CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya

[Copy link]
Post time 3-5-2008 06:58 PM | Show all posts

Reply #34 adi_iskandar's post

apsal lak?? ko ni komunis ke?? ..ko akan tau bila ada jenazah saudara ko dibawak pulang oleh askar..sanak saudara tidak dibenarkan menatap...aku masih ingt nenek + sanak saudara lain menangis dah la meninggal, then tak leh tgk..ko tau la perasaan mcam mana waktu tu...

bagi aku fahaman komunis kat MALAYsia hanyalah semata2 ikut nafsu + nk tubuhkan negara komunis secara kekerasan dengan alasan kemerdekaan pada mulanya..komunis kat MALAYsia leih kepada racism..

aku nak tnya la..apa komunis perjuangkan lagi jika negara dah merdeka??? ko tau tak berapa banyak kerajaan rugi..kalo duit tu boleh digunakan untuk pembangunan negara

pikir la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2008 07:03 PM | Show all posts
Originally posted by john_denim at 3-5-2008 11:39 AM
cool la beb... ko kene kaji sejarah skit... kenapa rundingan baling diadakan.. apa yg dorang dh bincangkn.. Malaysia merdeka sbb British yg bagi.. ko ingat senang2 ke British nk bg merdeka.. ada  ...


ko tak yah bercerita tentang sejarah..aku pun belajar gak dulu..british bagi kemerdekaan bersyarat....kalo tak patuhi tak dapat la kemerdekaan
rundingan baling menyuruh komunis letak senjata, tapi diorang nak tubuhkan parti politik..ini bleh mengugat kestabilan negara..ko suka la konsep komunis?? memiliknegarakan semua harta...

komunis banyak menjadikan org Melayu sebagai sasaran..jika dibenarkan menjadi parti politik pasti negara lagi dalam huru hara disebabkan dendam org Melayu.. bila nak buat sesuatu kena fikir kesan buruk..komunis di Malaya ketika itu lebih kepada org Cina..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 07:59 PM | Show all posts

Reply #30 john_denim's post

Derang bukan beli senjata sahaja dari China... semua pemimpin komunis termasuk yang melayu dihantar ke China untuk mempelajari ideologi komunis... termasuk Shamsiah Fakeh..... termasuk Rashid Maidin...... dan bukan rahsia pemerintah China menyokong perjuangan komunis termasuk senjata, bekalan perubatan dan bantuan lain.....

Sejarah tetap sejarah. Cerita atuk tak sama dengan cerita dari teks sejarah. Sejarah tetap membuktikan bahawa komunis melakukan keganasan dan penindasan. Pembunuhan. Ramai orang melayu dicederakan oleh komunis terutama semasa peristiwa 14 hari, selepas Jepun menyerah kalah.

Hari ini, ramai orang yang percaya bahawa mereka mahu mengubah sejarah semula. Terpulanglah, hakikatnya, komunis tetap pengganas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 08:13 PM | Show all posts
nak merdeka kena ada perjuangan, kena ada darah. bukannya dengan menjilat buntut inggeris dan ratu elizabeth. itu kerja orang pengecut dan tak bermaruah. dimata barat, komunis tu memang pengganas, tapi di mata rakyat komunis itu pejuang. kau suka atau tidak itu kau kena telan. akur?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 08:22 PM | Show all posts

Reply #38 SangSaka's post

Cerita dari teks sejarah la yg paling aku ragu2.. penah ke jmpa teks sejarah yg mengutuk kerajaan.. semua tu dh di kontrol..
Di asia timur ada fatah dan hamas... sape yg betul? klau ske hamas, hamas la betul n klau ske fatah, fatah la yg betul.. terpulang utk menilai sendiri..
Aku bkn komunis.. tp apa yg aku percaya, bintang lima (korang yg panggil komunis) memperjuangkan kemerdekaan.. bg org2 melayu yg gugur masa tu.. takziah.. sbb mereka mengikut arahan dr ketua mereka utk berperang dgn bintang lima (komunis)
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 12:45 AM | Show all posts
Komunis tetap pengganas.Perjuangan mereka adalah untuk menjajah Tanah Melayu dr tangan penjajah British.Lebih kurang macam keluar dr mulut rimau masuk ke mulut bapak naga.Mereka memperalatkan slogan perjuangan kemerdekaan utk kepentingan diri mereka sendiri.Kiblat mereka adalah Parti Komunis China di negara China.Kalau mereka menang negara ini sudah tentu diperintah oleh Cina komunis.Org Melayu cuma diperalatkan saja utk kepentingan mereka.

Kebetulan ketika itu tidak ada pergerakan yg lebih radikal dan 'berkuasa' daripada PKM menentang British.Parti Komunis Malaya disokong oleh Parti Komunis China dgn bantuan senjata dsb utk membentuk kerajaan komunis di Tanah Melayu.Sekiranya PKM menang adakah negara ini dikembalikan kpd org2 Melayu utk diperintah?Mimpilah.Chin Peng akan menjadi Perdana Menteri atau Presiden Malaya.Hak Melayu sbg tuan di Tanah Melayu nak letak mana?Kesultanan Melayu nak letak mana?Sendiri mau ingat.

Pejuang2 Melayu spt Shamsiah Fakeh dll sudah betul dr segi niat perjuangan utk menghalau British dan membebaskan Tanah Melayu tapi platform mereka tetap salah dgn menjemput kuasa penjajah baru yg jauh lebih berbahaya dgn dokongan bangsa pendatang Cina itu sendiri.

Perjuangan memerdekakan Tanah Melayu tak perlukan penjajah komunis utk menghambat penjajah British.Samalah macam org Melayu yg pada mulanya menyangka Jepun akan membebaskan Tanah Melayu dr penjajahan British dgn menyokong Jepun.Kalau dalam senario semasa pula,samalah macam rakyat Iraq yg menyangka US akan membebaskan mereka dr Saddam Hussein.Tapi akhirnya?..the rest is history..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2008 10:31 AM | Show all posts
Nak tahu komunis pejuang ke pengganas....korang tanya orang Grik, Keroh, Baling, Ulu Perak yang berumur lebih 35 tahun ke atas...

Memang PKM komunis...ingat, PKM memang sebuah parti politik berdaftar pada masa itu.

Bila masa pulak PKM tambah dua lagi bintang ek?

Juga jangan lupa, kegiatan mereka bukan sahaja pada 1948-1960, malah dalam masa 14 hari antara penyerahan kalah Jepun dan kepulangan British. Mereka membunuh orang Tanah Melayu yang bersekongkol dengan Jepun ( dan aku rasa kalau dibiarkan, orang yang boleh menentang perjuangan mereka kelak). Adakah kalian lupa siapa Pendekar/Kiyai Salleh?? Atau kalian lupa, bahawa hanya selepas 30 tahun Merdeka, baru mereka meletak senjata?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 3-5-2008 08:13 PM
nak merdeka kena ada perjuangan, kena ada darah. bukannya dengan menjilat buntut inggeris dan ratu elizabeth. itu kerja orang pengecut dan tak bermaruah. dimata barat, komunis tu memang pengganas ...


siapa la ajar ko nak merdeka kena ada darah...ko ni mmg peminat komunis la
kita dah merdeka...merdeka je la..takde isu timbul jilat British ke tak...

selepas World War II, PBB ada keluarkan resolusi supaya semua negara penjajah mesti memerdekan negara2 jajahan..Suka atau tak suka, British ketika itu, perlu memerdekan MALAYsia (kecuali Israel tak nak patuhi)..

cuma..British nak pastikan negara kita ni betul2 bersedia dari segi beberapa isu termasuk taraf kewarganegaraan non-Malay agar tidak terjadi rusuhan kaum & isu2 lain lagi.

Komunis menjadikan isu kemerdekaan untuk mengHALALkan perjuangan haram mereka.. ko jgn nak nafikan niat sebenar komunis, siapa biayai mereka, apa tujuan sebenar mereka

Once pengganas, always be pengganas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2008 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by silencekiller at 4-5-2008 03:31 PM


siapa la ajar ko nak merdeka kena ada darah...ko ni mmg peminat komunis la
kita dah merdeka...merdeka je la..takde isu timbul jilat British ke tak...

selepas World War II, PBB ada ke ...


mana ada.. malaysia sebenarnya belum merdeka lagi.. 1957 tu plastik je.. boneka british sampai 1963 sabah sarawak.. merdeka apa macam tu? tak jilat british apa macam tu? toksah kau cakap soal resolusi, resolusi membebaskan negeri jajahan sudah ada sejak dari 1945 lagi. cuba baca Atlantic Treaty 1945. jauh tu 1945 dengan 1963.. sadarlah kita hanya dibonekakan sahaja.. tak mampu berdikari.. sampai hari ni pun kita boleh nampak kesannya.. cuba tengok indonesia, brunei, filipina, thailand, dimana letaknya maruah kita..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 11:02 AM | Show all posts
Brunei tak merdeka sampai 1984...Thailand? Bukan dia bersekongkol dengan Jepun semata2 nak maintain kemerdekaan?

Kalau PKM menang maka kita memang bukan boneka Britain tapi jadi boneka Republik Rakyat China dengan Soviet Union...alaaaa macam negara2 Iron Curtain tu.....sama aje kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 5-5-2008 11:02 AM
Brunei tak merdeka sampai 1984...Thailand? Bukan dia bersekongkol dengan Jepun semata2 nak maintain kemerdekaan?

Kalau PKM menang maka kita memang bukan boneka Britain tapi jadi boneka Republi ...


http://en.wikipedia.org/wiki/Brunei_Revolt

http://en.wikipedia.org/wiki/Philippine_Revolution

http://en.wikipedia.org/wiki/Indonesian_National_Revolution

http://en.wikipedia.org/wiki/Siamese_coup_d%27%C3%A9tat_of_1932

cuba bandingkan dengan malaysia. sape yang boneka sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 5-5-2008 02:43 PM


http://en.wikipedia.org/wiki/Brunei_Revolt

http://en.wikipedia.org/wiki/Philippine_Revolution

http://en.wikipedia.org/wiki/Indonesian_National_Revolution

http://en.wikipedia.org/wiki ...



Apakata ko pegi berambus duk kat China tu... since ko adore sangat comunism. Lagi pun malaysia yang merdeka hari ni pun bukan nya merdeka dalam erti kata yang yang ko nak. Bukan ke bila jadik rakyat malaysia tu seolah2 jadik rakyat yang menjilat bontot british ? itu ke pemahaman ko?

Tempat aku jadik black area sampai tahun 1989... perintah berkurung lepas kul 12 malam. pergerakan tak bebas. Merdeka yang tidak merdeka . itu tahun 1989 beb!!! bukan tahun 1950 an..60an....... sebab apa ? sebab anak haram yang adore comunism nie la. Penah ko tengok tentera kita keluar dari hutan with one limb missing and soaking in blood. Trauma aku sampai sekarang and aku wish aku dilahirkan lebih awal untuk bunuh anjing2 yang ko sanjung nie.Comunist will always be terrorist. PERIOD.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 3-5-2008 06:00 AM


ko paham ke tidak komunis tu apa? aku sarankan ko jangan bawak2 emosi bila menilai fahaman komunism.




apa baiknya pemerintahan komunis, dan apa sumbangan terbaik yang komunis beri pada kita, aku memang tak suka penjajah inggeris tetapi aku lagi benci kalau negara kita dikuasai tiongkok:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 05:35 PM | Show all posts

Reply #47 dell_dimension's post

Rasanya ramai tak faham bahawa komunis hanya letak senjata dan bukan hentikan ideologi mereka. It's different story altogether. Dan sekarang mereka cuba memasukkan balik propaganda mereka dalam fikiran masyarakat kita. As several forummers said, 99% a commie will always be a commie. Nuff said. :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 05:54 PM | Show all posts
sebenarnya sesetengah orang yang takut dengan perkataan komunism ni bukannya tau apa2 pun pasal komunism, tapi diorang dengan membabi buta suka kaitkan komunism ni dengan bangsa cina, takut kunonnya negara ni dirampas 'orang luar'.. cehh.. kata dah merdeka, takkan masih ada xenophobia lagi kot?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 06:20 PM | Show all posts

Reply #50 adi_iskandar's post

yup... 100% sokong..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2008 06:21 PM | Show all posts

Reply #50 adi_iskandar's post

yup.. 100% sokong!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 12:47 PM | Show all posts

Reply #50 adi_iskandar's post

Negara Tirai Besi dikawal oleh Soviet Union. Sebarang cubaan reformis akan dihancurkan - Hungary 1956, Czechoslovakia 1968, Poland 1980s....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 02:04 PM | Show all posts

Reply #50 adi_iskandar's post

dah mmg betul..diorang menjadikan komunis sebagai jambatan untuk menguasai negara..kalo ko ckp MALAYsia merdeka jadi tali barut British waktu tu.

kalo komunis berjaya kt MALAYsia waktu tu mesti MALAYsia jadi anjing China..kan2..so, apa bezanya?? ada akal guna la skit..ko tak yah nk sanjung idea komunisme bangsat tu

klo ko dok sanjung sgt komunis..negara China sentiasa mengalu2 kan kedatangan anda sebagai warganegara China yg baru

kalo jadi barua negara China yg mengamalkan komunis tu ada maruah la

aku bersyukur sgt MALAYsia merdeka..at least ada pilihanraya..lu xska lu tendang diorang kuar..komunis lu xska dia sumbat dlm penjara & ditembak..tu ko nk sgt???kalo dah tak reti bersyukur cakap terang2

p/s:- jadi anjing komunis lagi hina..time ko sokong ko la juara...bila pemimpin buat sesuka hati ko tgk je la..ko lawan?? dia penjara or tembak

[ Last edited by  silencekiller at 6-5-2008 02:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 3-5-2008 20:13
nak merdeka kena ada perjuangan, kena ada darah. bukannya dengan menjilat buntut inggeris dan ratu elizabeth. itu kerja orang pengecut dan tak bermaruah. dimata barat, komunis tu memang pengganas tapi di mata rakyat komunis itu pejuang.


Berapa ramai orang Malaysia yang hidup antara 1945 hingga 1989 yang sokong PKM?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.080905 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list