CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Jehan Miskin Sah bergelar suami pd Julie Camelia Rhee pg.7

[Copy link]
Post time 6-5-2013 06:01 PM | Show all posts
Vanilla_lette posted on 6-5-2013 02:10 PM
mata sepet pun takpe janji cantik dimata Jehan.....baik lagi dari Jue Aziz tu..(ex gf)

mesti Jehan pikir muka dekat sama biasanya jodoh panjang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2013 08:19 PM | Show all posts
resah posted on 6-5-2013 10:42 AM
Tahniah Jehan.. semalam masa mak mertua cakap ngan anak pompuan pasal Jehan kahwin ngan pompuan kore ...

alahai sian kat hang
Moga tabah erk
mata sepet ka mata terbuntang ka
HATi tetap satu. Itu yang berfungsi untuk segalanya....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2013 08:42 PM | Show all posts
sweet nyer.. walaupun tipikal korean tapi nampak sweet jer wife jehan.. lovely couple.. wedding lak nice and simple.. i like. harap bahagia ke akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2013 08:57 PM | Show all posts
el-ain posted on 6-5-2013 05:56 PM
diorg jumpe katne aa?

kat artikel tu kata jumpa kat Gym
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2013 09:41 PM | Show all posts
lesung pipit pemanis wife jehan...congrats both of you...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2013 10:24 PM | Show all posts
semoga wedding jehan ni pencetus simple wedding di kalangan celebrities, vvip & rakyat marhaen.. sekurang2nya di kalangan rakyat marhaen la..

tak payah la sampai hutang berpuluh ribu buat loan bank nak kawin... i hope this trend continues...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-5-2013 07:23 AM | Show all posts
Jehan lamar Julie di Seoul

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
[email protected]


JEHAN masih sempat ketawa pada majlis akad nikahnya Sabtu lalu.


SERBA moden dan ringkas tetapi masih diselitkan sedikit adat perkahwinan Melayu. Itu antara inti pati perkahwinan pelakon Jehan Miskin bersama wanita warga Korea, Julie Camelia Rhee yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, pada hari Sabtu lalu.

Majlis akad nikah dan seterusnya merenjis diadakan dalam bilik Ledang.

Sebaik sah bergelar suami kepada Julie dengan dua kali lafaz, pasangan pengantin itu cuma beralih pada pelamin ringkas di dalam bilik tersebut untuk majlis merenjis pula.

Sememangnya itulah yang menjadi kemahuan pelakon drama bersiri Awan Dania itu untuk mengadakan majlis perkahwinannya yang serba ringkas.

Disebabkan sikap Jehan yang ringkas itu, dia juga telah memilih wanita yang ringkas dari segi penampilan dan juga sikap sebagai isterinya.

Menurut Jehan, Julie adalah seorang yang penyabar.

“Sebelum ini saya pernah berkata pada ibu yang saya tidak akan berkahwin selagi tidak jumpa wanita yang sesuai. Alhamdulillah akhirnya saya temui dengan wanita pilihan hati, seorang yang penyabar.


PASANGAN pengantin diapit oleh emak pengantin lelaki (kiri) dan ibu mempelai perempuan (kanan).


“Malah, saya juga dapat jadi diri sendiri ketika bersamanya. Kami juga saling memahami antara satu sama lain,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai Julie, tutur Jehan, isterinya yang merupakan pengurus majlis itu juga seorang yang ringkas dan mudah menerima budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Semua perkara rumit akan menjadi mudah bila bersamanya,” ungkap Jehan mengenai isterinya yang menyukai laksa, nasi lemak dan kuey tiau itu.

Sebelum ini Kosmo! telah mengesahkan pertemuan mereka pertama kali adalah di sebuah gimnasium, dan kini Jehan ditebak pula persoalan di manakah lokasi dia melamar Julie.

Tanpa berselindung, luah Jehan, dia melamar Julie di Seoul, Korea pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun lalu ketika bercuti di sana.

Sementara itu, menurut Julie pula mengenai Jehan, dia menyifatkan pelakon yang sering membawa watak romeo itu baik hati.

“Jehan sangat mesra dengan kanak-kanak dan dia juga seorang yang berhati mulia,” ungkap Julie.


PASANGAN Nurul dan suami hadir sebagai tetamu majlis akad nikah Jehan dan Julie.


Disoal mengenai cahaya mata, pasangan itu tidak merancang dan menyerahkannya kepada Allah.

Jehan dan Julie juga masih belum memilih lokasi bulan madu tetapi mereka tetapi berharap dapat melaksanakannya penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, percubaan untuk menemu bual ibu Julie untuk bertanya mengenai perasaannya menemui kegagalan. Ini kerana ibu mertua Jehan itu tidak pandai berbahasa Inggeris.

Sementara itu menurut ibu Jehan, Mariam Abdullah, dia gembira akhirnya anaknya itu mendirikan rumah tangga.

Mengulas mengenai menantunya itu, kata Mariam, Jehan dan Julie sudah mengenali antara satu sama lain selama lima tahun dan mereka matang dalam membuat keputusan.

Mariam juga memuji kejelitaan menantunya dan berharap pasangan itu hidup bahagia.



Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 09:04 AM | Show all posts
sopan lagi org korea duk pakai baju tradisional dorang..bangga dgn asal usul mereka...
org melayu mana bangga dgn baju kurung kita....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2013 09:09 AM | Show all posts
yumeina posted on 7-5-2013 09:04 AM
sopan lagi org korea duk pakai baju tradisional dorang..bangga dgn asal usul mereka...
org melayu m ...

dia bukan orang melayu pun. pak dia pun bukan. anak ja automatically melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 09:45 AM | Show all posts
kakak dia si faiznur tu baru kawen ke uol? anak kecik lagi...rasa tak salah umur 35-40 dah...

kat insta nurul depp cakap selamat pengantin baru cousin....serius aku tak tau nurul cousin jehan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 10:46 AM | Show all posts
milo_888 posted on 6-5-2013 10:24 PM
semoga wedding jehan ni pencetus simple wedding di kalangan celebrities, vvip & rakyat marhaen.. sek ...

aku pun lagi prefer wedding simple camnih
takde nak berkompang bunga manggar karaoke joget lambak dgn dayang2 keliling pinggang segala bagai tu
rimasssss
konsep mcm si jehan ni sgt simple, classy , x menunjuk2, janji aku bahagia katanyaaaaaa
hantaran pun berbalas 3 dulang jah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 10:53 AM | Show all posts
simple je, tp stylemajlis  dia ni duk bndr boleh la, kalau kt kampung mcm ni akan dicerca .. haha.. nak buat mcm mana sbb walaupun kita kata lbh agama dr adat tp still perbuatannya tu lebih adat. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:19 AM | Show all posts
dilaOHdila posted on 6-5-2013 08:19 PM
alahai sian kat hang
Moga tabah erk
mata sepet ka mata terbuntang ka

Ye kan.. hati satu.. Allah je yg tau..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 02:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 02:45 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2013 02:48 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 02:48 PM | Show all posts


gambar suma dr yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 02:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 03:05 PM | Show all posts
boleh dia ingat jehan penganggur and still nak carry on
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.113318 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list