|
Reply #320 HangPC2's post
|
|
|
|
|
|
|
Nicol ke separuh akhir Terbuka Belanda
06/09/2008
KUALA LUMPUR 6 Sept. _ Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dipaksa berhempas pulas oleh Laura Lengthorn-Massaro dari England dalam suku akhir selama sejam, semalam sebelum mampu mara ke separuh akhir Terbuka Belanda.
Pemain nombor satu dunia yang juga pilihan utama berusia 24 tahun kelahiran Pulau Pinang itu menang 11-5, 11-4, 9-11, 9-11, 11-6 dalam perlawanan di Stadium Frans Otten, Amsterdam itu.
Nicol, juara bertahan seterusnya akan menentang pemain Amerika Syarikat, Natalie Grainger yang menundukkan Jenny Duncalf juga dari England, 11-8, 11-3, 11-2 selepas 24 minit dalam satu lagi suku akhir. - Utusan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ada harapan masuk final ni --
all the best nicol - |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol hampiri gelaran Terbuka Belanda
07/09/2008
KUALA LUMPUR 7 Sept. _ Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menemui semula sentuhan meyakinkan untuk mempertahankan gelaran Terbuka Belanda apabila mara ke perlawanan akhir dengan menewaskan pemain Amerika Syarikat, Natalie Grainger dalam separuh akhir, semalam.
Sesudah terpaksa berhempas pulas dalam pusingan awal dan suku akhir selama sejam, kali ini pemain wanita utama dunia itu cuma memerlukan 32 minit untuk menang 11-9, 11-5, 11-8 dalam pertarungan di Stadium Frans Otten, Amsterdam, Belanda itu.
Nicol akan menentukan juara dengan pilihan kedua, Natalie Grinham, hari ini selepas pemain yang bertukar kerakyatan Australia kepada Belanda itu menewaskan pilihan kelapan dari England, Alison Waters 9-11, 11-7, 11-5, 11-8 dalam satu lagi separuh akhir selama 51 minit. - Utusan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
wtg nicol --
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicol pertahan kejuaraan Terbuka Belanda.
08/09/2008
AMSTERDAM, 8 September - Datuk Nicol Ann David mempertahankan kejuaraan Terbuka Belanda yang dimenanginya tahun lepas selepas menewaskan Natalie Grinham dari Belanda semalam.
Pemain nombor satu dunia itu hanya memerlukan 55 minit untuk merangkul kejuaraannya yang ketujuh tahun ini dengan menjinakkan Grinham 11-9, 11-9, 11-4.
Ia merupakan kemenangan kesembilan Nicol ke atas Grinham selepas mereka bertemu sebanyak 10 kali dalam kejohanan utama.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
congrats nicol - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #324 dexa's post
superb! tak ada no selain no 1....
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuasy ada sebab ke Olimpik
SINGAPURA - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menjelaskan bahawa sukan skuasy mempunyai sebab kukuh untuk menjadi sebahagian daripada acara sukan pada Sukan Olimpik.
Pada masa yang sama, pemain No. 1 dunia itu merancang untuk menggunakan pengaruhnya bagi memastikan skuasy di senaraikan pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Oktober depan akan menentukan dua sukan baru yang akan disenaraikan pada Sukan Olimpik 2016.
Antara sukan yang bersaing untuk mengisi dua slot itu termasuklah skuasy, golf, ragbi, karate, besbol, sofbol dan rollersports.
Pada tahun 2005, Nicol pernah melobi agar sukan itu disenaraikan pada Sukan Olimpik 2012 di London tetapi gagal dan kini dia bertekad untuk memastikan impiannya membawa sukan skuasy ke Olimpik menjadi realiti.
"Ia amat mengecewakan apabila sukan skuasy tidak dipertandingkan di Olimpik kerana ia merupakan penghargaan tertinggi kepada mana-mana atlet dalam setiap sukan untuk berada di Olimpik," jelas pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 25 tahun itu.
"Saya katakan bahawa skuasy juga mempunyai sebab untuk disenaraikan bersama-sama sukan raket yang lain pada Sukan Olimpik. Saya juga berharap pada masa depan skuasy akan mendapat peluang itu."
Kecuali skuasy, sukan raket lain seperti tenis, badminton dan ping pong kini telah dipertandingkan di pentas Olimpik.
"Andai skuasy mendapat tempat di Olimpik, akan lebih banyak negara tampil menyokong majlis sukan bagi tujuan pembiayaan," tambah Nicol.
Kelmarin, Nicol berjaya meraih gelaran ketujuh berturut-turut Persatuan Pemain-Pemain Skuasy Wanita (Wispa) dengan menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Belanda di Amsterdam. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan rumah sekat Azlan
KUALA LUMPUR - Hajat pemain nombor dua negara, Mohd. Azlan Iskandar untuk merangkul kejuaraan sulung 2008 tidak kesampaian apabila tumpas pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Bombay di India, semalam.
Azlan yang turun sebagai pilihan pertama kejohanan dikejutkan oleh pemain tuan rumah, Ritwik Bhattacharya 10-12, 9-11, 1-11 dalam masa 33 minit.
Azlan, 28, masih mampu memberi tentangan sengit kepada Ritwik, pemain nombor 58 dunia dalam dua set pertama tetapi longlai pada set terakhir apabila tewas mudah 1-11.
Sejurus tamat perlawanan, pemain nombor 11 dunia itu mengakui, dia gagal menangani cuaca panas dan terik sepanjang perlawanan.
Biarpun berjaya mencatat kemenangan pertamanya ke atas Azlan, namun amat malang buat Ritwik kerana kejohanan Terbuka Bombay tidak tersenarai dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
"Saya bergelut beraksi di bawah cuaca panas. Saya cuba untuk mengatasi masalah itu pada dua set pertama tetapi apabila memasuki set ketiga, saya benar-benar keletihan.
"Namun, Ritwik juga harus diberi pujian. Dia bermain dengan baik hari ini dan amat malang kejohanan ini tiada dalam kalendar Jelajah PSA. Apa pun, saya kemenangannya sesuatu yang baik buat skuasy di India,'' kata Azlan.
Ini merupakan gelaran naib juara keempat buat Azlan sepanjang tahun ini selepas turut menduduki tangga kedua di Terbuka KL (Mac), Terbuka Ireland (April) dan Terbuka Malaysia (Julai).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
azlan ni setakat jadi second best aje dalam setiap games..
belum menang satu championship pun lagi this year - |
|
|
|
|
|
|
|
Peluang Nicol tebus kecewa
Kosmo! Ahad: Kejohanan Tenis Terbuka Dunia di Manchester sudah bermula. Jadi, apa pandangan Datuk sendiri mengenai peluang pemain negara terutama Nicol kerana tahun lalu dia gagal mempertahankan gelarannya.
SANI: Tahun lalu, ia dianggap satu kes istimewa apabila menyaksikan Nicol gagal meneruskan perjuangan dan tewas mengejut kepada pemain New Zealand, Shelly Kitchen pada pusingan kedua.
Namun, seperti yang sedia maklum, pencapaiannya tahun ini berada di tahap membanggakan. Dia berjaya merangkul tujuh gelaran berturut-turut, bermula dengan menjuarai Terbuka Apawamis, Terbuka Kuala Lumpur, Terbuka Britain, Terbuka Seoul, Terbuka Malaysia, Singapura Masters dan Terbuka Belanda.
Jadi, dengan kesungguhan yang ditonjolkan, saya yakin dia mampu mara ke saingan akhir, sekali gus muncul juara. Apa yang perlu dilakukan ialah mengekalkan rentak permainannya dan fokus pada perlawanan.
Mengenai pemain-pemain negara yang lain, saya yakin mereka semua mahu meraih kemenangan pada kejohanan ini dan masing-masing mempunyai sasaran tersendiri. Jadi, sekiranya mereka mempunyai semangat itu, saya jangka tidak mustahil mereka dapat melakukannya.
Pada pusingan pertama nanti, Nicol bakal menentang seorang lagi pemain negara, Sharon Wee. Apa pandangan Datuk mengenai pertemuan ini.
Setakat ini, Sharon masih belum mampu memberi cabaran yang sengit kepada Nicol. Pada pandangan saya, ia secara tidak langsung memberi laluan mudah buat Nicol untuk mara ke saingan seterusnya.
Begitupun, Sharon selaku pemain yang berada pada ranking ke-22 dunia, sekurang-kurangnya mampu menimba pengalaman apabila berpeluang beraksi menentang pemain terbaik dunia.
Mungkin dengan cara ini ia dapat membantu Sharon menambah tahap keyakinannya bagi aksi akan datang selain dapat memperbaiki kedudukannya.
Ini merupakan kali pertama kejohanan ini menggabungkan penyertaan pemain lelaki dan wanita. Adakah ia satu langkah bijak?
Sudah tentu. Jika kita lihat agak sukar untuk kita menyaksikan kejohanan yang menggabungkan penyertaan pemain lelaki dan wanita. Ini mungkin berlaku kerana kos penajaan yang tinggi.
Bagaimanapun, langkah yang diambil ini amat baik. Ia bukan sahaja membuka peluang kepada kesemua pemain bergaul dengan pemain lain yang terdiri daripada pemain terbaik dunia bahkan mereka juga berpeluang mempelajari rentak permainan masing-masing. Bagi saya, langkah ini harus diteruskan.
Jadi bagaimana Datuk melihat peluang pemain lelaki negara pada kejohanan kali ini.
Bagi saingan lelaki, saya jangkakan Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee sekurang-kurangnya mampu mara ke saingan suku akhir sekiranya mereka dapat mengekalkan rentak permainan yang cemerlang.
Sebelum ini, kedua-dua pemain pernah menewaskan antara pemain terbaik dunia, jadi sekiranya mereka mampu bertahan, saya yakin mereka dapat mencipta sejarah. Namun itu semua memerlukan usaha dan kerja-keras.
NICOL berpeluang muncul juara Kejohanan Terbuka
Dunia ekoran kejayannya menjuarai tujuh gelaran berturut-turut.
Akhir sekali, apa harapan Datuk kepada pemain-pemain negara yang beraksi pada kejohanan ini.
Harapan saya agar Nicol mampu menggondol semula gelarannya selepas dia kecewa tahun lalu,
Bagi pemain lelaki negara pula, saya harap mereka dapat melakukan, kejutan sekali gus mengharumkan nama negara.
Apa pun, semua pemain negara harus memberikan yang terbaik semasa beraksi agar tiada kekesalan di kemudian hari.
good luck nicoleee !!! :victory: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol gigih teruskan cabaran di Manchester
KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David menjadi pemain tunggal negara yang masih meneruskan cabaran Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia di Manchester, England apabila mara ke pusingan kedua.
Nicol, pemain pilihan pertama kejohanan tidak memberi ruang kepada pemain senegara, Sharon Wee apabila menang mudah 11-6, 11-3, 11-2 dalam masa 19 minit di pusingan pertama, semalam.
Menanti Nicol di pusingan kedua ialah pemain pilihan ke-13 dari Hong Kong, Rebecca Chiu yang mara ke pusingan kedua selepas menang ke atas pemain tuan rumah Lauren Briggs 8-11, 6-11, 11-5, 11-6, 11-6.
Nicol dijangka tidak berdepan masalah untuk menewaskan Chiu untuk mencipta pertembungan dengan kelapan Laura L-Massaro dari England atau pemain Mesir Omneya Abdel Kawy di peringkat suku akhir.
Nicol pernah menjuarai kejohanan Terbuka Dunia dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006 sebelum terlepas kejuaraan kepada Rachael Grinham dari Australia tahun lalu.
Menurut Nicol, dia agak sukar untuk menyesuaikan diri pada peringkat awal permainan.
"Namun saya hanya beraksi seperti biasa dan terus mencari rentak di sepanjang perlawanan,'' katanya.
Sementara itu, dua wakil lelaki negara masing-masing menamatkan saingan lebih awal.
Ong Beng Hee dan Mohd. Azlan Iskandar tunduk kepada pemain bukan pilihan.
Mohd. Azlan tumpas kepada Kashif Shuja dari New Zealand di pusingan pertama manakala Beng Hee, pilihan ke-10 kejohanan pula tewas di tangan pemain Mesir, Hisham Ashour di pusingan kedua.
Bintang muda negara, Low Wee Wern yang mencatat sejarah apabila pertama kali layak undian utama saingan wanita, kelmarin turut tumpas kepada Kasey Brown di pusingan pertama.
Delia Arnold yang layak ke undian pertama hanya pada penampilan sulung tersekat di pusingan pertama selepas tumpas kepada pilihan keenam dari New Zealand Shelly Kitchen di pusingan pertama. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol hampiri gelaran dunia
NICOL mara ke pusingan suku akhir Terbuka Dunia.
MANCHESTER, England - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David semakin hampir merealisasikan impiannya merampas kembali kejuaraan dunia apabila menewaskan pemain Hong Kong, Rebecca Chiu pada pusingan kedua kelmarin.
Pada aksi kelmarin, pemain No. 1 dunia itu yang tewas mengejut kepada Rebecca pada perlawanan akhir Sukan Asia 2002, mudah mengetepikan pemain Hong Kong itu 11-3, 11-8, 11-7.
Begitupun, Nicol yang dipilih sebagai Atlet Wanita Terbaik Asia tahun ini terpaksa bekerja keras pada set ketiga sebelum melengkapkan saingan dengan kemenangan bergaya.
"Ia merupakan satu perubahan yang besar. Saya perlu menyesuaikan diri dengan gelanggang dan perlu bijak mengatasinya.
"Saya amat gembira dengan saingan hari ini (kelmarin). Saya berjaya mengekalkan momentum walaupun Chiu mula mendapat rentak pada set ketiga.
"Banyak perkara mengejutkan yang berlaku pada kejohanan ini namun kita perlu teruskan saingan sebaik mungkin," kata Nicol merujuk kepada kekalahan tiga pencabarnya, Rachael Grinham, Natalie Grainger dan Shelley Kitchen.
Dengan keputusan tersebut, ini bermakna hanya tinggal Natalie Grinham sahaja yang bakal menjadi ancaman kepada Nicol untuk merangkul gelaran Terbuka Dunia.
Nicol akan beraksi menentang pemain pilihan kesembilan dari Mesir, Omneya Abdel Kawy pada pusingan suku akhir awal pagi ini. - AFP
*********************************************************************
harap sangat nicole menang world champion ni - would be a tremendous boost lagi
pada record dia -
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah datuk nicol ann
juara dunia 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats Datuk Nicol David, yang sememangnyer consistent, |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol ke separuh akhir
KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David melebarkan rekod kemenangannya kepada 46 perlawanan berturut-turut selepas mara ke separuh akhir skuasy Qatar Classic di Doha, semalam.
Nicol, yang memburu kejuaraan hatrik nyata terlalu handal buat pemain England, Alison Waters apabila menewaskan pilihan ketujuh itu 11-4, 14-12, 11-9 dalam masa 34 minit.
Dua minggu selepas menjulang kejuaraan dunia kali ketiga dan ditabal sebagai Pemain Terbaik Dunia, Nicol menghampiri kejuaraan antarabangsa kesembilan tahun ini.
Menanti pemain nombor satu dunia itu pada separuh akhir hari ini adalah pilihan keempat, Natalie Grainger dari Amerika Syarikat.
Grainger mara selepas menyingkirkan jaguh nombor satu Mesir, Omneya Abdel Kawy 4-11, 11-8, 11-6, 11-7.
"Permainan saya bertambah baik hari ini. Saya sudah bersedia untuk berdepan cabaran seterusnya di gelanggang kaca, yang memang menjadi kegemaran saya.
"Gelanggang ini amat sesuai dengan corak permainan saya dan memberi perasaan yang membuatkan saya rasa seronok untuk beraksi,'' kata Nicol.
****************************************************************
hopefully nicol dapat buat hattrick nanti - |
|
|
|
|
|
|
|
ari sabtu lepas ade jumpa nicol david kt mall di doha ni..ade amek photo ngn dier...x sangka lak dier ni tinggi gak orgnya..around 168...body mmg fit...dier ngn ong beng hee window shopping...sempat wish dier good luck tuk tournament kt khalifa squash which is still ongoing now |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol ungguli Klasik Qatar
Oleh Harris Rajahdin
Raih gelaran ke-48 sejak Oktober 2007, kekal No 1 dunia sejak Ogos 2006
'KEKEBALAN' Nicol David dilihat sukar dilunturkan tahun ini dengan pemain skuasy wanita nombor satu dunia itu meraih kemenangan ke-48 berturut-turutnya yang membuahkan gelaran Klasik Qatar selepas menewaskan Natalie Grinham pada final di Pusat Skuasy Khalifa semalam.
Nicol yang merangkul hatrik gelaran dalam kejohanan itu tidak menghadapi masalah menundukkan seteru tradisinya, 11-7, 11-3, 11-9 dalam masa hanya setengah jam.
Kemenangan ini adalah yang paling mudah dalam 21 pertemuan dengan pemain kelahiran Australia yang mengambil kerakyatan Belanda itu, sekali gus mengekalkan dominasinya ke atas pemain nombor dua dunia itu yang sudah kecundang 15 kali kepadanya.
Juara dunia itu yang baru dinobatkan dua minggu lalu, mara ke final dengan menewaskan pemain Amerika Syarikat, Natalie Grainger, 11-6, 6-11, 11-9, 11-2 manakala Natalie menundukkan kakaknya, Rachael yang berada satu anak tangga di bawahnya, 11-8, 13-15, 8-11, 11-6, 12-10 kelmarin.
Jaguh kelahiran Pulau Pinang itu kini sudah melalui 48 perlawanan tanpa kalah dan kini hanya tinggal satu kejohanan - Terbuka Hong Kong - pada November ini untuk mencipta pencapaian unik sebagai pemain wanita tunggal dalam jelajah profesional yang tidak pernah merasai keperitan kekalahan pada 2008.
*************************************************************************************
a great win - ... tahniah nicol - |
|
|
|
|
|
|
|
Pengganti Nicol belum ditemui
NICOL meraih gelaran hatrik pada Kejohanan Terbuka Dunia
"APABILA memikir tentang apa akan terjadi dengan senario skuasy Malaysia selepas Datuk Nicol Ann David menggantung raketnya, saya berasa bimbang."
Itulah antara keluhan pensyarah sains sukan dari sebuah universiti tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad H. Saleem.
Perkara yang sama turut merentasi minda Fatimah Mansur yang ditanya tentang masa depan sukan skuasy negara apabila tiba masanya Nicol bersara.
"Jurang antara Nicol dan penggantinya memang terlampau jauh. Sehingga kini, dia nampaknya tiada pengganti, sekurang-kurangnya dalam masa yang terdekat ini," kata ahli akademik berumur 48 tahun itu.
Ahmad dan Fatimah merupakan antara ramai peminat sukan di Malaysia yang bersetuju dengan pandangan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.
Pada 10 November lepas, Zolkples dilaporkan berkata, Malaysia tidak mempunyai pengganti Nicol yang juga pemain wanita No. 1 dunia.
Zolkples memberi kenyataan tersebut pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad karate kebangsaan yang berlepas ke Jepun bagi menyertai Kejohanan Dunia.
Dalam ranking dunia, pemain Malaysia selepas Nicol ialah Sharon Wee dan dia berada jauh di belakang pada kedudukan ke-24 dunia.
"Dulu selain daripada Nicol, kita ada (Leong) Siu Lynn selaku pemain terbaik wanita. Malangnya kita dengar dia telah berpindah ke Amerika Syarikat dan semenjak itu kita tidak mendengar apa-apa berita tentang dia," kata seorang peminat sukan skuasy, H.W. Ong.
Dengan kehadiran Siu Lynn dari Kelantan, Malaysia begitu kebal dalam kejohanan wanita remaja dunia.
Pada Kejohanan Wanita Remaja Dunia di Antwerp, Belgium pada tahun 1999, Nicol dan Siu Lynn berentap pada perlawanan akhir yang menyaksikan Nicol muncul juara.
Malangnya dalam acara berpasukan, kesilapan di separuh akhir mengakibatkan Malaysia yang merupakan pasukan pilihan tewas 1-2 kepada Mesir.
NICOL merupakan pemain Asia pertama yang mendapat gelaran pemain No. 1 dunia.
Ketika itu juga, Malaysia menaruh harapan kepada seorang lagi pemain remaja, Tricia Chua, namun dia sehingga kini tidak dapat mempamerkan prestasi yang diharapkan.
Nicol merupakan pemain Asia pertama yang mendapat gelaran pemain No. 1 dunia dan mencatat kejayaan hatrik dalam Kejohanan Terbuka Dunia bermula tahun 2005, 2006 dan 2008.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Green Lane, Pulau Pinang itu juga telah memenangi kejohanan berprestij, Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008.
Dia juga merupakan pemain skuasy wanita pertama memenangi Kejuaraaan Remaja sebanyak dua kali berturut-turut iaitu pada tahun 1999 dan 2000.
Pada 4 Disember 2005, Nicol pada usia 22 tahun menewaskan Rachael Grinham dari Australia pada Kejohanan Terbuka Dunia di Hong Kong, sekali gus mencatat rekod sebagai juara dunia paling muda.
Setahun kemudian di Belfast, Ireland, Nicol mengekalkan mahkota kejuaraan dunia dengan mengalahkan Natalie, adik kepada Rachael.
Nicol memenangi Kejohanan Terbuka Dunia pada tahun 2008 dengan mengalahkan Vicky Botwright dari England.
Senarai kejayaan Nichol di peringkat antarabangsa memang menakjubkan.
Antaranya, dia menjuarai Kejohanan Asia sebanyak enam kali iaitu pada tahun 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2008.
Nicol dianugerahkan Order of Merit oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda pada 7 Jun 2008.
Dia merupakan penerima pertama anugerah tersebut yang diwujudkan pada 26 Jun 1975 hanya untuk 10 penerima yang telah banyak menyumbang pada bidang seni, sains dan kemanusiaan.
Pada 12 Julai 2008, ratu skuasy negara itu menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.
Semenjak tahun 2000 hingga kini, Nicol telah memenangi 31 kejuaraan Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA) dan muncul naib juara dalam 12 kejohanan WISPA.
Satu-satunya kejuaraan antarabangsa yang penting tetapi gagal dimenangi Nicol ialah pingat emas Sukan Komanwel.
TUANKU MIZAN mengurniakan Darjah Bakti kepada Nicol pada Istiadat Pengurniaan
Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara Ogos lalu.
Pada Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia, Nicol yang dianggap sebagai pemain pilihan tewas kepada Natalie di peringkat separuh akhir.
"Nicol ialah harapan sebenar Malaysia untuk memenangi pingat emas Olimpik bila sukan skuasy dipertandingkan di temasya sukan tersebut nanti.
"Melihat apa yang Malaysia ada sekarang, kita tidak boleh menaruh harapan pada sukan lain seperti badminton," kata Fatimah sambil menyeru Kementerian Belia dan Sukan untuk memberi fokus yang lebih terhadap sukan-sukan yang berpotensi untuk membawa kejuaraan dunia kembali ke Malaysia seperti skuasy, boling padang dan boling. - Bernama
********************************************************************************
kena cari pelapis nicol sebab less dari 5 tahun mungkin nicol mungkin
bersara dari squash... hopefully ada nanti penggantinya - |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol mula garang pertahan gelaran Terbuka Hong Kong
Oleh Meor Hisham Zulkifli
PEMAIN skuasy nombor satu dunia, Nicol David, meletakkan dirinya pada landasan kukuh memburu gelaran ketiga berturut-turut Terbuka Hong Kong apabila menundukkan lawannya, Jaclyn Hawkes dari New Zealand, 11-6, 11-3, 11-6 di pusingan pertama, semalam.
Namun, usaha Nicol melebarkan penguasaannya bakal berdepan cabaran sengit terutama daripada pemain adik beradik, Rachael dan Natalie Grinham, yang masing-masing diletakkan sebagai pilihan kedua dan ketiga kejohanan.
Turut diramal menanti cabaran Nicol dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai HK$1.6 juta (RM870,000) adalah pilihan keempat dari Amerika Syarikat, Natalie Grainger.
Turut melangkah ke pusingan kedua adalah pemain lelaki negara Ong Beng Hee yang menewaskan bintang tempatan, Dick Lau 11-8, 118, 7-11, 11-7 serta Azlan Iskandar yang menundukkan pemain kelayakan dari Pakistan, Amir Atlas Khan, 3-11, 11-8, 11-5, 11-8.
Bagaimanapun, cabaran dua lagi pemain wanita negara, Sharon Wee yang menduduki ranking ke-24 dunia dan Delia Arnold, berakhir semalam selepas tunduk kepada lawan masing-masing di pusingan pertama.
Sharon tewas kepada pemain Ireland, Madeline Perry yang diletakkan sebagai pilihan ke-15, 11-9, 8-11, 11-5, 11-5 manakala Delia tunduk kepada Natalie 11-5, 11-5, 11-6.
***********************************************************************************
all the best nicol - hopefully dapat buat hattrick untuk HK Open ni -- |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol ke suku akhir
KUALA LUMPUR - Hanya ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang terus mengibarkan Jalur Gemilang pada Terbuka Hong Kong sementara dua pemain lelaki, Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee masing-masing terkandas pada pusingan kedua, semalam.
Nicol, juara dunia dan pilihan utama kejohanan di Pusat Skuasy Hong Kong itu, mara ke suku akhir selepas menjinakkan pemain tuan rumah, Rebecca Chiu 11-8, 11-5, 8-11, 11-2 dalam tempoh 34 minit untuk menghadapi Omneya Abdel Kawy, hari ini.
"Penonton begitu lantang menyokongnya di sini.
Saya rasa kami telah menyajikan satu persembahan yang bagus untuk mereka. Namun saya sedar saya perlu bermain dengan rentak saya," kata Nicol.
****************************************************************************
harap nicol akan teruskan usaha sehingga dapat buat hattrick dalam HK Open ini -
wtg - nicol - |
|
|
|
|
|
|
|
22 November, 2008
Nicol Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Hong Kong
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pemain nombor satu dunia, Nicol David mendapat kemenangan mudah untuk mara ke separuh akhir kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong apabila lawannya pada suku akhir, Omneya Abdel Kawy dari Egypt, menarik diri pada set ketiga perlawanan berikutan kecederaan yang dialaminya.
Pemain dari Pulau Pinang berusia 25 tahun itu menang set pertama perlawanan dengan 11-5 dan 11-3 pada set kedua sebelum Omneya, pemain pilihan ketujuh perlawanan, menarik diri.
Nicol, pilihan pertama kejohanan, akan bertemu pemain pilihan keempat Natalie Grainger dari Amerika Syarikat yang menewaskan Alison Waters dari England dengan 11-9, 11-7, 11-5 pada satu lagi perlawanan suku akhir.
Pada pusingan awal, Nicol menewaskan Jaclyn Hawkes dari New Zealand 3-0 dan Rebecca Chiu dari Hong Kong 3-1 untuk layak ke suku akhir.
KEPUTUSAN SUKU AKHIR:
Nota: () Menunjukkan kedudukan
WANITA:
(4) Natalie Grainger (USA) mn (6) Alison Water (ENG) 11-9, 11-7, 11-5 (25 minit)
(1) Nicol David (MAS) mn (7) Omneya Abdel Kawy (EGY) 11-5, 11-3, rtd (14 min)
(3) Rachael Grinham (AUS) mn (14) Isabelle Stoehr (FRA) 11-7, 12-10, 11-8 (27 min)
(2) Natalie Grinham (NED) mn Jenny Duncalf (ENG) 11-8, 11-9, 4-11, 12-14, 12-10 (69 min)
LELAKI:
(8) Thierry Lincou (FRA) mn (4) Ramy Ashour (EGY) 11-8, 8-11, 11-8, 6-2 rtd (43 min)
(1) Amr Shabana (EGY) mn (6) Karim Darwish (EGY) 11-9, 6-11, 11-6, 11-7 (51 min)
(3) James Willstrop (ENG) mn Cameron Pilley (AUS) 11-5, 11-8, 11-6 (39 min)
(2) Gregory Gautier (FRA) mn (5) David Palmer (AUS) 11-3, 11-7, 6-3 rtd (26 min)
JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR:
WANITA:
(1) Nicol David (MAS) lwn (4) Natalie Grainger (USA)
(3) Rachael Grinham (AUS) lwn Natalie Grinham (NED)
LELAKI:
(1) Amr Shabana (EGY) lwn (8) Thierry Lincou (FRA)
(3) James Willstrop (ENG) lwn Gregory Gaultier (FRA)
-- BERNAMA
************************************************************************
wtg nicol - good luck - in the semis - |
|
|
|
|
|
|
| |
|