aily replied at 4-5-2017 06:35 PM
Kawan2 yg pergi haji tahun lepas, bagaimana cuaca ya time tu?Panas sgt ke?Lebih panas di Arafah atau ...
Boleh bawa mini fan..ada soket elektrik kat tiang dlm khemah di mina. Sy dah lupa di arafah ada ke tak..rasanya ada..sbb di arafah ada kipas stand. Di Mina ada aircond. Suhu 46degree kalo x silap.
aily replied at 4-5-2017 06:35 PM
Kawan2 yg pergi haji tahun lepas, bagaimana cuaca ya time tu?Panas sgt ke?Lebih panas di Arafah atau ...
jemaah Indonesia pernah beritahu saya, musim haji sehingga tahun 2019 dijangka masih dalam musim panas.
suhu paling panas adalah semasa di Arafah yang mencecah 50c semasa tahun 2015 dan 2016.
khabarnya tahun 2014 pun sama.
di Mina walau ada aircon tapi sebab udara panas diluar, aircon tu jangan tidak je.
suhu sekitar masih panas, ditambah pula dengan air paip yang dari suam hingga ke boleh tahan jugak.
memang tak merasa air tu sejuk semasa musim haji.
nak bawa mini fan tu boleh je.
aily replied at 8-5-2017 08:21 AM
Harap2 dlm cuaca panas nanti kesihatan berada dlm keadaan baik. Sedikit risau je takut dapat sakit ...
saya tak tahulah kalau orang lain, ini cuma pendapat peribadi.
tika di sana jangan diingat mengenai sakit.
kadang2 apa yang terlintas dihati akan terjadi.
sebaiknya kita kerap berdoa....."Ya Allah, aku datang atas jemputanMu, permudahkan urusanku"
pendek tapi penuh makna.
insyaallah, segalanya akan mudah.
dan jangan risau pasal debu2 di sana, teman2 sakit pun jangan nak tegur....kita doakan je.
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah meluluskan 20 syarikat pelancongan tempatan untuk menjadi Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang bertujuan menawarkan perkhidmatan pakej haji 1438H/2017.
[size=0.98em]Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH dalam satu kenyataan berkata bakal jemaah yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji, dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan PJH itu.
[size=0.98em]"TH menasihati orang ramai untuk berwaspada dan tidak terpengaruh dengan mana-mana maklumat dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji seperti isu yang menular baru-baru ini menerusi media sosial," kata kenyataan itu, Rabu.
Antara PJH itu adalah TH Travels and Services Sdn Bhd; Alif Travel and Tours Sdn Bhd; Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd; Ash-Har Travel and Tours Sdn Bhd; Batuta Travel and Tours Sdn Bhd; C. S. Holidays Sdn Bhd; Citra Travel and Tours Sdn Bhd; Felda Travel Sdn Bhd; Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd; dan Misbah Travel and Tours Sdn Bhd.
Turut tersenarai Masamas Travel and Tours Sdn Bhd; MKM Ticketing Travel and Tours Sdn Bhd; Platinum Gesture Travel and Tours Sdn Bhd; Rayhar Travels Sdn Bhd; Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd; TM Tours and Travel Sdn Bhd; Touch Me Travel and Tours Sdn Bhd; Utas Travel and Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd; Wira Saujana Travels and Tours Sdn Bhd; dan Zahafiz Travel and Tours Sdn Bhd.
[size=0.98em]Menurut kenyataan itu TH tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah atau ejen dalam hal berkaitan tawaran dan pakej haji.
[size=0.98em]Jelasnya, individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh lesen PJH daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
[size=0.98em]Orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-62071919 untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH. -- Bernama
Bolehkah disimpulkan bahawa mana syarikat2 yg diberi keizinan oleh tabung haji utk kelola pakej haji tu semua mmg berpengalaman dan tidak mempunyai masaalah penipuan?
Dan lagi, penting atau tidak memilih syarikat yg ada cawangan/wakilnya di negeri/tmpt kita tinggal? Kalau saya pilih syarikat yg officenya jauh dari tmpt saya, apa kekurangan atau kesulitan yg bakal dihadapi?
Bolehkah disimpulkan bahawa mana syarikat2 yg diberi keizinan oleh ...
Terimakasih atas nasihat...
Bolehkah disimpulkan bahawa mana syarikat2 yg diberi keizinan oleh tabung haji utk kelola pakej haji tu semua mmg berpengalaman dan tidak mempunyai masaalah penipuan? Semua pengelola haji yang dilantik oleh TH telah tentunya mempunyai minimum standard untuk mereka layak disenaraikan sebagai pengelola haji untuk musim semasa spt penyediaan hotel, pengangkutan, tenaga kerja, ustaz/ustazah yang bertugas sbg. Masalah penipuan yang macam mana puan maksudkan? Jika puan musykil sila rujuk kepada TH. TH sentiasa membuat pemantauan terhadap mutu prkhidmatan yang diberi oleh semua pengelola haji dan TH akan menyemak untuk lantikan untuk setiap tahun. Pihak TH juga pernah berpesan supaya jika ada kesulitan atau apa2 kejadian untuk terus membuat laporan pada hari kejadian, supaya mudah TH/pengelola Haji untuk membuat tindakan susulan.
Dan lagi, penting atau tidak memilih syarikat yg ada cawangan/wakilnya di negeri/tmpt kita tinggal? Kalau saya pilih syarikat yg officenya jauh dari tmpt saya, apa kekurangan atau kesulitan yg bakal dihadapi? Buatlah perbandingan dengan beberapa pengelola haji apabila membuat pemilihan - harga yang ditawarkan, jarak penginapan, satu bilik brapa orang, hotel apa, syarikat yang berdekatan untuk memudahkan urusan sbg. lepas tu buat lah solat hajat / istiqarah, mudah2 an diberi kemudahan untuk kita membuat pilihan.
Bolehkah disimpulkan bahawa mana syarikat2 yg diberi keizinan oleh ...
penipuan ada di mana-mana, kena hati-hati , tapi kalau pergi dgn syarikat yg TH dah senaraikan dah ni, sedap hati la sikit..
bercerita tentang penipuan, pernah berlaku pada 1 syarikat perlancongan , pelanggan dah bayar kat syarikat , staf pulak songlap duit....sampai masa nak fly, semua terkejut diaorg takboleh fly....siasat punya siasat, staf tu yg curi....
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak melaksanakan ibadah umrah secara persendirian atau ''Do it Yourself'' (DIY) kerana ia merupakan kesalahan di bawah undang-undang Arab Saudi.
Timbalan Menteri Pelacongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah untuk berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah sah yang dikenali sebagai muassasah.
"Pelancong yang dikategorikan sebagai Free Independent Traveler (FIT) (pengembara bebas) ini tidak terpakai bagi tujuan umrah.
"Mereka boleh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi kerana umrah DIY adalah salah di sisi undang-undang negara itu," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) di sini, Khamis.
Menurutnya pihak kementerian mengakui wujud pihak yang telah berkongsi pengalaman mengenai kejayaan mereka mengerjakan umrah secara DIY melibatkan kos yang rendah tanpa mengambil pakej umrah, melalui media sosial.
Mas Ermieyati berkata walaupun tidak terdapat warganegara Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Arab Saudi berhubung kesalahan itu setakat ini, namun perkara itu boleh memberi masalah kepada kerajaan Malaysia jika perbuatan mereka diketahui pihak berkuasa negara itu.
Menurutnya jemaah perlu berdaftar dengan muassasah yang berperanan mengurus perjalanan dan menjaga kebajikan mereka sepanjang tempoh umrah dan ziarah, selain menjadi pihak yang boleh dirujuk jika berlaku sebarang masalah.
"Ini termasuk membantu dalam urusan kecemasan dan insiden luar jangka seperti masalah kesihatan jika perlu dimasukkan ke hospital, kemalangan atau kematian," katanya.
Dalam pada itu, katanya kementerian sedang menyiasat dua buah syarikat berstatus muassasah yang memajakkan lesen mereka kepada pihak ketiga.
"Syarikat itu memberi kebenaran kepada pihak ketiga untuk menggunakan sistem dia untuk membuat pakej umrah, memproses visa untuk jemaah dan sebagainya tetapi dia sendiri tidak membuat pakej," katanya.
Mengulas mengenai kes penipuan pakej umrah, Mas Ermieyati berkata antara tahun 2012 hingga 2016, sebanyak 250 kes telah disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan kerugian RM10.1 juta.
Dalam tempoh sama, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pula mencatatkan 3,482 kes tuntutan melibatkan nilai kira-kira RM21.3 juta, katanya.
Dalam tempoh sama juga sebanyak 79 agensi pelancongan yang menganjurkan pakej umrah telah dikompaun dengan jumlah keseluruhan RM386,000, tambah beliau.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, kementerian dan MKSU mengingatkan pengguna agar lebih berwaspada dengan agensi atau orang persendirian yang menjual pakej umrah, katanya.
"Permintaan tinggi mengerjakan umrah pada bulan mulia itu membuka peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk bergerak aktif menjual pakej umrah palsu atau pakej yang sangat menarik tetapi sukar dipenuhi pada musim puncak umrah," katanya.-- Bernama
Kes tipu umrah: Bawa ke muka pengadilan
Norhafiza Musa & Noor hayati Mamat
21 Mei 2017
[url=]
[/url] [url=]
[/url]
Sebahagian mangsa yang hadir pada Sidang Media dan Dialog Bersama Peguam di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, semalam
KUALA TERENGGANU – Badan Bertindak Membela Mangsa Umrah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menggesa agar satu siasatan menyeluruh diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat, mendakwa dan seterusnya menghukum mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini.
Salah seorang peguam bela mewakili mangsa-mangsa terlibat, Zukri Jusoh dari Tetuan Zukri Jusoh & Co berkata, siasatan yang amat teliti perlu dilakukan seberapa segera bagi membawa kesemua pihak yang terlibat ke muka pengadilan.
Menurutnya, bagi pihak mangsa pula, mengharapkan agar kerugian yang dialami dapat diganti semula, yang jelas telah memperdaya mangsa sehingga mengalami kerugian kewangan lebih RM14.2 juta, melibatkan lebih 3,000 mangsa.
“Kami turut menggesa JPNT supaya mengambil satu keputusan atau ketetapan yang rasmi berkaitan status kes ini. Apa yang sebenarnya berlaku, menjadi persoalan dan pertanyaan kepada semua mangsa yang hadir pada hari ini (semalam).
“Kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung pula, dibawa ke muka pengadilan. Manakala tuntutan sivil, kita masih dalam proses pengumpulan maklumat mangsa-mangsa yang terlalu ramai, jika tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak berkenaan (selepas ini), kita akan bawa terus ke mahkamah. Namun kita ada ‘time frame’ kita,” katanya kepada media selepas Sidang Media dan Dialog Bersama Peguam di Hotel Tanjung Vista, di sini, semalam.
Menurutnya, kerugian dilaporkan oleh pihak berkuasa adalah RM14.2 juta melibatkan hampir 4,000 mangsa, terdiri dari kalangan warga pendidik, kakitangan awam dan ahli keluarga mereka.
Manakala seorang lagi peguam bela yang terlibat, Fariz Irwan Mustafa, meminta kerajaan negeri, khususnya menteri besar mengambil tindakan yang sewajarnya membela mangsa yang terdiri dari kalangan pendidik ini.
“Ini soal rakyat dan soal kebajikan (rakyat), melibatkan wang ringgit di kala ekonomi teruk kerana orang telah terjerat. Tetapi tiada sesiapa yang dibawa ke muka pengadilan dan seolah-olah ada orang yang melindungi.
“Jadi, kita minta menteri besar bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Sehingga tengah hari esok (24 jam), sila jawab isu ini dan ganti segera dengan duit yang ada, sebab jika tiada tindakan saya tidak teragak-agak membuat sesuatu mengikut lunas undang-undang, sama ada membuat laporan polis atau SPRM untuk membuktikan apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, salah seorang mangsa, Muhammad Abd Ghani, 61, dari Kampung Banggol Tuan Muda yang turut membawa isteri dan juga seorang anaknya berkata, tawaran tersebut diketahui dari seorang rakan.
“Saya dijadualkan pergi pada 6 Disember tahun lalu. Apabila tarikh makin hampir, saya tanya ejen yang terlibat melalui surat yang diterima berhubung perkembangan status.
“Jemaah bertarikh 1 dan 2 boleh berlepas dan saya ke Stadium Tertutup Gong Badak, ada jemaah berkumpul. Tetapi melalui grup WhatsApp, ejen terlibat maklumkan, pada tarikh 3 hingga 10 Disember dan ke atas, perjanjian YBNT terbatal kerana tidak membayar sebagaimana perjanjian.
“Saya sedih kerana ia dilakukan bersurat (tawaran). Saya bincang dan tanya dengan ejen yang sama, jika ada tarikh terdekat yang ada kekosongan untuk bolehkan kami pergi. Pihak ejen beritahu ada, tapi perlu berebut kerana tempat terhad jadi siapa yang bayar dulu, nama akan tersenarai.
“Saya pergi dan bayar segera. Alhamdulillah, kami dapat pergi tapi perlu keluarkan belanja lain pula. Hal ini tak sepatutnya berlaku. Kita ajar anak-anak murid jangan menipu, tapi kita yang kena tipu,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa yang juga kakitangan JPNT berkata, dia turut terpedaya dengan pakej ditawarkan dan turut bersetuju membawa bersama tiga ahli keluarga yang lain, malah turut mengajak seorang rakan yang sudah bersara turut serta.
“Sebanyak RM15,000 dikeluarkan untuk umrah ini. Kami mohon untuk pergi bulan Januari. Masa saya bercuti di luar negara, rakan beritahu pasal penipuan pakej umrah ini. Waktu tu saya ragu-ragu sehinggalah saya tengok TV mengenai penahanan pengarah YBNT.
“Rupa-rupanya, kami tertipu dan ramai lagi jadi mangsa. Kita mohon tindakan diambil dan selesaikan perkara ini segera,” katanya.