|
Zamzam2013 posted on 15-10-2014 06:15 PM
tunggu jelah @mizuki20... @Nicki_Meow nak tengok market tu... sabor ya...
mmg tgh bersabo ni @Zamzam2013.. hhehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
pen_biru posted on 15-10-2014 07:45 PM
Nicki tersangkut kat rumah ipo.. Hehehe
@Zamzam2013
Seronok pulak berkarut komedia kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 13
Jam menandakan waktu kini berada pada pukul 12:30 tengahari.
Qusyairi duduk di sudut hujung Restoran Periuk itu. Hari ini, dia bersendirian. Tiada sesiapa menemaninya. Mat Noh sedang bercuti, mahu menjengah keluarga tersayang di kampung. Kumar pula mempunyai temujanji dengan teman wanita tercinta. Qusyairi tidak ralat berseorangan. Sorang-sorang pun okay…
Sementara menantikan makanan yang dipesan sampai, jarinya ralit membelek telefon pintar. Begitulah trend masakini. Telefon pintar menjadi peneman dikala berseorangan. Kadang-kadang, ketika beramai-ramai pun, telefon pintar tetap juga menjadi pilihan. Bukan sekali dua melihat situasi begitu. Sudah acapkali. Keluar berkumpulan tapi masing-masing mengadap telefon bimbit. Lebih suka bersembang dilaman sosial sedangkan rakan-rakan berada depan mata. Lebih kelakar lagi, rakan-rakan dilaman sosial itulah yang berada depan mata.
Bila teknologi semakin menguasai kehidupan manusia…
Walaupun jarinya melekat di telefon pintar, fikiran Qusyairi pula melayang ke tempat lain. Mimpi yang dialaminya dua hari lepas masih segar diingatan. Satu persatu begitu jelas dalam minda. Persoalan yang sama masih berlegar di benaknya.
Adakah itu benar, atau hanya mimpi semata-mata?
Jika mimpi, memanglah mimpi itu terlalu surreal. Sukar untuk diterima dengan logik akal. Namun, jika perkara itu benar-benar terjadi, masih juga belum ada penjelasan logik yang mampu diterima akal.
Amariya. Puteri Arania. Syakilla. Megatron yang berkata-kata. Mengarut bukan? Tapi, apa yang dialaminya itu seperti benar-benar berlaku.
Seketika, wajah ayu Puteri Arania hadir di fikiran. Sungguh, Qusyairi tidak mampu membandingkan kecantikan Arania dengan mana-mana gadis yang pernah dia lihat. Nora Danish? Fasha Sandha? Malah Neelofa pun tidak secantik si Puteri rupawan. Bagai bidadari, tiada tolok bandingan. Kenangan berlanggar dahi dengan Arania pula menerjah. Walaupun dia lelaki, dia tetap segan mengenangkan peristiwa itu. Dan, walaupun dia segan, peristiwa itu menghadirkan senyuman…
“Aik. Senyum sorang-sorang nampak?”
Teguran itu mematikan lamunan. Qusyairi mengangkat muka. Kak Nelly, pekerja Restoran Periuk muncul membawa makanan dan minuman yang dipesan. Asalnya dari Indonesia tetapi sudah bertahun menetap di Malaysia. Gaya percakapannya pun sudah seperti orang tempatan. Qusyairi tidak menjawab. Senyuman masih kekal dibibir. Zaman sekarang, senyum seorang diri itu dikira perkara biasa. Paling tidak pun, orang akan menyangka kerana membaca atau melihat sesuatu di telefon bimbit. Bukan kerana gila…
Terima kasih kepada teknologi.
Kak Nelly meletakkan sepinggan Nasi Ayam Madu dan Teh O Limau panas yang dipesan Qusyairi di atas meja. Tiada selera mahu menikmati nasi campur hari ini, maka Nasi Ayam menjadi pilihan Qusyairi.
“Sorang aje?” Kak Nelly ramah bertanya.
“Sorang je Kak.” Balas Qusyairi. Kak Nelly angguk dan senyum sebelum berlalu pergi.
Qusyairi menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket sebelah kiri. Dimulai dengan Bismillah, dia menghirup sedikit minuman. Kemudian, sudu dan garpu dicapai. Mula menyuap nasi ke mulut.
“Sorang aje?” Bagai De Javu, soalan yang sama dilontarkan kepadanya. Qusyairi mengangkat muka. Bagai De Javu juga, wajah itu terpacul di depannya. Wajah yang hadir dalam mimpinya dua hari yang lalu. Last edited by Nicki_Meow on 17-10-2014 10:00 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Teja...”
“Teja?” Berkerut kening Rabiatul.
“Sorry. I mean, Rabiatul…”
Kerutan di dahi Rabiatul bertambah.
“Abby…” Qusyairi tergeleng dan tersenyum dalam masa yang sama.
“I nak duduk dengan you lah. Hari ni, I tak ada kawan…” Tanpa meminta kebenaran, Rabiatul meletakkan pinggan yang berisi nasi campur ke atas meja. Kerusi ditarik lalu dia terus duduk di hadapan Qusyairi. Tergamam sedikit tetapi Qusyairi tidak pula menolak. Membiarkan saja ulah Rabiatul. Iyalah, takkan dia nak halau Rabiatul pula…
“Mana Mat Noh dengan Kumar?” Soal Rabiatul.
“Mat Noh cuti. Kumar ada date…” Jawab Qusyairi. Rabiatul terangguk-angguk. Qusyairi menyambung kembali suapannya yang tergendala sebentar tadi. Terdiam. Kekok apabila tiba-tiba saja duduk semeja dengan Rabiatul, sedangkan mereka jarang bertegur sapa. Selalunya, Rabiatul makan tengahari dengan Rafi.
“Mana Rafi?’ Terpacul soalan itu dari mulut Qusyairi.
“Rafi? Hhhmm. Dia makan dengan girlfriend.” Sambil berkata, Rabiatul mencebik.
“Girlfriend? Bukan awak ke girlfriend dia?”
“I girlfriend dia? Pleaselah. Taste I bukan macam Rafi, okay? I tak minatlah muka jambu macam tu.” Jawab Rabiatul.
“Oh..iya? Habis, you minat yang macam mana?” Entah bagaimana, Qusyairi terdorong pula untuk melayan Rabiatul.
“Macam KJ. Tall, dark and handsome…”
Terlepas tawa Qusyari mendengar jawapan Rabiatul.
“Kelakar pulak awak ni…” Ujar Qusyairi dengan sisa-sisa senyuman. Rabiatul senyum.
“Ingatkan awak dengan Rafi tu, couple.” Qusyairi menyambung kata.
“Tak adalah. We all rapat aje, tapi tak bukan couple.”
Mendengar jawapan Rabiatul, Qusyairi terangguk-angguk. Sama ada couple atau tidak, bukanlah masalah yang perlu difikirkan sangat. Tapi…
“Eh, nanti kalau boyfriend awak nampak awak makan dengan saya, tak ke dia jealous nanti?” Qusyairi bertanya lagi.
“Ala…apalah you nak risau sangat pasal tu. Makan aje pun, kan? By the way, I tak ada boyfriend.”
Terangkat keninng Qusyairi. Muka lawa persis model catwalk, putih melepak, tinggi lampai tapi tak ada boyfriend? Klise sangat!
“Betul, tak ada.” Menyedari Qusyairi memandang kurang percaya ke arahnya, Rabiatul bersuara. “I nak tunggu orang macam KJ datang pinang I.”
Qusyairi ketawa lagi. Memandang ke arah Rabiatul yang turut tertawa ketika ini. Untuk pertama kali, dia berbual mesra dengan Rabiatul. Untuk pertama kali, dia merasakan Rabiatul bukanlah gadis cantik yang sombong seperti yang disangkanya sebelum ini. Mungkin kerana Rabiatul sememangnya mudah mesra atau mungkin, Rabiatul telah mengingatkannya kepada Teja, gadis Amariya yang ceria dan periang itu.
“You tak order air lagi ke, Rab…Abby?” Qusyairi bertanya. Rabiatul menggeleng. Qusyairi melambai Kak Nelly di kaunter pembayaran. Secepat kilat, Kak Nelly datang.
“Tadi sorang. Sekarang sudah berteman, iya?” Soal Kak Nelly, tersenyum memandang Qusyairi dan Rabiatul bergilir-gilir. Qusyairi senyum saja.
“You nak minum apa?” Qusyairi bertanya pada Rabiatul.
“I nak Fresh Orangelah.” Rabiatul memandang Kak Nelly ketika berkata. Terangguk memahami, tak berlengah Kak Nelly terus berlalu. Qusyairi memandang Rabiatul, senyum lagi. Mereka menyambung suapan sambil sambung bersembang.
Dari kejauhan, sepasang mata tajam memerhatikan saja tingkah Qusyairi dan Rabiatul. Perasaan cemburu datang meruap. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa plk yg jealous tu TT...lg satu abby ni bkn yg komplot dgn rafi ke? ni mesti ada muslihat... |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 17-10-2014 05:46 AM
sapa plk yg jealous tu TT...lg satu abby ni bkn yg komplot dgn rafi ke? ni mesti ada muslihat...
Jeng Jeng Jeng...
Saspenlah kononnya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu keluhan dilepaskan. Cuba untuk tidak melayan rasa itu walau sukar. Perlahan-lahan, dia berjalan ke arah sebuah meja kosong lalu duduk bersendirian. Pinggan yang berisi nasi dan lauk turut diletakkan atas meja. Jika tadi, perutnya lapar minta diisi. Kini, seleranya mati. Kemesraan Qusyairi dan Rabiatul telah membuatkan hatinya bagai dicarik-carik.
Selama ini, Qusyairi yang di kenali tidak pernah menunjukkan ciri-ciri lelaki buaya. Apatah lagi hanya memandang kecantikan luaran sebagai ukuran. Malah, Qusyairi yang dikenali jenis pemalu dengan perempuan. Malah, kalau nak bercakap pun, harus beberapa tapak jarak jauhnya. Tetapi hari ini, apa yang dia lihat telah membuktikan sebaliknya. Boleh pula Qusyairi ramah bergurau senda dengan Rabiatul. Mentang-mentang si Abby tu cantik, seksi. Aku ni…
Pinggan berisi nasi dibiarkan tak terusik. Matanya sekali-sekala menjeling curi ke arah yang sama. Hati semakin pedih. Qusyairi memandang Rabiatul penuh mesra. Qusyairi tidak pernah memandang dia seperti itu.
“Hai Shida.”
Rafi muncul menghalang pandangannya. Tanpa meminta kebenaran, Rafi duduk di meja yang sama dengan Shida. Shida diam tak menyahut. Selalunya dia ditemani Sarah, setiausaha Puan Azlina ketika makan tengahari. Kebetulan Sarah ada urusan lain yang perlu dilakukan maka hari ini, Shida makan sendirian.
“Boleh I duduk sini?” Soal Rafi.
“Dah duduk baru nak tanya?” Shida menjawab dengan soalan. Jengkel kedengarannya.
“Tak payah sombong sangatlah, Shida.” Balas Rafi. Shida angkat bahu.
“Kau tak makan, Rafi?” Sekadar mahu berbasa-basi, Shida bertanya.
“Aku dah makan tadi.”
“Habis tu, kau buat apa lagi, kat sini?” Nada suara Shida turun naik. Yang sebenarnya, dia terganggu dengan kehadiran Rafi. Terganggu dengan tingkah mesra Qusyairi dan Rabiatul.
“Saja nak temankan kau.” Jawab Rafi.
“Sudahlah.” Shida mencebik. Kerat jari pun, tak akan dia percaya dengan jawapan Rafi.
“Kesian tengok kau sorang-sorang. Nak harapkan mamat tu, belum tentu dia nak pandang kau, betul tak?” Sambil berkata, Rafi senyum sinis. Wajah Shida berubah.
“Kau cakap apa ni, Rafi?” Mendatar suara Shida.
“Tak payahlah buat-buat tak reti bahasa. Bukan aku tak tahu. Kau tengok siapa dari tadi…” |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada motif nak khianat Qi ni... pasal projek yg bos dia bagilah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Shida merengus sedikit. “Yang kau sibuk hal aku, kenapa?” Suara Shida meninggi kali ini. Rafi tersenyum sinis lagi.
“Shida…Shida. Kau fikir, dia nak pandang kau ke? Lelaki ni Shida, mesti nak yang cantik aje. Aku bukanlah nak kata kau tak cantik, tapi…” Sengaja Rafi tidak menghabiskan ayat.
Dia tak sama! Shida menghala pandang ke arah Qusyairi. Masih lagi kelihatan mesra berbual dengan Rabiatul.
Arggh! Tapi…
“Patutlah, selama ni, kalau ada apa-apa, kau rajin backing Qi. Rupanya…”
“Kau jangan nak buat cerita, boleh?” Pantas Shida memotong kata Rafi.
“Iya ke, aku buat cerita?”
“Kau nak apa ni, Rafi? Kalau kau datang sini, nak sakitkan hati aku, baik blah ajelah.” Suara Shida benar-benar tinggi kali ini sehingga menarik perhatian orang sekeliling yang dekat dengan mereka. Rafi hanya buat muka selamba walau pun meja mereka mula menjadi perhatian.
“Okay, sorry. Tak payahlah nak marah-marah.” Rafi berkata kemudiannya. Shida merengus. Sudu dan garfu dicapai lalu dia mula menyuap makanan ke mulut. Rafi hanya memerhati sebelum menjeling pandang ke arah meja Qusyairi dan Rabiatul. Sungguh tak di sangka, mahu pula si Qusyairi itu melayan Rabiatul. Mesra pula tu. Dasar lelaki bukan? Pantang nampak yang cantik, pasti cair. Mujurlah Rabiatul sudi membantunya dengan cuba mengorek maklumat, walaupun gadis yang lebih suka dipanggil Abby itu tidak tahu apa tujuan dia berbuat begitu.
Hasad dengki merajai hati Rafi. Sakit hati apabila terdengar desas-desus mengatakan bahawa Qusyairi yang bakal menjadi pengganti Alvin, bukan dia. Sakit hati mendengar khabar yang mengatakan, Qusyairi yang menjadi pilihan Puan Azlina untuk jawatan SSE. Sakit hati apabila terdengar cerita bahawa Puan Azlina menolak cadangan pihak pengurusan yang telah memilih dia terlebih dulu sebagai pengganti Alvin.
Kau ingat kau bagus sangat Qi? Kau ingat, aku tak tau, kau ada komplot dengan perempuan sihir tu?
Semakin terbakar jiwa raga apabila mengetahui, Puan Azlina telah menyerahkan projek berharga jutaan ringgit pada Qusyairi.
Kenapa mesti Qusyairi? Kenapa bukan dia? Rafi merasa tercabar kali ini. Akan digunakan apa cara yang boleh untuk menjatuhkan Qusyairi.
“Shida…” Panggil Rafi.
Shida tidak menghiraukan Rafi. Sudahlah hatinya terusik melihat kemesraan Qusyairi dan Rabiatul, malah masih mesra bersembang hingga kini. Di tambah pula dengan kehadiran Rafi yang membebel bising bagaikan langau, membuatkan hatinya makin panas.
Rafi tersenyum. Sedikit sebanyak, dia yakin terkaannya benar. Shida sebenarnya ada hati dengan Qusyairi. Perkara itu disedari secara tak sengaja apabila melihat air muka dan reaksi Shida, tatkala terpandangkan Qusyairi dan Rabiatul berbual mesra. Lalu, dia sengaja menyimbah minyak pada api. Mana tahu, ada gunanya nanti?
Rafi senyum sinis lagi.
*****
Last edited by Nicki_Meow on 17-10-2014 10:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tekaanku... rafi memang nak korek rahsia Qi... |
|
|
|
|
|
|
|
Rabiatul, Qusyairi, Shida, Rafi, Dariz, Khuzril, Ariani, Syakilla...
ko nak buat cinta heksagon senget sebelah mcm Ipo gak ke nicky? |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 17-10-2014 10:28 AM
betul tekaanku... rafi memang nak korek rahsia Qi...
Haruslah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 17-10-2014 12:26 PM
amboih Qi..dah tersangkut kat Abby aka Teja dah ke??
* tengah syok menikmati makanan di si ...
Sangkut lite-lite, buleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-10-2014 01:58 PM
Haruslah....
belajar dari conan, nay & the gang... |
|
|
|
|
|
|
|
Usai menunaikan solat Zohor, Qusyairi kembali ke meja kerjanya. Komputer dihidupkan sebelum dia duduk di kerusi. Projek Tresna Bank dibiarkan seketika. Satu sistem untuk sebuah syarikat pengiklanan masih perlu diselia. Sebuah fail yang bertulis Warna Advertising di ambil dari celahan fail-fail yang bertindah atas meja. Lantas dibuka dan diteliti isinya. Tumpuan penuh diberikan pada kerja.
“Qi!”
Suara Shida meraih perhatian. Fail dialihkan dari muka lalu memandang ke kanan. Senyuman di beri kepada empunya suara.
“Iya?” Wajah Shida yang serius menyebabkan senyuman Qusyairi pudar perlahan-lahan.
“Iya…err…Shida?” Qusyairi pelik teragak-agak sedikit mahu bersuara apabila melihat wajah Shida yang semakin mendung.
“Puan Azlina suruh kau jumpa dia pukul 2:00 nanti.” Mendatar suara Shida saat dia menyampaikan pesan. Qusyairi angguk.
“Okay, thanks Shida.”
Shida tak membalas. Terus mendiamkan diri, memberikan tumpuan pada kerja. Melihat keadaan itu, Qusyairi merasa tidak senang hati. Walaupun Shida juga berada dalam kategori manusia pendiam, amat jarang sekali Shida mahu menunjukkan sikap seperti itu dengannya. Paling tidak pun, Shida akan membalas dengan senyuman. Adakah Shida menghadapi masalah? Qusyairi merenung Shida yang berterusan membuat tak endah.
“Shida.” Panggil Qusyairi.
Diam.
“Oh…Shida.”
Tiada sahutan.
“Shida.”
“Hhhmmm.”
Mendengar Shida menyahut kali ini, Qusyairi memusingkan kerusinya. Dia duduk berhadapan dengan Shida kini.
“Kau ada masalah ke?” Qusyairi cuba bersikap prihatin.
“Tak ada.” Pendek jawapan Shida, namun masih tidak memandang ke arah Qusyairi. Qusyairi menarik nafas dan di lepaskan perlahan. Mungkin juga Shida stress dengan kerja. Lagipun, satu projek seliaannya telah di serahkan pada Shida atas arahan Puan Azlina.
“Kerja aku yang kau kena take over tu, macam mana? Okay?” Soal Qusyairi lagi.
“Okay.” Jawapan Shida masih pendek dan ringkas.
“Kalau ada apa-apa, kau begitau aku. InsyaAllah aku boleh tolong.”
“Okay.”
Qusyairi geleng kepala. Sikap acuh tak acuh Shida membuatkan dia tak bersuara lagi. Mungkin Shida ada masalah lain, yang tidak mahu dikongsikan bersama. Lagipun, siapalah dia mahu masuk campur, menjaga tepi kain Shida?
Qusyairi pandang jam di computer. Lagi lima minit ke pukul dua petang. Ada lebih baik, dia pergi berjumpa dengan Puan Azlina. Pastinya berkenaan dengan Projek Tresna Bank. Fail yang bertulis Tresna Bank pula dicapai dari atas meja.
Qusyairi pandang Shida lagi. Masih lagi seperti tadi.
Qusyairi mencapai secebis kertas nota kecil berwarna kuning. Jarinya mencoret sesuatu. Kemudian, sebiji gula-gula Mentos berperisa pudina yang memang sentiasa ada di atas sebelah komputernya diambil. Qusyairi bangun. Dia singgah sebentar di meja Shida lalu meletakkan gula-gula mentos dan kertas kuning itu di sisi meja Shida. Tanpa berkata apa-apa, Qusyairi terus berlalu, menuju ke bilik pejabat Puan Azlina.
Shida yang tercengang, hanya mengekori langkah Qusyairi dengan ekor mata sehingga Qusyairi hilang dari pandangan. Kemudian, matanya dihala pada Mentos dan cebisan kertas kuning.
Stay Cool 'n' Keep Smiling...
Shida terkebil-kebil membaca. Nafas dihembus perlahan. Ada sedikit biasan senyuman di bibir.
Last edited by Nicki_Meow on 17-10-2014 03:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki... dh tukar tajuk pendek balik ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|