|
[ULTRA BEST]Kisah Aku dan Mistik II : Cerita Pendek PAGES 65 KISAH 76
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 13-1-2014 05:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan kisah 21 : kakak ku kena sihir....
Sejak kak nora terlihat pompuan tu kat mana mana je, hidup dia dah jadi kacau bilau... asyik terjerit dan pengsan. ... hingga menganggu belajar dia...
masa tu ada ustaz yg cuba rawat dia tapi macam tu la.... kadang ok kadang tak...
Hingga pada satu hari, kak nora tengah baring kat katil.... tiba tiba dia rasa macam pelik sgt... rasa macam dia berada di tempat asing... dia pandang kiri kanan... dia nampak dua tiga ekor makhluk yg menyerupai beruk berbulu besar dalam bilik dia... dia pun menjerit jerit ketakutan... Actually beruk beruk yg dia lihat tu sebenar nya kawan sedorm dia... sian kawan kawan dia tu... hehe
bila dah terjerit macam tu ofcoz la kawan kawan dia datang dekati dia nak tahu kenapa dia terjerit jerit macam tu...
di mata kak nora, bila nampak beruk beruk berbulu besar tu datang nak dekati dia lagi la dia takut... dia lompat katil dan berlari keluar dorm....
bila dia keluar je bilik dia nampak makin ramai beruk beruk berbulu besar (sebenarnya kawan kawan dia tp di mata dia nampak beruk... huhuhu)...
Dia makin menjerit jerit ketakutan dan lari menuju keluar hostel.... masa tu kawan kawan dia dah riuh nak kejar dia... kak nora lari sekuat hati nak menuju ke gunung tempat dia panjat tempoh hari... perasaan dia masa tu gunung tu tempat dua dan tempat yg paling selamat....
dia lari dan lari... sempat la kawan dia pegang tapi di mata dia, dia nampak beruk yg menggerikan pegang dia so dia meronta sehabis daya dan terlepas...
Jalan nak ke gunung belakang hostel dia tu kena lalu padang... lepas padang ada satu longkang besar dan dalam...
dia lari menuju ke padang dengan niat nak lari sembunyi kat gunung tu...
bila dia toleh belakang dia nampak ada lebih kurang 10-12 ekor beruk yg lagi besar dan berbulu kejar dia dgn muka yg mengerikan.... sebenarnya ada 10-12 orang pelajar lelaki aspura yg kejar dia... huhuhu...
dia makin kuatkan larian dia.... tiba tiba.... kak nora terjatuh kat tengah tengah padang.... dia cuba bangun tapi tak boleh sbb kaki dia terseliuh... dia pandang belakang, beruk beruk tu masih kejar dia (geng geng aspura ler).....
Oleh kerana dia dah tak boleh nak lari maka dia berguling guling... punya la gigih dia nak selamatkan diri dari 'beruk beruk' tu kan....
dia berguling berguling sampai la dia tersedar dia dah melepasi longkang besar tu... (sampai skang dia heran macam mana dia boleh lepasi longkang besar n dalam tu dgn hanya berguling)
Bila dah melepasi longkang besar tu dia cuba bangun dan nak masuk hutan situ tapi sempat di tangkap oleh 'beruk beruk' tu... dia neraung sekuat hati dan tiba tiba "PANGGGG"....kak nora rasa pipi dia sakit sgt dan pandangan dia gelap.....
sebenarnya.... budak lelaki lelaki aspura td sempat tangkap dia dan bila dia dah tak terkawal tu salah seorang dari budak lelaki tu lempang pipi kak nora dan kak nora pengsan.... mau tak pengsan kena pelempang tenaga seorang lelaki.... sian kak nora... lebam lebam jugak la badan dia....
Bila dia terjaga dia dah berada di hospital tapi di mata kak nora dia masih lagi di tempat asing... dia masih lg lihat makhluk makhluk berbulu besar sekeliling dia... dia meronta nak selamatkan diri dgn lari ke gunung tu...
bila dah keadaan macam tu terpaksa la doktor ikat kak nora dan bagi ubat penenang....
bila dah tenang tu dia dah tak meracau teruk la sampai la mak n ayah aku dtg... bila mak n ayah datang dia kenal mereka tu dan dia tak meracau racau lagi...
Boleh dikatakan sepanjang dia sakit dia nampak muka kami ni kejap orang kejap makhluk tu...
setiap malam jugak la pompuan tu melambai lambai kat dia...
ada ketika nya kak nora membebel dan meracau racau bagitau dia nak balik ke gunung tu... dia nak duk sana sebab dia banyak dosa... dia ni jahat.... dia ni sebenarnya dah mati dengan gantung diri dia... lepas tu dia mengilai ngilai dan menangis nangis.....
benda tu la yg dia selalu ulang...
Memang dia cakap dia rasa tempat dia kat hutan tu... dia rasa dia ni jahat.... dia dah mati dengan menggantungkan diri dia...
Dan dia kerap nampak jelmaan pompuan mengikut dia ke mana je...
tapi menurut perawat tu kak nora terkena bomoh siam... mungkin minyak mati bunuh diri agaknya... entah la
so tamatla citer kak nora ni... harap terhibur...
sejak dia kena sihir tu kak nora jadi penaku yg amat... tengok citer hantu banglo rm50 pun dia menjerit bila part hantu pompuan tu keluar... aku terkejut gak tp terkejut sebab dia menjerit.... hampeh.... hantu kena tepek bedak camtu pun dia boleh takut... sian dia sampai menyusahkan dia jugak la... dan menyusahkan aku jugak...
tak tau macam mana nak pulihkan semangat dia... nak nak bila dia kerap kena kacau dgn benda yg ikut suami dia balik lepas handle budak histeria...
Last edited by Syumaimah on 13-1-2014 05:38 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-1-2014 05:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sedar tak sedar dah 21 episod dah kisah aku dan Mistik II ni.... ada beberapa lagi episod kedian abih la segala cerita mistik dalam hidup aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita yg menarik dan semakin menarik....kipidal tt |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-1-2014 08:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
medangmru posted on 13-1-2014 08:33 PM
Cerita yg menarik dan semakin menarik....kipidal tt
Macih encik Momod.... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-1-2014 12:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Citer baru ada tapi tak karang lagi... hehe... insyaALLAH malam sket... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-1-2014 02:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nah tak sempat malam aku dah update... hehe... sudi sudikan ler... moga terhibur...
kisah 22
Kisah ni berlaku ketika aku masih dalam rawatan akibat gangguan jin hutan tu... aku minta maaf banyak banyak sebab lokasi sebenar kejadian ada yang aku lupa nama penuhnya... cuma ingat ingat sket je...
Hari tu weekend, aku bosan sangat lepak kat rumah... nak balik kampung pulak tak berbaloi sebab kampung aku jauh... lagi pun bila mengenangkan kena naik turun bas tu yang buat aku malas sangat... dengan badan aku yang tak berapa nak sihat lepas buat rawatan dari jin hutan tu....
setiap kali lepas buat rawatan badan aku akan sakit dan lebam lebam... rasa macam malas dah nak buat tapi demi untuk sebuah kehidupan aku yang lebih harmoni aku terpaksa bertahan...
Konichiwa....konichiwa...konichiwaaaaaaa(ringtone enset aku ler)
Enset aku menjerit jerit.... Aku capai... tertera nama Nurul....
aku : hah.... hello (x de mood nak jawab cenggitu le)
Nurul : mak aih brutalnya... ko pehal?
Aku : ah x de pe... aku x de mood ler... sakit badan aku 'dikerjakan' semalam tak ilang lagi... apa hal ko call?
Nurul : lusa dan tulat cuti kan.... jom ikut aku balik Johor... ko pun tak penah gi Johor kan... jom aaaa leh rileks kan kepala otak ko tu....
aku : hmmmmm (fikir).... ok la... set... aku bersiap
Nurul : ok... lagi sejam aku sampai... siap
aku letak telefon dan bergegas gi mandi dan bersiap... aku capai apa yg patut... alah bawak sket je la... bukan nak pi lama pun... aku call mak aku bagitau dia nak ikut kawan balik johor.... mak aku izinkan...
excited la jugak kan nak jalan jauh ni... nak nak aku tak pernah sampai Johor... ni ke seumur hidup aku nak jejakkan kaki ke Johor...
sejam kemudian.... Nurul datang bersama cousin dia Wani yg aku memang dah kenal... kali ni Nurul tak bawak pulak 'Iskandar'... Wani bawak si 'Jamilah' dia jer...
aku pandang Nurul "Wei.... mana ko punya 'Iskandar'?"...
Nurul sengih kat aku "alah aku tinggal la 'iskandar' arini... bagi dia rest kaw kaw... hari ni kita naik si Jamilah nih"...
Mesti korang pelik kan apa benda tu Iskandar dan Jamilah... sebenaqnya keta Nurul kami bagi nama Iskandar... Oleh kerana kaler keta Nurul silver so kami buh nama dia Iskandar...
dan keta Wani pulak kaler Pink so kitaorang buh nama Jamilah. ... hehehe...
Nurul ni sayang sgt dengan Iskandar dia...tengah memandu pun dia duk 'cakap' dgn Iskandar dia... "iskandar jgn buat hal tau.... sian kat baby"... sambil usap usap dashboard... macam orang tak betui pun ada... hehehe
aku buka pintu belakang dan masuk... fuh... best tul dapat jalan jalan tak yah naik bas ni....
kami bertiga bersama Jamilah pun mula bergerak. ...
Kami menghala je Johor... lepas berhenti makan kami meneruskan perjalanan... banyak gak keta maklumlah cuti lama kan...
wani tekun memandu Jamilah sesekali bersembang dgn Nurul di sebelah... aku lak melayan perasaan di seat belakang... excited nak gi Johor... hohoho
Jamilah mula memasuki laluan tepi bukit yang bengkang bengkok... kalau tak silap aku laluan tu ada 33 lipatan... tu yg Nurul bgtau aku la bila aku dah start membebel kepala pusing. ... kejap kejap keta tu belok
ke kanan... kejap kejap belok ke kiri... lagi dahsyat dari jalan kuala lipis....
Nurul tergelak gelak bila tengok aku kejap kejap terdorong ke belah kanan kejap kejap terdorong ke belah kiri... lawak agaknya bagi dia...
tiba di tengah tengah lipatan, aku rasa keadaan sekeliling aku berubah perlahan lahan... tadi langit yg asalnya cerah, aku nampak sedikit gelap...
aku tak pasti apakah Nurul dan Wani nampak benda yg sama...
Ruang belakang dalam kereta yg logiknya besar utk aku sorang kini aku rasa sempit... sesempitnya... rasa padat sangat...
telinga kiri aku mula berdesing.....ngggggggg.....
Dada aku mula berdegup laju... aku biasa kena macam ni bila tempat tu ada sesuatu... tiba tiba badan aku rasa berat sgt seperti benda besar menghempap
badan aku yg kecik ni...
makin lama makin aku rasa aku terperosok di seat... hinggakan aku terhenyak dan hampir hampir terbaring di seat.... badan aku menyenget seperti menampung sesuatu benda yg berat sgt atas badan aku....
aku mula susah bernafas dan menahan kesakitan himpitan di dada .... aku mengeluh kecil "arghhhhh.....arghhhhh".... muka aku berkerut kerut menahan himpitan yg boleh tahan beratnya.... walau macam mana pun aku cuba bertahan dgn himpitan tu..
Bila mendengarkan aku mengeluh kecil, Nurul pandang seat belakang.... Wani curi curi pandang cermin pandang belakang....air muka dia berubah bila dia lihat aku dah menyenget di seat sambil muka berkerut seolah olah menahan sakit... tapi dia cuba rileks wp aku tahu dia cuak....
Nurul cuba genggam tangan aku tapi tak sampai.... aku bagi isyarat pada dia menandakan aku mampu bertahan...
Nurul bersuara "Mai.... bertahan.... dah bak keluar dah dari lipatan ni".... dia memang dah arif pasal aku sebab dia la yg selalu teman aku berubat....
Aku cuba selawat dan istighfar sebanyak mungkin wp sesekali aku mengeluh kecil.... himpitan ini amat menyesakkan dada aku...
Bila je Jamilah melepasi lipatan tersebut, sedikit demi sedikit langit yg aku nampak gelap kembali terang.... dada aku kembali ringan dan ruang seat belakang yg aku rasa padat sgt kembali lengang....
aku menghela nafas.... berpeluh jugak la aku menahan himpitan tu....
Aku minta Wani berhenti di kedai makan sebab aku nak rilekskan diri aku yg baru sahaja alami perkara mistik... Wani akur dan berhenti di kedai berdekatan. ....
bersambung Last edited by Syumaimah on 14-1-2014 03:04 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-1-2014 04:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan kisah 22
Wani parking Jamilah tepi sebuah kedai makan.... kami bertiga turun...
aku cari tempat tersorok sket, senang nak story.... kami melabuhkan punggung di kerusi... mengambil angin yg sepoi sepoi bahasa... aku mengesat ngesat peluh yg masih tersisa di dahi... sesekali aku menghela nafas panjang... himpitan tu masih tersisa....
Kami order minuman je.... sekadar mengrileks kan diri yg baru sahaja melalui pengalaman mistik (aku ler)...
Aku melayan perasaan... Nurul tepuk bahu aku "Actually apa yg ko alami tadi?... aku kesian betul tengok muka ko tadi... macam menahan sakit yg amat"...
Aku menghela nafas dan mula bercerita... Wani dan Nurul tekun mendengarnya.... "untuk pengetahuan korang berdua... sejak aku diganggu jin hutan tu, jika aku pergi tempat tempat yg ada sesuatu aku akan rasa... salah satunya macam aku kena tadi"....
Aku pun cerita apa yg aku alami tadi.... bla bla bla....
aku : Hmmmm camtu ler citernya
Nurul dan Wani mengangguk angguk.... Tiba tiba wani bersuara "sebenarnya masa kita lalu lipatan tu memang aku rasa kereta aku berat... aku tekan minyak dah rapat tapi rasa macam slow je Jamilah bergerak"....
Aku : So memang betul ke tempat tu sesuatu? (Aku pandang Nurul)
Nurul : Ada jugak aku dengar dengar yang tempat tu keras sket... banyak jin... Aku dengar cerita situ le tempat Dr Harun Din buang jin jin tu.....wallahualam.....tapi aku tak sangka lak ko boleh kena.... sori la Mai aku memang tak budget benda ni jadi kat ko....
Aku : eh tak de apa la.... dah rezeki aku kan... lagipun aku jugak yg beria nak datang.....small matter la
aku senyum kat Nurul.....dia sesikit lega...
Kami meneruskan perjalanan ke kampung Nurul.... alhamdulillah dekat maghrib baru kami sampai...
Aku suka dengan suasana kampung Nurul.... damai dan tenang je.... sempat la aku jalan jalan bandar berdekatan... hilang sekejap sesak kepala aku dgn jin hutan tu...
Petang tu Nurul ajak aku gi lepak pantai yang berdekatan... bila dengar pantai aku teruja la sebab aku paling suka dua perkara iaitu hutan dan pantai...
Ada aku dengar, orang yang ada gangguan ni dia memang akan suka hutan dan pantai.... wallahualam. ... tapi aku memang dari dulu aku suka hutan dan pantai atau sungai... sebab tu aku suka join aktiviti masuk hutan....
seperti yg dijanjikan petang kami bergerak ke pantai berdekatan.... orang tak ramai sgt... aku dan Nurul jalan jalan di sisir pantai sambil sesekali bermain main dgn ombak... tenang sangat aku rasa....
aku duduk di atas dahan yang mati sambil melihat keindahan pantai....deruan ombak menjadi terapi bagi aku....
tak sedar hari dah senja.... kami bergegas pulang... sampai di rumah mak Nurul, aku bergegas mandi dan solat... lepas solat aku rasa letih dan mengantuk sgt dan akhirnya aku tertidur....
Dalam tidur aku bermimpi aku berada di pantai tadi... aku sorang je.... tiba tiba.... di belakang aku kelihatan beberapa orang lelaki dan wanita yg aku tak kenali cuba menangkap aku.... aku lari tapi salah seorang dari mereka sempat pegang tangan aku.... aku meronta ronta... mereka tarik aku macam nak suruh ikut depa la... aku menjerit jerit dan meronta. ...
masa aku menjerit dan meronta tu aku terjaga.... aku lihat bilik aku gelap.... aku kaget dan terus menjerit nama Nurul sekuat hati.... "Nurul....Nurul....buka lampu...buka lampu"
Nurul dan maknya datang tergesa gesa.... Nurul tekan suiz lampu.... dua dan maknya sedikit panik bila lihat aku terjerit suh buka lampu.... macam aku tak boleh buka sendiri pulak...
bila dia buka lampu terus dia peluk aku... "ko ok ke Mai?".... Aku menggigil gigil.... Nurul cuba tenang kan aku... Bila aku dah tenang aku bercerita tentang mimpi aku sebentar tadi...
Aku minta Nurul temankan aku tidur dan jangan tinggalkan aku... Nurul angguk....
alhamdulillah malam tu tiada apa apa lagi berlaku kat aku....
bersambung sket lagi ek....
Last edited by Syumaimah on 14-1-2014 04:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-1-2014 05:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan....
Nurul ada bagitau aku dia pelik bila dia dengar aku jerit nama dia malam tu suh buka lampu sebab tak kan lah aku ni tak boleh buka sendiri kan... tapi bila dia dengar cerita pasal mimpi aku tu dia faham ler...
esoknya.... situasi dalam bilik Nurul... aku baring kat katil dan tidur.... Nurul kat lantai lipat baju prepare nak balik dan ditemani maknya... depa rancak bersembang....
Masa aku tidur tu.... aku terjaga bila aku dengar sayup sayup suara Nurul panggil aku "Mai..Mai....bangun...bangun"... dan rasa pipi aku ditepuk tepuk....
Aku buka mata dan kelihatan Nurul, mak Nurul disamping aku sedang lihat aku yg sedang terbaring... heran jugak ler kan sbb macam tak pernah tengok orang cun tidur ke.... hihihi.... perasan pulak... gurau je
Aku pandang Nuruk sambil kesat mata... "Kau tak apa apa ke Mai?".... Nurul pandang aku dan menyambung lagi "aku nampak tangan kau menepis nepis..... apsal?"....
Aku susah nak cerita kat Nurul dan maknya apa yg aku alami masa tu... korang pun mungkin tak percaya...
Sebenarnya masa aku berbaring dan baru lena tu aku dengar rentak kaki seseorang sedang menari... kemudian aku nampak kelibat pompuan lengkap berpakaian baju tarian tradisional menari nari depan aku....
masa dia menari nari tu selendang dia terlibas di muka aku berkali kali.... sebab tu aku duk gerak kepala aku ke kiri dan kanan dan kemudian aku cuba tepis selendang dia tu dari terkena muka aku....
tak sangka pulak rupanya dia realiti pun aku memang menggerakkan kepala aku dan menepis nepis tangan....
alhamdulillah lepas tu x de apa terjadi kat aku sampai la aku balik KL dan meneruskan rawatan aku tu...
tamat sudah.... tu je citer aku.... hope terhibur..... pasal pompuan yg aku 'nampak' menari nari tu aku x tau apa benda.... aku pun let go macam tu jer sbb aku dah penat byk sgt aku lalui masa aku sakit tu... aku dah nak naik biol dah masa tu... Last edited by Syumaimah on 14-1-2014 05:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 14-1-2014 05:08 PM
Sambungan....
Nurul ada bagitau aku dia pelik bila dia dengar aku jerit nama dia malam tu suh buk ...
Best...mmg terbaik citer TT..jenuh merempit baca 2-2 thread..byk sungguh pengalaman mistik TT..moga sumer pengalaman tu akan mnjadikn TT seorg yg kuat dlm menempuh hari2 mndatang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 14-1-2014 02:16 PM
Nah tak sempat malam aku dah update... hehe... sudi sudikan ler... moga terhibur...
kisah 22
Aku pun selalu ckp dgn benda yg aku syg tmbah2 hp aku...kekonon pujuk hp aku xmau bg dia rosak...padahal rosak jga..hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-1-2014 11:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
MissMamamia75 posted on 14-1-2014 07:16 PM
Best...mmg terbaik citer TT..jenuh merempit baca 2-2 thread..byk sungguh pengalaman mistik TT..mog ...
Tengkiu kak...
Amin ya rabb... tu la... x sangka banyak jugak pengalaman mistik saya... huhuhuuu... at least boleh jadi pedoman utk sy di masa akan datang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-1-2014 11:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
@yong posted on 14-1-2014 09:44 PM
Aku pun selalu ckp dgn benda yg aku syg tmbah2 hp aku...kekonon pujuk hp aku xmau bg dia rosak...p ...
Ko kena belai belai dia selalu ler... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 14-1-2014 11:03 PM
Ko kena belai belai dia selalu ler... hehehe
Idok la selalu..cuma msa2 dia nak wat hal je...msa tgah2 on9 tetiba heng..msa tu la aku pujuk..tp hampeh..heng jga...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-1-2014 11:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
@yong posted on 14-1-2014 11:11 PM
Idok la selalu..cuma msa2 dia nak wat hal je...msa tgah2 on9 tetiba heng..msa tu la aku pujuk..tp ...
Ko online guna google Chrome ke apa? Aku dlu online guna google Chrome ler. Hang manjang... last aku download Browser Dolphin... laju giler... tak penah hang dah.. try le |
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 14-1-2014 11:28 PM
Ko online guna google Chrome ke apa? Aku dlu online guna google Chrome ler. Hang manjang... last a ...
Ntah la...hp pun cokia2 je ni ha...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-1-2014 07:31 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
@yong posted on 15-1-2014 12:10 AM
Ntah la...hp pun cokia2 je ni ha...hehe
Download kat Play Store jer |
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 14-1-2014 03:08 PM
Sambungan....
Nurul ada bagitau aku dia pelik bila dia dengar aku jerit nama dia malam tu suh buk ...
mcm2 kan yg ganggu ko...alam nyata/mimpi ada jek...
kalo aku pon leh biol...
tp sbb ko yg terpilih...anggapla dugaan ALLAH S.W.T...
uit aku pon suka laut...xkan ada gangguan kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-1-2014 09:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
fifie_olin posted on 15-1-2014 09:32 AM
mcm2 kan yg ganggu ko...alam nyata/mimpi ada jek...
kalo aku pon leh biol...
tp sbb ko yg terpil ...
Mungkin motif 'dia' nak buat aku biol kot...entah la... sebab masa tu aku memang jadi banyak termenung... kakak aku cakap aku macam dalam dunia aku sendiri yg orang tak tau... huhu
Ko suka laut gak yer? Jeng....jeng...jeng... hehehe saja sakat ko Last edited by Syumaimah on 15-1-2014 09:57 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|