CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 22-8-2013 11:17 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


BAB 25


               Kini, telah hampir sebulan aku berada di sebuah negeri yang terletak nun di utara Malaysia ini. Aku bersyukur kerana ayah dan ibu angkatku yang baru ini sudi menerima kehadiranku dengan baik. Aku sama sekali tidak menyangka bahawa aku kini mempunyai keluarga angkat yang sangat penyayang. Pembantu rumah mereka juga turut menganggap aku seperti anak mereka.

              Keputusan SPM telah pun keluar dua hari yang lepas. Cikgu Wahid telah mengirimkan keputusanku melalui pos. Slip keputusan kini di genggamanku. Berdebar rasa hati tatkala kertas keputusan berada di tanganku. Terketar-ketar tangan kumembukanya.

              Sebaik membukanya…aku menjerit!!!

              “Ya Allah, kenapa dengan kamu ni Lily? Awat yang terjerit-jerit macam orang kena sampuk ni?”

              Terkejut Sabariah bila terdengar jeritan anak angkatnya itu. Walaupun baru dua minggu gadis itu tinggal dengannya, Sabariah sangat gembira. Selama ini, dia memang menginginkan seorang anak perempuan.

               Namun, nasib tidak menyebelahinya. Setelah kehadiran Lily Dayana, Sabariah merasakan hidupnya kini telah lengkap. Mujurlah suaminya juga menyenangi kehadiran Lily Dayana. Telatah anak angkatnya itu benar-benar menghiburkan hatinya. Tertumpah rasa kasihan pada gadis ini bila Mariam menceritakan kisah hidupnya.

            “ Pasai pa dengan Lily tu Kak Yah? Terkejut saya dibuatnya. Mujuqlah tak terbalik periuk kat dapuq tuh.”

            Mak Nah selaku pembantu rumah Sabariah juga terkejut dengan jeritan gadis itu. Apa kena agaknya dengan anak angkat majikannya itu?

Last edited by wipers81 on 22-8-2013 11:35 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2013 11:26 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

     
            “ Opss…..Lily minta maaf banyak-banyak pada ibu dan Mak Nah. Tak sangka pula semua orang terkejut sampai macam ni. Sebenarnya, Lily terkejut sangat bila tengok keputusan SPM Lily. Alhamdulillah ibu, Mak Nah, Lily lulus dengan cemerlang. Lily dapat pangkat satu. Sebab itulah Lily  menjerit.”  

             Riangnya hati aku. Walaupun aku dilanda demam yang agak teruk masa menghadapi peperiksaan itu, Alhamdulillah, aku berjaya juga mendapat keputusan yang memberangsangkan. Alhamdulillah, aku bersyukur pada yang Maha Esa atas semua ini.

            Sedang aku melayan persaan gembira, entah mengapa tiba-tiba tekakku terasa mual. Kepalaku pula terasa pening. Berbalam-balam rasanya pandanganku. Aku bergegas masuk ke dalam rumah.

            “ Ish…kenapa pula dengan Lily? Lily, kamu okey tak sayang? Janganlah buat ibu risau. Lily…”

            Pekik Sabariah dari luar pintu tandas di mana Lily berada di dalamnya.  Risau sungguh dia melihatkan Lily begitu secara tiba-tiba.

            Habis semua isi dalam perutku telahku keluarkan. Aku terduduk lemah di lantai bilik air itu. Apa kena dengan aku hari ini? Tak pernah lagi aku muntah dengan teruk seperti ini. Keracunan makanankah? Apa yang aku makan tadi? Kepala aku juga rasa berpinar. Ku gagahkan diri untuk berdiri. Aku harus keluar dari sini. Tidak mahu ibu dan Mak Nah risau akan aku.

            Sebaik aku melangkah ke luar dari bilik air itu, tiba-tiba ku rasakan pandanganku gelap…..



Last edited by wipers81 on 22-8-2013 11:31 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 11:34 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

         
             “ Dia dah sedar pun kak Nah.”

              Kedengaran suara yang amat ku kenali. Perlahan ku membuka mataku. Setelah ku amati sekeliling, sah aku berada di dalam bilikku. Ku perhatikan wajah dua wanita di kiriku. Tergambar jelas di ruangan mataku rupa ibu angkatku dan juga Mak Nah yang sedang duduk di tepi katilku. Mereka tersenyum memandangku. Kenapa dengan semua orang ni? Apa yang berlaku pada aku?

            “ Alhamdulillah. Sedar juga kamu Lily. Lily kamu okey tak ni? Risau betul ibu dengan kamu tadi.”

            Sedikit lega hati Sabariah bila melihat anak angkatnya mula sedarkan diri. Kelam kabut juga dia dan Mak Nah tadi sebaik melihat Lily pengsan.

            “ Kenapa semua orang ada kat sini? Apa yang terjadi pada Lily? Kenapa ibu, kenapa dengan Lily ibu? ”

            Sedikit bingung dan keliru ku rasakan. Ingatan terakhir aku adalah di mana, aku sedang membuka pintu bilik air dan melangkah keluar sebelum semuanya bertukar menjadi kelam. Aku mengangkat tubuhku, lalu aku bersandar di kepala katil.

            “ Kamu pengsan tadi Lily. Ibu ingatkan kamu pengsan sebab terlampau gembira dengan keputusan peperiksaan kamu. Rupa-rupanya kerana perkara lain. Ibu tumpang gembira dengan kamu Lily. Tahniah ibu ucapkan kerana Lily akan menambahkan lagi umat manusia di dunia ini.”

            Sabariah sebenarnya sangat teruja dengan berita yang disampaikan oleh doktor Hashim tadi.

            “ Apa maksud ibu? Lily tak fahamlah ibu? Sejak bila pula, ibu pandai berfalsafah ni?”

             Aku menggaru kepala. Pening aku nak memahami setiap butir ayat yang ibu angkatku ucapkan. Sejak dua menjak ni, pick up aku semakin menurun…

            “ Hesy kamu ni Lily. Ada-ada saja kamu ni nak menyakat ibu. Sebenarnya Lily, doktor dah sahkan yang kamu mengandung. Doktor Hashim dah periksa kamu tadi. Doktor Hashim suruh bawa kamu ke klinik dia untuk rawatan lanjut. Nanti kita pergi, ya sayang” terang Sabariah pada anak angkatnya itu.

             Gembira bukan kepalang rasa hatinya sejak mendengar berita baik ini.

            “ Apa, mengandung?!! Ibu ni biar betul?!”

            Aku tergamam!! Terbeliak kedua biji mataku sebaik ibu memberitahu hal ini. Mengandung dalam usia muda begini. Itu pun tanpa kehadiran suami di sisi. Bagaimana aku nak harungi semua ini sendirian?

            Ya Allah, kuatlah imanku dalam menempuhi semua ujianMu ini. Semuanya ada hikmah yang tersembunyi yang hanya Engkau sahaja tahu akannya.


Last edited by wipers81 on 22-8-2013 11:40 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 11:43 AM | Show all posts
nanti sambung lagi. nak pergi jamuan hari raya sekejap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 12:52 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            “ Ya Lily, kamu akan jadi ibu tak lama lagi. Lily, ibu dan Mak Nah akan membantu kamu. Apa pun, kita akan harungi bersama, ya nak. Ibu tidak mahu Lily fikirkan perkara yang bukan-bukan. Lily kena jaga kesihatan Lily mulai sekarang. Ibu sayangkan Lily seperti anak ibu sendiri.”

            Sabariah cuba memujuk anak angkatnya. Dia tahu apa yang dirasakan oleh anak angkatnya itu. Dalam usia yang begitu muda, macam-macam rintangan yang dialami oleh gadis ini. Sudahlah yatim piatu malah dia juga telah memegang status ‘janda’ dalam usia yang begitu muda. Tergamak keluarga gadis ini membiarkan gadis ini keseorangan terumbang-ambing meniti liku hidup ini sendirian. Tambahan pula, dia telah disahkan mengandung. Semoga tabah wahai anakku. Sabariah berazam, akan menjaga gadis ini dengan sebaiknya.

            “ Jasa ibu dan Mak Nah sangatlah banyak pada Lily. Lily tidak tahu bagaimana Lily hendak membalasnya. Ibu sekeluarga sangat baik dengan Lily walaupun antara kita tiada ikatan persaudaraan. Hanya Allah S.W.T  sahaja yang mampu membalas semua jasa dan kebaikan yang ayah, ibu dan Mak Nah hulurkan.”

            Hanya itu yang mampu dikatakan olehku. Aku sudah kehilangan kata-kata sebaik sahaja mengetahui berita yang aku rasakan sangat membebankan aku. Kuatkah aku menghadapinya. Astaghfirullahal’azim…kenapa aku perlu rasa begitu. Anak adalah anugerah yang tidak terhingga yang dikurniakan oleh Allah S.W.T terhadap setiap makhluknya di muka bumi ini…..

            Aku sebak dengan kebajikan yang dihulurkan oleh mereka padaku. Sedangkan, darah dagingku sendiri malah suamiku juga telah membuang aku dari hidup mereka.  Aku benar-benar terharu dengan layanan yang mereka berikan padaku dan di wajah mereka jelas terpancar sinar keihklasan.

           Ibu memelukku. Aku menangis di dalam dakapannya. Terasa seperti dalam dakapan emak. Aku rindukan emak di saat begini. Moga rohnya tenang di sana.

*****************


Last edited by wipers81 on 22-8-2013 12:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 12:57 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            Ayah angkatku bernama Tuan Haji Hamka. Beliau merupakan seorang usahawan dan dia mempunyai sebuah syarikat perkapalan yang terletak di Butterworth. Syarikatnya juga mempunyai sebuah cawangan di Pasir Gudang Johor. Sudah hampir tiga puluh tahun usia perniagaan yang diusahakannya ini.

           Walaupun mereka orang berada, namun aku tidak kekok dengan mereka kerana sifat kesederhanaan yang ditonjolkan oleh mereka. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menuntut di sebuah universiti di Sabah.

            Ayah angkatku telah sudi mengambil aku bekerja dengannya. Aku menjawat jawatan sebagai kerani am di syarikatnya. Aku gembira dengan jawatan aku ini. Kini, kandunganku hampir berusia lima bulan. Namun, itu bukanlah halangan yang besar bagiku untuk bekerja.

            Sebenarnya, ayah angkatku menyuruhku meyambung pelajaranku. Tetapi, bila mengenangkan keadaan aku sekarang, aku terpaksa menangguhkannya. Aku sangat berbesar hati dengan tawaran yang diberinya untuk bekerja di syarikatnya. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan pekerja lain di syarikat ayah. Mereka sangat ramah. Walaupun dialek percakapanku tidak sama dengan loghat utara mereka, aku senang.

           Kadang-kadang, rasa kelakar pula tatkala mendengar mereka bersembang sesama sendiri dengan loghat utara. Otakku selalu berkerja keras dalam mentafsirkan setiap perkataan baru yang aku pelajari dari mereka. Sungguh seronok dengan suasana baru ini. Terasa hilang segala masalah yang aku hadapi dan semakin aku lupa akan kisah silamku yang pahit dengan telatah mereka.

           Teringat akan perbualanku dengan Kak Mariam tempoh hari. Darinya, aku mendapat tahu yang Ammar akan berangkat ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran. Nampaknya, dia memang telah melupakan aku.

           Selepas kejadian malam itu, aku berazam untuk berubah. Aku tidak mahu lagi menjadi seperti dahulu. Kerana terlalu leka dan terlalu mengambil mudah dengan pergaulan dengan bukan muhrim tambahan pula yang rapat denganku, aku telah menerima akibatnya. Aku perlu lebih bertegas selepas ini. Aku tidak akan sesekali membenarkan mana-mana lelaki yang bukan muhrimku menyentuh aku.


Last edited by wipers81 on 22-8-2013 01:06 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2013 01:09 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


          “Puan Lily Dayana, masuk bilik satu ya!” Laung suara itu….

          Sedikit terkejut aku yang sedang mengelamun itu. Aku bingkas bangun menuju ke bilik yang dikatakannya. Sampai sahaja di depan pintu itu, aku mengetuknya lalu dengan perlahan aku memulas tombolnya dan melangkah masuk. Hari ini merupakan hari di mana aku perlu memeriksa kandunganku. Hampir enam kali sejak aku didapati hamil, aku telah melawat klinik kesihatan ini.

            Inilah rutin wajib bagi ibu-ibu mengandung yang disarankan oleh pihak kerajaan untuk memastikan tahap kesihatan ibu dan anak sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan inilah yang banyak menyelamatkan nyawa ibu dan anak dalam kandungan. Banyak ujian saringan dibuat sedari awal kehamilan hinggalah tiba waktu untuk bersalin. Kadar kematian semasa melahirkan sangatlah rendah di negara ini dengan pelbagai kempen kesedaran yang dilakukan oleh pihak kementerian yang berkenaan.   

             “Saya ada sedikit hal untuk dimaklumkan kepada puan. Suami puan ada bersama dengan puan tak hari ini?” Soal doktor Haryani kepadaku.

             Lama juga dia memeriksa aku tadi. Banyak kali jugalah aku melihat dia mengerutkan dahi sepanjang dia memeriksa aku. Aduh…macam mana aku nak jawab ni?

              “Suami saya tiada doktor. Saya hanya datang sendiri. Apa-apa hal, doktor boleh beritahu saya sahaja.”

              Laju saja aku menuturkannya. Dah memang betul aku hanya datang dengan ibu sahaja. Tiada SUAMI!!!

             “Oh…beginilah, saya akan take over kes puan mulai hari ini. Sebenarnya, ada sedikit masalah dengan kandungan puan. Saya harap puan tabah mendengar apa yang akan saya katakan ini.” katanya.

              Masalah apa pula ni? Berdebar-debar jantungku dibuat dek doktor Haryani ni. Dugaan apa pula kali ini yang Kau sediakan untukku. Ya Allah, tabahkan hatiku untuk menerima semua ini…

Last edited by wipers81 on 22-8-2013 01:13 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 01:15 PM | Show all posts
nantikan apa sebenarnya yang akan terjadi pada Dayana...apakah sebenarnya masalah pada kandungannya. Amaran!!!! sediakan tisu secukupnya untuk bab seterusnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2013 03:27 PM | Show all posts
nallepooh posted on 21-8-2013 05:17 PM
kesian dgn Yana....

kesian kan....

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 04:46 PM | Show all posts
sellie003 posted on 21-8-2013 02:30 PM
sudi jek...kekadg ada silent reader jek tuh...atau jenis x berdaftar pon ada gak yg baca tuh....
...

sye antara  silent reader..kekdg mls nk log in
just nepek bace entry
kesian betul ngan yana
xpe kebahagian akan ade dipenghujungnya nanti
hwaiting yana

bile jari da gatal ... mcm mane pon nak gak komen hahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 04:52 PM | Show all posts
yoozara posted on 22-8-2013 04:46 PM
sye antara  silent reader..kekdg mls nk log in
just nepek bace entry
kesian betul ngan yana

terima kasih...yoozara

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 04:52 PM | Show all posts
wipers81 posted on 22-8-2013 05:15 AM
nantikan apa sebenarnya yang akan terjadi pada Dayana...apakah sebenarnya masalah pada kandungannya. ...

alahaiii .... ade je dugaan
tabah la ye
TT mmg suke saspen2 libat air mate
ready sekotak tisu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 04:56 PM | Show all posts
yoozara posted on 22-8-2013 04:52 PM
alahaiii .... ade je dugaan
tabah la ye
TT mmg suke saspen2 libat air mate

hehehe...nak sambungan ke???

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 05:30 PM | Show all posts
wipers81 posted on 22-8-2013 08:56 AM
hehehe...nak sambungan ke???

opkos le nak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 05:38 PM | Show all posts
yoozara posted on 22-8-2013 05:30 PM
opkos le nak

ok...nanti kita sambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 11:16 PM | Show all posts
wipers81 posted on 22-8-2013 01:09 PM
“Puan Lily Dayana, masuk bilik satu ya!” Laung suara itu….

          Sedikit terke ...

....sian yana...harp2 baby dlm pewut dia tak serius skitnya...tp, kalau baby tu bukn rezeki yana...apa boleh buat........harp2 bb yana ok....ada yg dtg membantu...harap sgt...

errr....mana pi abg sepupu dia tu? Yg mariam tu sapa lak?....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2013 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe bb tu twin gak kot. Mcm Yana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 09:47 AM | Show all posts
sellie003 posted on 22-8-2013 11:16 PM
....sian yana...harp2 baby dlm pewut dia tak serius skitnya...tp, kalau baby tu bukn reze ...

Mariam kan wife pada cikgu wahid. sepupu dia tu....akak baca awal2 bab 24


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 09:49 AM | Show all posts
cmf_picanto posted on 22-8-2013 11:23 PM
Maybe bb tu twin gak kot. Mcm Yana

jeng3.....jom kita nantikan sambungan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 10:01 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


             “Insya Allah saya akan cuba doktor. Hidup saya selama ini pun tak pernah lari dari dugaan dan saya dah biasa dengannya.”

              Jawabku ringkas dengan maksud yang sangat mendalam yang hanya aku sahaja rasa. Dia mengerutkan keningnya.

             “Begini puan. Kandungan puan sudah masuk lima bulan. Setelah ujian ultrasound dilakukan tadi, saya dapati puan mengandungkan bayi kembar. Tapi...” kata-katanya tersekat di situ.

             Apa, mengandung kembar??!! Sedikit teruja aku dengan pengesahan doktor Haryani ni. Debaran kian rancak ku rasakan.

             “Masalahnya sekarang ialah kandungan puan tidaklah senormal kandungan yang lain. Kes seumpama ini sangat jarang berlaku di negara kita. Nisbah bagi kelahiran seperti ini di dunia ialah 1:35,000 bagi setiap kelahiran kembar.”

              Aku pula mengerutkan kening, kurang faham dengan penjelasannya.

              “Apa sebenarnya masalah saya doktor? Just straight to the point!”

              Resah hatiku menunggu apa yang ingin disampaikannya.

              “Macam ni, kami istilahkan kandungan puan sebagai Acardiac Twin atau lebih dikenali sebagai ‘kembar parasit’. Di mana, salah seorang dari bayi puan adalah normal dan sebaliknya bagi yang satu lagi.”

              Terhenti seketika penerangannya.

              “Apa maksud doktor?! Anak saya seorang lagi tak normal ke? Cacat yang macam mana doktor maksudkan ni?!”

              Bertalu-talu pertanyaanku. Hampir sahaja aku menjerit. Namun, iman di dada masih kuat lagi. Adakah aku diuji lagi? Ya Allah, dugaan apakah kali ini yang Kau hadiahkan untukku. Ya Allah. Kau tabahkanlah hatiku untuk menerima semua ini dan kuatkanlah imanku moga kekal bersama agamaMu.

              “Puan, anak puan yang seorang lagi tidak sempurna kejadiannya. Melalui ujian yang dijalankan tadi, dia tidak mempunyai kepala dan jantung. Ini bermakna, dia memang tidak bernyawa. Sekarang, saya perlu memantau keadaan seorang lagi anak puan yang normal. Saya kena rujuk pada kes sebelum ini yang pernah saya hadapi dua tahun yang lalu. Saya harap puan dapat datang ke hospital ini setiap dua minggu kerana keadaan puan dalam perhatian saya. Saya akan terus memantau keadaan puan dari masa ke semasa untuk melihat perkembangan anak puan. Saya juga harap agar puan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kelak.”

              Bagai mahu gugur jantungku tatkala mendengar penjelasan dari doktor Haryani itu. Sungguh aku tidak menyangka sama sekali bahawa aku akan menghadapi masalah seperti ini. Tanpa suami dan tanpa keluarga tercinta di sisi. Aku menangis di hadapannya. Doktor Haryani yang sedikit terkejut itu, memujukku.

            “Sabar puan. Sekiranya puan perlukan apa-apa pertolongan, janganlah segan untuk menghubungi saya. Jarang saya memberi nombor peribadi saya kepada pesakit.  Saya simpati pada puan.”

            Lalu, dihulurkan sekeping kad namanya kepadaku. Aku menyambutnya lalu melangkah keluar dari biliknya selepas mengucapkan terima kasih padanya.


Last edited by wipers81 on 23-8-2013 10:08 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.134440 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list