolong saya Husin.” Dr. Ensha Hani mengeluh lagi.

“Hmm…kalau chocs only senang lah, ni nak combine with fresh flowers, saya tak pakar.”
Husin tidak mahu terlibat. Dia awal-awal lagi dapat rasakan ‘kalau’ Dr. Ensha akan ke kedai sebelah dan menceritakan masalah sama. Masalah tentulah kena cari jalan penyelesaian. Husin tidak mahu jadi sebahagian dari penyelesaian pada masalah doktor yang manis itu.

“Camtu, I tanya kat florist sebelah lah….” Katanya melepaskan nafas panjang. “Thanks ye, dan bila dah siap lakaran coklat tu, can you email to me ?”

“Sure….malam ni I buat….”

“OK, thanks Husin for the brilliant ideas, my parents sure akan suka punya.” Dr. Ensha Hani bangun dan sebelum pulang dia membeli beberapa jenis chocolates.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 08:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by detox at 11-10-2010 23:33

SAAT kaki melangkah ke dalam kedai bunga Fir’s Fwower, Dr. Ensha Hani sudah jatuh cinta melihat jambangan yang sudah siap. Konsepnya agak berlainan dari kedai-kedai bunga. Cara susunnya sungguh terkini dan bunga-bunga yang digunakan pula sangat exotic dan tentunya menyegarkan. Matanya jatuh pula pada Adam, Dengut dan coklat cip cookies serta semug susu. Terbayang di matanya saat ketika kecil, dia dan Mummy selalu makan coklat cip cookies dan susu. Dr. Ensha Hani tersenyum di bawa kenangan paling indah dalam hidupnya.


“Hai….” Tegur Zafira dari balik shelves yang meletakkan vas-vas bunga kering dan bunga tiruan. Dr. Ensha Hani terkejut sedikit dan terus menghulurkan tangan.

“Hai…saya Ensha , emm do you do flower arrangements untuk wedding ?”

Tangan masih berjabat dan Zafira terus mengangguk.

“Yupe. Cik datang pada kedai yang tepat !” suaranya bersemangat. Dr. Ensha Hani hendak ketawa sedikit. Kedai baru, tentulah peniaganya berdegar-degar semangat.

“Great !”

Zafira mempersilakan Dr. Ensha Hani ke ruang diskusi. Ianya seperti di taman pula dengan pokok-pokok hijau dalam pot pot kecil. Ada bunyi aliran air. Dr. Ensha Hani mencari-cari punca air tapi tak nampak.

“Dari kaset !” selamba Zafira memberitahu dan terus di sambut senyuman dan anggukan Dr. Ensha Hani. “So, how can I help you.”

Mereka berbincang, saranan-saranan di kemukan. Semestinya Dr. Ensha Hani sangat berpuas hati kerana Zafira sudah menyatakan akan menggunakan teknik floral arrangement yang dipelajari dari Jepun.

“Ada beza ke ?” tanya Dr. Ensha Hani. Selama ini dia ingat untuk menghasilkan satu jambangan bunga mudah saja. Susun lebih kurang, dan jadilah. Dia sendiri kalau menyusun bunga akan masukkan saja ke dalam vas. Cantik apa !

“Ada, walaupun lebih kurang saja, tapi sedikit-sedikit yang berbeza tulah menjadikan sesuatu arrangements unik Cik. Macam for wedding, memang special cara susunannya, untuk main table, untuk guest table, untuk bilik pengantin, untuk ruang pelamin, semuanya ada caranya yang tersendiri. Kalau tidak mandom la, sama saja…” jelas Zafira panjang lebar.

Mereka meneruskan lagi perbincangan, bunga apa hendak di gunakan, warna apa hendak di gabungkan, rekaan mana hendak di jadikan gubahan. Semuanya berjalan lancar. Zafira professional dan Dr. Ensha Hani tidak banyak karenah. Tiba pada masalah yang utama - hal coklat dan bunga, Adam mengangkat kening. Bunga dan coklat. Jari-jari kecilnya bermain-main di atas meja. Hmmm !

“Aunty Bunga , Uncle Coklat……” ucapnya lalu turun dari kerusi dan berdiri dekat dengan Dr. Ensha Hani.

“Ya ! You trully are a genius little boy ! Kenapa la saya tak fikir." Dr. Ensha Hani rasa hendak memeluk erat budak kecil itu, tapi Adam lebih cepat berlari semula ke meja bulat. Dia tahu pasti dia akan di peluk dan dia tidak mahu di peluk. Malu !

"Awak boleh come out dengan the floral design dan Husin boleh hasilkan coklat.” Suara Dr. Ensha Hani nyaring kerana terlalu teruja. Akhirnya masalah yang menghantuinya berhari-hari sudah selesai ! Adam tersengih apabila Dr. Ensha Hani mengamitnya sambil menunjukkan  sebungkus kecil coklat yang dibeli di kedai sebelah. Tanpa fikir Adam terus mengambilnya dan kembali ke kerusi tadi. Duduk bergoyang kaki sambil menikmati truffles strawberry yang sedap sangat.

Zafira pandang Adam yang menikmati coklat tanpa berkedip mata dan bersuara. Tidak ! Bergabung demi nama kerja bersama si Bitter Gondol adalah perkara terakhir yang akan di buat dalam hidup Liyana Zafira. Bahkan dia tidak mahu langsung bermimpi bekerjasama dengan orang sebelah.

“Apa kata kita tukar coklat dengan buah-buahan ?” Zafira cuba ‘U-turn’ rancangan asal pelanggannya.

“Hmmmm….fruits…..hmmm…” Dr. Ensha Hani menderapkan kukunya pada meja. Tiba-tiba Dr. Ensha Hani menjerit kecil. “I know, tukar…. instead bunga dan coklat kita tukar fruits macam berries dan coklat …. Boleh kan ? You boleh buat gubahan dari berries kan ???” mata Dr. Ensha Hani bulat.

Betul-betul dia mengharapkan Zafira mengangguk. Zafira sudah jadi tertekan. Kalau dia menolak, dia takut pula lain-lain gubahan untuk majlis perkahwinan pelanggan yang di anggap sedikit ‘kreko’ akan turut di tarik balik. Tanpa kerelaan hati Zafira mengangguk. Lemah saja tapi di sambut penuh gembira.

“Great ! Nanti kejap ye.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 08:25 PM | Show all posts
Sekelip mata Dr. Ensha Hani hilang. Dan dia kembali dengan Husin di belakangnya. Wajah Husin mendung. Wajah Zafira sepuluh kali lebih mendung.

“OK, now let’s discuss my lovely Florist and  Mr. Chocolatier….” Kata Dr. Ensha Hani dengan gembira sekali.

Husin macam kena pukau dengan kekalutan yang dicipta pelanggannya. Mengenangkan ‘business deals’ yang baru di buat, Husin terpaksa akur. Duduk semeja dengan si Bunga Tahi Ayam membuatkan Husin tidak senang duduk. Kakinya beringut-ingut, matanya tidak langsung menjengah Zafira dan tangannya mendakap tubuh.

Zafira juga begitu. Tangannya asyik menggaru telinga, hidung dan leher. Dia pula sikit-sikit dok jeling sahaja. Kakinya juga rasa hendak menendang kaki Husin yang membuat meja berhinggut-hinggut.

Dr. Ensha Hani tidak berhenti cakap. Dia beri idea. Dia beritahu apa yang dia mahu. Dr. Ensha Hani yang semangat.

“Errrr…..hellooooo !” katanya apabila tiada respon dari dua orang itu.

“Ye…ok….saya akan buat two dozens of hazelnut crunch truffles…..di tengah-tengah ada praline. Dr’s favorite kan ?” Husin tidak mahu pelanggannya tahu yang di antara dia dan si Bunga Tahi Ayam ada masalah dan tidak boleh bekerjasama. Dia kenal benar keluarga doktor di hadapannya. Kalau dia buat business dengan mereka, bererti hasil kerjanya akan di war-warkan. Itu yang Husin mahukan dan itulah yang dinamakan business strategy, walaupun terpaksa bekerja dengan bunga busuk yang duduk di seberangnya.

“Saya akan come out dengan basket design of berries and wild flowers. It’s gonna be rustic yet urban-like.” Akhirnya Zafira terpaksa mengalah. Kalau orang sebelah dapat business, dia juga mahukan business itu. Dan dia tidak mahu kehilangan pelanggan yang ada dia kira ada banyak pintu-pintu untuk di kembangkan lagi.

“Awak berdua ni memang la sangat genius. Wild berries dan nuts truffles. Bestnya…..macam tak nak bagi pulak as hantaran…” Dr. Ensha Hani ketawa sendirian. “Ok la…selesai masalah saya….dan selesai urusan saya…..LEGAnya…” katanya mengakhiri hari yang memenatkan.


MEREKA berdiri di kaki lima melihat Dr. Ensha Hani pergi. Adam melambai-lambaikan tangannya. Husin dan Zafira berdiri sejarak, hanya Adam yang memisahkan mereka. Hilang Dr. Ensha Hani, mereka kembali ke kedai masing-masing tanpa bicara. Tiba-tiba dua pasang kaki itu berhenti. Masing-masing berpaling.  Lidah jadi kelu untuk berkata pula.

“Nak cakap apa ?” tanya Zafira. Suaranya saja dibiarkan sedikit sombong.

“What’s your concept ?”

“Dah dengar tadi, basket of berries and wild flowers.”

“Tahu, tapi camna bulat, bujur, memanjang, menegak, lonjong… ?”

“Mana-mana pun boleh, buat saja lah truffles awak tu…nanti dah siap , baru la gabung.”

Berlagak punya pompuan. Aku back hand baru tahu !

“OK…..kalau tak kena gaya, you’ve to change your fwower design….FWOWER konon…salah eja, FLOWER LA !” sengaja Husin menyakitkan hati Zafira dengan mengejek nama kedai pula.

“Suka hati la. Chocolātl tu best sangat ke….”

“It’s in the dictionary la …tak pegi sekolah ke ?”

“Watevaaaaaaaa” kata Zafira terus melangkah masuk. Sebelum itu dia sempat menjelirkan lidah.

Husin tergelak. Cantik sangat !
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2010 08:26 PM | Show all posts
“Uncle ….” Adam menarik hujung baju Husin.

“Ye ?”

“Kenapa suka gaduh dengan Aunty Bunga ?” tanya Adam pelik.

“Saja….suka-suka !” dia ketawa dan memberi sebiji coklat putih pada Adam. Husin mengerut bila Adam menggeleng tidak mahu.

“Oooooooooooooo, Uncle SUKA kat Aunty ye !” jari telunjuknya tergoyang-goyang dan senyum nakal tercipta di bibirnya.

“Hah !” terkujat Husin. SUKA. Kalau dalam dunia ni dah tak ada kaum hawa dan tinggal si Bunga Tahi Ayam tu je, tak hingin aku nak SUKA kat dia. Sedang dia mencari jawapan untuk menangkis ‘tohmahan’ si Adam, wind chime di pintu bergeseran.

“Husinnnnnn….” Suara gedik beriringan dengan bunyi wind chime membuatkan bulu roma Husin berdiri. Adam melangut juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 08:27 PM | Show all posts
ok selamat malam semua !


good nite.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2010 08:41 PM | Show all posts
wah kak detox....
puas hati...TQ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 08:42 PM | Show all posts
mesti cantik hantaran dr ensha sbb gabungan idea uncle coklat + aunty bunga
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 09:22 PM | Show all posts
thanks detox,terubat rindu dgn gelagat husin & fira..
tergelak sorang2 depan pc nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 09:49 PM | Show all posts
first time baca...
bez...bez tk terkate...
tenang ase....bibir asik nk senyum je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 09:58 PM | Show all posts
thank you detox
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 10:22 PM | Show all posts
thanks kak detox..

hahaha uncle coklat n aunty flower work together.. tak sabarnye..

tp sapa yg dtg kedai husin tu ye???
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 08:36 AM | Show all posts
thanks kak... nice N3... hr ni ada lg??? lovely...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 09:24 AM | Show all posts
mekasihdetox...n3 yg byk... tp xpuas lagi le... next2 n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 09:33 AM | Show all posts
best3....tq
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 11:27 AM | Show all posts
tenkiu detox .......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 02:23 PM | Show all posts
terima kasih semua, nanti akak sambung lagi ye....now sibuk sikit

SORRY
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 02:43 PM | Show all posts
terima kasih semua, nanti akak sambung lagi ye....now sibuk sikit

SORRY
detox Post at 12-10-2010 14:23


ok.... take ur time
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.057524 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list