CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
Post time 16-8-2010 09:32 AM | Show all posts
mekasih ariel byk n3... ju habis sekolah terus aje org masuk meminang...mgkn ju terima kot... sbb dia fikir dia dah xde sapa2 lagi pastu hidup menumpang dgn family marshila....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2010 10:22 AM | Show all posts
smbg cepat ckit airiell
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 11:27 AM | Show all posts
Reply 287# ariellin

klu naim,aku rasa naim blh tambat hati ju...klu diperhatikan hati ju dh tertarik dgn naim

klu bkn naim,suruh jer ju tolak pinangan tu

untuk ju, ghentikanlah nak tggu si fadzwan tu,lemb semacam jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 11:44 AM | Show all posts
next..next..n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2010 12:12 PM | Show all posts
mekasih ariel byk n3... ju habis sekolah terus aje org masuk meminang...mgkn ju terima kot... sbb di ...
asnita Post at 16-8-2010 08:32


lum tau g...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2010 12:17 PM | Show all posts
smbg cepat ckit airiell
bb_75 Post at 16-8-2010 09:22



sat..ngah type kat words ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2010 12:23 PM | Show all posts
Reply  ariellin

klu naim,aku rasa naim blh tambat hati ju...klu diperhatikan hati ju dh tertarik ...
mijot Post at 16-8-2010 10:27



  kekdahnya naim tu sukhoi....fazdwan tu boeing...  manakan sama
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 12:25 PM | Show all posts
Reply 307# ariellin


  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2010 12:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 16-8-2010 11:52

Aku kuak pintu sedikit.  Berjalan terjingkit-jingkit. Aku buang pandangan ke tingkat bawah. Tapi tak dengar jelas perbincangan mereka di ruang tamu. Kepala aku jengah lagi. Mata ternampak Mak Engku yang berselendang hitam. Masih cantik..sebelah Mak Engku, lelaki pertengahan umur, dari gayanya macam suami Mak Engku.  Masih segak lagi.  Kemudian, mata terlihat kelibat mamat Abang. Aku menekup mulut. Tertahan-tahan tawaku.

“Dah malam-malam buta pun masih nak pakai spek hitam.  Gila ke apa?”, senak perutku menahan tawa. Sah gila anak Mak Engku ni.. mata masih mencari sang tengkujuh..tak kelihatan langsung. Yang ada hanya Pakcik Johan, Makcik Ros, lepas tu ada beberapa pakcik yang berkupiah, mungkin orang surau taman ni agaknya.

“Takkan si mamat Abang ni Tengku Man..?”, tiba-tiba aku rasa seriau. Ishh tak mungkin. Mustahil!! Aku nampak Makcik Ros bangkit dari duduknya. Kemudian langkahnya di atur menaiki anak tangga.  Dengan kelam kabut aku masuk semula ke bilik.  Berdebar-debar.

Dan aku pandang ke arah pintu yang dibuka. Makcik Ros senyum. Dia datang dekat dan duduk di katil. Sementara aku masih di hadapan cermin. Nak duduk pun tak betah.

“Ju, mama nak tanya, Ju ada kawan lain ke?”, perlahan suaranya.  Aku bermain dengan jari.

“Kawan?  Ada..ramai..”, Makcik Ros senyum kembali.

“Bukan kawan yang macam tu. Kawan special..”, ohhh!!!

“Tak ada. Lagipun Ju kan budak lagi”, saja aku tekankan perkataan budak tu. Harap-harap Makcik Ros faham.

“Mari, duduk dengan mama”, perlahan aku datang dekat dengannya. Dia tarik tangan aku. Meminta aku duduk. Aku turuti kehendaknya.

“Sebenarnya, famili Mak Engku datang jumpa mama dengan papa seminggu selepas kematian arwah emak dan ayah Ju. Mula-mula kami terperanjat dengan niat mereka sebab kami rasa Ju terlalu mentah dan muda untuk sebuah perkahwinan. Tapi Mak Engku dah jelaskan yang Tengku Man memang dah sayang dengan Ju.  Dia nak jaga Ju seumur hidup dia. Tapi mama dah beritahu dengan Mak Engku, apa-apa pun, biar Ju sendiri yang tentukan sebab ini tentang hidup Ju. Masa depan Ju”, rasanya penjelasan Makcik Ros yang panjang lebar tak berbekas pun di hati aku.


“Tapi, sayang je tak cukup mama…”, dia peluk aku.



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 01:03 PM | Show all posts
ariellin nak lagik heheh
sapa tengkujuh tu ehh...
mlm2 mamat abg dok pakai spek ni juling ker??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2010 01:40 PM | Show all posts
"Ju tak kenal famili Mak Engku.  Tiba-tiba dia cakap pasal anak dia tu...", ayatku terhenti di situ bila Marshila masuk ke bilik.

"Mama, Papa mintak mama turun ke bawah",

"Ye lah, Ju fikir masak-masak ye sayang. Ini hidup Ju, kami tak ada hak nak tentukan masa depan Ju", Makcik Ros tepuk bahu aku perlahan sebelum keluar meninggalkan aku dan Marshila.

"Cantik kau malam ni", Marshila memuji.  Aku mencebik.

"Tak ada maknanya.  Kau dah jalankan misi?", spontan Marshila menganggukan kepalanya.  Dan tiba-tiba aku rasa ada cahaya terang benderang dihujung sana.

"Siapa?  Mamat Abang tu ke?", aku serkap jarang walau dalam hati ni berdoa bukan dia orangnya.

"Bukanlah..",

"Selamat", aku urut dada.  Lega siot !

"Kenapa pulak selamat?", dia kehairanan.

"Ya lah.  Cuba kau bayangkan, aku kena berkepit dengan mamat Abang yang dua puluh empat jam pakai spek mata hitam.  Harus mereng otak aku ni, tau?  Nazak dah tu..", aku pegang kepala sambil disambut ketawa Marshila.

"Kau ni kan Ju, ke situ pulak.  Aku rasa ada orang lain dalam sebiji kereta lagi tu.  Tapi dia tak turun pun.    Comfirm bukan driver dorang sebab aku nampak Pak Engku yang drive kereta.  Aku rasa tengkujuh kau kut.  Puas aku skodeng tapi tak dak hasil.  Cermin kereta dorang tinted..", bersungguh Marshila bercerita.  Best ni..

"Maknanya, si tengkujuh tu ada kat sini?  Wei...jom sergah, nak?", dia gelengkan kepala.  Tanda tak nak bersubahat dengan aku.  Ishh....nak berlagak maksum lah tu..aku duduk semula.

"Ju, mungkin betul si tengkujuh tu sayang dekat kau.  Kalau tak, takkan dia sanggup datang ke sini.  Dia kerabat, Ju..aku rasa mesti famili dia dah ada calon untuk dia.  Tapi mungkin sebab sayang dekat kau sesangat, tu yang dia tak menyempat-nyempat ajak kau kawin..",

"Masalahnya aku tak kenal dia.  Entah macam mana rupanya.  Aku kisah ape kalau dia kaya raya pun. Lagipun, kau kan tau aku suka sangat dengan Fazdwan..", mengenangkan perasaan yang bercambah di dalam hati ni untuk Fazdwan, membuatkan aku rasa patah semangat..

"Ju, aku tau tu.  Aku tau kau suka Fazdwan.  Tapi cuba kau tengok Fazdwan tu.  Asyik main tarik tali je..",

"Aku tak kisah...kena tunggu dia bertahun-tahun pun, tak apa..",

"Alah..kawin je lah dengan Tengku Man...esok anak kau bertengku-tengku, kau tau..",

"Tengkorak, kau mau?",

"Hampeh lah kau, Ju.  Dah lah, mari sini, aku nak touch up muka kau bagi cantik...", dan dia bergegas ke meja solek mengambil beg mekapnya yang sebeban itu.  Harus lah muka aku jadi bahan eksperimen budak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 01:42 PM | Show all posts
NAIM ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 01:43 PM | Show all posts
ckit nya ariel...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2010 02:42 PM | Show all posts
"Sudah ke belum ni?  Lamanya...", sambil pejam mata, aku tanya Marshila yang masih leka menconteng muka aku.  Takkan tak siap-siap lagi?  Lenguh dah ni.

"Siap...bukak mata", dan aku buka mata perlahan.  Aduh...

"Cantik", spontan kami menoleh ke arah suara itu.  Terkocoh-kocoh bangun dari katil.

"Mak Engku..ma..maaf", kami menyalami Mak Engku yang masuk ke bilik bersama-sama Makcik Ros.  Mak Engku senyum.

"Kami tunggu di bawah, kamu tak turun-turun.  Tu yang kami naik ke atas ni.  Jom, dinner", Makcik Ros mengajak.

"Kalau Ju nak jumpa Tengku Man, dia ada di luar.  Katanya segan nak masuk ke dalam", Mak Engku pegang tanganku.  Tak semena-mena peluh memercik.  Dada berombak laju.  Dan aku terus diam tidak bergerak.  Nak senyum ni pun dah tak mampu.  Ketat ni..tapi...

"Tak pe lah Mak Engku, Ju makan dulu.  Lapar..", suara aku ni pun dah macam ala-ala dalam kelambu.  Dengar tak dengar je ni. Tapi perut aku ni memang dah mintak nyawa.  Lalu ke nak melantak lagi ni..??

Kami keluar dari bilik.  Dari tingkat atas ni, memang nampak tetamu sedang menjamu selera.  Bau sambal petai udang menusuk hidung.  Membangkitkan nafsu makan aku.   

Aku dan Marshila di dapur.  Entah kenapa tiba-tiba idea jahat datang mnjengah.  Tiba masa untuk balas dendam..

"Wei, kat mana mama simpan petai?", dengan makanan penuh di mulut, Marshila menuding jarinya ke arah peti ais.  Bingkas aku bangun.  Membuka pintu peti ais dan nampak satu tupperware putih bertutup rapat.  Aku ambil tupperware itu dan aku buka untuk lihat isinya.

"Ha ha ha, siaplah kau tengkujuh..", aku ambil tempat duduk semula.  Menghabiskan saki baki nasi yang tinggal.  Kemudian, segenggam petai aku masukkan ke mulut.  Aku kunyah bersungguh-sungguh.  

"Apa?", aku tanya Marshila bila dia memandang aku dengan tidak berkelip.  Pelik sangat ke aku sekarang ni?  ohh...

"Adalah..", aku bagitahu dia sebelum sempat dia nak tanya aku soalan yang bukan-bukan pada aku.  Tapi ketawaku dah melahar dalam usus besar.  Aduh...tak tahan dah ni....hik hik hik...

"Ju, kau bau petai lah...", Marshila menekup hidungnya..aku sambung ketawa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 02:48 PM | Show all posts
Wah....nanti dia hentam buang angin lari Tengku Man
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 03:53 PM | Show all posts
...mesti busuk erkkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2010 04:27 PM | Show all posts
jahat sgguh ju...siap buat mulut bau petai lagi nak jumpa tengku man
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 05:49 PM | Show all posts
apa kes la ju ni p mkan petai segala
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 05:49 PM | Show all posts
x sbar nak tau sapa tengkujuh tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2010 09:35 PM | Show all posts
"Shila, cepat tolong mama kemas dining table tu.  Tetamu dah siap makan.  Mama nak jamu air panas", perintah Makcik Ros.  Marshila yang sedang mencuci pinggan di sinki terus bergegas ke ruang makan.

"Ju, pergilah jumpa Tengku Man di luar tu, kasihan dia", Makcik Ros mengarah aku pula.  Aku teragak-agak.  Mulut ni dah rasa tak best.  Tiba-tiba rasa menyesal.  Adoi...padan lah dengan muka kau tu, Dian Juwita.  

"Mama...tak apa lah, Ju tolong Shila, ya?",

"Sudah, kasihan dia, kamu ikut pintu dapur", amboi...

Dengan berat hati, dengan segala beban yang ada di bahu, aku keluar.  Sarung sandal yang ada. Berjalan perlahan keluar dari pintu pagar rumah.  Tertinjau-tinjau.  

Kepala yang tak gatal, aku garu.  Alamak...kereta yang mana satu?  Ada tiga empat biji kereta yang parking di bahu jalan.  Takkan aku nak jenguk satu persatu.  Silap hari bulan orang kata aku nak merompak.  Perompak paling ayu pulak tu, ha ha ha...Ouchh...nyamuk di pipi aku tampar..Takkan kereta kancil...

Kaki menapak perlahan ke sebuah kereta kaler merah cili.  Entah jenis apa, aku tak pasti.  Sebab aku bukan dilahirkan di kilang kereta mewah. Aku cuma tahu kereta nasional aje.

Saat aku hampir mendekati kereta itu, terlihat satu susuk badan yang sedang menyandar di bahagian bonet belakang kereta.  Tengkujuh ker..??  Ishh...berdebar-debar ni.  Rasanya, masa nak exam SPM beberapa minggu lepas, aku tak ada lah rasa macam ni..

Nak tegur ke tak tegur?  Hati berbelah bagi..kalau tak tegur, tak tahu sapakah gerangan tengkujuh ni..tapi kalau tegur...mana tau...ishhh....tegur je lah, lepas tu buat perjanjian bertulis dengan dia...eh ! tak payah lah...nanti takut berpanjangan pulak...hati dah berbelah bagi...

Dan saat kaki melangkah untuk kembali ke rumah, si lelaki itu bersuara..

"Dian Juwita...", gulp....rasa macam tercekik tongkol jagung ni !!  Telinga aku ni ada masalah frekuensi ke?  Sempat aku pegang telinga aku..

"Dian Juwita..", lembut suara itu kedengaran ..tak syak lagi..!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.934428 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list