|
redsentra posted on 29-11-2012 11:55 AM
cian lisa....sally ni mesti muka dia ala ala anzalna dlm adam dan hawa kan...witch abis
Cian anzalna..tak sepasal.. Haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Sherasi posted on 29-11-2012 01:45 PM
Edisi utk mkn pg dah ada, utk mkn tengahri n mkn ptg mana tuan tanah.... Citer ni memang kababommm ...
Tak sempat..citer dalam lappy..g kelas tak bwk lappy..mlm karang lah hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 29-11-2012 01:13 PM
Terubat rindu cik kt cerita ni...cik curi2 gak masa baca cite ni..walaupn harini cik berkursus...
h ...
Macih cikkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
avatar awak tu siapa..kiut betul budak tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 29-11-2012 10:41 AM
BAB 17
Setelah dipaksa makan ubat dan minum segelas susu oleh Tengku Dennis, Lisa bangun untuk m ...
Sian lisa...trauma lak jadinya...elokla TD nikah aje ngan lisa tuh...tutp citer...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuan umah, mana sambungan...apa jd seterusnya...agak2 si lisa ni akn pindh ke penthouse TD pulak ke?....huhu...
Agak2 ini ghuper penthouse TD...fulamk...luas pandangn... |
|
|
|
|
|
|
|
Sherasi posted on 29-11-2012 01:45 PM
Edisi utk mkn pg dah ada, utk mkn tengahri n mkn ptg mana tuan tanah.... Citer ni memang kababommm ...
Sabau naaa.. Bagi time dinner lah eh hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 29-11-2012 02:14 PM
Tuan umah, mana sambungan...apa jd seterusnya...agak2 si lisa ni akn pindh ke penthouse TD pulak ke? ...
open betol penthousenya...cantik!
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 29-11-2012 02:11 PM
Sian lisa...trauma lak jadinya...elokla TD nikah aje ngan lisa tuh...tutp citer...
nak tutup citer dah ke? kalau nak tutup boleh aja...hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab posted on 29-11-2012 02:01 PM
avatar awak tu siapa..kiut betul budak tu....
tak tau..amik kat gugel
|
|
|
|
|
|
|
|
Sherasi posted on 29-11-2012 01:45 PM
Edisi utk mkn pg dah ada, utk mkn tengahri n mkn ptg mana tuan tanah.... Citer ni memang kababommm ...
masih sudi baca...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuan tanah mana smbungan nya ni? Nmpak Gaya kena tapau utk supper skali ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana pulak tuan tanah kedaung ni... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 18
Sudah lebih sebulan Lisa tinggal di penthouse milik Tengku Dennis. Kad pengenalannya juga sudah siap. Buat masa sekarang Tengku Dennis masih belum bertanya bila dia akan pulang ke rumah atau ke Kelantan, rumah saudara yang kononnya tinggal di situ. Lisa sudah berfikir panjang, dia harus pergi dari sini dan memulakan hidup baru. Sampai bila dia mahu bergantung pada Tengku Dennis.
Memanglah buat masa sekarang lelaki itu langsung tidak mengungkit tapi bagaimana esok dan hari seterusnya. Lagipun tidak elok untuk dia tinggal serumah dengan lelaki, walau apa pun Tengku Dennis tetap seorang lelaki, bagaimana kalau suatu hari nanti lelaki itu bertindak diluar kewarasan? Sudah seminggu Lisa memikirkan hala tuju hidupnya sejak kad pengenalannya siap.
Lagi pun dia agak tidak betah dengan keadaan rumah Tengku Dennis yang dipenuhi arak. Telah disediakan satu mini bar untuk menyimpan arak dan wine dari seluruh dunia. Gelas-gelas berkaki tinggi megah bergantungan di ruangan itu. Ruang khas untuk bersantai sambil menikmati minuman keras itu juga disediakan. Minuman tersebut sudah sebati dengan diri Tengku Dennis, seolah-olah yang diminumnya hanyalah minuman berkarbonat.
Pernah juga Lisa cuba untuk menasihati dan menegur tapi akhirnya dia akan di marahi kembali. Perangai Tengku Dennis menakutkan dan lagaknya seperti seorang gangster. Dua hari lepas pernah Tengku Dennis membawanya keluar makan malam, ramai yang menegur Tengku Dennis apabila berselisih seolah-olah satu Kuala Lumpur kenal dengan Tengku Dennis. Lisa mengesyaki ada sesuatu tentang lelaki itu yang dia tidak tahu.
Wajah Mikail mencuka, dia sakit hati. Hari ini sahaja 5 orang budaknya terbunuh. Semua gara-gara geng black dragon. Mikail tidak puas hati, kenapa dia tidak dibenarkan berurus niaga di kawasan ini. Bukannya ada cop mohor yang menunjukkan kawasan tersebut hak milik kekal black dragon. Sudah bermacam cara dia cuba untuk mempengaruhi orang-orang dikawasan itu supaya menjalankan transaksi dengannya namun gagal.
Dari sebesar-besar peniaga sehinggalah yang jalanan, masing-masing langsung tidak mahu bekerjasama. Itu membuatkan Mikail bertambah bengang dan meluap-luap perasaannya untuk mengenali siapa ketua black dragon.
“Mika…aku rasa kita tak boleh buat bisnes la kat sini. Semua tempat black dragon sudah pegang, mana lagi kita mau berniaga…sudah 2 bulan kita kat Malaysia, satu tempat pun kita belum boleh masuk tau,” ujar Jimmy, dia runsing. Black dragon lebih kuat dari yang dijangkakan.
“Habis tu, kau nak balik tangan kosong? Aku tak kan mengalah. Aku nak cari siapa ketua black dragon dan aku nak tuntut bela atas kematian abang aku.” Mikail kelihatan bersungguh-sungguh saat menuturkannya. Jimmy hanya menggeleng, Mikail sudah lari dari tujuan asal.
“Kau sebenarnya hanya nak tuntut bela atas kematian abang kau kan? Kau bukan serius nak conquer tempat ni.” Teka Jimmy.
“Memang betul aku nak tuntut bela atas kematian abang aku tapi aku juga nak conquer semua yang pernah menjadi milik black dragon. Aku nak hancurkan mereka, satu persatu…sehinggakan nama black dragon terus luput dari ingatan semua,” tutur Mikail lagi. Kepulangannya ke Malaysia bersebab, jika tidak kerana abangnya, Mikail lebih senang berada di Amerika. Menguruskan perniagaan di sana lebih senang berbanding di Malaysia walaupun Malaysia negaranya. Di Amerika, semua orang sudah mengenalinya. Di sini dia harus berusaha kuat untuk membina empayarnya.
“Sudah, aku tak nak discuss pasal ni lagi. Kita datang sini nak enjoy kan, buat apa nak kusutkan kepala. Minum-minum…malam ni aku belanja! Cheers!” gelas diangkat tinggi dan bersambut dengan rakan-rakan mereka yang lain termasuk Jimmy. Mereka ketawa kuat, melawan alunan muzik yang bergema dalam kelab malam terkenal itu.
“Kau nampak lelaki yang berkemeja biru gelap tu? Dialah budak baru yang cuba masuk port kita tapi satu geng pun tak layan. Mereka semua loyal dengan kita.”
“Budak tu macam sebaya kita je…aku nak kau siasat pasal dia dan suruh orang-orang kita lebih berhati-hati. Muka-muka baru macam ni tak boleh di ambil ringan, barang baru…biasalah, orang akan mula tertarik tapi make sure tempat kita tak kena kacau.” Tengku Dennis memberi arahan kepada Razman.
Dari jauh dia merenung lelaki yang ditunjukkan Razman itu. Muka lelaki itu seakan pernah dilihatnya tapi dia agak samar-samar di mana tempatnya.
“Sebenarnya kalau budak tu ambik semua port kita pun tak ada masalah sebab kita kan pengedar terbesar, bukan hanya di Malaysia tapi di dunia. Silap-silap barang diorang pun asalnya dari kita jugak. Kita tak akan rugi pun, Cuma income kita akan sedikit kurang. Hujung kuku kau je lah senang cerita. Buat isi minyak kereta kau tu je lah.” Razman bergurau sambil menghabiskan Jack Daniel yang berada dalam gelasnya, kemudian dituangnya lagi ke dalam gelasnya dan gelas Tengku Dennis yang sudah kosong. Tengku Dennis hanya membiarkan.
“Aku tau kita tak kan rugi ataupun jatuh bankrup dengan budak mentah macam tu tapi aku nak kau ingat, kita ni berniaga. Aku nakkan maximum profit bukan minimum. So, selagi kita boleh kaut untung kita kaut, kenapa pula kita nak lepas. Betul tak? Kalau tak kaut untung banyak-banyak tak merasa aku nak pakai Bugatti Veyron kau tau tak?” Tengku Dennis tergelak besar dengan kata-katanya sendiri.
“Wah! Beli kereta lagi? Bila kereta tu sampai? Tak sabar aku nak test…” ujar Razman teruja. Tengku Dennis ketawa lagi.
“Not this time bro, kereta ni susah aku nak dapat…so, kau pun susahlah aku nak bagi try. Kau bayangkan roadtax dia untuk setahun saja lebih 28 ribu tau!” terang Tengku Dennis beria-ia. Razman yang mendengar apalagi, terus terlopong! Gila! Roadtax boleh buat down payment beli BMW.
“Kau gila ke Denz! Mahal tu…berapa harga kereta tu?” tanya Razman teruja. Di Malaysia, boleh dibilang dengan jari berapa orang yang pakai kereta jenis itu. Yang dia tahu salah seorang anak lelaki bekas perdana menteri memiliki kereta mewah tersebut. Silap hari bulan Tengku Dennis merupakan orang kedua yang mampu memiliki kereta sehebat itu.
“Itu kau tak perlu tau…tapi aku yakin kau boleh agak berapa harganya melalui roadtax yang perlu aku bayar tu kan?” Razman mengangguk. Tapi dia tidak hairan, Tengku Dennis memang kaya. Kalau tidak kerana bisnes gelapnya pun Tengku Dennis mampu untuk beli apa yang dia mahu.
“Dah lewat ni, aku balik dulu lah…kau jangan lama sangat kat sini, nanti salah masuk rumah pulak balik nanti. Bukan aku tak tau kau punya perangai kalau dah mabuk,” usik Tengku Dennis. Razman hanya ketawa besar, Tengku Dennis memang memahami. Razman hanya menghantar kepulangan Tengku Dennis yang diiringi Bob dan Adam dengan lambaian. Kemudian dia terus bangun menghampiri seorang wanita seksi yang sejak tadi memberi pandangan menggoda terhadapnya. Dia tidak akan kesunyian lagi malam ini nampaknya.
“Bos, kami dah siasat tentang Cik Lisa. Hidup dia agak tragis lah bos…sedih saya.” Adam buat muka monyok. Terasa tidak sanggup menceritakan kisah hidup Lisa terhadap Tengku Dennis, sedih sangat rasanya.
“Kau jangan nak over sangat Adam. Jangan nak jadi pondan pulak, cepat cerita apa yang kau tahu.” Tengku Dennis menyandarkan belakang tubuh di pintu Lamborghini Aventador miliknya. Sebatang rokok dikeluarkan dan Bob segera menyalakan pemetik apa untuk bosnya. Tengku Dennis mengangguk tanda ucapan terima kasih. Itu yang dia suka tentang Bob, prihatin dan matanya tajam. Memenuhi ciri-ciri bodyguard yang Tengku Dennis inginkan.
Adam pula walaupun agak bodoh-bodoh, dia sebenarnya seorang peninju yang sangat hebat. Adam sangat tangkas apabila berlawan.
“Cepatlah…yang kau terkebil-kebil lagi kenapa!” marah Tengku Dennis. Adam hanya tersengih.
“Sorry bos, layan jiwang kejap. Macam ni, dari maklumat yang saya dapat…Cik Lisa ni anak yatim piatu. Bapak saudara dia yang bela, bapak saudara dia ni kaki judi. Ada bini sorang dan sorang anak perempuan. Ketiga-tiga makhluk ni suka dera dan buli Cik Lisa. Siang Cik Lisa kerja kat kilang, kat pekan yang berdekatan dengan rumahnya. Malam pulak buat nasi lemak lepas tu pagi-pagi sebelum pergi kerja dia kena hantar kat kedai-kedai makan sekeliling kampong dia.” Adam tarik nafas panjang. Penat bercerita panjang lebar, tapi…belum habis lagi. Ada lagi sambungannya.
“Lepas tu, tiap petang lepas balik kerja dia akan kutip duit dan nasi lemak yang tak habis kat kedai-kedai makan tadi, tapi menurut orang yang cerita kat saya tu, biasanya nasi lemak Cik Lisa mesti habis. Sedap gilerrrrr katanya…tapi yang sedihnya, semua duit hasil jualan nasi lemak tu termasuk dengan gaji Cik Lisa, semua mak saudara atau bapak saudara dia yang ambik. Cik Lisa langsung tak dapat simpan duit gaji dia. Cik Lisa budak pandai tapi sebab tak ada duit Cik Lisa tak dapat masuk U, lagi pulak mak cik dia tu tak bagi.”
“Lagi apa yang kau dapat?” tanya Tengku Dennis apabila Adam berhenti bercerita.
“Sabarlah bos…tak nyempat, saya semput dah ni. Cik Lisa ni selalu kena pukul, masa umur dia sepuluh tahun paha dia pernah kena toreh dengan kaca, darah banyak sangat tapi mak cik dan pak cik dia tak bawak pergi klinik pun dan sebab tu lah parutnya masih ada sampai sekarang. Pasal apa kena toreh tu…tak tau pulak saya, lagipun Cik lisa….”
“Okay sudah…cukup, aku tak nak dengar apa-apa lagi. Kalau ada lagi yang aku nak tahu aku tanya kau.” Tengku Dennis segera memotong cerita Adam yang masih mahu bercakap itu. Ngilu apabila mendengar tentang kaca yang ditoreh pada paha Lisa. Selain itu dia tidak sanggup mendengar kisah sedih gadis itu. Cukuplah perkara tersebut menjadi sejarah, dia akan menjaga gadis itu mulai saat ini.
Adam mengeluh. “Bos ni..orang baru tengah syok cerita, belum klimaks lagi lah bos…” ujar Adam. Penat dia interview mak cik-mak cik kat kampong cik lisa, siap dengan kisah parut diceritakan jugak…
Tengku Dennis ingin menjawab kata-kata adam itu namun iPhone nya yang berbunyi nyaring membantutkan niat Tengku Dennis. Dia memberi isyarat kepada Adam dan Bob supaya pulang dan dia segera menerobos masuk ke dalam perut kereta mewahnya. Handphone yang masih berlagu riang itu dipandang, berkira-kira mahu menjawab panggilan tersebut atau tidak dan akhirnya…
“Ya…ada apa papa call ni? Denz tengah drive ni,” soal Tengku Dennis terus apabila telefon dilekap ke telinga.
“Hai…call pun tak boleh dah sekarang? Papa bukan apa, dah lama Denz tak balik, bila nak balik rumah? Papa dah rindu dengan Denz ni, mama pun sama. Asyik tanya pasal Denz je…” ceria papanya bercerita. Tengku Dennis mengeluh, dia masih belum mampu menerima tindakan mamanya terhadap Lisa tempohari.
“Busylah pa…” jawab Tengku Dennis seringkas mungkin. Dia bukan berniat mahu kurang ajar tapi dia yakin mamanya ada disebelah papa untuk mendengar perbualan mereka.
“Kerja memang tak kan habis Denz. Lagipun Denz uruskan syarikat dengan sangat baik. So, sometimes kenalah berehat. Fikir tentang diri sendiri pula, jangan asyik ingat kerja saja. Nadia nak balik minggu depan, so papa ingat nak buat makan-makan sikit. Balik ya Denz…dah lama kita tak berkumpul.” Tengku Darwish cuba memujuk anaknya itu. Dia tahu Tengku Dennis keras hati orangnya. Kalau A katanya maka A lah. Tak payah cuba-cuba untuk mengubahnya.
“Denz cuba papa…okaylah, got to go…nak drive ni. Bye pa…” cepat-cepat Tengku Dennis memutuskan talian. Malas mahu berbual lama, silap haribulan papanya akan membebel panjang.
Tengku Dennis menguatkan radio yang sedang memutarkan lagu kegemarannya, Russian Roulette nyanyian Rihanna. Dia turut sama-sama menyanyikan lagu tersebut sambil memecut laju untuk pulang ke penthouse nya. Jam digital di dashboard dikerling sepintas laju, 2.30 pagi. Pasti Lisa sudah lena diulit mimpi.
Ruginya…kalaulah dia pulang awal dapat juga dipandang wajah itu sebelum tidur. Sementelah lagi mereka sekarang sudah berlainan bilik. Dia tidak kisah malah lebih selesa kerana dia tidak lagi perlu mengawal naluri lelakinya. Lisa sungguh menggoda dan sangat cantik pada pandangannya. Tubuhnya yang menggiurkan dan kulitnya yang putih gebu sering membuatkan Tengku Dennis hampir tewas.
Jarang untuk dia tertarik dengan perempuan tapi dengan lisa…belum pun gadis itu menggoda dia sudah tergoda sendiri. Setiap lenggok langkah gadis itu, tutur bicaranya, jelingannya…semua menggoda. Tengku Dennis ketawa sambil menggelengkan kepalanya, jauh sangat dia berangan.
p/s : lambat lagi post, busy..assignment n presentation banyak...final pulak dah dekat...sori
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 29-11-2012 10:47 PM
jawabnya sambungan tunggu esok je la...
dah ada dah ni ha... |
|
|
|
|
|
|
|
La ada hutang lg ni lunch+tea, tp takpe, esok leh tapau byk2... Jgnlah wat adegan gaduh2 n bunuh2 aku tak suka ahhhh, aku benci crita ganaih2 ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|