Post Last Edit by 7teen at 23-2-2012 16:13
"MEREKA sangat suka mengenakan kita..Berjaga-jaga" ![](static/image/smiley/onion/smile.gif)
Assalamualaikum dan selamat petang buat para forummers semuanya, berkat kasih sayang Allah sekali lagi saya nak share stori dekat sini..Harap dapat dijadikan panduan dan batasan dalam hidup..
Neyh bukanlah kejadian yang menyeramkan tapi bolehlah dikatakan sebagai kejadian terkena dek penangan makhluk-makhluk Allah yang lain selain manusia neyh..Dan kejadian neyh boleh diklasifikasikan sebagai umum dan tidak perlu kelulusan dari Lembaga Penapisan Penulisan (LPP)..
Kejadian neyh berlaku masa kitorang nak amik exam final semester..Dekat maktab kitorang neyh, semua orang nak target 4.00 flat untuk Purata Nilai Gred (PNG)..nak2 pulak budak2 yang selalu dapat Principal Honor macam saya dan Choki(tak berniat nak riak)..Kitorang memang suka jadi partner dalam belajar..
Malam kejadian neyh, semua orang fokus buat drilling dan latihan contoh2 past year question yang ada dalam simpanan memasing.Saya dan Choki pulak memang dah ada date dengan abang Chinese neyh untuk ajar kitorang Matematik.So,budak2 Tingkatan 2 semuanya studi dekat Bangunan Kemahiran while budak2 Tingkatan 1 samapi 5 belajar dekat Bangunan Akademik,Jadi,kami berdua pun jumpalah abang Chinese form 4 neyh dekat kelas kosong belakang Bilik Guru.
Kelas kosong belakang Bilik Guru tue memang tak digunakan dan hanya sekali-sekala digunakan untuk tujuan P & P.Kelas neyh lengkap dengan alatan pengajaran dan hanya dihadkan penggunaannya untuk guru-guru yang dah agak veteran..Almaklumlah,guru2 veteran neyh ada masalah sikit nak turun naik tangga selalu kan?
Sepanjang masa prep malam tue memang sangat sunyi sepi..Semua orang memang sangat tekun menelaah nota2 yang perlu dihadam otak dan digunakan esok untuk jawab peperiksaan dengan cemerlang.Memang kalau dari kelas kosong yang kami gunakan neyh nampak jelas kelas2 di bangunan Kemahiran tue..Takda sorang pun pelajar yang berlegar-legar di kaki lima kelas.
Bila prep malam tue dah nak berakhir dalam 10 minit lagi, saya dan Choki pun mintak dirilah daripada abang Chinese neyh..Kitorang nak kemas beg dan meja sebab kelas akan digunakan sebagai dewan peperiksaan starting esok untuk 2 minggu..Kami berdua pun bergegaslah ke kelas kami yang terletak di Bangunan Kemahiran.Kitorang ikut tangga yang menghubungkan Bangunan Akademik dan Bangunan Kemahiran..
Bila sampai dekat kaki lima Bangunan Kemahiran je, kitorang berdua rasa pelik sebab tak dapat nampak sorang pun pelajar dalam kelas2 dekat Bangunan Kemahiran tue..Cuma kelas yang kosong dalam gelap.Lampu koridor je yang hidup.Kelas-kelas sume nampak lengang seolah-olah semua orang dah tinggalkan kelas-kelas tue awal-awal dah..
Tetiba jek,si Choki dan saya nampak ada lembaga lelaki dengan troli kecik tengah menyorong troli dia.Rasa pelik jugak sebab laboratory dekat Bangunan Akademik bukannya dekat Bangunan Kemahiran neyh.
" Pak cik ada nampak budak-budak lain tak, pak cik?"
Pak cik diam je tanpa menjawab soalan kitorang.Sikit-sikit pak cik dengan troli neyh datang dekat ke arah kitorang berdua.Dia tolak troli dia perlahan-lahan.Ada benda bulat yang dia bawak atas troli tue.Wajah pak cik neyh pun mula nampak jelas sikit pada pandangan mata kitorang berdua neyh..
Ya Allah!masa kitorang dapat nampak muka pak cik yang bawak troli tue,berderau darah kitorang.Kepala pakcik tue takde pada tempatnya.Benda bulat yang ada atas troli tue pulak rupanya kepala pak cik neyh.Mata pak cik neyh terkebil-kebil pandang kitorang.Leher pak cik tue memancut-mancut keluar darah.Tangan pak cik tue pulak menggerutu dan boleh nampak urat2 yang berdenyut-denyut.Kulit-kulit yang menggelupas pun dapat nampak pada tangan pak cik neyh.![](static/image/smiley/onion/scare.gif)
Time kiorang bukak langkah nak lari tue,pak cik neyh berlari ke arah kami seakan-akan nak menerkam kitorang berdua.Kitorang pun apa lagi, sambung lari sambil jerit-jerit sebab ketakutan.Dah lah masa tue suasana sekeliling sangat gelap.Kitorang tambah kelajuan sebab tak nak diapa-apakan pak cik troli tue..Kitorang berlari turun ikut kawasan belakang Bangunan Kemahiran tue ikut tangga belakang.
"Fuh..Lega!"
"Kau nampak kan benda tue?"
"Nampak.Rasanya tak lah seberapa kan daripada biasa?"
"Aah.Tak seberapa.Yang tak seberapa nie lah yang kau berlari macam pelesit erk?"
Alang-alang tempat kitorang lari tue dekat dengan bilik kawalan suis utama, kitorang pun amik chance untuk masuk dan check suis2 kat situ.Masa check tue,suis semuanya okey.So,kitorang decide untuk tentukan yang kitorang nak naik atas balik untuk make sure yang kitorang tak salah tengok.
Kitorang masa nak naik tue memang terbongkok-bongkok jugaklah sebab takut kalau-kalau benda neyh nampak kehadiran kitorang.Tengah-tengah kami nak check tue lah, lampu yang gelap-gelita tue jadi terang balik.Semua jadi bercahaya.Kitorang agak terkejut sebab bila lampu-lampu tue dah hidup balik,semua orang dalam kelas yang berdepan dengan kaki lima,tempat kitorang main aci kejar dengan pak cik troli tue pandang kitorang dengan muka penuh tanda tanya.Diorang semua tengah kemas beg nak balik dorm.Ada jugak yang tanya,"Korang tak penat ke main kejar2 tadi?Choki jerit macam perempuan"
P/S : Jadi berhati-hati, "mereka' suka menyakat dan mengenakan orang2 yang tak bersiap sedia..Ingat Allah selalu..![](static/image/smiley/onion/full.gif)
|