|
[Tempatan]
parent from hell,, tinggalkan 6 anak kelaparan
[Copy link]
|
|
kesiannyer la yang kecik dan abg abg nyer tu... |
|
|
|
|
|
|
|
'Saya masih mahu jaga mereka'
Wartawan Sinar Harian
8 Oktober 2013
SELANGOR - “Saya takut nak balik jenguk anak-anak bila tahu suami ada di rumah sebab sebelum gaduh, dia dah bagi amaran supaya jangan balik lagi.
“Saya sedih bila selalu kena pukul dan kekurangan wang sebab suami tak kerja hampir setahun. Bila ada salah atau tanya sikit, dia akan pukul saya tanpa sebab,” kata ibu enam beradik yang ditinggalkan, Che Suwarti Che Pa, 31, ketika ditemui Sinar Harian semalam.
Che Suwaiti berkata, bila gaduh besar kali ini hanya kerana motosikal, dia cepat-cepat keluar rumah sebab tidak tahan dipukul lagi dan terus pergi bersembunyi di rumah rakannya.
“Saya ada juga pulang senyap-senyap lewat malam untuk melihat anak tetapi rumah gelap dan sunyi. Saya hanya sempat ambil baju di ampaian belakang rumah sahaja. Kalau dulu suami tinggalkan kami tujuh beranak tanpa duit dan makan minum, saya pendamkan sahaja dan berusaha untuk mencari sumbangan dari Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Jeram.
“Ingatkan bila bawa diri ke rumah kawan, suami belajar dari kesilapan tetapi lain pula jadinya bila dapat tahu anak ditinggalkan suami begitu sahaja. Sebab sebelum saya keluar rumah, suami masih ada di rumah dan bila jadi begini, saya sedih dan malu,” katanya yang hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor.
Menurutnya, dia masih mahu menjaga kesemua anak-anaknya itu namun disebabkan kekangan duit, anak sulung yang juga kurang upaya (OKU) berusia sembilan tahun tidak dapat bersekolah.
“Kalau boleh saya mahu selesaikan masalah ini cepat-cepat dan masih sayang anak-anak,” katanya yang masih menunggu keputusan JKM.
Bagaimanapun lain pula respons apabila ditanya suaminya, Mohd Roslan Ismail, 32, mengenai pergaduhan itu dan pihaknya menafikan perkara itu.
“Tetapi saya berterima kasih kepada semua kerana banyak membantu kami,” katanya.
Tak lepas tangan
Wakil keluarga yang enggan didedahkan nama berkata, rata-rata ahli keluarganya sudah lali dengan masalah yang dihadapi pasangan suami isteri itu yang kerap bergaduh.
“Bila ada masalah, si suami tempatkan anak-anak di rumah kami dan bila dah berbaik semula, isterinya pula mahu mengambil anak untuk dijaga. Dahulu anaknya sudah tinggal di kampung suami di Kelantan tetapi isterinya mengambilnya semula kerana mahu menjaganya.
“Bila bergaduh, anak-anak menjadi mangsa,” katanya yang terkejut apabila membaca berita mengenai enam beradik itu sebelum menghubungi ahli keluarga lain.
Katanya, kalau dahulu ahli keluarga sibuk mahu membantu menyelesaikan masalah mereka tetapi suami isteri masing-masing berdegil dan mempersoalkan keprihatinan mereka untuk bantu.
“Bila kita mahu bantu, dia pula pertikaikan menyebabkan kami putus asa. Bahkan kita pun tidak tahu mana mereka tinggal selepas rumah sewa terbakar beberapa tahun lalu.
“Bila keluar surat khabar barulah kita tahu mereka berada di mana sebenarnya dan berusaha untuk bantu demi masa depan enam beradik itu.
Ahli keluarga dah putuskan untuk menjaga keenam beradik itu kerana tidak mahu perkara sama berulang tetapi bila jadi kes JKM, kita kena tunggu keputusan,” katanya.
JKM ambil tindakan
Sinar Harian difahamkan, keenam beradik itu kini di bawah penjagaan JKM Kuala Selangor untuk tempoh yang ditetapkan sementara menunggu siasatan.
Menurut JKM Kuala Selangor, pihaknya sedia maklum dengan masalah itu dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjaga enam beradik itu buat sementara waktu.
Selepas berita mengenai nasib malang enam beradik itu didedahkan Sinar Harian, orang ramai termasuk NGO tidak putus-putus memberi respons untuk membantu dan ada juga mahu mengambil sebagai anak angkat.
Panggilan luar biasa diterima daripada individu prihatin yang mahu membantu membela nasib enam beradik itu dan orang ramai boleh datang ke JKM Kuala Selangor untuk maklumat lanjut.
Ahli Majlis Kuala Selangor yang juga Ketua Wanita PKR Cabang Tanjong Karang, Nurfaezah Ismail bersama Ketua Wanita PKR Ranting Jeram, Siti Zaleha Rashid turut hadir ke JKM, semalam.
Sementara itu, Penyelaras PKM Dun Jeram, Muhd Rashid Muhd Kassim turut kesal perkara itu berlaku sedangkan sebelum ini pihaknya banyak membantu dari segi kewangan.
“Bila si isteri datang mohon bantuan kerana tiada duit nak beli susu, saya bagi sikit untuk ringankan beban dan buatkan permohonan bulanan dengan JKM bagi membantu mereka.
“Saya ingatkan hidup mereka dah baik kerana sudah lama tidak datang atau menghubungi saya, tetapi bila dapat tahu berita seperti ini saya jadi sedih,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
babi pon reti bg anak2 dia mkn |
|
|
|
|
|
|
|
i have four kids, i still want more. can i have one from this family? their parents sucks! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nk bela yg kcik tu..nak bg mkn ckup2..anak2 aku dok minta nak adik lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 xpatut jdi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
she posted on 8-10-2013 10:28 AM
Aku nk bela yg kcik tu..nak bg mkn ckup2..anak2 aku dok minta nak adik lg..
pergi la kat jkm..tnya..usaha btul2 smpai dpt baby tu kat awk..sy asyik tringat kat baby tu sbb sy pun ada baby sebaya.. kesian sgt mgenangkan nasib baby tu. sedih sgt.. semoga rezeki awk lbh murah bila jaga baby tu
|
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 8-10-2013 09:22 AM
kenapa salahkan mak je? tanggungjawab bg anak2 makan bukan tanggungjawab bapak ke? kalau bapak dah k ...
aku pernah baca artikel bab hukum hakam
katakanlah sorang anak itu mati kebuluran
yg menanggung dosa ada lah si bapa bukan si ibu
sbb dah mmg tanggungjawab bapa utk provide segala keperluan makan minum pakai tempat tinggal |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada kwn yg laki nyer cepat naik tgn ke atas dia bila anak2 ade kat umah..sbb rimas tgk umah sepah kot..biasa la umah penuh budak..mesti la sepah ngan toys..and laki dia akan marah2 dia bila balik keje anak2 terjerit2 tgk tv..last2 yg kene siku bini dia la..
bila anak2 da anta balik umah mak nye..dia n husband dia ok plak..duk bkepit je..mcm kembar..laki dia pun x de naik2 tgn lg dah..naik tut je selalu..
aku rs dlm kes ni..mamat si ayah ni baran n perangai sama mcm laki kwn aku..dia x ready jd bapak tp anak2 da berderet..maybe dia rimas blk keje penat2..tetiba umah sepah n bising plak..yg kene siku opkos la si bini..si bini lak, kalu kene siku..takkan duk saja..opkos la melawan..time ni la kene bantai lg teruk..
kalu jd mak..rimas letih camne pun..redha je ngan perangai anak2..si ayah jarang la bersikap redha mcm mak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kacau mood aku baca citer ni...xyah lah bg parents dorg jaga...xbagus utk tumbesaran bila parents asyik gaduh je... |
|
|
|
|
|
|
|
jumpa je kena pukul..tp anak bederet2?
mmg murah rezeki betul
dh lps dh la..pegi la jaga anak tu betul2
insyaAllah lps ni ada ramai yg bagi bantuan
gunalah sebaik2nya peluang yg ada |
|
|
|
|
|
|
|
tintabiru73 posted on 8-10-2013 10:15 AM
'Saya masih mahu jaga mereka'
Wartawan Sinar Harian
8 Oktober 2013
mcm ade yg tak kena bila baca statements mak bapak budak2 nih.. masing2 nk salahkan pasangan masing2.. yg penting skrg budak2 tuh, ape plan korg utk budak2 tuh..... haishhhh... dari gaya cerita mcm tak bahagia langsung perkahwinan, tp yg keluar dh 6 org..
|
|
|
|
|
|
|
|
dua2 laki bini jenis ego tak nak kalah, selfish plak tu
elok budak2 tu dok bawah jkm, walopun pahit tapi utk keselamatan budak2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
sitisitu25 posted on 8-10-2013 10:51 AM
aku ada kwn yg laki nyer cepat naik tgn ke atas dia bila anak2 ade kat umah..sbb rimas tgk umah sepa ...
pelik nye
kenapa nak ade anak2
kalo tak suke hadap kerenah anak2 yg suke buat sepah kat umah
kalo tak ready tak perlu lah ber-anak2.
|
|
|
|
|
|
|
|
makshu posted on 8-10-2013 11:10 AM
mcm ade yg tak kena bila baca statements mak bapak budak2 nih.. masing2 nk salahkan pasangan masin ...
mcm kakak aku la
kes laki malas keje
mulut ckp nak berpisah nak berpisah
nangis2 nak bercerai..
tup2 lekat lagi...end up 6 jgk, tp 2 meninggal dlm perut.
bile tanya jawapan die..nak buat macamana tuhan nak kasik.
kot org miskin rasa membazir beli kondom kot..
bajet kondom bagus beli makanan..
Last edited by silica_SiO2 on 8-10-2013 11:57 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mak dia nak bela???? xlayak lah.
biar JKM je yang tentukan. |
|
|
|
|
|
|
|
silica_SiO2 posted on 8-10-2013 11:51 AM
pelik nye
kenapa nak ade anak2
kalo tak suke hadap kerenah anak2 yg suke buat sepah kat umah
org jawa buk..kene kawen awal n beranak sedozen..br la jawa kekdahnya..leh la org kampung bgga anak jawa jantan gitu..anak2 n bini jd trophy je..walaupun pelaksanaan as bapak ..org rumah n terdekat jela tau..kawen umur 22thn..dpt anak umur 23thn..
dah la ms anak2 tu kat umah..bapak nye balik weeknd tido menereloh dr pg smpi ptg..bapak bgn utk makan je..bukan nk bwk anak2 jalan2 ke apa ke..umah lak tv bodo je..xde astro xde channel ilmiah pun..yg pelik nya..anak sulung da 5thn x masuk tadika lg..anak org lain umur 5thn da speaking berterabur dah..anak2 dia xtahu pape lg..
sbb tu si nenek nye kesian larikan bdk2 tu bwk balik kg n sekola kan..terjaga la cket..br la bapak nye ok ngan si bini nye..xde gado2 lg..sbb da best kan anak2 kecik xde..jd bujang balik..
|
|
|
|
|
|
|
|
silica_SiO2 posted on 8-10-2013 11:56 AM
mcm kakak aku la
kes laki malas keje
mulut ckp nak berpisah nak berpisah
bukan pil perancang boleh dpt percuma ke kat klinik kerajaan /desa?..heheh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|