|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: INDAHNYA PELITA RAMADAN
[Copy link]
|
|
Tashu replied at 20-3-2024 07:08 PM
Nasken Mahal nk mapuh... loni xtau la brapa Rego.
Kopi mesin murah2.
huhuhuhu...kita org sekin nie...pade make hok muroh jah la |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 20-3-2024 07:09 PM
Ooo saeng kawe Tu jenis rajin nanam
green thumb la tange dia tue |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-3-2024 07:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ciksurie replied at 20-3-2024 07:09 PM
kawe dok berehi kerabu kaki aye...sbb ma tak berehi..kawe ikut tekok ma
Mace2 la meksu ni, Serba X brehi. |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 20-3-2024 07:09 PM
wat2 X ingat kat zus bulan poso ni, bulan lain sekurang2nya seminggu sekali.
simpan duit kopi tue wat bekal hari raya |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-3-2024 07:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ciksurie replied at 20-3-2024 07:10 PM
huhuhuhu...kita org sekin nie...pade make hok muroh jah la
Kopi mesin harga mampu milik tp gak kopi dia kureng lah. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-3-2024 07:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ciksurie replied at 20-3-2024 07:11 PM
green thumb la tange dia tue
Yolo kot, Serba ada....kalu nk sayur leh mitok nge dia jah.
Woh nona pun ado, Manis leting. |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 20-3-2024 07:10 PM
Kohor panah
Kawe t-shirt bundle pun byk.
meksha...nok siap siap nok berbuka..nok off dulu..
selamat menjamu selera |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-3-2024 07:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ciksurie replied at 20-3-2024 07:11 PM
simpan duit kopi tue wat bekal hari raya
Yolo yolo.
Pas Raya Kita berzus lagi |
|
|
|
|
|
|
|
check-inmak aii lajuuunya
dah page 16..
petang semlm masih rumah lama page 90
bravooo
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-3-2024 08:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Vellfire replied at 20-3-2024 07:43 PM
check-inmak aii lajuuunya
dah page 16..
Hehehe, bila ratu2 bergabung |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa Johor terus pertahan kalimah ALLAH

JOHOR BAHRU - Johor akan terus mempertahankan kesucian Islam dengan memastikan pihak yang bertanggungjawab dalam isu kalimah ALLAH dikenakan tindakan tegas termasuk dibawa ke muka pengadilan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, bagi tujuan itu segala aspek perundangan berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Perlembagaan Persekutuan serta enakmen akan dipastikan dapat dikuatkuasakan.
Menurut beliau, tindakan tegas dan hukuman yang adil perlu dikenakan kepada pihak mencemarkan kemuliaan nama ALLAH terutama pada bulan Ramadan.
"Menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berhubung keprihatinan baginda terkait isu kalimah ALLAH.
"Saya mendukung penuh titah baginda, bahkan bertanggungjawab bagi terus mempertahankan kemuliaan Islam di Johor.
"Amat mendukacitakan apabila masih ada pihak yang tidak menghormati dan masih berani untuk menyentuh sensitiviti agama khususnya Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada malam Selasa.
https://www.sinarharian.com.my/a ... tahan-kalimah-allah |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-3-2024 08:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ciksurie replied at 20-3-2024 07:13 PM
meksha...nok siap siap nok berbuka..nok off dulu..
selamat menjamu selera
Pasni tekan butang ON pulak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Ribuan ikan mati dalam tasik akibat pencemaran loji kumbahan - JAS

Pencemaran dari loji rawatan kumbahan dikesan menjadi punca tasik Taman Matahari, Bandar Indahpura, Kulai, tercemar pada Selasa
KULAI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor sedang menyiasat kejadian ribuan ikan ditemukan mati dalam tasik Taman Matahari, Bandar Indahpura dekat sini pada Selasa akibat pencemaran dari Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Ling Tian Soon berkata, siasatan dilakukan satu pasukan JAS Johor pada jam 9.40 pagi dan mengesahkan aduan awam yang dibuat itu adalah berasas.
"Hasil siasatan mendapati pencemaran air tersebut adalah berpunca daripada sebuah loji rawatan kumbahan. Hasil pemerhatian mendapati terdapat efluen kelihatan hitam dalam longkang loji tersebut.
"Siasatan lanjut oleh pasukan penyiasat JAS Johor mendapati sistem rawatan komponen loji tersebut mengalami kerosakan dan gagal berfungsi dengan baik.
"Loji tersebut juga disyaki melakukan pelepasan efluen kumbahan secara pintasan (bypass)," katanya dalam satu kenyataan pada malam Selasa.
Beliau berkata, bacaan in-situ juga telah diambil di laluan efluen keluar loji dan juga air kolam dan mendapati bacaan status kualiti air bagi kedua-dua lokasi berkenaan merosot.
"Arahan lapangan dan notis arahan dikeluarkan kepada loji tersebut untuk menghentikan pencemaran serta membaiki sistem STP dengan serta-merta," katanya.
Penguatkuasaan susulan katanya, telah dilaksanakan Unit Penguatkuasaan Industri JAS Johor bersama-sama Bahagian Kesihatan serta Bahagian Kejuruteraan dari Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) terhadap loji tersebut untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"Pemantauan berterusan terhadap keadaan air tasik Taman Matahari serta status pematuhan loji rawatan kumbahan tersebut akan dilakukan," tambahnya.
Sebelum ini tular video di tasik berkenaan dalam media sosial yang memaparkan ribuan ikan terapung-apung mabuk dan mati dipercayai akibat airnya yang tercemar.
https://www.sinarharian.com.my/a ... loji-kumbahan---jas |
|
|
|
|
|
|
|
Pemilik restoran 'steamboat' sedia bayar pampasan

TEMERLOH - "Kami bersedia bekerjasama untuk pampasan dengan mengikut segala prosedur yang betul," kata pemilik restoran 'steamboat', Mohd Sofrizam Mohd Yusof, 39, selepas tujuh beranak melecur apabila alat dapur memasak (tin butane gas) meletup secara tiba-tiba pada 9 Mac lalu.
Menurutnya, permohonan maaf telah dibuat serta berjumpa dengan keluarga tersebut selain mengadakan perbincangan untuk tindakan seterusnya.
"Kita kesal atas kejadian yang menimpa keluarga tersebut dan tanggungjawab kami membantu sehabis baik dalam hal ini.
"Sebelum ini, kita hanya mengikut prosedur yang dinasihatkan oleh peguam dan tidak membuat sebarang kenyataan awal kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.
Tambahnya, laporan polis telah dibuat selain pihak bomba untuk melakukan siasatan atas kejadian yang berlaku.
"Buat masa ini, kita menyeru agar orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," ujarnya lagi.
Mengakui insiden itu telah menjejaskan perniagaan miliknya dan pekerja, Mohd Sofrizam menjadikan insiden itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berhati-hati selepas ini.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Suris Mihat memberitahu, lesen premis perniagaan itu digantung sementara waktu bermula Selasa hingga 25 Mac ini untuk siasatan susulan kejadian tersebut.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan makan malam tujuh beranak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak 'steamboat' meletup.
Mangsa, Noraini Abdullah, 53, berkata, kejadian jam 7 petang itu berlaku sekelip mata ketika dia bersama suaminya, Ayob Harun, 59, dan empat anaknya, Fatin Nabilah, 29, Arif Fauzan, 26, Arif Fahmi, 23, Arif Fahin, 21 serta menantunya iaitu suami kepada Fatin, Azrul Fazrin Asri, 28, sedang menjamu selera.
https://www.sinarharian.com.my/a ... edia-bayar-pampasan |
|
|
|
|
|
|
|
TQ dik Tashu..

|
|
|
|
|
|
|
|
Adib ‘Pisang Goreng Cheese’ Dah Jadi Juruterbang

Jejaka tampan bernama Abdul Adib yang sebelum ini tular dengan trademark ‘biasa, maksudnya?’ sewaktu menjual goreng pisang cheese pelbagai perisa difahamkan sudah pun menemui kerjaya yang diingininya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adib Banana Dibs Dakwa Kedai Cawangan Melaka Disihir – ‘Duit Syiling Bertaburan, Ada Benda Yang Tutup’
Adib ‘terbang’ tinggi ke awan
Terbaharu, Adib sudah bergelar seorang juruterbang bagi sebuah syarikat penerbangan menerusi satu video yang dimuat naik wanita bernama Anaqah Ismail.
Menerusi video tersebut, wanita tersebut yang juga merupakan juruterbang dilihat mengusik Adib dengan menyebut trademark yang pernah menjadi tular dan fenomena di TikTok satu ketika dahulu.
‘Excuse me, sir?’ Adakah kamu tahu cara cara bercakap? Bercakap seperti ‘biasa?’
Dalam pada itu, Anaqah sempat berseloroh mengatakan bahawa dia perlu ke Kajang untuk mendapat pisang goreng cheese kerana pemilik bisnes berkenaan tidak membawanya sekali ke atas pesawat.
Biasa? Biasa maksudnya? Terbang bersama ‘abang pisang chees’ tapi saya tak dapat rasa satu pun hari ini.
Mungkin saya perlu ke Kajang untuk merasainya.
Hantaran tersebut meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah buat Adib yang kini sudah pun bergelar juruterbang.
https://ohbulan.com/adib-pisang- ... h-jadi-juruterbang/ |
|
|
|
|
|
|
|
Kes Kelar Anak: Dr Say Gesa Orang Ramai Tak Cepat Menghukum – ‘Saya Pernah Tergoncang Baby Sebab Stres’

Sabtu lalu, negara dikejutkan oleh berita seorang ibu didakwa mengelar leher anak lelakinya sehingga maut.
Perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuk doktor perubatan dan personaliti media sosial, Dr Say Syazril.
https://ohbulan.com/video-kes-ke ... g-baby-sebab-stres/ |
|
|
|
|
|
|
|
Zoey Rahman Disekat Di Media Sosial Selepas Tolak Cinta Mass Factorz – ‘Kami Baru Kenal, Jumpa Pun Belum Lagi’

Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman akui terkejut apabila seorang wanita dikenali sebagai Mass Factorz yang sering mengadakan siaran langsung bersama di TikTok secara tiba-tiba meluahkan perasaan terhadapnya untuk menjadi kekasih.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Setelah 6 Tahun Aku Pakai Braces, Ini Kali Pertama Aku Dimalukan’ – Zoey Rahman
https://ohbulan.com/zoey-rahman- ... mpa-pun-belum-lagi/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dilapor Tidak Sihat, Bayi Tiga Bulan Maut Di Rumah Pengasuh
Dilapor Tidak Sihat, Bayi Tiga Bulan Maut Di Rumah Pengasuh
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan dilaporkan meninggal dunia semasa berada di rumah pengasuhnya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, bayi itu baru sahaja dua hari berada di bawah jagaan pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya.
Pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian menghibakan tersebut daripada Pegawai Perubatan Hospital Putrajaya pada 1.04 petang, pada Selasa.
“Difahamkan, pengadu menerima bayi berkenaan yang dibawa pengasuh pada 11.45 pagi, namun semasa tiba di zon merah bayi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada tanda hidup.
“Pengasuh turut memaklumkan telah melakukan bantuan pernafasan sejak dari rumah dan diteruskan di unit kecemasan selama 30 minit namun bayi itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.16 tengahari,” katanya seperti dilaporkan oleh Astro AWANI, pada Rabu.
Ujar Asmadi, hasil pemeriksaan fizikal ke atas bayi tersebut tidak menemui sebarang kecederaan. Justeru, jasad bayi malang itu diserahkan kepada Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Bayi tidak sihat sudah seminggu, maut di rumah pengasuh
Tambahnya, pihak polis juga sudah mengambil keterangan daripada ibu bapa mangsa serta pengasuhnya.
“Bapa mangsa memaklumkan anaknya dihantar ke rumah pengasuh ketika hari kejadian dalam keadaan tidak sihat kerana mengalami batuk seminggu sebelum ini.
“Ibu mangsa pula berkata, Isnin lalu, anaknya telah dihantar ke sebuah Klinik di Presint 18 untuk pemeriksaan kesihatan dan telah dimaklumkan doktor bahawa keputusan X-Ray menunjukkan mangsa tidak mengalami sebarang masalah.
“Ibunya memaklumkan, doktor di klinik itu memberikan ubat batuk dan ubat gatal dan dia hanya memberikan ubat batuk kepada anaknya itu,” kata Asmadi lagi.
Manakala pengasuhnya pula memberitahu dia menjaga empat orang kanak-kanak termasuk mangsa.
“Bayi berkenaan dihantar pada jam 8 pagi oleh ibunya dan berada dalam keadaan hendak tidur dan tiada masalah namun dia dimaklumkan bahawa mangsa ada sedikit batuk dan kemungkinan berkahak.
“Selepas solat Duha, pengasuh menyedari mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri apabila mahu dikejutkan untuk menyusu.
“Pengasuh turut melakukan bantuan pernafasan kepada mangsa namun mendapati terdapat sedikit darah keluar di lubang hidung kiri bayi itu,” katanya.
Kata Asmadi, pengasuh terus menghubungi talian kecemasan serta memaklumkan ibu bapa mangsa dan segera membawa bayi itu ke hospital.
“Difahamkan, pengasuh pernah mengikuti kelas bantuan pernafasan beberapa kali semasa bekerja di sebuah hotel sebelum ini.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh,” ujarnya.
https://siakapkeli.my/2024/03/20 ... -maut-tersedak-susu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 20-3-2024 12:36 PM
Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Papan Tanda “AH” Di Lebuhraya

Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Papan Tanda “AH” Di Lebuhraya
Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Papan Tanda “AH” Di Lebuhraya
Seperti yang kita ketahui, papan tanda jalan raya berfungsi untuk memberi panduan, amaran, larangan dan maklumat kepada pengguna jalan raya.
Sebagai pengguna jalan raya, sudah tentu ada perasan dengan perbezaan setiap papan tanda ini. Ada yang warna biru, hijau, coklat dan ada juga yang ada huruf dan nombor. Ia membuat kita tertanya-tanya, apakah makna di sebalik warna dan huruf tersebut.
Jika anda perasan, terdapat papan tanda AH2 dengan latar hitam selain daripada papan tanda susur keluar. Namun, hanya segelintir orang saja tahu apa maksud disebalik papan tanda tersebut.
AH2 dikenali sebagai Asian Highway atau Lebuhraya Asian
Menurut portal Road Traffic Technology, AH adalah singkatan kepada Asian Highway atau Lebuhraya Asian.
AH adalah rangkaian lebuhraya sepanjang 141,000km yang merentasi 32 negara setakat ini dan turut menghubungkan Asia dengan Eropah. Pembinaan lebuhraya ini sentiasa berjalan serta ditambah baik dari semasa ke semasa.
Road Traffic Technology berkata, AH adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan Darat Asia (ALTID).
Pembinaannya juga turut disokong oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP).
Sudah 50 tahun projek Rangkaian Lebuhraya Asia dilaksanakan di seluruh dunia
Projek berkenaan dimulakan pada 1959, fasa pertama projek berjalan dengan baik selama sedekad dari 1960 hingga 1970. Namun, proses pembangunan mula perlahan akibat penggantungan bantuan kewangan pada 1975.
Projek tersebut kemudian diteruskan semula pada era 80-an dan 90-an selepas keadaan politik dan perkembangan ekonomi semakin baik.
Pada 1992, pembangunan AH seterusnya diletakkan sebagai sebahagian daripada ALTID.
Seterusnya, Perjanjian Antara Kerajaan (IGA) berkenaan projek ini berjaya diwujudkan dalam satu persidangan yang diadakan di Bangkok pada November 2003.
Susulan itu, sebanyak 23 negara kemudian menandatangani IGA ketika sesi ke-60 suruhanjaya ESCAP yang diadakan di Shanghai pada April 2004. Bilangan negara yang mengambil bahagian sebanyak 28 buah negara pada 2007 yang kemudian meningkat kepada 32 buah negara pada 2008.
Dalam projek berkenaan, China merupakan pelabur terbesar diikuti India dan Rusia.
Antara negara yang terlibat dalam projek Lebuhraya Asia
Menurut portal itu lagi, AH merentasi beberapa negara di seluruh dunia.
AH terbentang merentasi Afghanistan (4,247km), Armenia (958km), Azerbaijan (1,442km), Bangladesh (1,804km) dan Bhutan (167km).
Manakala di Kemboja pula, AH dibina sepanjang 1,339km, di China sehingga 25,579km, Korea Selatan (1,320km) dan Georgia (1,154km).
Lebuhraya itu seterusnya melalui kawasan sepanjang 11,432km di India, 3,989km di Indonesia, 11,152km di Iran, 1,200km di Jepun, 13,189km di Kazakhstan dan 1,695km di Kyrgyzstan.
Kemudian, diteruskan sepanjang 2,297km di Laos, 1,595km di Malaysia, 4,286km di Mongolia, 3,003km di Myanmar, 1,321km melalui Nepal, 5,377km di Pakistan, 3,517km di the Filipina, 907km di Korea Selatan, 16,869km di Rusia dan 19km di Singapura.
Laluan AH di sepanjang sistem jalan raya antarabangsa, merangkumi 32 negara
Secara keseluruhan, jalan-jalan ini dibahagikan daripada AH1 hingga AH83. Manakala AH2 adalah laluan sepanjang 13,107km yang ada di dalam AH.
Laluan ini bermula dari Denpasar, Indonesia menuju ke Khosravi, Iran merentasi Singapura, Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Bangladesh, Nepal dan Pakistan.
Sementara itu, AH3 sejauh 7,331 melalui Ulan-Ude, Rusia ke Tanggu, China dan Shanghai, China ke Chiang Rai, Thailand dan Kengtung, Myanmar.
Manakala AH4 sejauh 6,024km dari Novosibirsk, Rusia ke Yarantai, Mongolia dan kemudian dari Urumqi, China ke Karachi, Pakistan.
Perjalanan AH5 dari negara timur iaitu laluan 10,380km bermula dari Shanghai, China ke sempadan Turki-Bulgaria. Ia melalui Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Azerbaijan dan Georgia. Kemudian, ia bersambung ke AH1 di barat Istanbul.
AH6 sepanjang 10,475km menghubungkan Busan, Korea Selatan ke sempadan Rusia-Belarus. Ia kebanyakannya bertepatan dengan Lebuhraya Trans-Siberia dan Laluan Eropah E30.
AH7 merupakan lebuhraya sepanjang 5,868km antara Yekaterinburg di Rusia dan Karachi di Pakistan, manakala AH8 adalah laluan sejauh 4,718km dari sempadan Rusia-Finland ke Bandar Imam di Iran.
https://siakapkeli.my/2024/03/20 ... da-ah-ini-maksudnya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|