|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Makhluk Legenda Dari Negara Latin : Sack Man
Kalau di negeri-negeri Latin, macam Brazil, Sepanyol, Portugal dan Amerika Latin, ada satu makhluk ghaib yang digeruni oleh golongan kanak-kanak khususnya, yang dipanggil El Hombre Del Saco, atau dalam bahasa Inggerisnya, Sack-Man atau Bag-Man. Kalau diterjemah dalam bahasa Melayu, jadilah, lelaki yang membawa karung guni.
“Ha merayapla lagi kat luar tu. Nanti kene makan dengan Sack-man baru tau”. Para ibu akan menakutkan anak-anak mereka dengan Sack-man, sebab Sack-man ni suka culik dan makan kanak-kanak yang nakal. Kanak-kanak yang diculik tu akan dimasukkan dalam karung guni sebelum dimakan. Tapi kisah yang diceritakan pada aku ni unik sikit, sebab yang jadi mangsa Sack-man tu adalah seorang lelaki dewasa. Kita namakan lelaki tu sebagai Jose jelah ye.
Pada suatu hari, di sebuah kawasan pedalaman di Argentina (bukan lokasi sebenar), Jose ni balik dari memancing di sebuah sungai seorang diri. Di pertengahan jalan, dia terserempak dengan seorang lelaki tua yang comot dan berpakaian compang-camping yang sedang mengangkut karung guni dengan kudratnya. Terbongkok-bongkok orang tua tu berjalan sebab karung guni tu penuh dan nampak berat. Tapi entah kenapa, Jose rasa lain macam je tengok lelaki tua tu, jadi dia pun buat tak nampak jelah lelaki tua tu.
Tak lama lepas tu, Jose terserempak pulak dengan orang kampung dia kat jalan tu. Dia pun bertegur sapa lah dengan orang kampung tu, pastu dia pun tanyalah, “eh kau nampak tak lelaki tua yang menuju ke sungai tadi tu. Tu sape ye? Tak pernah nampak pun”. Jose pun terangkanlah keadaan orang tua tu pada orang kampungnya tadi. Muka orang kampung dia jadi pucat bila Jose cakap lelaki tua tu bawak karung. Terus orang kampung tu tanya dengan nada gementar, “karung tu penuh ke kosong”. Bila Jose cakap penuh, barulah orang kampung tu melepaskan nafas kelegaan. Tapi dia suruh Jose cari rumah terdekat, tak kiralah rumah sapa pun, dan berlindung kat sana. Orang kampung dia pun turut pesan pada Jose, jalan terus je jangan pandang belakang walau apapun yang berlaku, sebab orang kampung tu syak, lelaki tua itu adalah Sack Man.
Kemudian, orang kampung Jose tu pun terus start enjin motor dan patah balik ke arah kampung mereka. Eh kurang asam betul ingatkan nak tumpangkan Jose ke.
Sebagai anak jati Argentina, memang dari kecil Jose dah biasa dengar nama Sack Man, tapi seperti lelaki moden yang lain, bagi Jose Sack Man tu tak wujud, dan cuma untuk takutkan budak kecil je. Lagipun tak pernah lagilah Jose dengar Sack Man tu mengapa-apakan orang dewasa. Yang orang kampung dia tadi tu takut sangat dah kenapa, entah-entah lelaki tua tadi tu orang gila sesat kot.
Jose pun meneruskan jalan kaki balik ke kampung dia. Dalam 5 minit berjalan tu, Jose perasan ada bunyi tapak kaki di belakang dia. Jose dah rasa tak selamat sebab dia berseorangan dalam hutan tu. Jose berlutut buat-buat betulkan tali kasut, tapi orang itu pun ikut berhenti jugak. Jose curi-curi pandang ke belakang, dari ekor mata dia, dia ternampak lelaki tua bawak guni tadi, sedang tegak terpaku menunggu dia. Terbeliak mata Jose, teringat pulak cerita pasal Sack Man tadi. Jose pun berdiri dan teruslah berlari sekuat hati meninggalkan tempat tu.
Nasib Jose baik, sebab tak sampai 5 minit dia berlari tu, dia dah sampai ke hujung kampung. Kat hujung kampung tu ada rumah, tuan rumahnya pulak tengah duduk melepak di depan rumah sambil hisap rokok. Tapi bila tuan rumah tu nampak Jose je… dia terus berdiri dan melambai-lambaikan tangannya pada Jose. “Sini, cepat Jose. Cepat!”. Tuan rumah tu terus membuka pintu depan rumahnya, Jose pun berlari masuk ke rumah tersebut. Masuk je, tuan rumah terus hempas pintu dan siap kunci lagi.
Jose pun ucapkan terima kasih pada tuan rumah tu. “Terima kasih pakcik. Tapi saya rasa orang tua tadi tu jauh lagi.” Tuan rumah itu agak terkejut bila Jose cakap macam tu.
“Jose, tadi sebenarnya orang tua tu betul-betul belakang kau. Tapi kau nasib baik, nak. Sebab karung dia penuh. Kalau karung guni dia kosong, kau yang akan jadi mangsa Sack Man tu”.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Seorang Pengawal Menara Peninjau Bahagian 1
Semasa aku masih pelajar universiti, aku pernah bekerja sebagai pengawal menara peninjau di taman-taman negara di USA. Kerja aku ni unik sikit, aku kena tinggal di menara peninjau di tengah-tengah hutan, seorang diri untuk berminggu-minggu lamanya bagi memantau kalau berlakunya kebakaran hutan di taman negara tu. Waktu ni, teknologi macam GPS, satelit dan Google Maps memang tak wujud lagi jadi pemantauan ni dilakukan secara manual. Sekarang ni, dah tak banyak dah menara peninjau yang beroperasi sebab ianya dah digantikan dengan teknologi terkini macam dron, imejan satelit dan sebagainya. Kerja ni memang memerlukan seorang yang berjiwa kental sebab bukan mudah nak terbiasa dengan kesunyian duduk dalam hutan, pastu kena sentiasa berjaga-jaga pulak tu. Tapi setiap kali cuti musim panas, aku akan tawarkan diri untuk jadi pengawal menara.
Tapi, secara jujurnya lah, sepanjang aku buat kerja ni, aku tak pernah lagilah terserempak dengan makhluk pelik atau entiti menakutkan. Peristiwa yang aku alami lebih kepada perkara-perkara yang tak boleh nak dijelaskan dengan logik akal. Antara salah satu peristiwa tu berlaku pada suatu malam yang sunyi.
Aku tengah lepak atas katil di menara tu sambil merenung kegelapan hutan. Aku terperasan, ada cahaya pelik tapi kecil, bersimpang siur di dalam hutan. Aku sangkakan itu cuma lampu kereta, sehinggalah, dalam setengah jam tu, cahaya bulat itu tiba-tiba terbang menaik sehingga mencapai aras aku masa tu.
Cahaya tu aku jangkakan jauhnya dalam 20-30 batu, dan ketinggian menara aku ni 7000 kaki dari aras laut. Terduduklah aku atas katil, dengan mata terbeliak dan mulut terlopongnya, tapi cahaya itu seolah-olah tahu yang aku tengah perhatikan ia, dan ia pun terbang turun balik ke hutan, dan akhirnya ia menghilang begitu sahaja.
Aku berhusnozon, mungkin aku kepenatan kot, atau mungkin ini cuma mainan perasaan aku je sebab dah lama tak bersemuka dengan manusia. Tapi, esok malamnya, ada pengawal menara berhampiran pulak yang menghubungi aku melalui radio. Pengawal tu cerita kat aku, yang dia ternampak cahaya bulat dari hutan yang tiba-tiba boleh naik ke udara. Seperti cahaya yang aku nampak semalam. Dan tak lama tu cahaya tu turun semula dan akhirnya hilang di celah-celah hutan. Maksudnya, apa yang aku nampak semalam tu bukan khayalan?
Mungkin pembaca sekalian fikir, oh itu agaknya dron je kot. Tapi masa kejadian ni berlaku, dron ni masih sesuatu yang asing dan bukannya senang nak beli macam zaman sekarang ni. Lagipun, dron apa yang besar sungguh ni sampaikan dari jarak 20batu pun cahayanya masih terang dan boleh dilihat dengan mata kasar macam tu?
Menurut kata pengawal menara lagi sorang tu, dia cam tempat cahaya tu mendarat. Tempat tu ada tasik yang agak popular di kalangan pemancing ikan trout. Tapi, selepas kejadian cahaya pelik tu, tasik tu dipenuhi dengan sesuatu yang seperti alga, dan alga-alga tu telah membunuh ikan-ikan yang ada dalam tasik tu. Jabatan Hutan berusaha nak hidupkan balik tasik tu dengan melepaskan anak-anak ikan tu. Tapi sampai 3 musim panas atau 3 tahun lah jugak ikan-ikan tak boleh hidup dalam tasik tu.
Sekarang ni, tasik tu dah kembali berisi semula dengan ikan trout, dan kembali menjadi tumpuan pemancing…
Itu salah satu pengalaman pelik aku. Ada lagi sebenarnya…
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tq tq uols. Kadang2 ada beberapa part tu I susah nak translate jadi I letak gambar. Hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Seorang Pengawal Menara Peninjau Bahagian 2
Bila korang duduk kat menara ni, salah satu kelebihannya adalah korang boleh dapat isyarat radio dari berbatu-batu jauhnya. Macam aku, walaupun lokasi menara aku kat Oregon, tapi aku boleh dengar perbualan radio sampai ke Texas dan kadang-kadang, Mexico. Aku, sebagai seorang pelajar kolej yang baru menginjak ke awal 20-an, aku jarang menyampuk perbualan di antara diorang ni. Selalunya yang suka bersembang pakai radio ni, pemandu trak jarak jauh, budak-budak nerd yang saja nak uji peralatan radio masing-masing, polis-polis peronda. Sebelum wujudnya group whatsapp, inilah satu-satunya cara kami nak bersembang-sembang dengan orang.
Sehinggalah pada suatu malam, ada seseorang di radio yang nak cari ‘budak yang jaga menara tu’. Memandangkan pengawal menara lain tu semua dah bapak budak, jadi akulah budak yang dimaksudkan tu. Aku pun jawablah panggilan radio. Isyarat radio masa tu agak lemah dan tak berapa jelas, tapi pemanggil tu tanya aku keadaan muka bumi kat kawasan aku ni macam mana, berbukit ke, senang ke nak masuk. Selepas 2-3 kali bersoal jawab di radio, pemanggil tu mintak izin aku boleh tak dia nak singgah sekejap ke menara aku tu, dia dah penat sangat tapi dia taknak tidur tepi jalan. Aku pun benarkan dan perbualan kami terhenti di situ sahaja.
Ok kalau korang berbual pakai radio ni, kalau korang berada di rangkaian atau channel yang sama, orang lain pun boleh dengar apa yang korang cakapkan tu. Lepas je aku bersembang di radio tadi, pengawal menara berdekatan yang aku cerita sebelum ni tanya aku di radio jugak, tadi aku sembang dengan siapa? Sebab diorang tak dengar pun ada orang lain bercakap di radio selain aku. Aku beranggapan yang mungkin isyarat diorang yang lemah kot, tapi aku ada maklumkan pada pengawal lagi sorang tu yang malam ni mungkin ada orang nak datang temankan aku.
Beberapa jam kemudian, sebuah trak buruk pun sampai ke menara aku. Memandangkan menara aku ni terpencil dan cuma ada satu jalan masuk je, jadi aku agak ha ni tadi mesti pemanggil di radio tadi.
Aku malas nak turun, jadi aku pun tengok jelah dari atas menara. Pemanggil tu seorang lelaki tua yang rambut penuh beruban, rasanya macam sebaya ayah aku je. Tapi penampilannya agak selekeh sikit, macam dah berhari-hari tak mandi, tak cukur jambang. Nampak aku je, dia pun lambai aku dari bawah menara tu.
“Dik, boleh turun bawah tak? Pakcik penat lah nak naik tangga tinggi-tinggi ni”. Tapi, aku terpaksa menolak permintaan pakcik tu sebab aku tengah bertugas ni, jadi aku tak boleh suka-suka nak tinggalkan stesen aku. Pakcik tu sekadar angkat bahu je, masuk trak dan memandu pergi dari tempat aku. Aku agak kesian jugak kat pakcik tu, sebab jauh-jauh dia datang kan pastu balik macam tu je. Tapi tulah, bukan ke pakcik tu cakap tadi nak tumpang rehat kat menara aku, boleh je dia nak rehat dalam trak dia kat bawah menara ni.
Seminggu kemudian, aku dalam perjalanan nak ke pekan terdekat . Kalau ikut jadual, minggu ni aku dapat cuti 2 hari. Dalam 3 batu dari menara aku tu, aku ternampak trak pakcik hari tu. Trak tu tersadai di tepi jalan tapi pakcik tu tak ada pulak. Tapi, kedudukan trak tu menghala menuju ke menara aku.
2 hari kemudian, aku pun baliklah ke menara tu. Trak tu masih ada lagi di situ, kedudukannya tak berubah macam aku jumpa hari tu. Beberapa hari kemudian, bomba datang bawak trak tunda, dan tarik trak pakcik tu pergi dari situ sebab trak tu menghadang jalan sikit. Aku sempat berbual-bual dengan abang bomba tu. Rupanya,masa cuti 2 hari tu, pegawai bomba yang gantikan aku ada buat laporan pasal trak tu. Jadi bomba pun buat laporan polis, dan polis keluarkan notis dan siasat siapa pemilik trak tu. Tapi pemilik trak tu dah lama meninggal, dan polis tak dapat nak kesan siapa waris terdekat trak tu. Jadi nak tak nak diorang terpaksalah tarik trak tu sebab tak ada siapa yang tuntut.
Aku pulak speku macam ni, mungkin trak tu trak curi, mungkin pakcik yang datang tu sebenarnya perompak tapi tak jadi nak merompak, jadi dia pun letak trak kat situ sebab tunggu dan serang hendap aku. Tapi, kemana pulak dia pegi? Kenapa dia tinggalkan trak tu kat situ? Mungkinkah dia masuk hutan sekejap nak buang air sekali tu kena serang dengan binatang liar ke. Aku pun tak pasti. Aku pun penah tawar diri nak jadi saksi kehilangan pakcik tu, tapi polis kata tak perlu sebab pihak renjer ada jugak buat pencarian masa aku cuti tu, tapi tak jumpa pun kesan pakcik tu. Sampai sekarang, aku masih tertanya-tanya, kemanakah pakcik itu pergi…..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
good job tt.... terhibur jugak... nanti sambung lagik ya |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Seorang Pengawal Menara Peninjau Bahagian Akhir
Untuk tugasan kali ni, aku ditempatkan di sebuah menara peninjau yang agak berdekatan dengan stesen pengawal, kat stesen pengawal ni nanti adalah beberapa orang bomba yang ditugaskan untuk bersiap-sedia kalau berlakunya kebakaran. Lokasi tempat bertugas aku kali ni memang agak ke dalam sikitla, kalau trak bomba bergerak dari balai diorang ke stesen pengawal tu dalam sejam jugaklah.
Jadi, kadang-kadang bila bosan tu, aku selalu jugaklah turun lepak-lepak kat stesen tu. Lagipun stesen tu memang tak jauh pun, naik kereta 5 minit je sampai. Untuk ke stesyen tu, aku ikut jalan dalam yang cuma dihamparkan dengan batu dan muat-muat untuk trak aku je. Nak ikutkan memang ada jalan berturap, tapi jalan tu jauh sikitlah berpusing sana-sini. Tapi, entah macam mana, ada satu malam tu aku boleh tersesat.
Sebab jalan ni lurus je, pada malam kejadian tu aku rasa pelik kenapa 10 minit aku bawak kereta ni tak sampai-sampai pun. Aku dah banyak kali lalu jalan tu jadi aku memang dah dapat agak berapa lama nak sampai, jadi kalau dah 10 minit tu memang pelik lah. Aku ingatkan aku silap masuk jalan ke, tapi jalan ni lurus memang takde simpang, tapi aku teruskan jelah memandu. Sampai akhirnya aku berada di satu kawasan padang luas.
Ha masa ni memang aku terberhenti terus. Sebab aku duduk di menara kan, seingat aku lah tak pernah pulak ternampak kawasan padang ni masa aku buat tinjauan aku. lgpun jaraknya cuma 15minit naik kereta je, jadi takdela jauh mana dan mustahil la aku boleh tak nampak padang ni dari atas menara. Aku pun tak tunggu apa lagi, aku pun berundur dan patah baliklah ke jalan tadi.
Ok kali ni aku memang buntu, sebab di penghujung jalan tu ada simpang pulak. Aku pun keliru nak masuk mana, sebab aku pun tak pernah jumpa simpang ni. Tapi hati aku kuat mengatakan masuk kiri, jadi aku pun masuk kiri jelah. Lagipun jalan ni berturap bukannye jalan batu-batu, kalau jumpa jalan berturap maksudnye, samada menuju ke menara aku balik, atau menuju ke bandar terdekat. Dan, jalan yang aku pilih tadi tu membawa aku balik ke menara.
Aku pun hubungi abang bomba di stesen pengawal tu, aku cakap aku tak jadi la datang nak lepak tempat diorang tengok bola, aku sakit perut. Padahal aku pun tak paham macam mana aku boleh tersesat malam tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada cerita siap bergambar yg Pengawal Menara tu baru boleh bayangkan suasana bekerja ,macam mana. Mula teringat kat Menara Polis yg kat highway, jalan persekutuan yang berisiko kemalangan..masa awal2 je ramai puji..last menara tu pun dah tak berfungsi.
Terima kasih tt atas usaha semua tu. Suka baca cerita seram dari dunia barat yang moden tapi rupanya perkara pelik, ganjil dan misteri ni sama macam orang kita lalui jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita seterusnya ni memang pengalaman sebenar redditor tu. Termasuklah gambar-gambar tu pun memang milik redditor tu. Hope-hope uols enjoy citer seterusnya. Gong Xi Fa Chai uols
Gua Misteri Peristiwa ni terjadi 8 tahun yang lalu, masa tu aku pelajar tahun 2 di sekolah menengah (kalau kat Malaysia, dalam tingkatan 3 atau 4 la gitu). Aku ada 5 orang kawan yang berkongsi minat yang sama dengan aku, iaitu urban exploring atau suka teroka tempat-tempat terpencil yang orang dah tak pakai, macam bangunan tinggal dan sebagainya. Pada suatu hari, aku dan kawan aku 5 orang ni merayau-rayau naik basikal kat satu kawasan hutan yang tak dibangunkan, dan kami pun terjumpalah sebuah gua. Kami pun buatlah tinjauan awal, masuk gua tu, memang gelap gelita, dah nama pun gua kan. Dan kami pun rancanglah minggu depan hari Sabtu nak datang balik tempat ni bawak peralatan yang sesuai.
Dari kajian kami seterusnya, tanya orang sana sini, gua tu sebenarnya adalah bekas lombong simen yang dah ditinggalkan. Kami jangkakan yang gua ni mesti banyak debu jadi kami pun siap beli topeng yang ada penapis habuk macam orang sembur cat pakai tu. Lampu suluh sudah semestinya, dan kami pun bawak sekali glow stick sebagai penanda nak masuk gua gelap tu. Memang persediaan kami kaw-kaw la sebab kami teruja sebenarnya nak masuk gua tu. Tibalah hari yang dinantikan. Dalam gua tu, ada satu terowong buatan manusia yang mencerun ke bawah dan menuju ke dalam tanah, jadi kitorang pun ikut jelah terowong tu. Terowong tu besar jugak boleh muat satu kereta, dan jalannya pun agak elok jugakla, takdelah kami tersadung sana-sini. Di pertengahan jalan tu pun, kami jumpa banyak bilik yang diperbuat dari batu. Aku tak boleh bayanglah sapelah sanggup masuk keje dalam gua ni kan. Dalam gua ni pun masih ada lagi mesin-mesin dan peralatan mengorek simen tapi dah berkarat la. Tapi masih tegak berdiri dan mesin-mesin di dicat dengan warna terang sebab senang nak nampak kot. Tapi, dinding-dinding gua ni pulak dah dirosakkan dengan lukisan vandalism budak-budak nakal. Macam-macam lukisan aku jumpe, gambar kemaluan lelaki, xx was here, nama orang. Tapi lukisan tu makin lama makin tak ada bila makin jauh ke dalam. Masa ni, kami dah masuk dalam jugaklah, dah takde dah dinding yang berconteng. Cahaya dari pintu gua pun dah tak sampai ke lokasi kami masa tu, kami terpaksa bergantung dengan kekuatan cahaya lampu suluh kami. Tu pun, cahaya lampu suluh kami sampai 20 kaki je pastu tak nampak apa dah dilitupi oleh debu-debu simen. Glow stick yang kitorang tinggalkan sebagai tanda pun tak nampak dah, debu tebal sangat masa ni. Nasib baik la kami bawak topeng penapis udara tu.
Kami pun berhenti dan berbincang kejap, nak teruskan ke tak ni? Sebab rasanya tak pernah lagi ada orang sampai ke tempat ni. Adalah beberapa orang tu macam risau jugak kalau jadi apa-apa, sebab udara kat tempat tu agak teruk sebab debu, gelap jangan ceritalah. Kalau lampu suluh kitorang tu padam, dengan kitorang sekali mau padam. Masa ni aku agak kami ni dah suku batu ke bawah tanah dah. Tapi akhirnya, kitorang putuskan untuk teruskan meneroka gua tu. Alasannya sebab terowong ni lurus dan besar, takdelah sempit sangat pun. Walaupun kami berlima setuju tapi aku rasa ada jugak yang dah berat hati tu.
Kami pun teruskan berjalan, tapi masing-masing senyap je. Mungkin sebab keadaan gua tu yang gelap gelita, jadi kami takde mood nak sembang-sembang. Lagipun, masa ni cuma ada dinding gua je. Tak jumpa dah benda-benda menarik macam awal-awal tadi. Sehinggalah, kami terjumpa sesuatu yang membuatkan kami berlima berhenti berjalan serentak.
Di sebelah kanan kami, kami terjumpa lagi satu terowong buatan. Tapi terowong ni kecil dan sempit je, dan agak tinggi la jugak dalam beberapa kaki dari aras tanah. Nak masuk terowong tu kena panjat dulu. Tapi yang buat kami berhenti tu, sebab di dinding sekeliling terowong kecik tu penuh dengan tulisan berwarna putih. Tulisan tu pulak berkaitan dengan kematian dan seksaan. “Suffering”, “Pain”, “Plague”, “Disease” dan “Hell” antara beberapa tulisan yang aku boleh nampak. Aku dah rasa seram sejuk, aku yakin yang lain pun rasa macam tu jugak. Sapalah yang sanggup masuk sampai sini, pastu conteng dinding dalam gelap-gelap macam ni? Dahla perkataan yang digunakan tu pun pelik-pelik.
Ada pulak kawan aku sorang ni hati kering, dia cadangkan suruh kitorang masuk terowong tu. Aku nak bantah, tapi belum sempat aku nak bantah tu, kawan-kawan aku yang lain tu setuju pulak. Diorang kata, mesti terowong tu menuju ke sesuatu. Walaupun aku takut-takut, tapi bila aku tengok yang lain tu teruja nak masuk, aku pun ikut jelah.
Terowong tu memang sempit dan kami terpaksa merangkak nak masuk situ. Terowong tu membawa kami ke satu ruang yang agak besar, tapi dipenuhi air yang membentuk seperti lopak air. Di sekeliling lopak tu pulak ada batu-batu semulajadi yang agak besar. Di setiap batu tu ianya dipenuhi dengan lilin-lilin yang dah digunakan. Rasanya macam beratus jugaklah lilin-lilin kat situ. Di dinding kamar batu tu pulak dipenuhi dengan gambar-gambar raksasa yang pelik-pelik. Termasuklah di pintu terowong tu, rupanya ianya ‘dihiasi’ dengan lukisan mulut raksasa bergigi tajam. Tempat apa ni? Adakah tempat ni tempat pemujaan syaitan? Atau lukisan ni cuma gurauan nak takutkan budak-budak macam kami? Tapi yang pastinya, aura dalam bilik tu lain macam sikit. Kalau jumpa tempat unik macam ni sepatutnya kami rasa kagum dan teruja, tangkap gambar kenangan sana-sini, tapi entahlah, kali ni perasaannya macam seram dan hairan pun ada. Kami pun tak tunggu lama, dan kami pun merangkaklah keluar dari situ.
Lepas je keluar dari kamar batu tu, kami terus patah balik menuju ke pintu gua tadi, dan itulah kali terakhir kami menjejakkan kaki ke tempat tu. Kalau korang tanya akulah, tempat apa sebenarnya tu? Entah aku pun tak tau, sebab kitorang tak penah ungkit lagi dah pasal bilik tu. Kami masih lagi teruskan hobi menjelajah dan meneroka ni, tapi gua tulah jadi pengalaman paling misteri dalam hidup kami.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 11-2-2021 01:08 PM
Cerita seterusnya ni memang pengalaman sebenar redditor tu. Termasuklah gambar-gambar tu pun memang ...
Org barat ni satu sikap depa yg kita patut puji...jenis adventures, sikap ingin tahu tinggi...berani.. |
|
|
|
|
|
|
|
I love your benang tt...keep it up..sila translate smpi 100 page ya hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa Itu?
Aku juga merupakan seorang ‘urban explorer’ atau nama singkatannya ‘urbex’ yang agak berpengalaman la jugak. Ada satu hospital orang gila yang terbiar di belah pantai timur USA yang aku selalu pegi, aku rasa dalam 10 tahun ni, 10 ke 15 kalilah jugak aku pegi ke hospital ni. Hospital ni sebenarnya merupakan satu kompleks yang luas, bukannya satu bangunan tinggi je, tapi beberapa bangunan yang bersusun. Kalau aku sebut nama hospital ni, aku yakin mesti Redditor tau punye, tapi aku kasi klu la, hospital ni letaknya kat negeri New York.
Tapi, ramai yang tak tau, wujudnya rangkaian terowong bawah tanah yang menyambungkan antara satu bangunan ke satu bangunan di kompleks ni. Terowong ni dibina bagi tujuan penyaluran air, wap, sistem perbentungan dan elektrik. Terowong ni terletak lebih kurang 10 ke 15 kaki ke bawah tanah, dan memang panjang. Terowong ni bermula di aras bawah tanah bangunan-bangunan tu, tapi ada jugak terowong ni yang pintu masuknya terletak di bilik-bilik kat hospital ni. Ada sekali tu, aku jumpa pintu rahsia kat makmal, sekali tu pintu ada macam laluan sempit, tengok-tengok je aku dah sampai ke pejabat utama. Padahal dah 5 kali jugak aku menjelajah bangunan tu nilah kali pertama aku tahu ada terowong rahsia ni.
Kompleks ni dah ditinggalkan 20-30 tahun yang dulu, kenapa ianya ditinggalkan aku pun tak pasti. Sebab masih ada lagi peralatan dan barangan hospital yang dibiarkan macam tu je masa pertama kali aku ke sini. Masa aku jalan-jalan kat ruangan bawah tanah tu aku terjumpa beberapa laptop lama. Aku adalah ambil sebiji laptop buruk tu, bila aku betulkan sikit-sikit ianya masih berfungsi lagi. Ni antara laptop yang aku maksudkan tu.
Sebab dah terlalu lama hospital ni ditinggalkan kan, jadi ada beberapa bahagian dalam terowong tu yang digenangi air sebab paip bocor. Bila korang berada dalam terowong tu, sunyi tu memang sunyi, yang kedengaran cuma bunyi aliran angin dan gema dari tapak kasut korang. Terowong ni pun memang gelap, dindingnya pulak tak bercat, jadi memang takde apa dalam terowong ni yang boleh memantulkan cahaya.
Sebelum aku memulakan cerita, aku mengaku, sebelum benda ni terjadi pada aku, aku memang suka buat eksplorasi macam ni secara solo. Sebelum-sebelum ni tak pernahlah terjadi apa-apa pada aku, tapi sebagai otai, aku nasihatkan cariklah geng atau kawan kalau nk jadi urbex ni. Sekarang ni zaman teknologi, chatroom, forum, kat reddit ni pun ada board khas untuk urbex kan. Bahaya sebenarnya buat benda ni sorang-sorang, sebab tu awal tadi aku memang sengaja taknak dedahkan nama hospital ni.
Ok berbalik pada pengalaman aku semula, masa tu aku tersilap bawak lampu suluh yang pakai bateri AA jenis LED dengan nilai lumen 75-100 je. Kalau korang nak pilih lampu suluh, lagi besar nilai lumen tu lagi terang. Dalam kes aku ni, lampu suluh aku ni taraf-taraf lampu suluh dapat percuma je.
Untuk trip kali ni, aku pilih satu kawasan di kompleks hospital tu yang aku tak pernah terjah lagi. Terowong ni agak istimewa sikit sebab ianya macam mencerun ke bawah. Selalunya terowong ni akan membawa aku ke bangunan lain, sebaliknya di hujung terowong ni adalah satu bilik dengan 2 tangki air di dalamnya. Bilik tu agak besar jugaklah sebab tangki tu sendiri aku anggarkan 15kaki tingginya. Aku agak mungkin bilik ni bilik penapis air kot, zaman dulu kan mesin coway mana wujud lagi.
Sebab keadaan terowong ni yang mencerun, jadi air dari paip yang bocor mengalir dan akhirnya berkumpul dalam bilik ni. Aku kira dalam seinci jugaklah kedalaman air dalam bilik tu, ditambah dengan debu-debu yang menjadi lumpur, jadi bila korang berjalan, nanti adalah bunyi tapak kasut ‘schtuck..schtuck’. Sebab bilik tu luas kan, aku pun berjalan-jalan lah mengelilingi bilik tu dengan lampu suluh kecik aku tu. Aku yakin aku sorang je dalam bilik tu, sampailah aku terdengar bunyi tapak kasut lain, ‘schtuck…schtuck’. Aku ingatkan tu gema je, tapi aku perasan bunyi tu dari arah bertentangan dengan aku.
Aku pun automatik, terberhentilah kat situ. Tapi bunyi tapak kaki tu masih ada lagi. ‘Schtuck…schtuck’. Aku pun suluhla sana sini, dengan cahaya lampu suluh aku yang terhad tu, aku terperasan macam ada bentuk tubuh manusia di suatu sudut di dalam bilik tu. Tapi, ianya serba hitam, macam bayang-bayang manusia. Seolah-olah ada manusia sedang bersembunyi di antara tangki dan dinding bilik yang berwarna pic tu. “Hello?”. Tapi, sapaanku tidak bersahut. Sebaliknya, ‘manusia’ itu membuka kedua-dua matanya. Aku punyalah terkejut, aku pun berpusing 180 darjah dan terus berlari keluar dari terowong tu dengan sekuat hatiku. Dahla terowong tu licin, berapa kali aku tergelincir pun aku tak tau lah. Sampai kat luar bangunan tu je, baru aku terperasan, lutut, siku aku tercalar sana sini.
Aku terus balik rumah, mandi-mandi, tenangkan fikiran. Bila aku dah berhenti menggeletar, aku pun cubalah fikirkan penjelasan logik pasal kejadian petang tadi. Aku yakin, yang aku nampak tu pun manusia juga, manusia yang berpakaian serba hitam. Malam tu aku ajak kawan aku pegi makan kat luar, pastu aku pun ceritalah pasal kejadian tadi. “Apa warna mata orang yang kau nampak tu?”. Bila kawan aku tanya macam tu, baru aku terfikirkan, aku tak perasan pulak apa warna mata orang tu. Sebab mata orang tu berkilau bila kena cahaya lampu suluh aku. “Bro, kau tau tak? Mata manusia mana boleh memantulkan cahaya”. Ha, habis tu mata apa?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kisah di White Mountain, New Hampshire
Sebelum aku memulakan kisah aku ni, aku mengakulah aku ni seorang yang skeptikal dan tak percaya dengan benda-benda ghaib, termasuklah makhluk asing ke, hantu ke. Tapi setelah aku mengalami peristiwa ini, aku mula percaya yang bukan manusia sahaja yang ada kat bumi ni. Mungkin di sebalik dunia yang kita boleh nampak dengan mata kasar kita ni, ada dimensi atau dunia lain yang tersembunyi.
Peristiwa ni terjadi semasa aku masih muda. Bila aku dah mula masuk sekolah menengah, aku dan kawan-kawan aku mula aktif dengan aktiviti lasak ni, jadi setiap kali cuti musim panas, kami suka mendaki dan berkhemah di tengah hutan. Kejadian ni berlaku di pergunungan White yang letaknya di New Hampshire.
Memandangkan kami ni budak lelaki kan, jadi pada hari yang sepatutnya kami bertolak ke White Mountain tu, kami terbangun lambat la pulak. Dah lewat tengahari barulah kami bertolak ke sana. Sampai sana je, dah pukul 10 malam. Memang lewat betul lah kami masa tu, jadi kami ambil keputusan nak tidur kat kawasan tempat letak kereta je, esok pagi baru nak mula mendaki.
Memandangkan hari dah sangat lewat, kami cuma makan malam ala kadar, dan masing-masing pun tidur dan berehat, kecuali aku dan kawan aku seorang lagi ni je. Entah kenapa, mungkin sebab tadi bukan kami yang memandu kot, tidur je dalam trak, kami masih lagi rasa segar-bugar dan kami pun bersiar-siarlah di kawasan kaki gunung tu.
Malam tu bulan mengambang penuh, dan langit pun cerah diterangi bintang-bintang bersinaran. Walaupun masa tu dah lepas tengah malam. Jalan punya jalan, sampai kami terjumpa sebatang anak sungai, dan ada titi kayu merentasi anak sungai tu. Dan menyeberangi anak sungai tu, ada sebatang pokok yang sangat besar, tapi pokok tu dah mati. Pokok tu cuma sebatang kayu besar yang bercabang-cabang menjadi dahan-dahan yang menjulur ke arah langit, tapi takde sehelai daun pun pada dahan-dahannya.
Aku dan kawan aku berdiri di kaki titi kayu tu, sambil memerhatikan pokok besar tu. Kawan aku tu peramah dan jenis pandai menyembang, tapi bila kami nampak je pokok tu, kami berdua-dua sama-sama terdiam. Suasana jadi sunyi sepi untuk beberapa minit, sehinggalah kawan aku tadi memecahkan kesepian malam itu. “Wei aku rasa seramlah tengok pokok tu”. Aku diam je, aku pun sebenarnya rasa macam tu jugak. “Tapi tu pokok je. Nak seram apa kan. Hahaha”, kawan aku cakap macam tu pastu dia tergelak sendiri macam DJ Radio ERA. Aku pun pura-pura la ketawakan dia, “Penakut jugak kau ni, ingatkan berani sangat”. Padahal dalam hati aku pun kecut gak. Kawan aku muncung tak puas hati aku ejek dia macam tu. “Ha kalau kau anak jantan sangat kau pegila seberang sungai tu”. Kawan aku cabar aku pulak.
Sebagai remaja lelaki belasan tahun yang pantang dicabar, anak jantan tulen la katakan, aku pun berjalan la menyeberangi jambatan tu. Aku rasa aku dah dalam 2/3 jauhnya merentasi jambatan tu, apabila dadaku tiba-tiba berdebar-debar. Badan aku seram sejuk, macam suhu masa tu dah jatuh ke paras beku. Ada sesuatu dalam hatiku dan otakku yang mengatakan, patah balik, patah balik.
Aku pun patah balik. Aku mengaku pada kawan aku tu, “Wei aku rasa tak sedap hatilah. Jomlah kita balik”. Aku dah bersiap sedia nak diketawakan oleh kawan aku tu, tapi kawan aku pun tak cakap apa pastu kitorang pun baliklah ke tempat letak kereta tadi tu.
Esok pagi tu, kami pun memulakan la ekspedisi kami, dan rupa-rupanya kami kena lalu bersebelahan dengan titi kayu yang kami nampak malam tadi. Cumanya, kali ni, di penghujung titi tu, tak ada pokok mati yang aku dan kawan aku nampak malam tadi.
Aku dan kawan aku saling berpandangan, kami dah rasa tak sedap hati. Tapi kami bernasib baik sebab sepanjang ekspedisi tu takde benda-benda buruk berlaku pada kami. Peristiwa tu jadi rahsia antara kami berdua. Sampai sekarang aku terfikir, kalau aku betul-betul pergi ke pokok tu apalah agaknya yang terjadi kat aku nanti….
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Seorang Pencuri
Aku akui, aku adalah seorang lelaki yang punya sejarah hitam. Suatu ketika dulu, aku adalah seorang penjenayah kecil. Mencuri adalah pekerjaan aku dulu, tapi aku tak pernahlah mencederakan atau merogol orang. Aku cuma pecah masuk rumah orang je. Tapi, ada satu peristiwa paranormal yang terjadi pada aku, yang akhirnya berjaya buat aku tinggalkan dunia jenayah buat selama-lamanya.
Beberapa tahun lalu, aku dapat tahu, ada seorang nenek tua yang tinggal seorang diri di sebuah rumah teres satu tingkat. Hasil pemerhatian aku, nenek tua tu ada masalah penglihatan sebab kataraks, dan pendengaran dia pun kurang jelas sikit. Setiap hari, tepat jam 7 petang, penjaga yang diupah untuk jaga nenek tu di sebelah siang akan habis kerja dan tinggallah nenek tu sorang diri di rumah. Jadi, setelah beberapa hari memerhatikan nenek tua tu, pada suatu malam, aku pecah masuk rumah dia. Aku ikut pintu belakang. Mudah je nak umpil kunci pintu belakang tu sebab pintunya ringan je.
Pintu belakang tu akan terus menuju ke dapur dan ruang makan. Dari dapur, aku terdengar bunyi tv yang sengaja dipasang dengan kuat sebab nenek tu kan separa pekak. Jadi, aku pun dengan senyap cubalah nak cari sudu dan garpu perak yang selalu jadi koleksi orang tua di dapur nenek tu.
Tengah aku sibuk mencari barangan yang bernilai kat dapur tu, aku terdengar bunyi macam manusia berdengkur di ruang tamu. Krooohh….krooohhh…kroooohhh… Aku sangkakan nenek tu dah tidur, jadi aku pun perlahan-lahan la menuju ke ruang tamu. Rumah tu ringkas je, dapur kat belakang, kat depan pulak ruang tamu dan ada 2 bilik tidur berdepan dengan ruang tamu tu. Di depan ruang tamu tu pulak, pintu utama yang menuju ke beranda rumah tu. Niat aku nak masuk bilik nenek tu, tapi aku tengok nenek tu macam berkutik-kutik atas sofa yang menghadap tv tu.
Rupa-rupanya, nenek tu kena sawan. Mulut ternganga, matanya terbeliak dengan mata hitam ke atas sampai cuma nampak mata putih je, seluruh badannya pulak jadi kejung. Walaupun aku pencuri, aku tak sampai hati nak tengok nenek tu macam tu. Kebetulan, di sebelah sofa tu ada meja kecil yang menempatkan telefon tak berwayar. Aku pun dail 911, bila dan berjawab, aku sengaja biarkan telefon tu di tepi nenek tu.
Kalau kat USA,korang dail je 911 tu, pastu dah berjawab jangan letak telefon. Biarkan je. Sebab memang protokol 911 kalau panggilan macam tu, diorang akan cari lokasi dan pemanggil dan terus hantar pasukan penyelamat ke situ.
Aku pulak dapat satu idea jahat. Sebelah tv tu ada kabinet antik kayu yang ada kekisi macam ni, jadi aku cadang nak menyorok dalam tu. Lepas nenek dibawak ke hospital, bolehlah aku sambung merompak rumah dia. badan aku kurus kering memang muat je nak masuk dalam kabinet tu.
Dari dalam kabinet tu, aku masih boleh nampak keseluruhan ruang tamu tu dari celah-celah lubang kekisi. Tepat tekaan aku, tak sampai 10 minit, kedengaran bunyi ambulans di luar. Tapi, yang peliknya, kalau tadi nenek tu kan tengah mengalami sawan, tapi bila dengar bunyi ambulans je, nenek tu kembali normal. Paramedik pun sampai dan ketuk pintu rumah tu berkali-kali, nenek tu pun dengan terkial-kial capai tongkat dia dan bukak pintu sambut paramedik tu.
Eh, peliknya. Dari dalam kabinet tu, aku dapat tangkap perbualan di antara nenek dan paramedik tu. Nenek tu kan pekak sikit, jadi paramedik tu terpaksalah jerit-jerit sikit. Nenek tu cakap dia elok je, dia takde pulak telefon 911 tadi. Bila tengok keadaan nenek tu elok-elok je, paramedik tu pun balik, dan nenek tu pun kembalilah ke sofa dia.
Elok je hilang bunyi ambulans tu, nenek tu kembali diserang sawan. Ah, sudah. Aku pun telefon balik 911, dan cepat-cepat bersembunyi dalam kabinet. Tapi, macam tadi jugaklah, elok je paramedik datang, nenek tu jadi sihat semula. Bila paramedik dah balik, sawan nenek tu datang balik. Masuk kali ketiga, paramedik tu tegur nenek tu jangan nak buang masa diorang macam tu. Dah 3 kali dapat panggilan palsu, tapi nenek tu mati-mati ngaku dia sorang je dalam rumah tu. Maksudnya, nenek tu memang tak tahu yang selama ni akulah yang buat panggilan 911 tu.
Kali ketiga tu, nenek tu pun kembalilah ke sofa. Aku pulak dah risau, macam mana pulak aku nak keluar dari kabinet ni. Tapi, dari balik kabinet tu, aku nampak nenek tu menggelupur lagi. Aku tunggu lama sikit manalah tau kan tu sawan palsu je. Cuma, kali ni, aku nampak, nenek tu tarik nafas panjang-panjang. Dah hembus nafas tu, nenek tu terus jadi kaku dengan mata tertutup.
Ah, sudah. Kenapa pulak dengan nenek ni? Aku pun keluarlah dari persembunyian aku tu. Aku tengok dada nenek tu tak berombak. Aku pegang pergelangan tangan nenek tu, tapi takde kesan nadi. Pucat tak berdarah lah muka aku. Aku pun teruslah telefon 911 semula. Aku rasa aku tak sempat dari keluar rumah ni, sebab nenek tu meninggal tak sampai 5 minit pun lepas paramedik tu pergi. Jadi aku pun cepat-cepatlah bukak kunci pintu depan, dan kembali menyorok dalam kabinet tadi.
Tepat jangkaan aku, paramedik tadi yang datang semula ke rumah nenek tu. Tapi, bila paramedik tu ketuk pintu je, mata nenek tu terus terbuka. Terkejut gila aku. Tapi, nenek tu tak terus bangun, sebaliknya badan dia menggelupur macam kena sawan tadi. Bila ketukan tak bersahut, paramedik pun terus masuk. Aku nampak riak terkejut muka paramedik bila tengok nenek tu macam tu.
Nenek tu terpaksa diangkut ke hospital malam tu jugak. Yes! Bolehlah aku nak rompak rumah nenek tu malam ni. Tapi, belum lagi. Tinggal lagi sorang paramedik yang tengah kemas beg kecemasan dia kat ruang tamu tu. Tiba-tiba, muncul pulak seorang lelaki tua dari dapur menuju ke paramedik tu. Eh sape pulak lelaki ni? Tak pernah nampak pun. Aku lupa tutup pintu belakang ke tadi?
Mulut lelaki tua tu terkumat-kami macam menuturkan sesuatu tapi tiada suara yang keluar dari mulut lelaki tua tu. Sambil jarinya menuding ke arah kabinet tempat aku menyorok. Aku dah panik. Adakah lelaki tua tu ternampak aku dalam rumah ni? Tapi, paramedik tu macam tak perasan yang lelaki tua tu kat belakang dia.
Lelaki tua itu cuba nak menyentuh bahu paramedik itu. Masa nilah aku nampak tangan lelaki tua tu menembusi badan paramedik tu. Berkali-kali lelaki tua tu cuba nak sentuh paramedik tu, tapi setiap kali itulah jugak tangannya ‘ghaib’. Berkali-kali jugaklah aku gosok mata, betul ke apa yang aku nampak ni? Maksudnya, lelaki tua tu….bukan manusia?
Paramedik tu sempat tutup tv dan tutup lampu ruang tamu. Bergelaplah aku dalam kabinet tu. Lelaki tua tu pun hilang bila lampu ditutup. Keadaan rumah tu jadi sunyi sepi. Aku masih terkaku dalam kabinet tu. Aku yakin aku tak berhalusinasi malam tu.
Dalam kabinet yang sempit tu, aku terasa macam ada seseorang bernafas di leher aku. “Berambus kau dari rumah aku”. Terlompat keluar aku dari kabinet tu. Aku terus berlari ikut pintu belakang, dan berlari tak pandang belakang meninggalkan rumah tu sampai kaki aku jadi lembik dan aku keputusan nafas.
Suara yang berbisik di telinga aku tu adalah milik seorang lelaki. Walaupun sekadar bisikan, tapi nadanya tegas, dan bisikannya seolah-olah dia betul-betul ada belakang aku, walaupun kabinet tu sebenarnya sempit. Setiap kali aku berniat nak buat benda buruk je, bisikan itu terngiang-ngiang di telinga aku…..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 13-2-2021 04:46 PM
Siapa Itu?
Aku juga merupakan seorang ‘urban explorer’ atau nama singkatannya ‘urbex’ yang agak ...
Sekali beruang...bigfoot....bhya la depa ni...mmg betoi diackp...kena bw kwn.
Jd apa2.. naya |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 14-2-2021 10:11 PM
Kisah Seorang Pencuri
Aku akui, aku adalah seorang lelaki yang punya sejarah hitam. Suatu ketika d ...
Serius...teringt satu kisah yg dia jd penjaga org tua..yg dia ckp masa nak abis tugas nak balik..nenek tu pesan jgn tutup pintu bilik..biar kerusi mengadap dia..
Sbb nnti suami dia mai sembang dgn dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Jadi Kadet Tentera Sekolah
Peristiwa ni terjadi dalam 6 ke 7 tahun lepas. Masa tu aku masih lagi di sekolah menengah, umur aku 13 tahun dan untuk ko-kurikulum sekolah, aku pilih nak jadi kadet tentera. Jadi kadet tentera ni seronok bagi aku, sebab mencabar. Dan sebagai kadet tentera, kami diwajibkan untuk menyertai perkhemahan di Taman Negara Thetford, di East Anglia, United Kingdom. Berkhemah di sana merupakan acara tahunan kadet sekolah aku, dan pada tahun tu, dah masuk kali ke-10 acara tu diadakan di tempat yang sama. Menurut abang senior aku, tempat tu dipilih sebab tempat tu ‘selamat’, tak pernah la terjadi kejadian seram atau paranormal walaupun tempat tu kaya dengan sejarah. Dan tempat tu takde haiwan liar, kalau beruntung bolehlah nampak musang atau memerang.
Walaupun namanya hutan, tapi tempat perkhemahan aku ni ada pelbagai lanskap, ada kawasan tanah lapang, ada kawasan yang dipenuhi pokok pine, ada kawasan yang berbelukar je. Memang kawasan ni sengaja dipilih sebab senang untuk kami mengadakan latihan menembak dan sebagainya.
Perkhemahan kami ni pendek je, cuma untuk 2 hari 1 malam. Dan perkhemahan ni diwajibkan untuk kadet tahun pertama sahaja. Adalah cikgu pengiring 2 orang, tapi selebihnya kami diketuai oleh senior-senior kami yang dipanggil NCO atau Non-commision Officer.
Pada siang hari pertama, aku dan 5 orang kadet junior lain yang sebaya dengan kami diarahkan untuk melakukan tinjauan di kawasan hutan kecil pokok pine yang agak jauh sikit dari pusat perkhemahan kami. Di tengah-tengah hutan tu pulak, ada satu kawasan tanah lapang yang aku anggarkan dalam 3km persegi. Tanah lapang tu pulak kecerunannya menaik sehingga membentuk macam satu timbunan kecil di tengah-tengahnya. NCO kami, seorang senior berumur 16 tahun, tiba-tiba mengeluarkan arahan bersiap sedia, dan mengacukan senapangnya ke arah timbunan itu. Kitorang yang lain tu pun, ikut jelah arahan senior kami tu. Rasa seronok pulak macam tentera betul, padahal senapang kami tu bukan ada peluru pun. Kami pun bergeraklah dengan senyap acah-acah komando ke arah timbunan tu, tapi takda sapa pun. Senior aku pun suruh kami turunkan senjata. Kitorang pun ikut jelah. Kami pun tak faham kenapa kan, tapi kami rasa teruja. Macam main perang-perang la pulak.
Kemudian, kami pun kembalilah ke tapak perkhemahan. Aku dan platun aku ditugaskan untuk sentri pertama malam itu. Sentri bermula jam 9.00 malam, tapi walaupun malam masih awal lagi, tapi aku rasa seram sikit. Macam diperhatikan je. Setiap kadet akan diberikan stesen sentri masing-masing mengelilingi tapak perkhemahan tu, jadi memang setiap kadet akan berseorangan semasa sentri tu. Tapi kami dibekalkan dengan senapang, cuma takde peluru je. Ni pun aku tak paham apa motifnya. Kalau nampak musang takkan nak baling senapang ni kat musang tu? Tapi kami cuma perlu berkawal untuk sejam je, lepas tu platun lain pulak akan ganti. Aku rasa lega bila waktu sentri aku tamat jugak akhirnya.
Masa tu aku bersiap sedia nak tidur dah dalam khemah, apabila berlakunya kekecohan di luar. Kesemua kadet junior diminta untuk berkumpul di tengah tapak khemah, termasuklah yang tengah sentri tadi. Kitorang semua tertanya-tanya kenapa, cuma ada 2 orang NCO je yang mengawal kami di tengah tapak perkhemahan tu, sementara cikgu-cikgu dan NCO-NCO lain tak tau pergi mana. Menurut kata kadet junior yang tengah sentri tadi, diorang terdengar ada bunyi macam ada orang tengah jalan dalam semak, tapi bila disuruh berhenti orang tu taknak. Kebetulan pulak ada NCO yang tak jauh dari situ, terdengar benda yang sama. Berkali-kali disuruh berhenti, sebab kawasan ni kawasan larangan jadi sepatutnya tak boleh ada orang lain ceroboh, tapi orang tu bergerak pulak, dari kiri ke kanan, pastu ke kiri balik. Pastu kadet tu pun disuruh balik ke tapak dan berkumpullah kami beramai-ramai dalam keadaan tak tahu apa tu.
10 minit kemudian, cikgu-cikgu dan NCO-NCO lain pun muncullah. Cikgu cakap, ada kambing biri-biri tersesat sampai ke tapak perkhemahan kami je. Sebab tu dipanggil tak menyahut. Kami semua diminta untuk tidur dalam khemah masing-masing, tak perlu nak sentri. Seronoklah budak-budak yang tak sempat nak sentri tu.
Esoknya, dalam bas perjalanan nak balik ke tempat kami tu, ha masa nilah baru terbongkarnya kisah masing-masing. NCO aku masa buat tinjauan petang tu cakap, sebenarnya dia ternampak ada kelibat manusia kat timbunan tu, dia ingatkan tu Sarjan saja nak uji kitorang, tapi bila kami tengok takde orang, dia pun keliru sebab dia yakin sangat dia nampak orang tu. Dan peristiwa malam tadi tu, sebenarnya cikgu-cikgu dan NCO-NCO pun sebenarnya tak nampak apa atau siapa yang berjalan-jalan dalam semak tu walaupun dah puas diorang suluh sana-sini. Tau-tau je, bunyi semak tu berhenti macam tu je. Sebab taknak takutkan kitorang, jadi cikgu pun rekalah citer yang tu cuma kambing je.
Kami ada seorang NCO wanita yang garang. Memang dia jenis hati kering, tapi dia cakap sepanjang dia ikut perkhemahan tahunan ni, dia rasa tempat ni lain macam sikit, walaupun dia dan orang lain tak diganggu. Tahun ni je jadi macam ni. NCO tu cerita, malam tadi sebelum kecoh-kecoh tu, dia nak pergi kencing kat semak sorang-sorang. Dan dia terdengar bunyi tapak kaki mengekori dia. Bila dia berhenti, bunyi tapak kaki tu pun berhenti. Tapi bila toleh takde orang. Akhirnya NCO tu tak jadi nak terkencing dan terus balik ke tapak perkhemahan.
Aku tak pastilah tapak tu memang angker ke atau tidak, sebab tahun selepasnya kami dah tak buat dah kem kat situ…….
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 15-2-2021 09:09 AM
ni mcm citer aku jugak. dulu masa form4 aku join kem motivasi ni, bawah cikgu kaunseling. yg aku ingat la, kem tu tepi sungai, pastu takde parking, nak masuk tu kene turun bas jalan kaki. aku tak sure apa nama tempat tu sebab ada pagar tapi takde signboard. kat kem tu takde letrik langsung, ada dewan terbuka, ada surau kecik, ada bilik air tandas tapi campur takde sign laki pompuan. yg ada renjer sorang, pastu kt kem tu ada lah tempat simpan anak pokok bakau. renjer tu tanya kitorang, camne kitorang boleh tau tempat ni? pastu renjer tu tak kasi kitorang bukak unggun api malam-malam takut hutan terbakar, lampu suluh je yg boleh. malam tu ada budak-budak lelaki sentri jugaklah. diorang nampak anjing, pastu diorg kejarlah anjing tu sampai anjing tu masuk hutan. pastu diorg terbau orang masak kari. kebetulan cikgu lelaki pun ada skali. pastu malam tu yg budak perempuan suma tido berhimpit dalam surau tu, budak lelaki suruh tido kat dewan tu ramai-ramai. tak boleh tido dalam khemah. esok plak jungle trekking. jungle trekking paling lama dalam hidup aku. kuar pukul 7 pastu dekat2 pukul 6 baru sampai kem. semua org flat nak masak nasi pun tak larat, makan biskut je. malam tu pun sama tak boleh tidur dalam khemah, kene tido dlm surau dan dewan. esok tu balik, dalam bas kawan aku citer, masa jungle trekking tu yg bawak renjer tadi. pastu renjer tu terlepas cakap kat die yang kitorg ni sebenarnya dah sesat sebab asyik pusing tempat sama je. budak lelaki pulak citer yang malam-malam diorg terdengar macam riuh rendah kat hutan tu macam ada kenduri. yg budak perempuan sorg ni pulak citer, malam pertama tu suma org dah tido, die terbangun pastu die dengar kat luar suara cikgu lelaki tanya dah tido ke belum tu. kawan aku ni tanya, siapa tu? pastu orang tu senyap je. pastu aku perasan la, poket beg yg aku letak dalam khemah aku zipnya terbukak tapi takde benda kene curi pun. rupa-rupanya semua orang pun mcm tu tapi masa kat kem tu masing2 tak berani nak tegur. aku mmg tak ingat apa nama tempat tu sebab takde signboard, tapi kat perak.
edit tambah sikit, tapi memang sebelum kitorg masuk situ, cikgu kaunseling tu pesan, kalau nampak benda pelik jangan tegur. pastu sblm kitorg masuk tu kitorg dikasik nama kod masing2 la. ikut nama kelas, mcm aku kelas gigih kalau org tanya sapa aku, aku kena jawab gigih.kalau cikgu pun mcm tu, nama kod cikgu kitorg tu kaunseling dan prs
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama kan tak nampak menara tu? i google pun takde dah
|
|
|
|
|
|
|
|
kan..lagi-lagi tempat gelap. kene gigit ular ke, terjatuh ke, naya je
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 15-2-2021 09:01 AM
ni mcm citer aku jugak. dulu masa form4 aku join kem motivasi ni, bawah cikgu kaunseling. yg aku i ...
Fuhh..mmg mantop dan lasak sungguh kem tu...teringt pernah p kem kat felda sungkai..
Mujur semua pelajar kwn2 sis behave tak menegur..mulut celupar |
|
|
|
|
|
|
| |
|