Between 1 and 10 children per 1,000 have Tourette's; as many as 10 per 1,000 people may have tic disorders,[3][4] with the more common tics of eye blinking, coughing, throat clearing, sniffing, and facial movements.
Nak tanye ni, pmcm korang boleh rasa suara diorang tu POWER ke, Pitchy ke, sampai bikin terharu2x ba ...
1NJ3 Post at 5-3-2011 01:36
hifwens.. untuk erti itu semua, kita kena tahu latar belakang u..
firstly, semua nada2 itu ada peraturan.. mereka menyebutnya sebagai bahasa music dan ia mengikut kaedah dan protocol tertentu...... sama juga dlm pembinaan laman web, maka anda ada standard bahasa httml, java yang harus dipatuhi semua, maka jika inj2 ingin membina browser sendiri selain ie, opera, firefox maka anda pun boleh, dan tiada masalah untuk view akan ia.
begitu jua dgn bahasa insyarat untuk org2 buta....
maka sebab itulah, music ini boleh di fahami insan di merata dunia, kerana mereka berkomunikasi dalam satu bahasa... keindahan music ini kita lihat dari melodinya, sesusunan nota dari suatu ke lainnya, yang mana jika terlalu agresif maka melodi itu akan lari, tetapi masih bergantung jua akan genre atau idea seseorg composer itu.. yg penting, dr sisi tradisinya, mereka mementingkan kesinambungan melodi antara satu nada ke nada yang lain, dan dari sisi music itu sebenarnya kita boleh serlahkan rasa isi hati ... dan ia memerlukan teknik agar melodi atau arrangement itu boleh mewakili apa yg ingin di sampaikan.. ada yg menggunakan gambaran alam, seperti deruan ombak deras untuk digambarkan rasa hati yg gelisah dan ingin merombak tinggi... jadi dalam arrangment kita akan pilih lebih instrument yg keras, permainan yg agak agresif, dan sebaiknya nota yg lebih tinggi... (bukan rekod suara alam lepas tu masuk kan kedalam lagu, tidak tidak, mainan dan susunan nota2 itu pun sendiri sudah boleh mewakili akannya... )
jadi dari situ , music itu akan tampil mewakili diri composer dan apa yg ingin di sampaikan oleh composer itu.... secara tidak langsung, music itu di appresiasikan dari alam... maka mereka yg mempunyai hati yg terbuka dan seni, dapat melihat music itu waima ia hanyalah melodi.... kerana melodi itu sendiri mewakili alam....atau diri u..... malah somehow, kita boleh letak cap jari kedalam music itu sebagai tanda diri u, dan ini kita namakan signature ...... inilah secara hakikatnya..... mengapa mewakili alam? kerana ada yg berkata minda manusia ini, melihat alam malah diri sendiri... perasaan diri kita jua, sebagai referensi, dan menterjemahkannya kedalam bentuk susunan nota2 .....
jadi setelah itu, bila kita sudah sebati akannya maka.....mungkin kita tidak perlukan referense ini, kerana once u dengar melodi 1 bar sebegini, oh otak akan by default mentafsirkannya sebagai, bar untuk kepiluan, bar untuk kegembiraan, bar untuk rasa cinta... verse verse nya...sebegituuuu
ai kira inilah bahasa laymen nya....
sekarang kita sudah ada music, jadi seiringnya adalah vocal... vocal pula lagi panjang ceritanya... kalau ai cerita ia akan mengharuskan ai menulis sgt2 panjang, dari segi konsepnya, falsafahnya etc... biarlah kita serahkan kepada sifu2 vocal macam sis sweet dan lain2 share....
so dgn kombinasi ini, dan melihat mata hati, barulah kita dapat benar2 merasai akan apakah itu music, jiwa .. dan cerita hakiki..
bagi ai, music itu sesuatu yg luarbiasa!!!! amat luarbiasa.. just u bayangkan kita tidak pernah dgr sesuatu irama itu...tetiba seseorg composer itu boleh menghasilkan irama yg indah... dan ia terbentuk sebegitu rupa dan hasilnya ia sungguh2 luarbiasa....
maka wajarlah bagi ai, jika seseorg composer itu menghasilkan sesebuah lagu, maka ia harus dibayar pada harga setinggi mungkin waima 20k hatta 40k sebuah lagu sekalipun.... begitu jua dgn vokalisnya..
pun begitu, tidak semua dapat merasai jiwa yg sama , jiwa itu tidak semua dapat appresiasi music itu sebagai sama antara one an another.. tetapi jika ia sudah boleh mampu membuatkan sejumlah org faham, dan sejumlah org itu minat... maka itu sudah dikira sebagai berjaya...walaupun istilah yg paling benar adalah jika music itu benar2 mewakili apa yg ingin disampaikan oleh sang pengkarya... well ia perlukan magis.. dan magis itu tidak datang selalu
apa2 pun ai kagum dgn penyanyi korea.... kerana mereka boleh berlakon melalui suara.. sura mereka boleh diterjemahkan dalam bentuk watak dalam nyanyian..... ia sungguh2 indah.. bila ehwal ini berlaku... sebuah music + vocal yg baik, akan menyebabkan memori kita atau pengalaman tertentu kita terakam dlm lagu itu dan tidak di makan masa! ....... yang mana, even 10 tahun dari sekrg tatkala kita terdengar lagu itu, semua memori/pengalaman kita itu akan terimbas kembali.. umpama dlm muvie... ia sgt2 ajaib dan luarbiasa...
dan benar... seseorg yg amat seni , cukup dgn hanya mendengar melodi.. dan dengar melodi itu sudah menagis merintih hiba... dan ada yg perlu akan vokalis, jadi dgn vokalis ini ia akan lebih memberi effect kerana sebahagian dari mereka yg mungkin org2 biasa sudah nampak gambarannya melalu melodi medium... tetapi masih ada lagi yg kurang nampak.... maka sebab itulah dewasa ini, mereka hatta telah memastikan bahawa setiap lagu itu disamping vokalnya ada , MTVnya, pelakon2nyaa......... dan jika setelah dilevel ini , seseorg itu masih tidak dapat erti akan ia... minda ai sendiri akan melangkau adat... tidak tercapai aqal ai untuk mengerti
sbb itulah, kita kena jauhi music2 yg membawa kpd keburukan.... kerana ia bukan shj memberi kesan kpd jiwa, malah saraf2 kita ini katanya... (pendapat personal )...
tengah marathon AI skang nih...1st time dengar the guys top 12.
Sapa mamat james tuh........so adam lambert wannabe, aku tengah masak terus kuar nak nengok sapa lah terpekik terlolong. Haiyoh......siap ader tail bagai Anyway, I give A for effort......teringat lak si Kara
Giler macam sore org tua si Scotty tuh. Tapi, apesal lagu country yg very de classic....so Kenny Rogers
Si Stefona tuh cam sore gayah jer, tapi sore camnih boleh jalan kalo wat pop song.
setelah menelaah dengan gigihnya..........rasanya potential eyecandy di mataku si James yg nyanyi lagu Judas Priest tuh. Mamat McD tuh kalo gi jumpa stylist pon hokay jugak kot cos dier cam ader aura Adam Levine of Maroon 5