|
kenapa dayah tak suka taufik... ? |
|
|
|
|
|
|
|
taufik merajuk la pulak....
dayah tau x nak pujuk ni???
ke dayah wat dono je???? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau taufik merajuk jenuh la dayah nk pujuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk cara Dayah pulak pujuk Taufik |
|
|
|
|
|
|
|
Dayah tgh perah otak camne nk pujuk taufik ke..sampai skrg x muncul2 lg |
|
|
|
|
|
|
|
taufiq x abis merajuk lg ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kali ini giliran Hidayah pulak kena lembut hati pujuk taufik. |
|
|
|
|
|
|
|
DAYAH x pujuk TAUFIK lagi ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
Dayah tengah blur tak tahu Taufiq pun pandai merajuk. Hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
mana dayah n taufik nie??? |
|
|
|
|
|
|
|
nape sunyi jer umh ni....
tuan majuk ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir jam sepuluh malam baru batang hidung Taufiq kelihatan. Dengar saja bunyi pintu dibuka dari luar, lekas-lekas Dayah berlari masuk ke bilik. Yakin itu memang adalah Taufiq - kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam tubuh lelaki dewasa.
Cis! Entah apa kena dengan cikgu Taufiq hari ini, tiba-tiba tarik muka empat belas. Muncung sedepa. Kalau cantik tak pe la, ini macam lempeng basi saja! Hidayah membebel dalam hatinya. Geram dengan gelagat si tua bangka yang perasan tu. Merajuk eh, tak pe...merajuklah. Tak hingin aku pujuk!
Lampu ditutup. Lekas-lekas dia meloncat ke atas katil. Pegun. Pura-pura tidur dengan lena kononnya. Dan lebih dramatik, sengaja pula pintu biliknya itu dibiarkan terbuka. Eh, apa motip aku tak tutup pintu? Patut aku kunci ketat-ketat supaya Taufiq tahu-aku tak hingin pujuk orang tua merajuk. Merajuk sikit lari keluar rumah, merajuk sikit lari keluar rumah. Peeegiii daaah! Hatinya membebel lagi. Amboi...sedapnya Dayah kamu mengata itu ini.
“Assalamulaikum...” suasana gelap gelita. Cuma televisyen saja masih menyala dan menayangkan drama entah apa. Eh, awal pula tidur anak singa ni. Biasanya malam-malam bukan main aktif lagi. Malas memikirkan hal perempuan itu, dia melangkah lesu ke biliknya. Diperhatikan bilik Dayah. Gelap.
Dia melangkah masuk perlahan. Hidayah sedang terbongkang macam anak singa kenyang atas katil. Taufiq tersenyum. Perempuan ni memang ganas. Bantal peluk dalam pelukan Dayah kemek dan terkulai. Taufiq membayangkan kalau dia dipeluk Dayah begitu...aduhai....Dayahlah yang akan terkulai dan lentok. Amboi...ada hati juga nak menggatal na..
“Alah, tak payah pura-pura tidurlah. Biji mata bergerak-gerak. Konon!” Taufiq melangkah keluar. Elleh, macamlah dia tidak perasan semasa lalu di koridor tadi, dari bawah pintu tiba-tiba cahaya seluruh rumah jadi gelap. Dan bunyi tapak kaki berlari kelepek-kelepek masuk ke bilik. Hidayah memang banyak trick! Hari ni hari kau!
“Macamlah orang tak dengar dia berlari masuk bilik tadi. Siap bergegar bergoyang lagi.” Pintu bilik Dayah ditutup.
Dayah bangkit. EEE....geramnye! Lakonannya memang tak jadi. Tak pe. Dia termenung pula, lututnya dipeluk. Tadi macam merajuk. Dah ok kot? Dayah garu kepalanya yang tidak gatal. Betul jugak. Kalau merajuk mesti dia tak masuk bilik aku punya. Mesti dia tak cakap apa-apa. Sah! Taufiq dah sejuk.
Tiba-tiba rasa lapar pula. Tadi dia tidak sempat jamah apa-apa pun. Niatnya mahu makan maggi untuk mengalas perut batal tiba-tiba bila dia terdengar Taufiq buka pintu tadi. Cis! Ingatkan merajuk sampai lari dari rumah. Jadi sekarang dia terpaksa menahan lapar dan perut yang menyanyi dangdut.
Dipulasnya tombol pintu perlahan-lahan. Risau jika bunyinya akan mengejutkan Taufiq pula. Perlahan-melangkah keluar. Diperhatikan pintu bilik Taufiq. Mahu saja aku bagi satu tendangan padu. Biar roboh pintu bilik Taufiq. Keh keh keh... dia ketawa dalam hati.
Wah...bestnya makan maggi. Harap-harap malam ni dia tidak perlu kongsi dengan anak gergasi yang kuat makan tu. Ya, baru petang tadi Dayah perasan yang Taufiq ni memang kuat makan. Ops! Bukan, bukan. Kalau untuk anak gergasi, bukan ‘makan’ tapi ‘mentekedarah’. Isk, kalau sudah mentekedarah tu bukan lagi anak gergasi, tapi bapak gergasi. Kehekehkeekhe...Dayah geli hati. Hatinya mengejek-ngejek Taufiq.
Dari petang tadi, Dayah geram betul dengan TAUfiq. Tapi dia tahan saja bila Taufiq buat muka kesian. Aduh...Taufiq memang pandai main psikologi!
Tangannya ligat mempong sayur. Kalau masak maggi memang tak sah kalau tak ada sayur. Kusyukya dia...
Ewah, ewah...konon-konon tadi tidur mati. sekarang sedap-sedap masak maggi kat dapur lupa laki sendiri. OO...ada hati nak mencekik sorang ya bini aku ni. Taufiq bercekak pinggang di belakang Dayah. Berbulu saja dia tengok Dayah enak-enak menumis bawang dalam periuk. Tersengih-sengih. Ni memang sah tengah mengata laki sendiri dalam hati ni. |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
hehe..dengan seronoknya dipersembahkan sambungannya..
Eh, seciputnya. ingat panjang berjela dah tadi.
p/s; ingat nak ke Dayah pujuk Taufiq? sorilah...... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dayah tak suka taufik... ?
Syafiya Post at 21-10-2011 09:37
bukan tak suka apa, ego sikit. lagi pun Dayah kan baru putus tunang, tup tup TAUfiq masuk meminang n terus kawin... ala kena paksa rela dengan Hj. baharin gitu. geramlah Dayah. tu tanda dia protes pada bapak dia, jadi taufiq jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
DAYAH x pujuk pun... |
|
|
|
|
|
|
|
tak dak orang nak pujuk pun kalo majok.
pe kata adrianaqistina nyanyi2 sikit..xla sunyi ...
sakurakuri Post at 31-10-2011 21:41
x nk la kak nanti laen lak jg nya.......... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|