Reply 252# medangmru
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya minta maaf sangat-sangat atas kelewatan menghantar laporan penuh Majlis Gathering MPS/GPR 2011 kerana saya menghadiri kursus selama seminggu
di Kuala Lumpur pada minggu lepas. Saya tidak punya masa yang cukup untuk menaip laporan ini kerana masa saya tersangat terhad. Baiklah saya akan mulakan laporan ini dengan menyatakan rakan-rakan forumer yang sudi menghadiri diri ke majlis yang tidak seberapa ini. Rakan-rakan forumer yang dapat menghadiri diri ialah;- 1) Aiskrimvanilla 2) Bterflylah 3) Ruffleen 4) Mieraedora 5) Pintumasuk 6) Chek_amm 7) Melinda_gordon 8) Idakamaruddin LAPORAN GATHERING MPS/GPR 2011 OLEH AISKRIMVANILLA
8.00 pagi- Saya mulai keluar dari rumah rakan di Pantai Dalam Kuala Lumpur menuju di tempat perhentian bas Taman Vista Angkasa, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Menunggu bas Rapid KL atau bas Metro untuk ke perhentian bas Angkasapuri. 8.10 pagi- Menaiki bas Metro dengan tambang RM 1.00 menuju ke perhentian bas Angkasapuri. 8.20 pagi- Bas tersebut mulai bergerak dengan sarat dengan penumpang menuju ke destinasi. 8.25 pagi- Sampai ke perhentian bas Angkasapuri dan menaiki jejantas melintas ke stesen Komuter Angkasapuri. Menunggu Tren Komuter untuk pergi ke Shah Alam. Saya menelefon Rufleen bertanya beliau di mana. Beliau berkata bahawa dia telah tiba di KL Sentral. 8.50 pagi- Tren Komuter telah sampai dari arah KL Sentral menuju ke Pelabuhan Klang. Saya menaiki gerabak yang paling belakang, walaupun Malaysia sedang bercuti 1 Mei, tren tersebut tidak terlalu ramai orang. Saya menelefon Ruffleen sekali lagi bertanya dimanakan beliau, Ruffleen kata beliau berada di gerabak khas untuk wanita. 9.37 pagi- Tren Komuter telah sampai ke stesen Shah Alam, Selangor. Saya bertemu Ruffleen di kawasan stesen Shah Alam dan kemudiannya kami menaiki teksi untuk ke Plaza Alam Sentral (PAS) Shah Alam. Bterfly pula menelefon saya dimana kami perlu bertemu, saya kata kita bertemu di Restoran Syed yang berada di bahagian bawah PAS bahagian kanan pintu masuk utama. 9.45 pagi- Kami sampai di hadapan PAS dan terus menuju ke Restoran Syed. Saya melihat-lihat sekitar restoran sama ada forumer lain. Namun saya tak nampak adanya forumer-forumer lain. Maka saya dan Ruffleen bersetuju untuk bersarapan dahulu. 9.53 pagi- Kami disapa oleh Bterflylah dan Mieraedora, Bterflylah memakai skaf warna merah dan Mieraedora memakai tudung dan baju bewarna putih. Mereka berkata bahawa mereka terjumpa sesame sendiri di tandas. Kami berbual-bual sesama sendiri sambil makan sarapan yang dipesan. 10.15 pagi- Kami mula bergera menuju ke Pusat Boling PAS, sesampai disana kami nak tempah dua line, tapi cik adik yang jaga kaunter kat situ dia kata tak payah sebab hari masih awal dan orang pun tak ramai lagi, jadi kami kata tak mengapa, kami nak jugak tempah dua line tue. Bterflylah nak beli stoking kat pusat boling tue tapi dah kehabisan, kena tunggu supervisor dia datang untuk hantarkan ke situ. Jadik terpaksa Bterflylah membeli stoking di tempat lain. |