CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remy_3D

Tourism Brunei

[Copy link]
Post time 23-11-2006 10:59 PM | Show all posts

MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN

Lokasi : Bandar Seri Begawan.

Masjid Omar Ali Saifuddien telah mula dibina pada 1hb. Jamadilakhir,1373 Hijrah, bersamaan dengan 4hb. Februari,1954 Masihi. Ianya dibina di atas sebidang tanah seluas 5 ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan.

Masjid ini telah mula dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28 pada hari Jumaat 13hb. Rabiulawal,1378 Hijrah, bersamaan dengan 26hb. September,1958 Masihi. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 3,000 orang.

JADUAL WAKTU LAWATAN

Keterangan : Jadual Waktu Lawatan bagi Pelancong dan orang ramai ke Masjid Omar Ali Saifuddien

HARI
MASA LAWATAN
KAWASAN

Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu
8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Dibenarkan kawasan dalam dan luar bangunan masjid
1.00 petang hingga 3.00 petang
4.30 petang hingga 5.30 petang

Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu
5.30 petang hingga 8.00 malam
Dibenarkan kawasan luar masjid sahaja

Khamis
Ditutup
Dibenarkan kawasan luar masjid sahaja dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam

Jumaat
4.30 petang hingga 5.30 petang
Dibenarkan kawasan dalam bangunan masjid

Perhatian :
Orang-orang berugama Islam yang beribadat tidak tertakluk kepada jadual waktu lawatan ini.

Pelawat-pelawat yang bukan berugama Islam tidak dibenarkan membuat lawatan sewaktu majlis hari-hari kebesaran Islam, Keugamaan dan Kenegaraan diadakan.
PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN
Keterangan : Permohonan mengadakan lawatan secara rasmi ke Masjid Omar Ali Saifuddien.

1. Permohonan hendaklah dihadapkan 4 minggu sebelum tarikh lawatan ke Masjid Omar Ali Saiffudien diadakan kepada Pengarah Hal Ehwal Masjid untuk mendapatkan kebenaran.

2. Surat permohonan hendaklah terkandung perkara-perkara berikut :

(a) Nama Pemohon
(b) Tarikh lawatan
(c) Masa lawatan
(d) Keramaian
(e) Orang yang boleh dihubungi (contact person) berserta nombor telefon.

3. Jika ada sebarang perubahan ataupun pembatalan permohonan, hendaklah memaklumkan 3 hari sebelum tarikh lawatan.

PERMOHONAN MENGADAKAN MAJLIS

Keterangan : Permohonan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran / Sembahyang Sunat Hajat / Membaca Yaasin.

1. Permohonan hendaklah dihadapkan 4 minggu sebelum diadakan kepada Penguasa Masjid Omar Ali Saifuddien untuk mendapatkan kebenaran.

2. Surat permohonan hendaklah terkandung perkara-perkara berikut :
(a) Nama pemohon
(b) Tarikh mengadakan
(c) Masa
(d) Keramaian
(e) Tetamu kehormat (jika ada)
(f) Orang yang boleh dihubungi (contact person) berserta nombor telefon.

3. Jika ada sebarang perubahan ataupun pembatalan permohonan, hendaklah memaklumkan 3 hari sebelum tarikh majlis diadakan.

PERMOHONAN PENGGAMBARAN

Keterangan : Permohonan Penggambaran di dalam Bangunan Masjid Omar Ali Saifuddien.

1. Permohonan hendaklah dihadapkan 3 minggu sebelum tarikh penggambaran kepada Pengarah Hal Ehwal Masjid untuk kebenaran.

2. Surat permohonan hendaklah terkandung perkara-perkara berikut :
(a) Nama pemohon
(b) Tarikh penggambaran
(c) Masa
(d) Keramaian
(e) Orang yang boleh dihubungi (contact person) berserta nombor telefon.

3. Jika ada sebarang perubahan ataupun pembatalan permohonan, hendaklah memaklumkan 3 hari sebelum tarikh penggambaran diadakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 11:01 PM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:02 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:09 PM | Show all posts

MASJID JAME' 'ASR HASSANIL BOLKIAH

Lokasi : Kiulap

Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah merupakan wakaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke-29. Jame' ini terletak di Kampong Kiarong, 4km daripada Bandar Seri Begawan. Ianya telah mula dibina pada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 20 ekar.

Jame' ini mula digunakan pada hari Khamis malam Jumaat bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-48 tahun iaitu pada 14hb. Julai, 1994, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah berangkat menunaikan sembahyang fardu Maghrib dan fardu Isyak berjemaah.

Kapasiti Jame' ini melebihi 5,000 orang jemaah. Jame' ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan sebagainya.

JADUAL WAKTU LAWATAN

Keterangan : Jadual lawatan biasa ke Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah bagi pelancong dan orang ramai.

HARI
MASA LAWATAN

Pagi
Petang
Malam

Isnin
8.00 hingga 12.00
2.00 hingga 3.00
8.00 hingga 9.30

Selasa
8.00 hingga 12.00
2.00 hingga 3.00
8.00 hingga 9.30

Rabu
8.00 hingga 12.00
2.00 hingga 3.00
8.00 hingga 9.30

Khamis
-
-
-

Jumaat
-
4.30 hingga 6.00
8.00 hingga 9.30

Sabtu
8.00 hingga 12.00
2.00 hingga 3.00
8.00 hingga 9.30

Ahad
8.00 hingga 12.00
2.00 hingga 3.00
8.00 hingga 9.30

Perhatian :

Orang-orang berugama Islam yang beribadat tidak tertakluk kepada jadual waktu lawatan ini.

Pelawat-pelawat yang bukan berugama Islam tidak dibenarkan membuat lawatan sewaktu majlis hari-hari kebesaran Islam, Keugamaan dan Kenegaraan diadakan.

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN

Keterangan : Permohonan mengadakan lawatan secara rasmi ke Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

1. Menghadapkan permohonan kepada Pegawai Ugama Kanan, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah untuk mendapatkan kebenaran 4 minggu sebelum mengadakan lawatan.

2. Surat permohonan hendaklah terkandung perkara-perkara berikut :
(a) Nama pemohon
(b) Tarikh lawatan
(c) Masa lawatan
(d) Keramaian
(e) Orang yang boleh dihubungi (contact person) berserta nombor telefon.

3. Jika ada sebarang perubahan ataupun pembatalan permohonan, hendaklah memaklumkan 3 hari sebelum tarikh lawatan.

PERMOHONAN MENGADAKAN MAJLIS

Keterangan : Permohonan mengadakan Sembahyang Hajat / Membaca Yaasin bagi Sekolah Menengah / Rendah bagi Menghadapi Peperiksaan.

1. Menghadapkan permohonan kepada Pegawai Ugama Kanan, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah untuk mendapatkan kebenaran 4 minggu sebelum mengadakan majlis tersebut.

2. Surat permohonan hendaklah terkandung perkara-perkara tersebut :
(a) Nama pemohon
(b) Tarikh mengadakan
(c) Masa
(d) Keramaian
(e) Tetamu kehormat (jika ada)
(f) Orang yang boleh dihubungi (contact person) berserta nombor telefon.

3. Jika ada sebarang perubahan ataupun pembatalan permohonan, hendaklah memaklumkan 3 hari sebelum tarikh majlis diadakan.

PERMOHONAN PENGGAMBARAN

Keterangan : Permohonan Penggambaran di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

1. Permohonan penggambaran kawasan luar dan dalam Bangunan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah
i) Di luar Bangunan (kawasan) Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah :

(a) Menghadapkan permohonan kepada Pegawai Ugama Kanan, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah untuk mendapatkan kebenaran 3 minggu sebelum pemggambaran diadakan.

ii) Di dalam Bangunan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah :

(a) Menghadapkan permohonan kepada Pengarah Hal Ehwal Masjid untuk mendapatkan kebenaran 4 minggu sebelum penggambaran diadakan.

2. Surat permohonan hendaklah terkandung perkara-perkara berikut :

(a) Nama pemohon
(b) Tarikh mengadakan
(c) Masa
(d) Keramaian
(e) Orang yang boleh dihubungi (contact person) berserta nombor telefon.

3. Jika ada sebarang perubahan ataupun pembatalan permohonan, hendaklah memaklumkan 3 hari sebelum tarikh penggambaran diadakan.

PERMOHONAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN JAME' 'ASR HASSANIL BOLKIAH.

Keterangan : Permohonan menggunakan Bilik Persidangan / Bilik Mesyuarat / Dewan Serbaguna Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

1. Menghadapkan permohonan kepada Pegawai Ugama Kanan, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah untuk kebenaran 4 minggu sebelum digunakan.

2. Surat permohonan hendaklah terkandung perkara-perkara berikut :
(a) Nama pemohon
(b) Tarikh menggunakan
(c) Masa
(d) Keramaian
(e)Tetamu kehormat (jika ada)
(f) Orang yang boleh dihubungi (contact person) berserta nombor telefon.

3. Jika ada sebarang perubahan ataupun pembatalan permohonan, hendaklah memaklumkan 3 hari sebelum tarikh menggunakan kemudahan tersebut.

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN.

Keterangan : Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Ismail bin Omar Abd. Aziz, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

1. Perkhidmatan dibuka pada waktu pejabat.

2. Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut :

(a)8.30 pagi hingga 11.45 pagi dan 2.15 petang hingga 4 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:12 PM | Show all posts









Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:14 PM | Show all posts








[ Last edited by  holmes at 23-11-2006 11:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2006 11:24 PM | Show all posts
gambar2 ni hom dpt dari website lain...









[ Last edited by  holmes at 23-11-2006 11:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 23-11-2006 08:52 PM


Air laut tu...

ada paip air bersih disediakan leh Kerajaan... :ah:

tu gambar rumah2 kat Kampong Bolkiah...rumah2 tu didirikan leh Kerajaan Brunei utk depa yg dah kehilangan rumah2 semasa  ...



kebakaran kat mana eh? sebagian kampung air ke?
teruk ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 23-11-2006 08:54 PM


tengkiu...kalo tak silap hom...amik gambar tu noon time...panas wooo.. :kant: but glad it turns out good...



ok pe -
dapat exercise,
ambik angin,
learn a skill belajar ambik gambo,
ceta2 and promote pasal a place you love.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:57 PM | Show all posts


lawa eh..

aku ingat mesjid ni baru buat maybe 1980s tapi 1950s rupanye ek
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 12:00 AM | Show all posts


plaque to cakap apa?

yang bangunan dua tingkat  kira kanan satu row gitu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by holmes at 23-11-2006 11:09 PM
Lokasi : Kiulap

Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah merupakan wakaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke-29. Jame' ini te ...



perpustakaan apa eh?  korang pernah pegi ke?
Reply

Use magic Report

CrazyLady This user has been deleted
Post time 24-11-2006 09:49 AM | Show all posts
saye ade soalan nak tanye pada Holmes & Natasha tentang Brunei, harap2 blh bantu eh.
tapi sebelom tu biar saye pikir dulu ape yg nak ditanye..... nanti saye listkan soalan saye tu. terima kasih  :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 23-11-2006 11:47 PM



kebakaran kat mana eh? sebagian kampung air ke?
teruk ke?


A ah sebahagian kampung Air tu dulu....berpuluh2 rumah yg terbakar...

tu le pasal depa tak de rumah...so Kerajaan bangunkan rumah2 konkrit kat Kg Air lak utk depa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 23-11-2006 11:50 PM



ok pe -
dapat exercise,
ambik angin,
learn a skill belajar ambik gambo,
ceta2 and promote pasal a place you love.


a ah tul cakap deaf tu....best gak jenjalan cam tourist tu..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 23-11-2006 11:57 PM


lawa eh..

aku ingat mesjid ni baru buat maybe 1980s tapi 1950s rupanye ek


yup...:ah:

masjid ni dah kena declare as one of the most beautiful masjid in the world...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2006 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 24-11-2006 12:00 AM


plaque to cakap apa?

yang bangunan dua tingkat  kira kanan satu row gitu apa?


plaque tu sebenarnya is for the Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah...pembukaan resmi bangunan leh SB

those bangunan kiri kanan tu le Yayasan...nanti hom tepek gambar Yayasan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 24-11-2006 12:01 AM



perpustakaan apa eh?  korang pernah pegi ke?


Rasanya perpustakaan mengenai ISLAM...dan anything related to Islam..

frankly, hom blom pernah masuk perpustakaan tu :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by CrazyLady at 24-11-2006 09:49 AM
saye ade soalan nak tanye pada Holmes & Natasha tentang Brunei, harap2 blh bantu eh.
tapi sebelom tu biar saye pikir dulu ape yg nak ditanye..... nanti saye listkan soalan saye tu. terima kasi ...


wokey no prob.

kalo hom tak leh jawab...tash leh tolong jawabkan ekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 24-11-2006 09:49 PM


A ah sebahagian kampung Air tu dulu....berpuluh2 rumah yg terbakar...

tu le pasal depa tak de rumah...so Kerajaan bangunkan rumah2 konkrit kat Kg Air lak utk depa...



konkrit? so is it still on stilts or what? still above water is it?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.124397 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list