|
[Tempatan]
Pelajar perempuan IPT maut dikelar kenalan lelaki
[Copy link]
|
|
Edited by batmana at 4-2-2015 12:36 AM
ptutnya klu dh smpai ada kes polis dlu , dia ni kene pindah jauh2, senyap2 sudah.
rahsiakn tmpt studi kt ne, family pn jgn pecah lubang,
kn mamat tu pnah pecah pintu rumah dia kt kampung, pstu wat report polis pn xde apa2 tindakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku jantan tu mmg gila.
Orang normal takkan bunuh or even pukul orang lain.
Xyah nak klem sakit mental sbb nak lari dari hukuman.
Minta2 dapat hukuman setimpal di dunia dan kat 'sana' jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
mamat tu dah kerja di melaka dan dah lama tak balik so arwah & family thought dia tak ganggu lagi. Even lepas kena kidnap tu kawan2 arwah called mak dia bgtau then father dia terus call bapa suspek tu suruh hantar anak dia balik sbb tel anak dia tak dpt dihubungi. Dendam membara mamat ni. Lepas dia pisaukan arwah tu baru dia call bapa dia bgtau. Bapa si suspek le yg call bapa arwah bgtau pasal kes tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hidup aku ada bbrp kali kena kes mcm ni walaupun aku bukan dlm kategori cantik mahupun cun
Dari lelaki-lelaki yg berbeza mmg sekeri sebenarnya, dlm telefon kena kacau, balik rumah mak kena kacau. Setiap kali aku keluar rumah mata aku selalu meliar ke belakang, tepi takut ada org mengekor Makanan kena tabur benda2 mistik....satu bala berat hilang bila dah kahwin. Amin!! |
|
|
|
|
|
|
|
hik hik hik quote dari si tembum tu eh
|
|
|
|
|
|
|
|
sayangkid replied at 3-2-2015 05:00 PM
Anak saya diganggu sejak Tingkatan Lima - Bapa
SELASA, 3 FEBRUARI 2015 - 4:34PM
Tgk kes ni.. Selepas suspek pindah.. Adakah arwah masih duk kontek dgn si pembunuh ni? Bolehje tukar no phone kan? Mesti ada perepot yg bgtahu kt mna arwah blaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Buruknye rupe..babi tgk pun tkde slera..ptut lh kna rejek..gle nk muke buruk cmtuh..dh la prangai buruk..nth2 fmili jantan nie pun prangai buruk..baek mati je kt lokap dr nk bicara bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai org yg mental disorder skrg ni.. dan ade yg taknak g followup dgn hospital utk seek treatment . Iols tak tau la boleh ke kita org awam ni report kalau tau ade org yg mental disorder n dia xnak mkn ubt .. pastu membahayakan keluarga dia sendiri.. masalah jd bila parents selalu sembunyikan org2 mcm ni..rela biar anak yg ade masalah mental ni tak dirawat dr dpt malu sbb anak kene g treatment kat ward psycho. |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa kelar tidak diculik
SEPANG 3 Feb. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan penuntut perempuan universiti itu yang menjadi mangsa kelar oleh seorang lelaki di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang semalam diculik di kawasan kampus.
Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajarnya, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said (gambar) berkata, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, tidak diculik, sebaliknya secara sukarela mengikut suspek lelaki yang dipercayai teman lelakinya itu menaiki sebuah kenderaan.
“Mangsa tidak diculik di kawasan kampus seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya mangsa bertemu dengan suspek terbabit di luar kawasan kampus, kemudian mereka dilihat berbincang dan berbual-bual.
“Nursyuhada kemudiannya secara sukarela masuk ke dalam kenderaan suspek dan bergerak ke satu tempat lain, maksudnya mangsa tidak diculik di kawasan kampus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sesi Menteri Mentor UiTM merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia sesi 2014/2015 di Kem Bina Negara Tanjung Rhu di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.IKmiwUmg.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kejam terhadap anak saya - Ibu

KUBANG PASU 3 Feb. – Ibu kepada pelajar perempuan yang maut dikelar seorang lelaki di Perak semalam percaya suspek menaruh dendam terhadap anak gadis kesayangannya itu setelah cintanya ditolak.
Wanita terbabit, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia dan suami, Johari Hashim, 55, pernah beberapa kali menasihatkan suspek supaya tidak mengganggu mangsa, Nursyuhada, 20, namun tidak dihiraukan.
Nor Azlina juga memberitahu, mereka menghalang suspek yang merupakan rakan sekampung daripada menjalinkan hubungan dengan Nursyuhada itu kerana dia disyaki terlibat dengan penagihan dadah.
“Namun saya tidak menyangka dia sanggup bertindak sedemikian terhadap anak saya. Insiden semalam tidak dapat dilupakan apabila saya menerima panggilan daripada rakan Nursyuhada mengatakan dia diculik dengan diacukan pisau oleh lelaki itu.
“Saya cuba menelefon untuk merayu agar anak saya tidak diapa-apakan namun tidak dijawab sehingga suami terpaksa menelefon keluarganya sebelum diberitahu dia telah menikam anak saya.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Kenapa sanggup dia bertindak kejam terhadap anak saya yang baik hati,” katanya ketika ditemui di Kampung Cherok Mokkan, Napoh dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, Nursyuhada yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.
Menurut Nor Azlina, walaupun terkejut dan bersedih dengan tragedi tersebut, keluarganya reda dengan pemergian anak kedua daripada enam adik-beradik itu.
“Arwah seorang anak yang periang dalam keluarga dan beberapa hari sebelum kejadian sikap manjanya menjadi-jadi kepada kami sehingga saya tertanya-tanya namun saya tidak sangka perkara seperti ini akan menimpanya,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.M6qhGNO4.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
TAIPING 3 Feb. - Suspek lelaki yang disyaki membunuh seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dengan mengelar leher mangsa semalam, mempunyai kad rawatan sakit mental daripada Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.
Difahamkan, lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka itu kali terakhir menerima rawatan di hospital tersebut pada Julai lalu.
Berdasarkan kad rawatan tersebut, tarikh paling awal lelaki yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau itu menerima rawatan bagi penyakit berkenaan adalah pada Jun 2013.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, lelaki itu kini direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Ke-seksaan.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,'' katanya.
Dalam pada itu, suspek yang tiba di Balai Polis Parit Buntar kira-kira pukul 10 pagi telah dibenarkan direman selama tujuh hari sehingga 9 Februari ini oleh Majistret Mahkamah Parit Buntar, Rosnee Mohd. Radzuan.
Lelaki itu kemudiannya dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira 45 minit selepas itu sebaik sahaja proses permohonan tahanan reman selesai.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, Nursyuhada Johari, 20, yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan terbunuh selepas lehernya dikelar suspek di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang.
Nursyuhada yang dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.dpGy9SBs.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
brookemcqueen replied at 3-2-2015 02:28 PM
Tak jugak..kwn i ada je yg bijak pandai tapi terkawen dgn pesakit mental. Tak tau pun mamat ni men ...
Mak aihh seramnya..
hopefully kawan u tu ok |
|
|
|
|
|
|
|
ecahaha replied at 3-2-2015 02:37 PM
Budak u pun.. umur baru 17 kan ppuan tu.. budak sangat.. mana la matang.. belum reti sangat pun na ...
Umur 17 baru spm cah.
reporter tu x buat homework kot... |
|
|
|
|
|
|
|
dark_chocolate replied at 3-2-2015 02:32 PM
ada komen kat fb siakapkeli bgthu laki tu jiran satu taman dgn si arwah
Thnx cekelat.
tgk tv mlm tadi, ayah dia pun siap call parent lelaki ttu suh pulang anak dia.
x tercapai akal ku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ferr_Remy replied at 4-2-2015 05:38 AM
Mangsa kelar tidak diculik
SEPANG 3 Feb. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan penuntut p ...
Tu lahh.....aku pun pelik klu kata di culik sbb mangsa blh je lari gi kat pak guard....
Kat kampus merata-rata pak guard dari entrance ke kampus lebih-lebih lg kat asrama puteri.....
Mgkin dia jumpa kat kaw kampus pastu lelaki tu bawak kuar.....
|
|
|
|
|
|
|
|
jd cantek pun susah..jadi tak cantek..lagi susah... |
|
|
|
|
|
|
|
Ferr_Remy replied at 4-2-2015 05:38 AM
Mangsa kelar tidak diculik
SEPANG 3 Feb. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan penuntut p ...
“Nursyuhada kemudiannya secara sukarela masuk ke dalam kenderaan suspek dan bergerak ke satu tempat lain, maksudnya mangsa tidak diculik di kawasan kampus,” katanya.
Dipaksa rela kot... dah diajukan pisau..so terpaksa lah naik kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga replied at 3-2-2015 10:57 PM
Tq sbb tlg tepek muka suspek..Muka buruk perangai buruk.. |
|
|
|
|
|
|
|
scarynya dgn lelaki mcm gini... |
|
|
|
|
|
|
| |
|