CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 7teen

Saka - Kisah 7teen

  [Copy link]
Post time 22-12-2011 04:22 PM | Show all posts
topic merged dengan topik : Mati surih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2011 04:29 PM | Show all posts
Reply 281# medangmru

Terima kasih Mod Med..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 04:35 PM | Show all posts
Reply  medangmru

Terima kasih Mod Med..
7teen Post at 22-12-2011 04:29 PM



   sesama teen....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 04:54 PM | Show all posts
igt teen buat cerita baru pasal ni

penat akk selak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 07:05 PM | Show all posts
Reply 284# hest

Akak hest nak baca yang mati surih punye erk?Okey saya dah quote kan kat bawah neyh...

KISAH PENGALAMAN MATI SURIH INI ADALAH CERITA YANG DICERITAKAN KEPADA SAYA OLEH TOK UBAN,SEORANG PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DI NEGERI PERAK


Assalamualaikum,oleh sebab tiada sesiapa lagi yang nak menceritakan pengalaman mereka mengenai mati surih setakat ini..Biarlah cerita ini saya kongsikan sebagai pembuka cerita perkongsiannya..


           Cerita neyh actually saya dapat daripada cerita Tok Uban yang telah mengubati sorang budak perempuan yang tiba-tiba tak sedarkan diri lepas tangan dia luka..Parents budak neyh dapat call dari sekolah dia yang budak neyh tiba-tiba jerk pengsan masa dalam kelas seni visual.Lepas bawak ke klinik,doktor cakap cuba bawak ke perubatan alternatif sebab doktor tue rasa budak perempuan neyh mati suri.Doktor pun masa tue dah treat apa yang patut dengan keadaan budak perempuan tue.Doktor pun ceritalah apa yang dimaksudkan dengan mati suri.Doktor Melayu tue kata yang kes mati suri neyh dia dah pernah experience dah masa dia study kat universiti dulu..Tapi terpulanglah pada family budak perempuan tue sama ada nak bawak terus ke hospital atau jumpa perawat tradisional.Doktor neyh pun takut kalau-kalau profesionalisme dia dipertikaikan pulak nanti bila dia utarakan pendapat macam tue sekali.


         Jadi,nak dijadikan cerita..Kawan doktor tue ada nombor telefon Tok Uban neyh..Contact punya contact,Tok Uban suruh bawak budak perempuan tue datang rumah dia kat kampung..Dalam pengamatan dia,Tok Uban tak mampu nak keluarkan budak perempuan neyh dari tidur dia tue..So,Tok Uban mintak tolong kawan dia yang juga seorang pengamal perubatan untuk tolong dia bawak balik budak perempuan neyh..Nama budak perempuan neyh Sarah.Dia budak aliran Sastera dekat sebuah sekolah di Lumut,Perak.


          Kawan Tok Uban neyh suruh bawak colok cina,kemenyan,rambut mak dan bapak budak tue sorang sehelai,dan jugak bertih..Yang pasti,sampan tue kenalah sampan yang kukuh dan tak mudah bocor..Terkejutlah parents si Sarah neyh sebab diorang macam tak percaya dengan benda-benda yang dimintak oleh kawan Tok Uban neyh..Nama kawan Tok Uban neyh Tok Da.


          Tok Da cakap yang Sarah neyh ada kat satu tempat.Sarah neyh sebenarnya nak ikut mak dan ayah dia balik masa diorang bawak dia ke klinik tapi dia tertinggal dekat sekolah dia.Jadi,Sarah tunggulah dekat pondok depan sekolah nak tunggu bas..Dia cuba untuk tahan-tahan bas.Tapi takde satu bas pown yang ambik dia.Sebab tue lah Sarah neyh tak balik-balik.Pastu Sarah dah diajak sorang mak cik untuk tumpang kereta dia jalan-jalan carik parents dia tapi yang bermasalahnya Sarah bukan dibawak berjumpa parents dia tapi dia dibawak balik ke rumah perempuan tue..


           So,Tok Da pun pusatkan semua jiwa raga dia.Dia arahkan Tok Uban untuk bakar kemenyan yang ada dan perasapkan rambut mak dan bapak Sarah yang dah disimpulkan bersama tue.Tok Da pulak amik colok cina yang dah dibakar hujungnya dan sapukan di telinga,celah mata dan batang hidung..Tok Da jugak perasapkan rambut dan kaki Sarah dengan asap kemenyan yang dibakar Tok Uban.Dia ambik cincin yang ada dalam dulang.Cincin tue diasapkan dan diciumkan matanya pada bibir Sarah.


           Pastu Tok Da mulakan jampi serapah dia sementara Tok Uban setia dengan arahan-arahan yang perlu dilakukan.Tok Da diam membisu.Rupanya Tok Da dah masuk dalam alam batinnya sendiri mencari Sarah di rumah perempuan yang ambik Sarah tue..Sekali-kali Tok Da menggerakkan tangannya dan kakinya seakan-akan dia sedang bertempur.Kat kepala Tok Da mula datang bintik-bintik merah sebesar 5o sen.


           Tak lama lepas tue,Tok Uban serahkan rambut yang dia dah simpulkan tadi pada Tok Da.Tok Da pegang rambut tue dengan keras dan kuat.Tak lama lepas tue,dia bergerak ke arah Sarah yang terbaring kat atas katil.Tok Da ambik rambut yang di simpulkan tadi tue dan dia ikatkan di ibu jari Sarah.Dia ambik colok cina yang baru dan dia bakar.Colok tue kemudiannya dia sapukan dari bawah tumit kaki ke atas hinggalah ke hujung kepala.Lepas tue,dia tepuk kepala Sarah tue kuat.


          Tersedaklah si Sarah tue..Lepas tue si Sarah disuruh mandi oleh Tok Da.Tok Da suruh tuam badan si Sarah tue sebab dia dah kepenatan dengan air yang dia dah jampikan.Memang ada memar-memar pada badan Sarah neyh macam diseksa.


Lepas berada dalam keadaan yang agak segar dan selesa,Sarah pun ceritakan macam mana dia cuba untuk gerakkan mak dan ayah dia masa dekat sekolah.

      Dia cuba menjerit berkali-kali.Tapi takde sorang pun yang dengar suara dia.Sampailah ada seorang mak cik neyh datang dengan kereta kancil warna merah mettalic datang tumpangkan dia masa dia penat tahan-tahan bas depan sekolah tue..

   Dia ingatkan mak cik tue nak bawak  dia jumpa mak dan bapak dia tapi rupanya mak cik tue bawak dia ke rumah mak cik tue.Kat rumah mak cik tue ada budak-budak.Semuanya nampak sama.Semuanya budak lelaki umur sebaya dengan dia.Tapi yang pelik tak ada sorang pun yang bercakap dengan dia.Muka diorang pucat dan suram je.

Mak cik tue cakap yang nanti dia akan hantar Sarah bila mak dan ayah Sarah telefon..Jadi Sarah pun tidurlah dulu.Tak pasal-pasal ada orang tua datang pimpin saya keluar dari rumah tue.Saya ikut sajalah sebab muka orang tua tue nampak baik.


   Tok Da cakap yang rambut mak bapak dialah yang tolong diorang keluar dari situ.Kalau setakat dengan kekuatan dia,memang dia tak boleh pimpin Sarah keluar dari rumah tue.Tok Da cakap yang bawak Sarah balik tue bukannya orang,cuma khadam kepada tuan dia.Khadam tue diarahkan untuk jaga Sarah di rumah khadam-khadam lain.Budak-budak kecik yang sebaya Sarah tue semuanya khadam je yang tinggal di bawah jagaan perempuan pada pandangan Sarah yang jadi ketua khadam.


   Sebenarnya Sarah tue dimati surihkan sebab dia dah mengecewakan hati sorang hamba Allah neyh.Memang niat hamba ALLAH tue untuk matikan Sarah sebab dia dah terlalu kecewa dengan kata-kata Sarah yang terllau lancang menghina dia.Alhamdulillah,Sarah beransur-ansur berubah lepas kejadian tue dan family diorang dah berpindah ke Kuala Lumpur sebab bapak Sarah diarahkan bertugas kat sana.WALLAHUALAM~



Neyh saya quotekan dari page 9..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:19 PM | Show all posts
OMG.... tarpana sebentar.

Seronoknya baca pengkisahan  7teen ni.
Dari page 1 sampai khatam...

teruskan hapdets...!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2012 12:13 PM | Show all posts
teen ..kau pegi mana? update laaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 08:24 PM | Show all posts
Reply 285# 7teen

salam
peh best giler crita mati surih ko teen!emm roh terperangkap ye,yg pedajal tu tokcha ker....terbaiklah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 08:34 PM | Show all posts
7teen.......... jelma la balik....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 02:16 AM | Show all posts
dik..sungguh berani dirimu..wlpn masih muda...kena kuatkan hati dik..kuatkan iman dalam diri....

akak seram sejuk lepas baca cite kau ni....nak g toilet pun takut...kihkhih...

*mana sambungan kisah adik muntah2 masa nak start meniaga tu...?last sekali adik cite cikgu adik suruh tido dgn kwn adik tu....akak nak tahu ape terjadi pastu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2012 01:11 PM | Show all posts
Reply 290# ibu_TiJa

Assalamualaikum,maafkan saya kerana dah lama tidak mengupdate cerita di sini..Sungguh Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Menguji seorang hambanya..Di sini saya ingin memberitahu bahawa saya dan keluarga dalam proses penyembuhan diri.Oleh hal itu, saya tidak akan melayari laman forum ini dan mengupdate cerita-cerita di dalamnya..Diharapkan rakan-rakan forumers yan lain akan memahami keadaan saya ini...

Insya-Allah,sekiranya segalanya sudah selesai saya akan kembali mencoretkan kisah hidup saya di dalam thread ini..Moga Allah mengizinkan..Assalamualaikum...~
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 02:43 PM | Show all posts
semoga adek teen dan keluarga diberi kekuatan dan perlindungan dari Allah.. kami di sini akan sabar menunggu sambungan cerita adek teen..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 09:58 PM | Show all posts
Harini keja akak mengadap thread ni jer.....penceritaan adik sungguh menarik...namun semoga adik terhindar dari perkara2 yg boleh memudaratkan adik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 07:38 AM | Show all posts
Reply 292# gitarpurple

Alhamdulillah kak gitarpurple..

Saya dan keluarga saya dah settle dah semua masalah dalam keluarga neyh..Banyak jugak rahsia yang selama neyh kami tak tahu dah ditunjukkan..Sekarang saya dapat hidup dalam keadaan yang lebih redha dan lebih mengenali keluarga saya.Alhamdulillah~

P/S : Terima kasih untuk para forummers yang selama neyh sudi menemani saya dalam melayari kehidupan saya neyh..Tak dilupakan kepada para forummers yang sudi PM dan bagi nasihat serta jalan-jalan penyelesaian untuk saya..Walaupun saya tak nyatakan nama para forummers tue disini, jauh di sudut hati saya mengucapkan jutaan terima kasih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 07:42 AM | Show all posts
Reply 293# NeBuLa

Terima kasih kak NeBula...

Terima kasih untuk doa akak tue..Semoga akak juga berada dalam lindungan Allah S.W.T..
Biarlah cerita-cerita yang saya coretkan di sini menjadi panduan (sekiranya boleh dijadikan panduanlah..) dan dijadikan sempadan untuk kita melayari kehidupan yang lebih diredhai Allah..Amin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 08:39 AM | Show all posts
Reply 290# ibu_TiJa

Untuk memudahkan kefahaman dan pembacaan semua tentang kes muntah-muntah yang berlaku pada saya masa nak mulakan perniagaan time PUM dulu tue , saya akan quotekan balik post2 saya tue di sini..Saya jugak akan sambung cerita untuk jawab persoalan dan permintaan akak tue..

Saya nak cerita tentang kejadian yang pernah saya lalui masa saya join Persatuan Usahawan Muda (PUM) masa dekat asrama dulu..bagi yang tak tahu PUM tue adalah macam satu syarikat yang ajar jual-jual barang,dan melahirkan usahawan dalam diri pelajar2 sekolah sama ada menengah ataupun rendah..

       Kat asrama saya neyh ada PUM Menengah Rendah dengan PUM Menengah Atas...PUM Menengah Rendah adalah students form 2 while form 4 pulak PUM Menengah Atas..Saya ngan 18 kawan2 PUM Menengah Rendah..Tahun 2008 lah kes neyh..(Form 2)

      PUM saya yang paling aktif..Ye lah budak2 ribena..Kitorang bilerk join PUM secara automatik akan bersaing dengan jualan kafeteria asrama sekolah..Kiranya kafeteria asrama sekolah kitorang akan kalah dan kurang laku kalau kitorang buat jualan..Sebab tue lah mak cik n pak cik pengusaha kafe sangat anti dengan kitorang..Kalau dia taw kitorang PUM lah..Tapi kalau tak ada jualan PUM,semuanya baik2 aja..

     Nak jadi satu cerita,kitorang buat jualan macam biasa dekat depan air pancut..Kiorang dah setup khemah masak2 ngan kerusi2 ngan meja2..Tempat budak2 ngan pelanggan yang datang untuk makan kat situ..Biasanya kitorang buat jualan masa outing..masa budak2 ngan pelawat masuk asrama sekolah lah..Untung Masyukkkk...

      Jadi lepas setup semua tue,cikgu kitorang ngan suami dia pi lah balik jap sebab nak amik makanan dari rumah..Sebab bahan2 untuk burger wire dah nak abis..Burger wire neyh senjata rahsia syarikat kitorang..Sedap gilerk..

      Saya adalah salah seorang daripada 5 orang ALP (Ahli Lembaga Pengarah) syarikat neyh so sayalah yang jadi tukang masak ngan jaga duit..So,siapalah agaknya yang masak makanan2 yang sedap tue yerk??..Of course saya kan?Hahahaha...

     Kebetulan masa cikgu penasihat ngan suami dia pergi dari tempat kitorang buat jualan tue..Mak cik pekerja kat kafeteria tue datang..Saya nampak cara dia jalan macam biasa jerk..Dan dia datang tanya-tanya tentang menu petang tue kat kawan yang jaga kaunter kat depan..merangkap tukang amik order customer..Saya kat belakang tengah tumis bawang2 untuk masak mee goreng basah..Dari kaunter mak cik tue beralih pegang2 sayur-sayur,planta,pisau dan landas cincang..Semua benda dia nak pegang..

     Tetibak,saya rasa pening kepala..berdenyut-denyut..Tangan saya rasa bisa-bisa..Mulut pun rasa macam tak da air..Pening tak boleh cakap kenapa..Saya pun tertolak lah kuali tue jatuh kat atas kaki mak cik neyh..saya tak sempat mintak maaf sebab tekak saya memang rasa loya yang amat..Saya terus lari tak cakap apa-apa kat kawan2..Diorang pandang slack jer..Nasib baik tak ada customer lagi..Saya lari lah ke arah tandas..

   Sampai kat tandas..Saya muntah sepuas hati..Rasa lemah sangat..Lepas tue bilerk saya sampai kat tempat kitorang meniaga tadi,mak cik tue dah takde..Kawan saya cakap mak cik tue tak apa-apa..Muka saya diorang kata pucat lesi..Saya mintak lah cermin kawan..Memang pucat sangat!Kawan saya suruh saya rehat tunggu cikgu ngan suami dia datang..

    Bilerk suami cikgu neyh datang,dia kata kita kena cancel kan jualan arie nie..Cancel maksudnya kitorang rugilah kan?Saya kata tak apa cikgu , saya boleh masak lagi..Tak apa-apa..Sikit jerk kowt..Saya ingatkan dia cancelkan niaga sebab nampak saya tak sihat..Pastu,dia suruh kawan saya temankan saya balik ke asrama..Dia suruh mandi dan baca ayat yang dia bagi tue masa mandi ..Lepas maghrib nanti, dia suruh kitorang semua kumpul balik..

Semua kitorang kena balik mandi dan bersiap untuk solat Maghrib..Neyh ayat yang dia suruh baca masa mandi..

   'Nasrun minallahi fatsun karim,wabasyirrin mukminun.."

   Lepas dah siap mandi semua..Kitorang nak pi lah solat maghrib..Kitorang kecoh lah sebab budak 2lain dah siap solat Maghrib..Kitorang kene denda dengan ketua asrama kitorang , Abang Z.Abang Z suruh kitorang buat push up..Buat jerlah..Dalam hati memang menyesal sebab lambat siap tadi..

   Pastu,kitorang perform solat Maghrib..Kitorang budak2 PUM solat while budak2 PUM perempuan duduk kat luar tunggu kitorang..Lepas solat,kitorang ramai2 angkat kaki pergi ke tempat niaga tue lah..Rupa-rupanya ada dua orang kawan kitorang budak perempuan yang cuti..So,diorang lepak2 lah dengan cikgu ngan suami dia..

    Cikgu kata dia suruh cancel niaga sebab dia nampak kedai nampak suram jerk..Buah-buah,sayur-sayur buat niaga pown nampak dah rosak..Kalau buat niaga confirm tak laku..Dia tanya lah apa kesan yang kitorang dapat bila baca ayat tue time mandi..So,sorang-sorang citer..Turn saya yang last sekali..

     Semua budak2 neyh kata tak ada apa-apa..Diorang rasa macam bese jerk..tapi,saya rasa lain..Saya citerlah bilerk saya start baca ayat tue time mandi,saya rasa panas sangat..Macam mandi air panas..Kawan2 yang satu bilik mandi ngan saya pown cakap yang diorang ada dengar saya terjerit-jerit..Satu bilik mandi tue ada 8 shower..

    Lepas rasa panas tue hilang..Saya rasa lega..Sikit-sikit datang pulak rasa sejuk..Sejuk dalam dada..rasa macam mandi air embun jantan....Rasa macam mandi air perigi pown ada jugak..Tue jelah yang saya rasakan..Pastu,saya cakap lah yang saya nampak ada rama-rama warna hijau..Mungkin bayangan saya jerk kowt..Saya suruh diorang lupakan kata-kata saya tue sebab saya rasa tue cume perasaan saya jerk.

Pastu, cikgu dengan suami dia senyum-senyum bilerk tengok saya..Diorang kata adalah tue..dah lah tue,diorang kata saya ada rasa sesuatu kerk bilerk saya lari tue..Saya cakaplah ada..Tapi saya tak pastilah betul ke tak yang saya terhidu bau colok Cina mati..

    Diorang tanya kenapa saya pening kepala?Saya cakaplah yang saya dengar banyak2 suara dekat telinga saya..Ada suara memaki..Ada suara mengejek..Ada suara menjerit..Meraung,menangis,ketawa..Macam-macamlah suara sebab tue saya rasa pening sangat..Sekali laei diorang senyum..saya ngan kawan2 semua pening kepala tengok cikgu ngan suami dia senyum2 dari tadi..

    Abis sesi lepak2 tue,cikgu belanja kitorang makan burger epal..Burger macam biasa jerk tapi ada slice of apple..Tue pasal nama burger epal..Saya letak lebih black pepper..Sebab memang saya suka black pepper pown..Kitorang semua makan kat air pancut tue..Kat air pancut tue ada semacam bukit batu kat tengah2nya..Ada ikan-ikan..Ikan DBKL paling banyak..

   Cikgu panggil saya masa kitorang tengah makan tue..Dia suruh saya tidur bilik kawan saya malam tue..Entahlah,saya pown tak tanya dan saya pown tak tahu..Sebab malam tue saya tidur mati..Tak de apa-apa pown jadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2012 08:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by 7teen at 22-2-2012 08:43
Reply  ibu_TiJa

Untuk memudahkan kefahaman dan pembacaan semua tentang kes muntah-muntah yang be ...
7teen Post at 22-2-2012 08:39


Malam tue memang saya tido mati.Tapi, tak bermaksud takde apa-apa berlaku sepanjang masa saya tidur mati tue.Kawan sebilik saya masa tue tak tidur dekat bilik kami tue,diorang tidur bilik-bilik kawan lain..Biasalah hujung minggu..Saya pulak tidur bilik kawan sePUM sebab suami cikgu tue dah suruh saya tidur dekat bilik lain.Walaupun masa tue memang saya ingatkan nak tidur bilik sendiri je sebab dah mengantuk sangat, tapi kawan saya tue memang beria-ia suruh saya tidur dekat bilik diorang jer..Dalam bilik tue 4 orang penghuni bilik campur saya jadilah 5 orang tidur dekat dalam bilik tue..Bilik saya dan bilik kawan-kawan saya tue kalau ikutkan memang berdepan jerk..

Yang bestnya,kawan saya neyh suruh saya tidur dekat atas katil dia..While dia tidur dekat bawah jerk.Kawan-kawan lain dah tidur dah katil masing-masing dan dia malas nak susahkan orang lain untuk kongsi katil dengan dia..Rasa serba salah jugak masa neyh..Tapi dia dah pelawa,tak kan nak tolak kan?Hihi..

Menurut cerita kawan saya yang tidur dekat bawah tue,masa dia amik wudhuk dekat toilet tue semua okey jerk walaupun masa tue dah agak syahdu untuk orang-orang bertahajjud..Kawan saya neyh plan nak solat tahajjud.So,dia bentanglah sejadah ke arah kiblat.Arah kiblat memang betul-betul menghadap ke arah bilik saya..Dia rasa agak tak sedap hati masa nak arahkan sejadah tue ke arah kiblat walhal biasanya dia tak rasa macam tue pada malam-malam yang lain..Entah kenapa, malam tue dia berasa agak cuak..

Dia solat tahhajjud seperti biasa..Masa dia nak angkat takbir untuk rakaat kedua tue, dia terpandang something suspicious dari bilik saya..Dia nampak benda tinggi hitam legam seakan-akan meninjau mencari sesuatu yang dia inginkan..Dia nampak benda tue pun melalui pantulan pada cermin-cermin yang ada pada atas lubang angin bilik..Dia takut benda tue akan tegur dia kalau dia berhenti solat..So,dia teruskan rakaat kedua (terakhir) tue dalam keadaan terketar-ketar..Masa paling lama dia agak adalah masa dia sujud..Mata dia tak lepas-lepas pandang tempat sujud..Masa tue dia dah taw yang solat dia tue tak sah tapi dia lupakan semua tue sebab dia dah shaking tahap gaban.

Bila dia dah beri dua salam tue, dia raup muka dia (macam biasa bila kita usai solat, kita akan raup muka kita)..Masa tue lah dia terpandang mata yang tengah tengok dia tue..Mata benda tidak diketahui tue terjojol macam nak makan kawan saya tue..Lepas tue semuanya hitam..(dia pengsan)..

Esoknya,kawan-kawan saya yang bangun awal tanya dia tentang sebab apa dia tidur dekat atas sejadah macam tue sekali?Diorang jugak dengar cerita daripada dia tentang kejadian malam semalamnya.Saya yang tidur dekat katil kawan saya neyh bangun paling lambat antara budak-budak bilik neyh.Masa saya bangun tue,memang kawan-kawan saya tengah kerumun kawan saya tue.Saya pandang diorang.Diorang pandang saya.Takde satu patah perkataan pun keluar dari mulut-mulut kitorang semuanya.Muka saya masa bangun tue memang innocentlah sebab tak tahu apa-apa yang terjadi.Saya terus keluar bilik tue dah masuk bilik saya.

Yang konfius tentang story neyh adalah, masa saya masuk bilik saya tue elok je?Kalau betul benda tue nak carik saya, mesti dia dah tunggu dalam bilik saya untuk buat kejutan pada saya kan?Hehehe..Adakah itu semua adalah perasaan kawan saya tue sahaja?Yang paling tak puas hati nye adalah diorang tak pernah cerita pun dekat saya tentang benda neyh pada hari tue..Last-last bila benda neyh jadi makin 'susah' baru diorang nak cakap kat saya..Wallahualam~

P/S : YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN, YANG BAIK JADIKAN IKUTAN..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 09:32 AM | Show all posts
KES PEMBANTU TAK RASMI PUM


Neyh pun kes yang berlaku masa saya join PUM dulu.Kes neyh berlaku sebelum kejadian muntah-muntah yang saya ceritakan di post sebelum neyh.Sebagai salah seorang ALP syarikat kitorang neyh, saya memegang tugas untuk memasak dan menjaga duit jualan serta keuntungan..

Satu hari tue, saya kurang sihat jadi saya mintak sorang kawan perempuan neyh dari bahagian memotong bahan-bahan makanan dan membuat air jualan untuk tolong masak makanan..Kiranya saya angkat dia jadi pembantu tak rasmi lah pada hari tue.Walaupun tak sihat sangat, saya masih memikul tanggungjawab yang dah diamanahkan tue untuk saya jalankan.Saya still memasak burger-burger,roti john,connie dog,dan makanan-makanan ringan yang lain pada hari tue macam biasa.Pembantu tak rasmi saya neyh pulak saya suruh dia masakkan benda-benda bergoreng macam mee goreng,mee hun goreng dan mee kari.Saya takut kurang perasa je kalau saya memasak mee-mee neyh time saya kurang sihat neyh..

Nak dijadikan cerita, lepas saya dah siap masak semua makanan yang saya perlu masak tue..Saya tolong pi hantar sampah dekat rumah sampah jap..Berniaga kenalah menjaga kebersihan kan, baru ramai pelanggan berani nak beli dan singgah lama-lama.Lepas saya buang sampah-sampah tue di rumah sampah, saya pergilah balik kat kiosk jualan kitorang neyh..Masa neyh adalah beberapa pelanggan tengah tunggu.Nasib baik budak-budak senior je masa neyh yang tengah tunggu makanan tue..

Kawan-kawan saya yang dekat bahagian kaunter juallah makanan yang diorder oleh budak-budak senior neyh..Tup tup masa saya sampai dekat kiosk tue,saya terdetik nak bukak polistren makanan yang diorang nak bagi pada akak tue..Masya-ALLAH!Berulat mee-mee dalam polistren tue..Saya pun apalagi, saya mintak tolong kawan-kawan saya buang polistren-polistren yang dah diisi dengan mee-mee tue.

Saya tanya dekat diorang, "korang dah jual kat sapa jerk?".Masa tue memang agak tinggi lah nada suara saya bertanya kat diorang.
Sorang kawan saya cakap ,"Kitorang dah jual 3 polistren mee goreng pada sorang mak cik pelawat neyh..Dia baru je beli tadi.Apahal?"

Saya tak cakap apa-apa.Saya terus lari carik mak cik yang bawak plastik ada logo kiosk kitorang.Saya tahan mak cik tue.Saya mintak maaf  dan berjanji akan gantikan mee yang baru.Saya beri alasan bahawa mee tadi tue kurang masak walhal saya tak nak dia taw yang mee-mee tue berulat..Nasib baik, mak cik neyh boleh bertimbang rasa.Dan,nasib baik jugak mak cik neyh belum pergi jauh sangat..

Lepas tue, saya masaklah balik mee-mee yang sepatutnya untuk jualan hari tue..Kawan-kawan PUM saya yang lain memang agak pelik dengan tingkah laku saya masa tue..Yelah, takkan tak pepesal nak buang makanan tue kan?Rugi lah..

Kawan yang saya jadikan pembantu tak rasmi saya tadi kutip balik mee-mee yang dia masak tadi.Dia buang dekat tong sampah.Dia sempat pandang kat saya pastu dia marah-marah.'Apasal kau nak buang mee-mee tue?Aku tahu lah  cikgu bagi kau jadi leader kat bahagian dapur kan..Tapi jangan lah sampai nak sabotaj aku macam neyh!"

Budak-budak perempuan cuba nak cool kan jiwa dia yang tengah panas..Kawan-kawan dia ada juga yang bagi pandangan sinis dekat saya.Masa tue memang tak ada orang lalu-lalang dekat situ untuk tengok drama tue..

Pembantu tak rasmi saya tue memang moody lah dengan saya.Dia rasa tak puas hati dengan tindakan saya suruh buang mee-mee yang dia sendiri masak.Dia ingatkan saya sengaja nak sabotaj makanan yang dia masak..Dia juga ingatkan yang saya cuba nak malukan dia depan kawan-kawan PUM yang lain..Bagi saya,biarlah dia anggap macam tue walaupun tue bukanlah niat saya yang sebenarnya.

Tak lama lepas tue, ada sorang abang neyh datang.Abang neyh pelawat dari luar nak amik adik dia dari outing.Dia mintak kitorang jangan gaduh-gaduh.Abang neyh typical look seorang yang amat tinggi dalam bidang agama.Boleh bayangkan macam mana orangnya?

"Nak tahu tak kenapa tadi abang datang sini jap, pastu abang blah?"
"Entah."
"Sebenarnya abang rasa budak tue dia ada instinct yang sama macam abang..Dia tak niat pun nak buat macam tue,dia cuma nak elak orang-orang tue makan benda tak sepatutnya."
"Makan benda tak sepatutnya?"
"Aah,ada tak sesiapa yang tak solat Subuh dan tak mandi wajib pagi tadi?Abang rasa orang tue sendiri akan faham.Tak perlulah abang nak jelaskan takut nanti aib pada orang yang sepatutnya."
"Oh."

So,saya dan budak-budak perempuan yang agak touching neyh pown bermaafan..Kitorang bersalaman dari jauh..Abang tue pulak beli burger je..Dia tak beli mee..Terperasan sekejap yang air tangan saya lebih sedap berbanding dari orang lain.

Lepas abang tue pergi dari situ, saya ceritalah kat kawan-kawan benda yang berlaku.Saya pesan dekat kawan perempuan saya suruh sampaikan pesanan dekat pembantu tak rasmi saya tue..'Memasak dan bagi orang kenyang perut neyh satu ibadah.Kalau nak memasak kena ikhlaskan hati..Kena jaga kebersihan luar dan dalam..Orang-orang boleh tahu hati kita dan niat kita hanya dengan melihat cara kita memasak..Yang lain-lain serah pada Allah.."

P/S : YANG BAIK JADIKAN PANDUAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 02:24 PM | Show all posts
finally adik teen update gak....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 04:45 PM | Show all posts
awat mee berulat? sape punya angkara...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063534 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list