CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
Post time 5-3-2008 05:12 PM | Show all posts
suami  saya memang pandai cakap cina ( dulu sekolah cina). Dia ni dengan adik beradik cakap cina. Tapi anak saya tak masukkan  skolah cina, dia tak bagi  sbb katanya mungkin susah nak kontrol dr segi pemakanan dll ( siap bagi tau pegi toilet pun rasa tak selesa ) dan  dlm bab agama susah utk terapkan dgn nilai2 Islam. Erti kata lain ibu bapa kena kerja lebih, lagi pun katanya hal agama bukan sahaja perlu belajar Al-Quran, tapi sudut fekah, tauhid dll kena tau.

mula2 mertua semua bising sbb tak masuk ke sek aliran cina, tapi bila tiba waktu cucu kesayangannya, diorg masuk tadika cina.... memang ada diskriminasi, apa2 aktiviti dan pementasan, anak saudara tak terpilih walaupun masa pementasan dlm bahasa inggeris. cikgunya bagi peluang pada bangsanya sj, mak mentua tak puas ati  sbb anak saudara saya ni memang pandai ckp bahasa inggeris. Dlm masa yg sama budak tu jadi pendiam, terpaksalah pindah ke tadika kumon dan masuk sek. melayu sebab serik apa yg terjadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2008 12:13 PM | Show all posts
Dah jumpa Sarah's school teacher.  Hmm memang silibus BM dia agak advance banding dgn sekolah my son.  I thinks just like silibus sekolah kebangsaan.  Ingat lagi dulu my son terkejut tengok silibus BM darjah 2 adik dia kat sekolah kebangsaan, dia kata nih semua baru belajar masa darjah 4.  Ingatkan semua sekolah Cina silibus BM rendah sikit, rupanya tak.  

What makes me happy today cikgu kata Sarah has no problem at school, cuma kadang2 blur sebab ada arahan Cina yg dia tak faham.  Last time aku perasan dia bawa balik buku kawan sebab cikgu yg suruh.  Rupa-rupanya, cikgu juga dah selalu ambil buku Sarah dan pinjamkan pada kawan2 yg ketinggalan untuk jadi contoh.

Wahh I think apa yg cikgu dia buat ni macam best aje, sebab murid yg bukunya di ambil jadi contoh tentu self-esteem dia naik dan jadi lagi motivated nak buat the best.  Pastu budak yg ketinggalan pun tak de lah left out macam tu je, sebab cikgu ambil berat dan carikan contoh kerja kawan untuk dilihat (atau ditiru je kalau dah malas nak belajar).  

Buku kawan akan dipinjamkan pada budak lain sekiranya budak tu tak faham atau tak reti buat hw, dah due date pun masih tak buat/ buat tapi tak lengkap/ tak ikut arahan/ salah.

Lagi satu contohnya masa spelling Cina let say murid tu salah 4 dari 5 perkataan.  So untuk buat correction, cikgu pinjamkan buku budak yg spelling semua betul dan tulisan kemas dan cantik, untuk ditiru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2008 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by kubong at 5-3-2008 05:12 PM
suami  saya memang pandai cakap cina ( dulu sekolah cina). Dia ni dengan adik beradik cakap cina. Tapi anak saya tak masukkan  skolah cina, dia tak bagi  sbb katanya mungkin susah nak kontrol dr  ...


So sorry dengan  bad experience tu.  Manusia ni tak sama, ramai lagi yg amalkan prejudis atau discrimination, samada kita terkena atau tak aje.  Alhamdulillah all my children's schools very tolerance, bagi my kids take parts dlm persembahan, ikut kemampuan masing-masing.  Sarah tahun lepas, masuk 2 acara,  nyanyi lagu Cina ramai-ramai, tapi semua orang ada chance nyanyi solo.  Lagi satu baca poem dalam bahasa Cina. Tiap-tiap hari praktis masa dalam kereta nak pegi sekolah.   I am so proud of her.  Masa umur 5 tahun, tak tau apa-apa lagi, dia masuk dance dan nyanyi lagu Melayu + English aje.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 03:18 PM | Show all posts

Reply #322 aurorae's post

Alhamdulillah...I tumpang bangga....

I dapat rasakan sekolah tu memang bagus...pendekatan cikgu dia memang positif.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 04:42 PM | Show all posts

Reply #321 kubong's post

Ada gak yg antar anak gi tuition mandrin w/pun si-anak tak gi sklh cina.
Tp mmg kena disiplin dan kuat semangat utk terus belajar mandrin, plus
ibu plak kena rajin pi antaq-jemput anak dr tuition atau keluaq $$ utk tansportation.
Mmg kena korban skitlah...masa dan $$. Coz tuition-mate anak I ada yg cam ni...dia gi
SK tp rajin tul emak budak tu, very determine dan mmg supportive habis...dan the girl
boleh cakap mandrin biarkan dia sklh kebangsaan.

Kalau cam kubong lg senang... anak2 boleh ajer belajar mandrin drp ayah mereka...
senang sbb cikgu dah ada di rumah.

Selalunya kat tadika time konsert semua akan diberi peluang amik bahagian...salah
satu faktor sbb kita bayar yuran. Jd semua merasa naik stage tunjuk bakat kat ibu-bapa
pd akhir thn nnti. Setakat ni tak de plak diskriminasi kat anak2 I...semuanya sama jer
layanannya...mungkin sbb faktor bayar yuran dan mmg I jenis yg selalu dok tanya cikgu
ttng perkembangan anak. apatah lg kalau time nak konsert...belum cikgu announce I dah
melulu pi tanya cikgu...apa yg anak I amik bhgn...kenapa ini..kenapa itu...

Tp what happened to ur anak sedara tu...well sowwiii sangat dengar pasal tu...
Mmg ada yg berlaku cuma nasib jer...samada terkena atau tidak dan cara kita
tanganinya. Double std dan bias tu ada dimana2....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 02:38 PM | Show all posts

Reply #325 Shahir's post

Sebenarnya jarak rumah dengan tadika dekat aje tapi kesemua yg sekolah di situ cuma bangsanya sahaja, lagi pun diorg ni tinggal di kepong. Ya la... mungkin lain tempat lain ragamnya.

Bab faktor makanan ni bukan kami sj berfikiran macam tu... tapi jiran saya ( org india ) masa tadika memang hantar anaknya  sekolah cina, tapi bila masuk darjah satu dia hantar ke sekolah india dekat titiwangsa, (tak silap saya la ) dia masih kata faktor makanan ni susah juga utk dia. Dlm masa yg sama dia pun pandai cakap cina.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2008 08:57 AM | Show all posts
assalamualaikum.....

wahhh rancaknya kalian borak! me nak join skali!!.... me baru balik dari cuti bersalin selama 3 bulan... hu banyak btol post nak kena baca....letih ku selak2 page belakang...

pas ni rutin pagi ku bertambah2 laaa....nak kena sediakan bekal makanan si kakak p skolah, bekalan susu si baby g nurseri....huuuu kalo  tak kurus gak aku nih tatau laaa

aurorae,
sarah masuk darjah 1 di skolah cina ek? skolah mana? kena potong rambut gaks??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2008 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by mommyallya at 7-3-2008 03:18 PM
Alhamdulillah...I tumpang bangga....

I dapat rasakan sekolah tu memang bagus...pendekatan cikgu dia memang positif.


mommyallya, how's is your child?  Dok cerita pasal anak aku je.  Lupa lak, anak sulung aku bagitau  gambar dia+kawan2 masuk surat kabar Nan Yang Siang Pau beberapa minggu lepas (sebelum PRU), sebab daerah Kulai menang renang berpasukan.  Nasib baik dia pandai cakap Cina, kalau tak terkulat2 je sorang-sorang Melayu kat dalam tu.

Kitaorang ni, oh ye ke, suratkabar tu pun tak baca. Ingat nak cari kat library, tak jugak buat sampai hari ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2008 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by erleyna at 14-3-2008 08:57 AM
assalamualaikum.....

wahhh rancaknya kalian borak! me nak join skali!!.... me baru balik dari cuti bersalin selama 3 bulan... hu banyak btol post nak kena baca....letih ku selak2 page belakang ...


Oh baru lepas pantang ye.  Anak yang ke berapa ni? Tahniah.

Sekolah Woon Hwa.  Sekolah tu tak berapa strict pulak pasal rambut, sebab ramai je budak2 perempuan yg rambut sampai bahu termasuk anak aku, dan lebih bahu (diikat).

Aku tengok 3 bulan pertama ni, cikgu dia berdedikasi betul.  Masa budak2 nak balik sekolah, mesti ada 2-3 orang cikgu bertugas yang kawal budak2 tu kat pintu pagar, selain pengawal sekolah.  Dari segi keselamatan, memang tip top, tak sorang murid pun boleh keluar dari pagar sekolah, kecuali parents/kereta/bas dah sampai ke pintu pagar untuk ambik bawa balik.  Ada sekali tu aku ambik lambat (dah bagitau anak siap-siap), aku sampai sekolah pintu pagar dah berkunci.  Rupa-rupanya semua budak yg parents lambat ambik, dikumpul kat pondok pengawal.  Pehhh, lega.

Sekolah kebangsaan, bunyi aje loceng dan habis berdoa, meluru budak2 keluar pagar, berlari menyelit2 kat celah2 kereta yg tengah lalu lalang kat situ, kita yang drive ni pun takut.  Takut terlanggar budak kecik yg kita tak nampak.

[ Last edited by  aurorae at 14-3-2008 03:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 10:39 PM | Show all posts

Reply #327 erleyna's post

Tahniah erleyna...bawaklah banyak2 bersabar yek...memang hectic jadual you tu!

Nway, welcome back!  U still hantar anak u ke noble junior ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 10:47 PM | Show all posts

Reply #328 aurorae's post

Tq for asking but nothing much to share....so far alhamdulillah, she's doing well cumanya we all sedang dalam pertimbangan nak tukarkan pendaftaran sekolah dia dr. KL ke Puchong ni, sebab macam lebih conducive kat sini cumanya tak sure nak hantar dia ke SJKC Yak Chee (sekolah lama+bagus) or SJKC Ladang Harcroft (sekolah bru-2008).  So far, dia memang seronok and hopefully minat dia berkekalan lah...cuma sesekali tu komplen gak sebab homework banyak kan.... pastu silap sikit writing memang kena buat correction.  Memang kena sabar n banyakkan support.

Kalau jumpa paper tu...bolehlah scan and tempek gambar tu kat sini, kalau clearlah kan....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 10:58 PM | Show all posts
Semalam ada terbaca ttng kejayaan sorang budak melayu dlm SPM....nih dia keratannya utk dikongsi bersama bg yg belum baca lg.

Pelajar Melayu tunggal sekolah Cina dapat 11A

BUKIT MERTAJAM 12 Mac - Cabaran menjadi satu-satunya pelajar Melayudi kalangan 618 calon yang menduduki peperiksaan Sijil PelajaranMalaysia (SPM) di sebuah sekolah menengah kebangsaan Cina tidakmenghalang Abdul Basit Salim, (gambar) 18, untuk memperolehi 11 1A.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJK) Jit Sin disini berkata, kelebihannya bertutur dalam bahasa Mandarin turutmemecahkan tembok antara Melayu dan Cina.
"Kalau dulu memang sukar untuk bina hubungan persahabatan tetapilama-kelamaan, saya semakin diterima di kalangan kawan-kawan malahberjaya membentuk satu kepercayaan antara mereka," katanya yangmerupakan anak kedua daripada lima adik-beradik.
Tambahnya, walaupun mempelajari bahasa Mandarin sejak berusia enamtahun sehingga tamat persekolahan, ia bukanlah sesuatu yang mudahseperti yang disangkakan.
''Kebanyakan orang berfikir saya belajar Mandarin sejak kecil jadimudah apabila saya memasuki sekolah rendah atau menengah bila hendakberbual atau bergaul tetapi ia tidaklah semudah itu.
"Kadang-kadang saya masih lagi merasa kekok terutamanya bila melawat ke sekolah lain untuk perlawanan bola sepak," katanya.
Ujar Abdul Basit, kesemua adik-adiknya dimasukkan ke sekolah Cina sejak tadika sehingga tamat sekolah.
Abang sulungnya yang juga merupakan bekas pelajar sekolah yang sama,kini melanjutkan pelajaran di Perancis dalam bidang perakaunan di bawahbiasiswa Petronas.
''Mak dan abah pernah beritahu mereka masukkan kami adik-beradik kesekolah Cina sebab antara banyak perkara yang mereka boleh bagi, merekatidak dapat nak beri kami bahasa Mandarin dan ia hanya boleh dipelajaridi sekolah," kata Abdul Basit.
Ketika ditanya mengenai jadual pembelajarannya, Abdul Basitmemberitahu dia tidak mempunyai jadual khusus tetapi gemar mengulangkaji pelajaran sementara menunggu siaran langsung perlawanan bola sepakpasukan kegemarannya, Real Madrid.
Selain itu, beliau turut membaca buku cerita atau novel bahasa Mandarin, menonton berita Warta Mandarin di samping mendengar lagu Cina.
Abdul Basit yang ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan di Jepun.

[ Last edited by  Shahir at 14-3-2008 11:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 12:09 AM | Show all posts

Reply #332 Shahir's post

tq shahir for sharing...

Tumpang seronok dengar berita camni...bukan senang nak dapat kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2008 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 14-3-2008 10:58 PM
Semalam ada terbaca ttng kejayaan sorang budak melayu dlm SPM....nih dia keratannya utk dikongsi bersama bg yg belum baca lg.

Pelajar Melayu tunggal sekolah Cina dapat 11A

BUKIT MERTAJAM 12 ...


Wahh sampai form 5 sekolah Cina, anak2 aku mungkin tak sampai setinggi tu.   Rasanya baca buku cerita. akhbar dan novel tu memang satu cara cepat untuk menguasai bahasa asing.  Itu yang aku buat masa buat intensif English dulu.  Sebelum tu, walaupun dah belajar English dari darjah 1 ke tingkatan 5, English masih tahap lemah lagi.

Aku pun pernah belikan komik Sin Can dan Doraemon, VCD Sin Can Cina untuk anak2, tapi sekali je sebab nampak tak de respon menggalakkan.  So far now bahasa Cina dia memang 100% dari sekolah je.

Aku berdoa salah seorang dari anak aku yg pandai Cina ni nanti ambik jurusan agama, jadi ustaz/ustazah so boleh berdakwah dgn lebih berkesan lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2008 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by mommyallya at 14-3-2008 10:47 PM
So far, dia memang seronok and hopefully minat dia berkekalan lah...cuma sesekali tu komplen gak sebab homework banyak kan.... pastu silap sikit writing memang kena buat correction....


Betul, itu realitinya, kita kena selalu motivate anak2 bila dia nampak macam nak give up.  Tapi latihan yg nak kerja siap + sempurna ni sebenarnya budak2 Cina akan bawak sampai masuk universiti dan alam kerja, diaorang akan buat sesuatu bersungguh-sungguh dan almost perfect, bukan sekadar lepas batuk kat tangga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 09:49 AM | Show all posts
eik semalam ada antar post arinih tgk takde plak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2008 09:52 AM | Show all posts
thanks mommy, aurorae....
baru je bersalin anak kedua.kali ni dapat boy plak. suka la hati dapat sepasang ehehehe

iQa masih pergi ke junior noble.rasanya tahun depan nak stop. kena masukkan dia ke sekolah agama waktu pagi...tapi kena pikir mana nak transit n mana nak carik tuisyen plak lerrr haduiii pening makcik!

woon hwa kat mana ek? rasa penah dengar lerr...sarah tak nangis 1st day sekolah tu? eheheh...anak2 kita ni independence btol ek? zaman skarang susah nak tgk anak2 nangis g skolah....bukan cam zaman kita dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 09:54 AM | Show all posts

Reply #332 Shahir's post

thanks shahir...sebab tolong tampal kat sini. i tak terbaca keratan tu dalam paper....
i nak print n tunjuk kat anak i...hehehe pendorong tuh! dan pendorong ku juga penguat semangat nak kena usaha lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 04:47 PM | Show all posts
ni gambar si kakak seblom potong rambuttt...
huhuhuhu sayangnya rambut anak akuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 04:48 PM | Show all posts
alamak besarnya gambarrr aku tak reti nak kecikkannn sori moddd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.493199 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list