|
Reply 299# Dunhill.
gambar sami buddha semayang nie sebab depa masuk islam ka apa ntah, ada cerita pasai ni dolu. lupa dah. teringat gambaq pope benedict semayang dalam masjid kt turkiye dolu. siap jadi cover story majalah al-islam ka apa dolu.;)
|
|
|
|
|
|
|
|
oic...patut la...alhamdulillah sami2 tu dpt hidayah...
pope tu kira cam multifaith plak ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjejak tinggalan sejarah di Pendang Menjejak tinggalan sejarah di Pendang Terakhir dikemaskini (Rabu, 04 Jun 2008 12:45) Selasa, 03 Jun 2008 14:39
Kami telah menjejaki beberapa tinggalan sejarah di sekitar Pendang baru-baru ini.Usaha kami ini adalah dengan saranan pembaca blog ini yang ingin kami mengetengahkan lagi bukti-bukti yang masih ada setelah hampir 192 tahun tentera raja thai yang menjajah negeri Siam menyerang Kedah bermula dalam tahun 1821 secara senyap. Serangan ini dikenali sebagai Peperangan Musuh Bisik 1821 dimana Syarif Yang Di Pertuan Kedah telah turut dibunuh.
Peperangan kedua berlaku dalam tahun 1839 (zaman Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang) dan peperangan ketiga dalam tahun 1876 dimana Sultan Jaafar @ Long Jaafar ditangkap di Merbok, disiksa di Ruat, Yan dan akhirnya dibunuh di Gurun Kedah. Pada peperangan ketika itulah, bantuan daripada kerajaan yang bernaung dibawah kerajaan Siam Islam turut tiba untuk membantu tentera Sultan Jaafar Muadzam Syah.
Tentera thai telah dibekalkan dengan senjata api moden oleh penjajah Inggeris dari Pulau Pinang. Diatas kemenangan itu, tentera thai (penjajah negeri Siam) telah menjajah Kedah selama 5 tahun sehingga tahun 1881. Sepanjang tempoh tersebut lah banyak istana lama milik Raja Siam Islam telah dimusnahkan bagi menutup sejarah, menjadikan Siam itu sebagai waris mereka, sejarah negara mereka, beragama Buddha seperti mereka, pada hal tidak begitu. Mereka kemudiannya melantik Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah. Dengan itu, salasilah Kesultanan Kedah hari ini adalah dari keturunan baginda.
Tentera Majapahit turut tiba untuk membantu dalam peperangan besar di Tanah Merah Pendang. Hari ini mereka menjadi orang Kedah dan menetap di perkampungan mereka sendiri.
Anehnya, pihak MADA yang kami kira buta sejarah cuba menutup bukti yang ada dengan menukar nama alor yang terletak bersebelahan jalan masuk ke kampung tersebut kepada Manjapahit, padahal nama sebenarnya Majapahit.
Ini adalah sebahagian dari kampung Majapahit yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau.
Pekan Tanah Merah terletak hanya terletak beberapa km sahaja dari Pendang. Tanah merah merujuk kepada kesan darah yang tumpah begitu banyak sekali sewaktu peperangan berlaku. Di sinilah peperangan besar tentera Thai dan tentera Siam Islam Kedah diketuai oleh Sultan Jaafar Muadzam Syah @ Long Jaafar berperang dan tewas. Tentera China Manchu Islam turut berjuang disini kerana mereka menetap disini diatas perentah Maharaja China Manchu yang beragama Islam. Sultan Jaafar@Long Jaafar adalah cucu Maharaja China Manchu Islam melalui perkahwinan puterinya dengan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.
Masjid baru yang sedang dibina menuju ke Kubur Panjang ini menggunakan senibina Siam Islam bersesuaian dengan masyarakat setempatnya. Masyarakat Siam Islam di Kedah adalah juga orang-orang melayu Kedah hari ini. Mereka bertutur dalam bahasa Siam Kedah dan Bahasa Melayu loghat Kedah
Senibina siapakah ini dengan rekabentuk masjid dan mimbar yang sebegini rupa?
Persimpangan Kubur Panjang, Kampung Tualang dan Kebun 500 (bermaksud 500 ekar apabila Inggeris membuka estet tanaman getah).
Sebaik sahaja sampai di kampung Tualang kami berpeluang untulk melihat Alor China yang terletak di Kampung Tualang. Alor ini dikorek oleh tentera Maharaja China Manchu Islam bagi kegunaan saliran air ke sawah padi berdekatan yang turut mengelilingi kampung Tualang. Ada yang bertanya kemana perginya mereka hari ini. Tentera China Manchu yang beragama Islam berkahwin dengan orang Siam Islam tempatan dan hari ini mereka dikenali sebagai Melayu. Rupa paras mereka mereka berkulit putih kemerah-merahan. Bagi yang tidak beragama islam pun masih ada dan mereka mesra dengan orang-orang melayu. Ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Siam kedah kerana menurut mereka ia hampir serupa dengan Bahasa China.
Pandangan sebelah kanan Alor China dari persimpangan diatas.
Masid Kampung Tualang yang siap dibina beberapa tahun lepas bagi menggantikan masjid lama yang perbuat dari kayu. Ramai anak-anak kampung ini berkerja di bandar-bandar besar turut menghulurkan bantuan kewangan. Disinilah terletaknya makam Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah, mangkat 1821 dibunuh oleh tentera Thai Buddha di istana Kota Mengkuang. Kawasan makam disini adalah terdiri dari tanah perkuburan Islam yang beratus tahun lamanya seluas padang bolasepak.
Makam Syarif Yang Di Pertuan, tanpa sebarang perubahan setahun setelah blog sejarah realiti yang dipinggirkan ini dibuka untuk tatapan semua peminat sejarah dan 1 tahun 11 bulan setelah Forum Sejarah Realiti Kedah diadakan di Alor Setar. Kepentingan siapa yang dijaga agar sejarah realiti dikuburkan?
Berhampiran dengan Kebun 500, jalan yang sama ke Kampung Tualang terletak perkampungan orang-orang Minangkabau. Bagaimana boleh kedapatan orang-orang Minang di kedah dengan jumlah yang ramai ini? Keturunan mereka dahulu adalah tentera yang dihantar oleh raja wilayah masing-masing untuk berjuang menentang tentera Raja Thai Buddha. Kewujudan mereka di Kedah telah dinafikan oleh sejarah kita yang ditulis secara versi penjajah.
Oleh kerana disini rata-rata penduduknya bertutur dalam bahasa Siam, syarikat roti yang diusahakan oleh penduduk setempat memilih untuk tidak memasukkan perkataan 'kabau' dalam nama syarikat Roti Minang miliknya. Ini adalah kerana kabau dalam bahasa Siam bermaksud derhaka.
Inilah gelaran yang dihukumkan oleh Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman keatas pekerja lombong bijih baginda keturunan Minang yang membantu Belanda menyerang baginda di Kota Lukut dalam tahun 1641 dahulu. Sebagai habuan mereka di hadiahkan satu kawasan yang dinamakan sebagai Negeri Sembilan oleh Belanda.
Masjid asal di kampung Minangkabau masih kekal tanpa sebarang pengubahsuaian yang ketara.
Roti Minang Sdn Bhd terletak berdepan dengan papantanda Kampung Minangkabau diatas...kenapa tidak Roti Minangkabau Sdn Bhd?
|
|
|
|
|
|
|
|
perghhh x sangka pulak kampung mak aku ngan bapak aku sekali masuk dlm forum ! bapak aku orang pendang mak aku orang tualang ! tempat ni semua jadi tempat aku kayuh gerek ngan sepupu aku zaman sekolah rendah dulU ! |
|
|
|
|
|
|
|
diorang takut nak guna surat beranak dan MYKAD bangsa Thai / Siam takut tak dapat tanah rizab melayu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ChildrenOfBodom at 10-1-2011 18:01
Siam bukan Thai?
Oleh Azrul Affandi Sobry
2011/01/09
Etnik Siam di Malaysia dakwa berasal dari Mongolia
SIAM atau Thai? Bukankah ia membawa maksud serupa kerana kedua-duanya berasal daripada rumpun sama iaitu di negara jiran Thailand. Adakah masyarakat Siam di negara ini pendatang yang merantau masuk ke sini kerana pelbagai sebab, sama seperti beberapa etnik lain di Malaysia?
Tidak ramai, malah mungkin tidak ada sebenarnya yang membahaskan isu ini dengan kebanyakannya mengambil jalan mudah menggelar masyarakat Siam di negara ini sebagai pendatang dari Thailand meskipun realitinya sangat berbeza.
Berapa kerat sangat masyarakat di negara ini yang merujuk kepada sejarah bagi mengkelaskan sesiapa sebagai anak tempatan atau pendatang sedangkan realitinya, masyarakat Siam di negara ini mungkin menjadi waris terawal menjejak kaki di bumi Malaysia, mungkin juga lebih lama daripada masyarakat Melayu sendiri.
Tidak boleh dinafikan kebanyakan masyarakat di negara ini, termasuk Melayu sendiri adalah penghijrah dari negara tertentu. Malah, menurut Al Tarikh Salasilah Kedah 1928 menyebut, kerajaan Kedah sejak dulu adalah berasal dari darah keturunan Parsi dengan Sultan pertamanya digelar Maharaja Derbar Raja dan Maharaja Derbar Raja II iaitu pemerintah kesembilan ditukar kepada Sultan Mudzaffar Syah selepas memeluk Islam.
Namun, dalam satu versi berlainan pula, dikatakan Sultan Mudzaffar Syah (1136 - 1179) dulu pernah digelar Phra Ong Mahawangsa, satu gelaran dalam bahasa Thai yang bermaksud Tuanku Mahawangsa. Penggunaan gelaran itu dikatakan disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa, sekali gus mewujudkan satu tanggapan bahawa masyarakat Siam sudah bertapak di Kedah sejak sekian lama.
Ia dinafikan pula Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, yang menyifatkan Hikayat Merong Mahawangsa bukan fakta sejarah untuk diterima pakai. Justeru, beliau melihat fakta berkenaan sejarah institusi diraja Kedah yang berakar dari Parsi lebih sesuai diterima.
Apapun, tidak dapat tidak, kewujudan masyarakat Siam di Kedah sebagai antara penduduk awal di negara ini tidak boleh dinafikan. Banyak sebenarnya bukti kewujudan mereka terutama di negeri bersempadanan Thailand iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Sebagai contoh, di Kedah sendiri, wujud beberapa nama tempat menggunakan bahasa Siam seperti Kodiang, Changlun, Napoh dan Jitra. Malah, banyak juga nama kampung menggunakan bahasa Siam.
Masyarakat Siam di negara ini, kebanyakannya mendiami di lima negeri itu bukanlah ramai, malah lebih sesuai dikatakan minoriti terkecil dengan keseluruhan tidak sampai 60,000 orang. Namun, mereka mempunyai sejarah tersendiri yang menjadikan mereka unik untuk didekati terutama apabila dikaitkan sebagai antara penduduk awal di sini.
Sejarah persempadanan negara membabitkan Tanah Melayu dan Thailand juga membuktikan bahawa masyarakat Siam di sini bukan pendatang. Ini kerana, sebelum 1909 lagi, masyarakat Siam sudah ada di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Persempadanan akibat Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, membolehkan semua negeri itu menjadi milik Tanah Melayu.
Ia menguatkan dakwaan masyarakat Siam di Kedah bahawa mereka bukan pendatang tetapi sudah sekian lama berada di negeri itu yang sebelumnya berada di bawah takluk Kerajaan Siam.
Sebenarnya, ada beberapa versi mengenai kewujudan masyarakat Siam di negara ini tetapi versi paling relevan ialah mengaitkan mereka dengan penduduk Siam di selatan Thailand. Ini dibuktikan dengan kebanyakan penempatan masyarakat itu berada di kawasan berhampiran sempadan Malaysia - Thailand seperti di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Sik serta di Kota Star, Kedah.
Apapun, menurut penduduk Siam yang ditemui di Kampung Kubang Chenok, Kubang Pasu, Kedah, kemasukan masyarakat Siam ke Kedah sudah berlaku sebelum negeri itu diserahkan kepada Tanah Melayu, malah mungkin lebih lama, iaitu sebelum zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah berdasarkan penggunaan nama Phra Ong Mahawangsa dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Kemasukan ke beberapa negeri di Tanah Melayu didorong oleh sifat semula jadi masyarakat itu sebagai pemugar (peneroka) yang gemar membuka penempatan baru di kawasan hutan selain mengembangkan aktiviti pertanian mereka.
Malah, menurut catatan Phraboriharn Thepdhani dalam bukunya, Phongsawadarn Chart Thai yang diterbitkan di Bangkok pada 1953, bangsa Thai sebenarnya berasal dari kawasan pergunungan Altai, Mongolia sebelum berhijrah secara besar-besaran dan penghijrahan itu turut membabitkan kawasan di Tanah Melayu, iaitu di utara Semenanjung Malaysia.
Justeru, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Charun Em, 43, tegas mempertahankan kenyataan bahawa orang Siam di Kedah bukan pendatang dari Thailand tetapi bersusur galur dengan keturunan asal dari Mongolia yang turut berpindah sehingga ke beberapa negeri utara Semenanjung Malaysia.
“Kami bukan pendatang. Kami juga tidak ramai saudara mara di Thailand kerana kami memang sudah sedia ada di sini (Kedah). Rumit sebenarnya untuk mengaitkan kewujudan kami di sini dengan sejarah orang Thai tetapi bukti sejarah mencatatkan kami memang anak jati Kedah.
“Malah, dalam Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, ada disebut bahawa orang Siam adalah salah satu daripada komuniti Melayu, sekali gus mengiktiraf orang Siam di sini sebagai anak jati Tanah Melayu. Cuma, kami tak pasti sejauh mana kami turut diiktiraf sebagai Bumiputera meskipun sering kali dikatakan kami sebahagian mereka,” katanya yang lebih selesa menggunakan masyarakat Thai berbanding Siam, selepas merujuk kepada sejarah tamadun masyarakat itu di China.
Mengupas lanjut mengenai sejarah dan latar belakang mereka, nyata banyak sekali kupasan menjurus kepada keunikan masyarakat minoriti itu. Justeru, kunjungan Berita Harian ke Kubang Chenok untuk mendekati dan melihat sendiri cara hidup serta latar belakang mereka menemui lebih banyak misteri dalam kehidupan mereka.
Sejarah sebagai peneroka jelas mempengaruhi gaya hidup mereka sehingga kini kerana dikatakan majoriti masyarakat itu masih menjadi petani, dengan sebahagian kecil menceburi bidang profesional tetapi sangat sukar menemui orang Siam yang berjaya dalam bidang perniagaan.
Sejarah sebagai peneroka itu juga jelas dapat dilihat sehingga kini kerana kebanyakan perkampungan orang Siam adalah di sekitar kawasan berhampiran hutan. Kerana itu jugalah, penempatan mereka terperosok di ceruk pedalaman. Sukar untuk mengatakan mereka adalah kumpulan penduduk awal di Kedah tetapi pengaruh masyarakat itu amat kuat di Kedah.
Selain nama kawasan yang menggunakan bahasa Siam, boleh dikatakan ramai juga orang Melayu di Kedah yang mahir berbahasa Siam. Malah, ada juga perkampungan dikategorikan sebagai kampung Melayu Siam kerana keupayaan mereka menggunakan bahasa Siam sepenuhnya dalam perbualan harian.
Merujuk kepada sejarah juga menunjukkan yang pengaruh Hindu - Buddha menguasai kebanyakan negeri di Tanah Melayu sebelum kemasukan Islam. Justeru, tidak dapat tidak, ia turut mempengaruhi kehidupan orang Siam yang masih kuat mengamalkan kepercayaan kepada dukun dan bomoh yang sama sekali bukan ajaran Buddha.
Malah, masih banyak bomoh Siam boleh ditemui di semua kampung Siam. Misalnya, di Kubang Chenok saja, ada tiga bomoh yang masih aktif menjalankan aktiviti perubatan mistik dengan kebanyakannya hebat dalam ilmu pengasih.
Berbalik kepada isu Thai atau Siam, ia terus menjadi tanda tanya kerana kedua-duanya disokong oleh bukti tersendiri. Ada yang mengatakan Siam adalah sebuah negara manakala Thai adalah bangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Loghat berbeza dengan penduduk Thai
SEBUT saja Kubang Pasu, pasti ramai yang mengaitkannya sebagai daerah terakhir di Kedah sebelum sampai ke sempadan Thailand iaitu di Bukit Kayu Hitam. Tidak ada laluan lain ke sempadan itu selain melalui Kubang Pasu, sekali gus menjadikannya sebagai antara daerah paling sibuk setiap kali musim cuti.
Apa tidaknya, ketika itulah ramai rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan berkunjung ke Selatan Thailand, sama ada sekadar ke Danok atau terus ke Haadyai untuk membeli-belah dan tak kurang juga untuk berhibur. Siapa yang tidak tahu mengenai dua lokasi itu sebagai lokasi hiburan popular orang Malaysia.
Pergi saja ke situ, pasti akan terserempak dengan rakan senegara, sama ada di kedai makan, pusat hiburan atau di jalan raya.
Namun, paling utama ialah dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, pasti tidak ramai yang perasan mereka akan melalui Napoh iaitu satu pekan kecil sebelum Changlun, lebih kurang 15 kilometer dari pintu masuk ke Thailand. Di situlah, antara lokasi paling ramai masyarakat Siam berada iaitu antara Napoh menghala ke Padang Sera.
Malah, di Napoh saja, sudah terasa bahang masyarakat Siam kerana sepanjang perjalanan ke Padang Sera, singgahlah di mana kedai makan atau runcit, jelas bahasa Siam mendominasi perbualan mereka, tak kira sesama orang Siam atau dengan orang Melayu.
Nyata, pengaruh Siam masih kuat menguasai kawasan itu meskipun penyerahan Kedah kepada British dari Kerajaan Siam sudah berlaku hampir 100 tahun dulu.
Napoh ke Padang Sera berjarak 10 kilometer dan di pertengahan jalan itulah letaknya Kampung Kubang Chenok iaitu penempatan masyarakat Siam terbesar di situ. Dikatakan ia tidak seramai masyarakat Siam di Pendang tetapi ada kemungkinan mereka adalah penduduk Siam terawal yang mendirikan perkampungan sejak ratusan tahun dulu.
Ketua Kampungnya, Nuam Din Tiong, 74, turut diangkat sebagai Ketua UMNO Cawangan sekali gus membuktikan masyarakat Siam diterima sebagai satu daripada komuniti Melayu di situ. Malah, difahamkan, di Kedah, mereka dianggap sebagai Bumiputera meskipun tidak menikmati hak Bumiputera seperti orang Melayu.
Sukar sekali membezakan mereka dengan orang Melayu, apatah lagi kebanyakan mereka fasih dan tidak pelat berbahasa Melayu. Pakaian mereka yang sama dengan orang Melayu sekali lagi menambah kerumitan itu. Raut wajah mereka juga tak ubah seperti orang Melayu.
“Orang Siam seperti berada di tengah-tengah antara Cina dan Melayu. Kami boleh tinggal dan makan bersama orang Melayu dan tidak pula ada masalah bercampur dengan orang Cina. Tidak pernah timbul rasa tidak selesa jika kami bercampur dengan sesiapa saja. Malah, kepercayaan kami yang ada dipengaruhi pengaruh Hindu dan Buddha memudahkan lagi pergaulan kami dengan sesiapa saja,” cerita Nuam ketika ditemui di rumahnya di Kubang Chenok.
Namun, jika diamati, pertuturan orang Siam di Kedah ada kelainannya dengan orang Siam di Thailand. Mereka ada loghat mereka tersendiri dan kebanyakannya sama dengan orang Melayu yang berbahasa Siam.
Apapun, keunikan masyarakat Siam di Kubang Chenok bukan setakat itu saja kerana banyak lagi berkaitan budaya dan cara hidup untuk diceritakan. Kemesraan dan keramahan mereka juga menunjukkan mereka begitu selesa dengan sesiapa saja.
http://www.flickr.com/photos/pencerita/5307103525/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SiambukanThai_/Article/index |
|
|
|
|
|
|
|
genot kata siam kat thailand sekarang berasal dari selatan china pasai kena sepak dgn mongol
-jadi siam yg ada kat kedah lani tu siam yg dtg dari mongol lagi awal dari siam yg berada di thailand ka camana? |
|
|
|
|
|
|
|
genot kata siam kat thailand sekarang berasal dari selatan china pasai kena sepak dgn mongol
-jadi ...
sekngucing Post at 10-1-2011 22:32
Mungkin Siam yg ada kat Kedah ni pun berbeza-beza sukunya lagipun Siam Thailand tak faham bahasa yg Siam Kedah sebelah Pendang cakap.Tapi kalau dari segi adat resam dan agama memang tak beza. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 308# sekngucing
siambung baca kt sini, takdak versi online haku scan sokabaq kemaren
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 308# sekngucing
siam hat ada kt kedah pong berbeza ikot daerah mengikut artikel tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 303# Dunhill.
Ada unsur Indon jugak kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
antara sebab kita dipandang rendah ialah loghat kita, kita digelar kenegerian dan pentingkan org sen ...
sekngucing Post at 24-10-2009 10:35 PM
pakcik setuju sangat2... depa cakap loghat depa takpa tapi bila kita cakap loghat kita nak perli2 lak
apa murni ka loghat depa tu... macam la bunyi merdu sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 303# Dunhill.
ini cerita versi kedah pasai ma ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 308# sekngucing
bangsa tai- kadai start hijrah masuk asia tenggara lebih kurang sribu tahun lepas. tp bukan sekaligus, masuk secara beransur2. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ChildrenOfBodom at 12-1-2011 13:55
siambungan...
Rencana
Misteri Etnik: Belajar bahasa Thai satu kemestian anak masyarakat Siam
Oleh Azrul Affandi Sobry
[email protected]
2011/01/11
BAHASA jiwa bangsa. Bahasa turut membentuk jati diri sesuatu tamadun masyarakat supaya terus kekal utuh mempertahankan cara hidup dan budaya mereka. Lantaran itu, di mana saja, setiap aktivis masyarakat seboleh-bolehnya akan memastikan bahasa khusus mereka terus digunakan secara meluas.
Begitu juga dengan masyarakat Siam di negara ini yang melihat perkembangan bahasa Thai dalam komuniti mereka lebih penting kerana ia bukan sekadar menjadi bahasa pertuturan tetapi lebih lagi apabila menjadi satu bahasa rasmi dalam urusan keagamaan.
Namun, masalah utama yang dihadapi mereka ialah bahasa Thai sukar dipelajari secara pertuturan harian kerana terlalu banyak pecahannya. Malah, ramai penutur bahasa itu dalam kalangan orang lama tidak mahir menulis bahasa Thai. Lebih menyukarkan keadaan kerana tiada subjek itu di sekolah rasmi.
Justeru, bagi membolehkan bahasa itu tidak tenggelam dan masih dituturkan dengan berkesan oleh semua lapisan usia, setiap wat Siam di kebanyakan kawasan terutama di Kedah menubuhkan sekolah bahasa Thai yang kini menjadi pendidikan formal kedua kepada pelajar Siam.
Pusat Pendidikan Bahasa Thai Wat Boonyaram di Padang Sira, adalah satu contoh terbaik bagaimana perkembangan bahasa itu diperluaskan kepada semua pelajar. Ia diasaskan Ketua Sami Kedah-Perlis, seorang anak tempatan, Phrathep Mongkola Yan pada awal 1960-an.
Penubuhan sekolah bahasa Thai di Wat Boonyaram ketika itu selepas terdorong oleh kesedaran mahu mengembangkan bahasa Thai kepada semua penduduk di sekitar Padang Sira.
Paling utama, penubuhan sekolah itu untuk membolehkan semua pelajar mendalami ajaran Buddha kerana kebanyakan buku dan kitab agama ditulis dalam bahasa Thai.
“Ketika itu, tumpuan kelas bahasa Thai terbuka kepada semua peringkat usia. Ia bukan paksaan tetapi disertai ramai orang. Ketika itu, ramai sami tempatan menjadi tenaga pengajar, namun kini kebanyakannya dikendalikan oleh sami dari Thailand kerana sejak 20 tahun dulu, kurang anak tempatan berkeupayaan sebagai pengajar.
“Kelas bahasa Thai di semua Wat Siam kini diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu serta ada dua sesi iaitu pagi dan petang. Selain itu, jika ada cuti persekolahan, sesi pengajarannya akan bertambah. Pendek kata, ia menjadi sekolah kedua kepada pelajar Siam selepas belajar di sekolah kebangsaan.
“Dua sesi setiap hari itu untuk tahap berbeza. Ada beberapa peringkat pengajian di situ iaitu TADIKA tahap satu dan dua, darjah satu hingga empat dan kelas agama tahap satu hingga tiga,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Bahasa Thai Wat Boonyaram, Aieam Khai, 57.
Uniknya sistem pendidikan di situ ialah semua peringkat itu bukan berdasarkan usia tetapi sesiapa yang tidak lulus dalam mana-mana peringkat tidak layak untuk masuk ke peringkat seterusnya. Ia menjadikan ada pelbagai lapisan usia dalam setiap peringkat pembelajaran.
Peperiksaan yang diduduki oleh pelajar di situ menggunakan modul ujian dari Thailand dan selepas melepasi darjah empat di mana pelajar sudah menguasai kemahiran membuat ayat dan mengarang dalam bahasa Thai, barulah dia layak memasuki kelas agama.
Ini kerana, selagi seseorang pelajar tidak menguasai kemahiran mengarang, agak sukar untuknya mendalami agama yang pada peringkat itu menuntut pelajar membuat ayat dan menjawab soalan berbentuk subjektif yang disediakan majlis pendidikan wat Siam di Thailand.
“Enam tahap bukan bermakna enam tahun pengajian. Ada yang memakan masa sampai lapan tahun baru boleh masuk kelas agama.
“Ada pula yang tidak sampai enam tahun kerana lompat kelas. Biasanya semua tahap itu termasuk kelas agama dapat disudahkan sebelum usianya 17 tahun (tingkatan lima).
“Dalam sekolah bahasa Thai, hanya dua perkara menjadi fokus iaitu bahasa dan agama. Tidak ada subjek lain.
“Semua tahap peperiksaan pula ada sijil yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran dan Agama dari Thailand. Malah soalannya sama dengan yang digunakan di Thailand.
“Memiliki sijil itu juga sebenarnya memberi satu kelebihan kepada pelajar itu kerana ketika memohon kerja nanti, terutama pekerjaan yang berkaitan dengan sempadan Thailand seperti Kastam dan Imigresen, ia akan dianggap satu bonus untuk dipertimbangkan,” katanya.
“Sebenarnya, penguasaan bahasa Thai ini bukan sekadar menunjukkan mereka boleh bertutur tetapi sebagai petunjuk yang mereka juga menguasai agama.
“Boleh dikatakan, sesiapa yang tidak kuasai bahasa Thai, tidak juga menguasai agama kerana semua kitab dan pengajian agama dalam bahasa Thai.
“Tiada paksaan memasuki kelas ini, tidak wajib tetapi sudah menjadi tanggungjawab setiap keluarga untuk memastikan anak menyertainya. Agak janggal dan dipandang serong nanti oleh masyarakat jika ada keluarga yang tidak menghantar anak ke kelas ini,” tambah Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Charun Em.
Kelas bahasa Thai di Wat Siam juga menjadi bukti kukuh menunjukkan betapa peranan pusat ibadat masyarakat Siam itu tidak sekadar menjadi lokasi keagamaan tetapi dirangkum bersama peranan memantapkan bahasa dan budaya serta aspek kesenian.
Namun, disebabkan lokasi Wat Boonyaram agak jauh dari beberapa kampung lain, kelas bahasa Thai turut dibuka ke cawangan lain seperti di Pida Lapan, Sanglang, Kodiang, Changlun, Guar Napai dan Guar Nangka. Di Wat Boonyaram sendiri, kini ada 245 pelajar dalam pelbagai tahap.
Yuran pengajian kelas itu pula sangat rendah iaitu hanya RM60 untuk satu keluarga. Kos elaun guru pula selalunya ditanggung oleh tabung Wat Boonyaram yang disumbang oleh masyarakat Siam setempat.
Wat Boonyaram kini mempunyai 13 guru yang didatangkan dari Thailand dengan dua anak tempatan dan setiap sesi pembelajaran diadakan selama tiga jam iaitu antara jam 8 hingga 11 pagi dan jam 2 hingga 5.30 petang.
Dalam konteks ekonomi, masyarakat Siam terutama di Kedah masih menjadikan pertanian sebagai aktiviti utama dengan kebanyakannya mengusahakan sawah padi dan menoreh getah.
Dapat dilihat, sepanjang perjalanan memasuki kampung Kubang Chenok, ia dihiasi pemandangan sawah padi yang terbentang meluas selain kiri kanan jalan yang dilatari deretan pokok getah.
Bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi Kepenggunaan Perlis, San Yap, 61, berkata walaupun masih ramai bertani, perkembangan ekonomi dan cara hidup masyarakat Siam sudah menampakkan perubahan ketara dengan kini semua orang sudah mampu memiliki kereta dan mendirikan rumah selesa.
“Dulu, 99 peratus orang Siam bertani. Di Ayer Hitam dan Sanglang, semua bersawah padi. Pendidikan juga tidak begitu diberi keutamaan. Kini, ia nyata berubah. Ramai sudah jadi kakitangan kerajaan dan berpangkat besar. Ramai juga sudah masuk universiti.
“Mungkin perubahan ini kerana sudah ada sekolah di kampung. Berbeza dengan zaman dulu kerana kami terpaksa menumpang di wat Siam jika mahu mudah ke sekolah. Kerana itulah orang Siam menganggap wat Siam sebagai pusat perkembangan agama, pendidikan dan budaya.
“Meskipun orang Siam sudah menunjukkan peningkatan dalam cara hidup dan ekonomi, persaingan kami dengan bangsa lain sangat ketara kerana masalah kuota.
“Namun, sejak ada kejayaan yang dicapai orang Siam sebelum ini seperti Bekas Pengarah Kastam Kedah, Datuk Charern Intachat yang turut diangkat sebagai Senator Dewan Negara pertama masyarakat Siam sekali gus menjadi pencetus semangat komuniti ini,” katanya.
Perubahan dan kemampuan masyarakat Siam untuk bersaing banyak didorong oleh sikap utama masyarakat ini yang kuat bekerja dan berani meneroka kawasan baru. Malah, hingga kini mereka masih gemar membeli tanah baru untuk memperluaskan aset pertanian.
Namun, menurut San Yap, masyarakat Siam agak ketinggalan dalam aktiviti perniagaan.
Ia mungkin disebabkan kurangnya peluang mereka mendapatkan pinjaman dan tapak perniagaan berbanding masyarakat lain.
Tidak banyak peniaga besar dalam masyarakat mereka. Jika adapun, hanya perniagaan kecil-kecilan.
PELAJAR etnik Siam tekun mengikuti kelas Bahasa Thai di Wat Boonyaram Padang Sira.
SAWAH padi di Kampung Kubang Chenok yang diusahakan masyarakat Thai.
MASYARAKAT Thai yang membuka kedai runcit.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MisteriEtnik_BelajarbahasaThaisatukemestiananakmasyarakatSiam/Article/index_html |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ChildrenOfBodom at 12-1-2011 13:57
Misteri Etnik: 'Belum ada hitam putih iktiraf kami Bumiputera'
2011/01/11
MASYARAKAT Siam bukan lagi seperti dulu. Perkembangan dalam ekonomi dan pendidikan sudah menunjukkan yang masyarakat ini sudah maju dalam pelbagai aspek. Kami juga sudah boleh bersaing seiring dengan masyarakat majoriti lain.
“Namun, masalah utamanya, meskipun kami sudah lama bertapak di sini, malah sebelum Mac 1909 iaitu ketika pecahan sempadan di mana empat negeri diserahkan kepada Malaya dan orang Siam masih setia di sini, banyak keistimewaan yang tidak kami nikmati.
“Dalam Akta Tanah 143, memang ada disebut bahawa orang Siam berhak untuk membeli tanah rizab Melayu sekali gus membuktikan kebenaran kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang menamakan kami sebagai Bumiputera, namun ia tidak dinyatakan secara hitam putih menyebabkan kami masih tidak pasti status sebenar kami,” kata Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong.
Malah, katanya, Perdana Menteri sendiri pernah menyebut dalam ucapan dasarnya bahawa orang Siam serumpun dengan Melayu sekali gus sekali lagi mengakui bahawa orang Siam juga Bumiputera.
Setakat ini, hanya pegawai kerajaan di Kedah yang sedia maklum bahawa orang Siam serumpun Melayu, tidak pula dengan negeri lain.
Beliau melihat betapa pentingnya status itu diperjelaskan kerana selagi ia masih samar-samar, masyarakat itu terus berdepan dengan masalah untuk lebih maju dalam bidang tertentu terutama perniagaan yang sehingga hari ini menampakkan betapa mereka ketinggalan dengan masyarakat lain.
"Tidak ada orang Siam yang berjaya buka kilang. Paling hebat pun, jadi pegawai kerajaan. Masih ramai sekadar bertani. Susah untuk menjadikan kami mampu bersaing dengan masyarakat perdana yang lain. Harapannya supaya masalah ini diperjelaskan,” katanya dalam nada lebih tegas.
Boon juga melihat betapa etnik Siam masih mengekalkan budaya bermasyarakat dalam komuniti mereka dengan sentiasa bersama dalam kebanyakan aktiviti meskipun ada yang dipisahkan oleh kefahaman politik berbeza. Meskipun begitu, tidak pernah timbul sebarang masalah sesama mereka.
Lebih unik, mereka boleh bercampur dengan semua kaum lain terutama kebudayaan mereka yang dekat dengan Melayu dan pembawaan agama yang sama dengan kebanyakan orang Cina. Kerajinan mereka dalam bekerja, selain mengamalkan amalan tidak suka meminta-minta menjadikan mereka mampu berdikari dalam komuniti minoriti itu.
“Paling utama, kami kuat mempertahankan jati diri. Aspek bahasa dan budaya yang menjadi elemen utama pengukuhan jati diri masih dipertahankan. Saya sendiri sedang berusaha mendapatkan peruntukan untuk mengangkat dua elemen ini supaya orang Siam tidak tenggelam dengan budaya luar,” katanya.
MASYARAKAT Siam di Kubang Chenok, Kodiang ramai bekerja sebagai penoreh getah sebagai mata pencarian.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MisteriEtnik__BelumadahitamputihiktirafkamiBumiputera_/Article/index_html |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik setuju sangat2... depa cakap loghat depa takpa tapi bila kita cakap loghat kita nak perli2 ...
the0ne Post at 12-1-2011 03:11
pakcik tua hang nie worang kedah ka? |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik tua hang nie worang kedah ka?
ChildrenOfBodom Post at 12-1-2011 01:58 PM
haaa la budak BODOm... {:3_84:}pakcik ni orang baling kedah |
|
|
|
|
|
|
| |
|