CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_acura

MPV mana patut aku pilih??

  [Copy link]
Post time 23-2-2012 03:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by fasyareena at 23-2-2012 15:31
nak tanya pengalaman yang dah pernah guna bold..kereta ni bini aku guna..baru dapat isnin  ...
abas8888 Post at 20-2-2012 11:12


Salam - just my one cent opinion..
biasanya FC kereta ni akan dipengaruhi jugak oleh beban yang kereta tu bawak..eg kalau bro isi full tank dapat dalam 600km++, maybe di masa lain bro tak akan dapat@akan dapat lebih km seperti sebelumnya..especially bergantung kepada corak pemanduan (jem, selalu tekan brek dan tekan minyak semula etc), beban berat yang dibawa oleh kenderaan tersebut dan juga penggunaan aircond..
jadi ada kemungkinan bro akan dapat jumlah KM yang berbeza2 wpun mengisi minyak dengan jumlah yang sama..tapi kalau dah beza banyak sangat, bawak g SC je la bang...warranty kan adee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2012 10:16 AM | Show all posts
rasanya aku kena baca manual Bold sampai khatam..tak buka pun lagi .. huhu.. dahlah GPS yang dapat tu pun tak reti guna...

saga yg aku guna tu aku rajinlah catat penggunaan petrolnya..takde perbezaan besar jarak perjalanan bagi per liter..ni Bold ni bini aku yg guna, leceh sikit nak catit penggunaan petrol..kena malam2 lepas balik kerja cek le  petrol tinggal berapa jawabnya..buku untuk catit dah ada, cuma lum guna lagi..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:41 AM | Show all posts
VW Sharan macam menarik jerk



Ciri terbaik VW

Dikenali sebagai Sharan, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sudah memasuki generasi kedua. Ia menjadi tawaran terbaharu VGM kepada pengguna Malaysia yang dilihat kian selesa dengan jenama dari Jerman itu selepas model-model seperti Polo, Golf, Jetta, Cross Touran, Passat, Passat CC, Tiguan dan Touareg.

Volkswagen (VW) mula mengeluarkan Sharan pada tahun 1995, sebagai respons kepada pasaran yang gemarkan MPV bersaiz besar, tetapi mampu menawarkan pemanduan seperti sebuah kereta.

Ketika itu, Sharan dibangunkan bersama Ford menerusi model Ford Galaxy sebelum VW melakukan rebadged model sama menggunakan jenama SEAT yang kemudian diberi nama Alhambra. Pada tahun 2006, Ford tampil dengan Galaxy baharu yang tiada kena mengena dengan Sharan, selain model MPV S-Max yang dibina di atas kerangka sedan Mondeo.

Selepas 15 tahun, biarpun cuma mengalami proses penambahbaikan (facelift) sebanyak dua kali, Sharan nyata diterima baik terutama di pasaran Eropah apabila lebih 600,000 unit berjaya dijual.




Di Malaysia yang kenderaan import sepenuhnya (CBU) memang mahal, VGM memposisikan Sharan sebagai sebuah MPV premium. Ini bukan dakwaan semata-mata kerana Sharan hadir bersama pelbagai ciri yang membuatkannya lebih mewah berbanding MPV sekelas dengannya.Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay menyifatkan Sharan sebagai sebuah MPV yang unik. Sharan memiliki semua inovasi terbaik Volkswagen. Nilai tambahnya juga terletak pada rekabentuk menarik, ciri-ciri termaju dan sistem keselamatan. Di samping teknologi termasyur Volkswagen, enjin TSI turbocharged dan kotak gear berkembar Direct Shift Gearbox (DSG).“Jadi, selain bersifat versatil untuk membawa seisi keluarga, MPV ini juga menawarkan pemanduan sporty,” kata Ricky.Berdasarkan kepada penampilan luaran, rekaan Sharan terbaharu itu nyata lebih menarik. Ia merupakan hasil tangan Ketua Perekabentuk Kumpulan VW, Walter de Silva dan Ketua Perekabentuk Jenama VW, Klaus Bischoff yang berpaksikan kepada DNA rekabentuk VW baharu.Walaupun sekali pandang ia tetap berkotak seperti MPV lain, Sharan sebenarnya memiliki garis sisi yang kemas. Rekaan ringkas sebegitu bertujuan mencipta keseimbangan dan kelihatan energetik.Rekaan itu tidak mengujakan saya. Namun kalau diikutkan, pembeli kenderaan sebegini tidak meletakkan rekaan sebagai kriteria terpenting untuk membelinya. Mereka lebih berminat kepada ruang dalaman luas, banyak ruang penyimpanan barang, tahan lasak dan menawarkan pengendalian yang stabil.MPV itu tidak menggunakan teknik bukaan pintu konvensional. Ia sebaliknya diganti dengan pintu gelongsor yang boleh dikawal secara elektrik dengan hanya menekan butang pada rantai kunci. Satu ciri yang bagus jika anda terpaksa memakir di ruang sempit.Satu lagi perkara yang semestinya disukai ramai ialah sistem bantuan ketika memakir kenderaan. Dikenali sebagai Park Assist 2.0, ia sangat berguna jika hendak memakir sama ada secara sejajar atau mengundur. Sistem itu dipertingkat lagi menerusi Park Distance Control (PDC) dan paparan kamera belakang.Sebenarnya, inilah kali pertama Park Assist 2.0 dipasang pada kenderaan VW. Jadi, kalau dengan Park Assist 2.0 pun kereta boleh kemek, mungkin ada baiknya beli Perodua Viva sahaja.Sesuai dengan statusnya sebagai MPV mewah, tempat duduk Sharan yang boleh menempatkan tujuh orang penumpang dewasa dengan selesa (termasuk tempat duduk baris ketiga) itu dibalut dengan kulit ‘Vienna’.


Kalau hendak mengangkat barang besar dan mahukan ruang kargo luas, lipat sahaja tempat duduk baris kedua dan ketiga. Operasinya juga mudah dengan hanya menarik satu tuil. Sekelip mata, ruang itu menjadi seluas 2,430 liter.Tech PackagePapan pemuka yang berwarna hitam itu diserikan dengan kemasan berwarna perak titanium pada bingkai corong pendingin hawa, sistem audio dan butang kawalan. Sistem audio RNS510 dengan skrin sentuh pula diintegrasi bersama sistem navigasi yang turut boleh membaca fail daripada sumber kad SD.Sementara pacuan DVD memiliki kapasiti simpanan fail mencecah 30GB. Maklumat navigasi dan audio dipapar menerusi paparan TFT. Sistem sama dipertingkat menerusi peranti antara muka MEDIA-IN bersama satu kabel adapter USB dan opsyen AUX-IN.Bagi memudahkan pemanduan, Sharan dibekalkan dengan stereng multi fungsi dengan butang kawalan. Pemandu juga kekal berhubung dengan kenderaan melalui paparan multi fungsi ‘Plus’ yang diletakkan pada bahagian meter .Jika di pasaran lain, misalnya United Kingdom Sharan ditawarkan sehingga 14 varian yang dibezakan menerusi pilihan enjin dan aksesori, VGM sebaliknya hanya menawarkan dua varian Sharan untuk pengguna Malaysia. Varian itu dibezakan oleh pakej teknologi atau Tech Package.Pakej tersebut merangkumi Adaptive Chassis control (DCC), sistem bunyi premium DYNAUDIO dengan lapan pembesar suara berkuasa 800 watt, sistem kunci ‘Keyless Access’, sistem penghidup serta sistem amaran ‘Lane Assist’.


Biarpun begitu, kedua-dua varian itu menerima aspek mekanikal yang sama. Sharan dipacu menggunakan enjin bersesaran 2.0 liter TSI turbocharged. Enjin dengan sistem pancitan terus yang turut digunakan oleh model Golf GTI itu mampu menjana kuasa sehingga 200PS @ 5,100rpm dan tork puncak 280Nm yang boleh diperoleh pada putaran enjin serendah 1,700rpm hingga 5,000rpm.Enjin bercekapan tinggi itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan DSG. Ia bukan sekadar menawarkan pemanduan yang lancar, malah penjimatan penggunaan bahan api dengan catatan 8,5 liter untuk setiap 100 kilometer.Jadi, jika anda merancang untuk membeli sebuah MPV bersaiz penuh yang mewah, ada baiknya singgah sebentar ke mana-mana bilik pameran VW. Anda mungkin berkenan dengan Sharan.

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 12:12 PM | Show all posts
aku punya innova.. kalo estimate 400km.. mesti betul je 400km.. cuma memula perjalanan tu dia nak syncronize antara milage ngan beban keta.. tp lepas beberapa km.. estimate milage dengan jumlah milage mmg tepat..

vote innova.. rupa buruk.. tapi kelass.. !
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 04:36 PM | Show all posts
Alza P2
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:17 AM | Show all posts
Exora turbo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2012 04:26 PM | Show all posts
VOTE FOR RCW
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 04:29 PM | Show all posts
takde ke review chery easter?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 11:10 PM | Show all posts
i guna avanza utk dijadikan kereta sewa..so far semua client i berpuashati ngan prestasi avanza ini..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 11:10 PM | Show all posts
VW Sharan brp harganya d Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:24 AM | Show all posts
beli jer rb1..kompom puas ati
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 09:22 AM | Show all posts
i guna avanza utk dijadikan kereta sewa..so far semua client i berpuashati ngan prestasi avanza ini. ...
sabahkk Post at 27-2-2012 23:10



    avanza nie lasak.. sesuwai beno jadik kete sewa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 09:51 AM | Show all posts
VW Sharan brp harganya d Malaysia..
sabahkk Post at 27-2-2012 23:10



    Rm245,000.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 01:41 PM | Show all posts
Rm245,000.
assaffah Post at 28-2-2012 09:51



   wah mahalnya..baik beli hyundai starex..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 02:03 PM | Show all posts
minat vellfire....makin byk atas jln..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 10:33 PM | Show all posts
cadangan daripada forumer utk mpv yg ada ciri2 dibawah

1) boleh muat 4 org kanak-kanak, 2 org dew ...
winter Post at 11-2-2012 11:57


masukkn dlm piihanmu keter ni bule?..heheheh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 09:51 AM | Show all posts
VOTE FOR RCW
zulka Post at 27-2-2012 16:26



    RCW tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 03:10 PM | Show all posts
avanza....good quality, save petrol, tahan lasak and value for money.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 10:48 PM | Show all posts
beli jer rb1..kompom puas ati
GTsomban Post at 28-2-2012 00:24


Nak puas hati beli RB1 Absolute
Kalu NFL 2006 -2008 lagi gempak
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 01:23 AM | Show all posts
absolute.....terbbaeekkkkkk..200bhp.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.105929 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list