|
Aeril Zafrel & WawaZainal Mengaku NikahDua Kali
[Copy link]
|
|
skymania posted on 12-10-2013 08:53 AM
aku tak pernah nak sangkal..depa nikah baper kali..nak nikah 100 kli pon..lantaklah.. janji s ...
Mod sky, cool cool sudahlah.
dia baru umur 22. ( tp pelik gak sbb lahir 1992 patut sama umur dgn aku 21) hahaha.
mana pancai fikir sgt. Nama pun retis. Takleh lah nak samakan level pemikiran dia dgn kita yg educated.
kau nak marah sgt2 pun benda dah jadi.
benda ni panas for few days je.
Nnt semua org pun boleh terima dah.
nasib baik lah sorang handsome sorang comel lotte.
nnt mmg akan diterima balik punya.
Aku tak faham asal korang nie mengamok cam hape jea. Bukan masalah negara sgt pun haa. Huhuhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia kahwin takut kontrak
Petaling Jaya: Pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, mengaku bernikah kali pertama setahun lalu tanpa didaftarkan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.
Selain tidak didaftarkan, pernikahan di rumah pengurusnya di Taman Datuk Harun di sini, pada 25 Februari tahun lalu itu juga tidak mempunyai dokumen sah.
Bagaimanapun, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 26, dan Wawa nama sebenar, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, bernikah kali kedua pada 4 Februari lalu selepas pelakon wanita itu disahkan mengandung.
Mudah daftar bayi
Airel berkata, pernikahan kali kedua itu perlu dibuat untuk memudahkan proses pendaftaran bayi mereka.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah pada 25 Februari 2012. Pernikahan itu memenuhi rukun nikah yang ditetapkan dan diadakan di rumah pengurus saya tetapi tidak didaftarkan dan tidak mempunyai dokumen sah.
“Bagaimanapun, apabila saya mengetahui yang Wawa mengandung, kami mengambil keputusan untuk mendaftarkan perkahwinan dengan bernikah kali kedua supaya bayi kami nanti tidak berbinkan Abdullah,” katanya pada sidang media bagi menjelaskan isu perkahwinan rahsia dan pasangan itu mempunyai seorang bayi lelaki di sini, semalam.
Turut hadir, bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria.
Sisipan BH, B*POP pada 6 Oktober lalu menyiarkan laporan pernikahan rahsia dan pasangan itu kini mempunyai seorang bayi lelaki.
Selepas enam bulan bernikah kali kedua, pasangan itu dikurniakan Ahmad Fakharuddin Attar Suhairil.
Tempoh 2 tahun
Bila ditanya mengapa mereka menyembunyikan pernikahan dan sudah mempunyai anak, Wawa berkata, mereka sepakat merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum untuk tempoh dua tahun akan datang.
Lagi pendedahan 'PANAS' dalam B*POP esok
|
|
|
|
|
|
|
|
watachiwa posted on 11-10-2013 07:25 PM
teringat kes cousin aku. menikah 2 kali jugak.
first dia menikah time study kat UK.
same la alasan ...
Pikir nak main le
|
|
|
|
|
|
|
|
@ ] zubirbipop Lahar gunung berapi pada sidang media #aerilzafrel & @waw4_zainal petang tadi gara2 sikap munafik kedua2 artis berkenaan selama ini. Tetap salahkan @davidteo99 kerana takut dimarahi sebab kahwin pada awal karier, sekaligus khuatir masa depan bersama #mig sebab langgar kontrak. Tapi musykil sebab nikah dua (2) kali, selain terpaksa menipu selama ini sebab menghormati permintaan wawa. Wawa pernah guna nama Allah untuk menipu media, masyaAllah maafkan suami isteri yang nyata jahil bab2 agama. Anyway SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA. Amin tq pada @rajamawar atas kiriman gambar @jane_mig @fizahamad @azaharihamid 11h
[ @ ] ejagilmore82 Omggg kawin pun boleh main2 11h
[ @ ] ohhlyn_ Tp muke retiss dua org tu relax je kt galaksi.. tak sangka plk jd cm tu. Ape2 pon masing2 dah sah jd suami isteri. 11h
[ @ ] taufiksalimin Dorang nangis x?? 11h
[ @ ] nikkiishaun Xpayah lah nk kecoh2 dh ...isssh ... Allah maha mengtahui 11h
[ @ ] mrsrossibautista Allahuakbar...begini anak muda sekarang..nikah itu suci halal..berani mereka mempermainkan perkara macam ni...rezeki Allah swt ada dimana2..janji kita berusaha.. 11h
[ @ ] surianie Lama tak tgk lahar gitu beb. 11h
[ @ ] ritrud727 @zubirbipop @surianie ha3x btui2x lama xtgk lahar iteww 11h
[ @ ] zubirbipop @ zubirbipop info terbaru, selepas PC aeril & wawa tergesa2 tinggalkan majlis sebab marah pada media yg provoke mereka to the max! Aeril dilaporkan menangis sebab tak sangka dihentam begitu teruk bertubi2, akhirnya hero #cintajannah terkulai di bawah tapak kaki media, siannn... 11h
[ @ ] babysyidah Ya Allah smpi cam Tue..siannya aeril..apa pun Doakan terbaik utk mereka..apa terjadi tue mesti ada sbb nya kn..erm 11h
[ @ ] surianie @ritrud727 kann ampa.. 11h
[ @ ] kujatelkutat Marah bebenor tu. Hehe 11h
[ @ ] atikahsuhaime Dah lah.. cukup. jangan hentam mereka lagi. :'/ doakan yang terbaik sahaja. ♡ 11h
[ @ ] iamemm4 Kenapa mcm ni skali wrtawan? Semoga aeril ngn wawa tabah.. 11h
[ @ ] zubirbipop @atikahsuhaime @ninaiskandar @davidteo99 @jane_mig @fizahamad @azaharihamid PERINGATAN KEPADA ARTIS2 BARU MIG TALENT, jangan menipu majikan & media massa akibatnya terlalu pedih bila dihencap lahar gunung berapi! Masuk industri hiburan dgn nawaitu kerja bukan nak berbini atau berlaki cepat! 11h
[ @ ] jazlihassan marahnya character.... 11h
[ @ ] orenbutterfly Semoga suci cinta sampai ke jannah,,, aminn @aeril_zafrel @waw4_zainal 11h
[ @ ] wanaonana Emo lebih pulak si zubir nie agak2 la..pttnya doakan yg baik2.. 10h
[ @ ] zubirbipop @aeril_zafrel 10h
[ @ ] syazah Semua yg berlaku tentu ada hikmahnya...ada sebabnya. Benda da jadi pon..dah halal so rasanya tak payah nak besar2 kan. Tak baik nak besar2 kan aib org. Kita cuma mampu doakan yg terbaik utk mereka 10h
[ @ ] dikrai Udah2 la tu yop 10h
[ @ ] rogayaharies71 X kenal ke zubir tu.. suka over kann 10h
[ @ ] rogayaharies71 Pape pun doakan yg terbaik buat pasangan mummy & daddy ni.moga bahagia Insyallah 10h
[ @ ] roseroslinacheo Syazah-yup.i agree wit u dear.. 10h
[ @ ] joe_jambol Doakan yg terbaik utk mereka dh ler...dh nikah pn n ape maslahnya dgn majikan biar dorang yg setlekn.. yg lain perlu la nk cari publisiti murahan n ambil kesempatan di atas kesilapan arel n wawa..k. 10h
[ @ ] fiezaimi86 @roslinacheo amboi dah komen.... 10h
[ @ ] roseroslinacheo @fiezaimi86 hehehe...tgu lg.apa pun y trjadi.. @aeril_zafrel tetap hero d hati cek..setia ku korbankan..huhuhu 10h
[ @ ] roseroslinacheo Joe-jambol..betoi.betoi..hidup bukan kerana di puja..mati bkn kerana di hina.. 10h
[ @ ] ida_ghazali Rezeki Allah dimana2.. jgn hentam menghentam org.. harinie hari mereka.. esok lusa hari kite pula.. siapa tahu, hny Dia shj tahu.. doakan kebahagiaan mereka dunia dan akhirat.. 10h
[ @ ] syazah @ida_ghazali 10h
[ @ ] shupryana Terbaik la.. Cunn !! @zubirbipop 9h
[ @ ] ita_mac Jodoh ajal maut ditangan tuhan. Allah yg tentukan kan? Xkire la masuk industri ape skali pun.. Sape kita nk halang ketentuan Allah? Aduhaii... Huh! 9h
[ @ ] azlin_abas Gulp...larikkkkk 9h
[ @ ] lelalively @azrulradi 9h
[ @ ] noryn76 Dorang bt benda halal yg org lain kecoh knp....nk ikut fahaman david teo dia blh halang ke takdir n jodoh org ...dia tu agama ape dh org islam plk nk over back up dia apa la.....dorang nikah bkn bt jenayah pun 9h
[ @ ] anillutaze hehe.. abg zubir blk2 malaysia terus keluar lahar.. 9h
[ @ ] coloursbyfaiesh Wahhh @noryn76 hehehe.. I olsss setuju dgn kenyataan u ; ) 9h
[ @ ] noryn76 @coloursbyfaiesh tq.....idup jgn jd barua cina ....takut pd Allah cintakan pd perkara halal .....stkt kontrak dgn majikan pun nk kecoh kontrak dgn Allah itu lg penting 9h
[ @ ] rafidahmdisa Doa yg baik2 je...mereka kn dh nikah...tk kiralah dh berapa kali....pasti ada sbb dan musabab mereka.... 9h
[ @ ] hazeifaronfiez Dahsyat nya abg... 8h
[ @ ] hanyaakubdl Bila pulak Aeril menangis sbb kena hentam ngan media. Aiyooo...nie dh buat citer lain. Jgn nk menokok tambah pulak. Aeril tak kisah dia dihina oleh media. Tp dia menangis sbb sedih bila anak dia dikatakan anak luar nikah. Itu yg fakta nyer. 8h
[ @ ] syazah @noryn76 8h
[ @ ] wellaage Xtkata bace datas ... kita.sesama islam lebih elok klau nasihat kpada org nye... bkn kat sini utk tidak kpuasan hati... syaitan dbelakang kita... 7h
[ @ ] wellaage Xtkata bace datas ... kita.sesama islam lebih elok klau nasihat kpada org nye... bkn kat sini utk tidak kpuasan hati... syaitan dbelakang kita... 7h
[ @ ] wellaage Xtkata bace datas ... kita.sesama islam lebih elok klau nasihat kpada org nye... bkn kat sini utk tidak kpuasan hati... syaitan dbelakang kita... 7h
[ @ ] shuimoi Sorry guys, abg zubir bkn nak backup sapa2 pun and nie bkn soal agama jgk.Cuba fhami and baca elok2 ayat yg abg zubir tulis.Btw doakan kbahagian mrk 5h
[ @ ] csm_z Sblm ini mrk menipu utk ttp fakta bila dh terbongkar mula jd huruhara..Moga sgla kekusutan dpt diselesaikn dgn baik..dh berlaku pon & simpati pd ank kecil itu 2h
[ @ ] niahasbee Zubir mmg terbaiklah!! Wartawan lain tahunya cuma COPAST (copy & paste) 2h
[ @ ] ohhlyn_ Dah sah pon jd suami isteri. Cuma mereka ni artis tu yg semua cerita jd hot tu y'all. Tp sape yg sokong setia mereka berdua ni pasti rase sedih skit sbb knape nk rahsiakn bnda baik ni. Tp Ade sbb kot kn knape sume tu blaku. Wartawan mesti Ada kje kn. Klu tak nk up ape plk kt org ramai. Betul juga Kate bro @zubirbipop tu, ape2 pon tahniah buat pasangan. Perkara da blaku pon kn. Bukan dpt undur 2h
[ @ ] babysyidah Tol tue @atikahsuhaime stop hentam mereka doa baik2 je k..chill.. 2h
[ @ ] nadia_kuch dua2 penipu besar. tetap sokong @zubirbipop 1h
[ @ ] nadia_kuch alasan takut kat @davidteo99 tp dgn allah tak takut pulak menipu .tetap sokong u @davidteo99 @zubirbipop 60min
Read more at http://web.stagram.com/n/zubirbipop/#cZxGWct2tG8LglSD.99
|
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 12-10-2013 08:45 AM
yg kelam kelibut nak kaen tak nyempat apa kes? cuba bawak berbincang.. katanyer..masalah terbesar. ...
dua2 penipu besar.alasan takut DT tp dgn allah tak takut pulak menipu satu dunia.tak guna punya artist. |
|
|
|
|
|
|
|
Kronologi Pernikahan Aeril Zafrel - Wawa Zainal
Persoalan dan teka-teki yang berlegar mengenai status perkahwinan Suhairil Sunari, 25 atau Aeril Zafrel dan Nurhawa Zainal Abidin, 21 atau Wawa Zainal akhirnya terjawab apabila mereka mengakui perkara tersebut dalam sebuah sidang media yang berlangsung di Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya pada petang Jumaat.
Mereka mula berkenalan pada tahun 2010 di set penggambaran drama 'Klik'. Selepas itu, mereka mula menjalin hubungan cinta tetapi dihalang oleh pihak pengurusan. Apabila ada halangan sebegitu, mereka lantas menafikan mereka menjalin hubungan cinta.
Seterusnya, pada tahun 2012, Aeril berjumpa dengan bapa Wawa dan menyatakan hasratnya untuk menikahi Wawa. Disebabkan hubungan mereka dihalang oleh pihak pengurusan, mereka mengambil langkah untuk bernikah secara senyap, selain untuk mengelakkan diri mereka daripada gejala yang kurang baik seperti maksiat.
Aeril dan Wawa melangsungkan pernikahan buat kali pertama pada 25 Februari 2012, berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan bersaksikan pengurus Aeril, Shahriman Wahab. Pernikahan buat kali pertama itu tidak mengikut undang-undang, namun sah di sisi Syariah kerana menepati Rukun Nikah dan pernikahan mereka itu tidak didaftarkan. Majlis pernikahan pertama mereka diadakan di kediaman pengurus Aeril, Shahriman Wahap di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya.
Pernikahan kali pertama mereka tidak dihebohkan kerana Aeril menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara tersebut kerana Wawa masih lagi terikat dengan kontrak bersama pihak pengurusannya.
Namun, apabila Wawa mendapati yang dirinya hamil pada sekitar bulan Januari lalu, dia memberitahu kepada Aeril mengenai perkara ini dan mereka mengambil keputusan untuk bernikah kali kedua mengikut proses dan prosedur undang-undang Malaysia. Ini kerana mereka ingin anak yang bakal lahir nanti dapat 'ber-bin' nama Aeril. Seterusnya, mereka bernikah buat kali yang kedua pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato' Haron, Petaling Jaya.
Anak hasil pernikahan Wawa dan Aeril, Ahmad Fakhruddin Attar selamat dilahirkan di Roopi Medical Center, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 24 Ogos yang lalu pada jam 9.25 pagi. Kini anak mereka memasuki usia dua bulan.
Sidang media yang berlangsung lewat satu jam kerana mereka tiba lewat turut dihadiri oleh bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong, peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria dan pengurus Aeril, Shahriman Wahap.
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 12-10-2013 09:00 AM
Aeril kesal anaknya dilabel anak haram
menyesal watpe dah ko bodoh.... harus la org kata mcm2 dah ko retis.... dah tak ngaku kawin... tp ade anak....
privasi sgt ke stakat hebahkan hal kahwin?....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aeril Zafrel Nafi Terlanjur Dengan Wawa Zainal
Selepas main tarik tali, akhirnya pelakon filem '99 Kali Rindu', Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengakui mereka telah bernikah sebanyak dua kali dalam satu sidang media di Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya pada petang Jumaat.
Selepas diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada pihak media mengenai tindakan merahsiakan perkahwinan selama ini, pasangan ini akhirnya memberi penjelasan dan Wawa akhirnya membuka mulut memohon maaf.
"Kami minta maaf kepada semua, pihak media dan juga barisan peminat kerana sebelum ini kami menafikan berita perkahwinan kami. Di awal fasa perkenalan saya dengan Aeril, saya memberitahu pihak pengurusan yang saya sedang berkawan dengan Aeril. Namun begitu, pihak pengurusan melarang saya berbuat demikian. Berkawan tidak boleh, apatah lagi bercinta atau pun berkahwin. Jadi tindakan kami merahsiakan perkara ini kerana rasa hormat kepada pihak pengurusan saya dan atas dasar menghormati kontrak saya bersama mereka," jelas pelakon drama 'Ana Lulu' ini.
"Di sini juga saya ingin menjelaskan yang memang benar saya terkena penyakit misteri. Ada pihak meragui saya. Bapa saya yang hadir pada hari ini juga boleh mengesahkannya. Adik beradik saya seramai lima orang juga terkena dengan penyakit ini," tutur Wawa sambil dipersetujui oleh bapanya.
"Apabila saya sakit, ada individu lain yang masuk ke dalam tubuh saya dan saya menyedari perkara ini. Selama saya sakit, saya berubat di kampung halaman saya di Lahad Datu, Sabah. Akhirnya, penyakit saya pulih sebelum saya melahirkan anak saya," jelas Wawa panjang lebar.
Apabila disoal mengapakah mereka bernikah tanpa mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada di negara ini, Aeril menjelaskan yang dia mendahulukan undang-undang Allah daripada undang-undang manusia kerana mahu sebuah hubungan yang halal di sisi Islam.
"Saya mahu hubungan saya dan Wawa menjadi hubungan yang halal di sisi Islam, sebab itu saya nikahi dia dahulu. Namun selepas itu, seperti pasangan lain, kami juga ada perancangan untuk mempunyai cahaya mata," ujar Aeril.
"Lepas saya dapat tahu Wawa hamil, saya ambil keputusan untuk bernikah sekali lagi mengikut undang-undang sebab mahu anak itu nanti 'ber-bin' nama saya. Kalau kami tak daftarkan perkahwinan kami, anak itu akan 'ber-bin' Abdullah, walhal dia anak saya. Saya mahu dia 'ber-bin' Suhairil. Namun begitu, orang ramai salah tafsir yang kami berdua terlanjur dan menganggap anak itu anak tidak sah taraf sedangkan perkara itu sebaliknya," cerita Aeril panjang lebar.
Peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria mengulas mengenai tindakan mahkamah yang dikatakan akan diambil oleh Aeril masih dalam siasatan lagi.
"Masih belum ada keputusan lagi kerana untuk tindakan yang melibatkan mahkamah, semua perkara perlu diteliti di segenap aspek. Semuanya masih dalam siasatan lagi," jelas Zulhasmi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nayzu posted on 12-10-2013 09:02 AM
Mod sky, cool cool sudahlah.
dia baru umur 22. ( tp pelik gak sbb lahir 1992 patut sama umur dgn ...
mslhnya david teo tu ade yg nak bimbang depa pkir ngan btul....
|
|
|
|
|
|
|
|
santubung posted on 11-10-2013 09:43 PM
Takut dgn David Teo Punca Perkahwinan Aeril & Wawa Dirahsiakan
memang ler dh pulih,coz pyakit misteri tu dh keluar ogos lalu kan..siap ada nama lg pyakit misteri tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nk gelak guling2 tgk galaksi smlm...sblm ni bukan main menafikan...skrg terpaksa mengaku jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham aku .. |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 12-10-2013 09:12 AM
Aeril Zafrel Nafi Terlanjur Dengan Wawa Zainal
mendahului undang2 Allah katanya.... bukan ka dlm agama perkahwinan tu wajib dihebahkan..... yg tu sempat bljr tak?
mendalami ilmu agama sgt....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun xda rasa nak marah sgt kat budak 2 orang ni..umur blum masuk 25 ke atas pun, akal x brapa panjang lg...aku rasa si wawa tu terlebih gerun ngan pengurusan mig tuh..ye lah, company cina mcm tu mungkin strict sangat kot...jadi dia lebih rela merahsiakan perkara sebenar..
Bg aku yg jahat adalah tetap si reporter yg expose pasal depa ni...budak2 ni dah plan baik2 nak tunggu kontrak ngan mig habis tahun 2015...apanak buat, dunia mmg begitu
Sabar je la wawa oii..semoga jadi pengajaran berguna dan akan terus berbahagia..amin |
|
|
|
|
|
|
|
Takut dengan david teo. Tuhan tak takut. Rezeki allah bagi. Bukan david teo. Da menipu salahkan pulak org lain |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 12-10-2013 09:04 AM
@ ] zubirbipop Lahar gunung berapi pada sidang media #aerilzafrel & @waw4_zainal petang tadi gar ...
Gigih Uncle Zubir.... Menyelesaikan issue hangat negara
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz posted on 12-10-2013 09:16 AM
Aku pun xda rasa nak marah sgt kat budak 2 orang ni..umur blum masuk 25 ke atas pun, akal x brapa pa ...
klau dah simpan sampai 2015 lg byk fitnah timbul.... maybe depa ni muda lg... tp family diorg??
|
|
|
|
|
|
|
|
nordin84 posted on 12-10-2013 09:07 AM
ak tgh ralit nk reply thread @kak_sue kt sebelah tetibe kena katup
ak xrs intan n ...
Correct me if Im wrong...akak rasa Wawa sign exclusive contract dgn MIG. Juga Yana samsudin & intan lydiana. Tapi Nora tak sign exclusive kot....
Tentang Intan Lydiana & Kamal itu.... hanya pendapat akak je...Bukan facts. Kalau silap maaf la....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|