CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5790|Reply: 5

[Tempatan] Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM

[Copy link]
Post time 2-10-2024 08:13 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.


KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan produk berkenaan ialah Karisma Aqua Birds Nest yang mengandungi racun hidrokuinon manakala Skin Revolution - PAP - Blemish Control Serum dan Skin Revolution -PAP- Blemish Fade Cream masing-masing mengandungi clindamycin dan metronidazole.

Turut disenarai ialah Ufora Daily Treatment 10g yang mengandungi racun betamethasone 17-valerate, sementara Dnars Gold Debalen Cream (Night) dikesan mengandungi racun hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate.

"Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu dengan serta-merta.

"Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," menurut kenyataan itu.


Menurut KKM, produk yang mengandungi hidrokuinon, clindamycin, metronidazole, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.


Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.


"Hidrokuinon menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, manakala tretinoin menyebabkan kulit menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.


"Penggunaan clindamycin dan metronidazole memberi kesan mudarat kepada kesihatan dan boleh meningkatkan risiko kerintangan yang seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan, sementara betamethasone 17-valerate mengakibatkan kulit menjadi nipis, iritasi serta berjerawat," menurut kenyataan itu.


-- BERNAMA






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2024 09:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak beli produk tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Produk Dnars je prnh dngr tp xprnh laa beli..jenama yg lain² ats tu xprnh dngr..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:30 AM | Show all posts
Dnars ni dari dulu sampai sekarang tak habis2 ada kes merkuri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau produk yg masuk watson tu slmt kan? i beli kt watson je produk kpop..
xyah la pakai produk timbang kilometrico ni...blh detect kot muka berkilat produk thai
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.206112 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list