CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Melayu Utara Cakap Siam

[Copy link]
Post time 15-1-2011 06:41 PM | Show all posts
Reply 320# HangPC2

contoh bahasa siam kampung ni mcm kat kg tualang ka??

aku ada sorang kawan kat tualang


leh cakap siam tapi dia kata tak paham kalo siam bangkok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2011 11:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 15-1-2011 23:53

Siam bukan Thai ?




Oleh Azrul Affandi Sobry

BHarian

2011/01/09





Etnik Siam di Malaysia dakwa berasal dari Mongolia



SIAM atau Thai ? Bukankah ia membawa maksud serupa kerana kedua-duanya berasal daripada rumpun sama iaitu di negara jiran Thailand. Adakah masyarakat Siam di negara ini pendatang yang merantau masuk ke sini kerana pelbagai sebab, sama seperti beberapa etnik lain di Malaysia ?

Tidak ramai, malah mungkin tidak ada sebenarnya yang membahaskan isu ini dengan kebanyakannya mengambil jalan mudah menggelar masyarakat Siam di negara ini sebagai pendatang dari Thailand meskipun realitinya sangat berbeza.

Berapa kerat sangat masyarakat di negara ini yang merujuk kepada sejarah bagi mengkelaskan sesiapa sebagai anak tempatan atau pendatang sedangkan realitinya, masyarakat Siam di negara ini mungkin menjadi waris terawal menjejak kaki di bumi Malaysia, mungkin juga lebih lama daripada masyarakat Melayu sendiri.

Tidak boleh dinafikan kebanyakan masyarakat di negara ini, termasuk Melayu sendiri adalah penghijrah dari negara tertentu. Malah, menurut Al Tarikh Salasilah Kedah 1928 menyebut, kerajaan Kedah sejak dulu adalah berasal dari darah keturunan Parsi dengan Sultan pertamanya digelar Maharaja Derbar Raja dan Maharaja Derbar Raja II iaitu pemerintah kesembilan ditukar kepada Sultan Mudzaffar Syah selepas memeluk Islam.

Namun, dalam satu versi berlainan pula, dikatakan Sultan Mudzaffar Syah (1136 - 1179) dulu pernah digelar Phra Ong Mahawangsa, satu gelaran dalam bahasa Thai yang bermaksud Tuanku Mahawangsa. Penggunaan gelaran itu dikatakan disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa, sekali gus mewujudkan satu tanggapan bahawa masyarakat Siam sudah bertapak di Kedah sejak sekian lama.

Ia dinafikan pula Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, yang menyifatkan Hikayat Merong Mahawangsa bukan fakta sejarah untuk diterima pakai. Justeru, beliau melihat fakta berkenaan sejarah institusi diraja Kedah yang berakar dari Parsi lebih sesuai diterima.

Apapun, tidak dapat tidak, kewujudan masyarakat Siam di Kedah sebagai antara penduduk awal di negara ini tidak boleh dinafikan. Banyak sebenarnya bukti kewujudan mereka terutama di negeri bersempadanan Thailand iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Sebagai contoh, di Kedah sendiri, wujud beberapa nama tempat menggunakan bahasa Siam seperti Kodiang, Changlun, Napoh dan Jitra. Malah, banyak juga nama kampung menggunakan bahasa Siam.

Masyarakat Siam di negara ini, kebanyakannya mendiami di lima negeri itu bukanlah ramai, malah lebih sesuai dikatakan minoriti terkecil dengan keseluruhan tidak sampai 60,000 orang. Namun, mereka mempunyai sejarah tersendiri yang menjadikan mereka unik untuk didekati terutama apabila dikaitkan sebagai antara penduduk awal di sini.

Sejarah persempadanan negara membabitkan Tanah Melayu dan Thailand juga membuktikan bahawa masyarakat Siam di sini bukan pendatang. Ini kerana, sebelum 1909 lagi, masyarakat Siam sudah ada di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Persempadanan akibat Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, membolehkan semua negeri itu menjadi milik Tanah Melayu.

Ia menguatkan dakwaan masyarakat Siam di Kedah bahawa mereka bukan pendatang tetapi sudah sekian lama berada di negeri itu yang sebelumnya berada di bawah takluk Kerajaan Siam.

Sebenarnya, ada beberapa versi mengenai kewujudan masyarakat Siam di negara ini tetapi versi paling relevan ialah mengaitkan mereka dengan penduduk Siam di selatan Thailand. Ini dibuktikan dengan kebanyakan penempatan masyarakat itu berada di kawasan berhampiran sempadan Malaysia - Thailand seperti di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Sik serta di Kota Star, Kedah.

Apapun, menurut penduduk Siam yang ditemui di Kampung Kubang Chenok, Kubang Pasu, Kedah, kemasukan masyarakat Siam ke Kedah sudah berlaku sebelum negeri itu diserahkan kepada Tanah Melayu, malah mungkin lebih lama, iaitu sebelum zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah berdasarkan penggunaan nama Phra Ong Mahawangsa dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Kemasukan ke beberapa negeri di Tanah Melayu didorong oleh sifat semula jadi masyarakat itu sebagai pemugar (peneroka) yang gemar membuka penempatan baru di kawasan hutan selain mengembangkan aktiviti pertanian mereka.

Malah, menurut catatan Phraboriharn Thepdhani dalam bukunya, Phongsawadarn Chart Thai yang diterbitkan di Bangkok pada 1953, bangsa Thai sebenarnya berasal dari kawasan pergunungan Altai, Mongolia sebelum berhijrah secara besar-besaran dan penghijrahan itu turut membabitkan kawasan di Tanah Melayu, iaitu di utara Semenanjung Malaysia.

Justeru, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Charun Em, 43, tegas mempertahankan kenyataan bahawa orang Siam di Kedah bukan pendatang dari Thailand tetapi bersusur galur dengan keturunan asal dari Mongolia yang turut berpindah sehingga ke beberapa negeri utara Semenanjung Malaysia.

“ Kami bukan pendatang. Kami juga tidak ramai saudara mara di Thailand kerana kami memang sudah sedia ada di sini (Kedah). Rumit sebenarnya untuk mengaitkan kewujudan kami di sini dengan sejarah orang Thai tetapi bukti sejarah mencatatkan kami memang anak jati Kedah.

“ Malah, dalam Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, ada disebut bahawa orang Siam adalah salah satu daripada komuniti Melayu, sekali gus mengiktiraf orang Siam di sini sebagai anak jati Tanah Melayu. Cuma, kami tak pasti sejauh mana kami turut diiktiraf sebagai Bumiputera meskipun sering kali dikatakan kami sebahagian mereka, ” katanya yang lebih selesa menggunakan masyarakat Thai berbanding Siam, selepas merujuk kepada sejarah tamadun masyarakat itu di China.

Mengupas lanjut mengenai sejarah dan latar belakang mereka, nyata banyak sekali kupasan menjurus kepada keunikan masyarakat minoriti itu. Justeru, kunjungan Berita Harian ke Kubang Chenok untuk mendekati dan melihat sendiri cara hidup serta latar belakang mereka menemui lebih banyak misteri dalam kehidupan mereka.

Sejarah sebagai peneroka jelas mempengaruhi gaya hidup mereka sehingga kini kerana dikatakan majoriti masyarakat itu masih menjadi petani, dengan sebahagian kecil menceburi bidang profesional tetapi sangat sukar menemui orang Siam yang berjaya dalam bidang perniagaan.

Sejarah sebagai peneroka itu juga jelas dapat dilihat sehingga kini kerana kebanyakan perkampungan orang Siam adalah di sekitar kawasan berhampiran hutan. Kerana itu jugalah, penempatan mereka terperosok di ceruk pedalaman. Sukar untuk mengatakan mereka adalah kumpulan penduduk awal di Kedah tetapi pengaruh masyarakat itu amat kuat di Kedah.

Selain nama kawasan yang menggunakan bahasa Siam, boleh dikatakan ramai juga orang Melayu di Kedah yang mahir berbahasa Siam. Malah, ada juga perkampungan dikategorikan sebagai kampung Melayu Siam kerana keupayaan mereka menggunakan bahasa Siam sepenuhnya dalam perbualan harian.

Merujuk kepada sejarah juga menunjukkan yang pengaruh Hindu - Buddha menguasai kebanyakan negeri di Tanah Melayu sebelum kemasukan Islam. Justeru, tidak dapat tidak, ia turut mempengaruhi kehidupan orang Siam yang masih kuat mengamalkan kepercayaan kepada dukun dan bomoh yang sama sekali bukan ajaran Buddha.

Malah, masih banyak bomoh Siam boleh ditemui di semua kampung Siam. Misalnya, di Kubang Chenok saja, ada tiga bomoh yang masih aktif menjalankan aktiviti perubatan mistik dengan kebanyakannya hebat dalam ilmu pengasih.

Berbalik kepada isu Thai atau Siam, ia terus menjadi tanda tanya kerana kedua-duanya disokong oleh bukti tersendiri. Ada yang mengatakan Siam adalah sebuah negara manakala Thai adalah bangsa.



- Berita Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 12:01 AM | Show all posts
Loghat (Dialek) berbeza dengan penduduk Thai



SEBUT saja Kubang Pasu, pasti ramai yang mengaitkannya sebagai daerah terakhir di Kedah sebelum sampai ke sempadan Thailand iaitu di Bukit Kayu Hitam. Tidak ada laluan lain ke sempadan itu selain melalui Kubang Pasu, sekali gus menjadikannya sebagai antara daerah paling sibuk setiap kali musim cuti.

Apa tidaknya, ketika itulah ramai rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan berkunjung ke Selatan Thailand, sama ada sekadar ke Danok atau terus ke Haadyai untuk membeli-belah dan tak kurang juga untuk berhibur. Siapa yang tidak tahu mengenai dua lokasi itu sebagai lokasi hiburan popular orang Malaysia.

Pergi saja ke situ, pasti akan terserempak dengan rakan senegara, sama ada di kedai makan, pusat hiburan atau di jalan raya.

Namun, paling utama ialah dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, pasti tidak ramai yang perasan mereka akan melalui Napoh iaitu satu pekan kecil sebelum Changlun, lebih kurang 15 kilometer dari pintu masuk ke Thailand. Di situlah, antara lokasi paling ramai masyarakat Siam berada iaitu antara Napoh menghala ke Padang Sera.

Malah, di Napoh saja, sudah terasa bahang masyarakat Siam kerana sepanjang perjalanan ke Padang Sera, singgahlah di mana kedai makan atau runcit, jelas bahasa Siam mendominasi perbualan mereka, tak kira sesama orang Siam atau dengan orang Melayu.

Nyata, pengaruh Siam masih kuat menguasai kawasan itu meskipun penyerahan Kedah kepada British dari Kerajaan Siam sudah berlaku hampir 100 tahun dulu.

Napoh ke Padang Sera berjarak 10 kilometer dan di pertengahan jalan itulah letaknya Kampung Kubang Chenok iaitu penempatan masyarakat Siam terbesar di situ. Dikatakan ia tidak seramai masyarakat Siam di Pendang tetapi ada kemungkinan mereka adalah penduduk Siam terawal yang mendirikan perkampungan sejak ratusan tahun dulu.

Ketua Kampungnya, Nuam Din Tiong, 74, turut diangkat sebagai Ketua UMNO Cawangan sekali gus membuktikan masyarakat Siam diterima sebagai satu daripada komuniti Melayu di situ. Malah, difahamkan, di Kedah, mereka dianggap sebagai Bumiputera meskipun tidak menikmati hak Bumiputera seperti orang Melayu.

“ Orang Siam seperti berada di tengah-tengah antara Cina dan Melayu. Kami boleh tinggal dan makan bersama orang Melayu dan tidak pula ada masalah bercampur dengan orang Cina. Tidak pernah timbul rasa tidak selesa jika kami bercampur dengan sesiapa saja. Malah, kepercayaan kami yang ada dipengaruhi pengaruh Hindu dan Buddha memudahkan lagi pergaulan kami dengan sesiapa saja, ” cerita Nuam ketika ditemui di rumahnya di Kubang Chenok.

Namun, jika diamati, pertuturan orang Siam di Kedah ada kelainannya dengan orang Siam di Thailand. Mereka ada loghat mereka tersendiri dan kebanyakannya sama dengan orang Melayu yang berbahasa Siam.

Apapun, keunikan masyarakat Siam di Kubang Chenok bukan setakat itu saja kerana banyak lagi berkaitan budaya dan cara hidup untuk diceritakan. Kemesraan dan keramahan mereka juga menunjukkan mereka begitu selesa dengan sesiapa saja.



- Berita Harian -



Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 09:27 PM | Show all posts
aku kena belajaq cakap siam lah la nie.. bukan apa.. dok pi belah sana tak mau lah asyik kena tipu ja... cakap omputeh dgn depa buleh lah... tapi jenuh dgn bahasa isyarat lah kalau depa tak faham...
tapi kat mana nak belajaq... takkan nak belajaq kat dalam wat kot...nanti org kata aku nak jadi tok sami plak.... member siam aku pon tak mau ajaq aku... pasai apa?? hanya dia yg tau.. hehhe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 12:06 AM | Show all posts
Reply 324# schumacher


kalau kat kampong hang ada worng2 tua hat cakap siam, takyah belajaq dh dengaq depa dok cakap lama2 hg bleh paham bhs siam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 01:18 PM | Show all posts
20 tahon dolu aku rasa buleh jumpa lagi worang cakap siam belah2 kampung. Lani aku rasa payah dah nak jumpa. Kalu jumpa pon ada la 2,3 kerat puak2 umuq 50-an ke atas.

Kat radio Kedah fm lani depa dok buat kelas bahasa Siam gak. Buleh streaming online, tiap2 hari Selasa ka Rabu. Guna wat ajaq warga Kedah cakap Siam balik, lagipon negri kita bejiran ngan Thailand nak bg mudah urusan orang ramai ke sana ke sini. Tapi dia ajaq tak banyak2 la. Dia ajaq la ayat2 mudah yg senang nak ingat. Dolu2 radio belah Selangor n KL pon ada gak, tp lani aku rasa tadak dah kot kelas2 bahasa dalam radio2 tu smua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2011 01:26 PM | Show all posts
Reply 326# genot

tapi kan genot aku dok pi juga belah kampong kwn2 aku kat tualang, nawa, telaga mas turamai lagi ja aku tgk depa dok cakap siam
bdk2 pun terer dok sembang cakap siam
kalau org2 tua dok sembang sama depa
kompom la cakap siam hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 05:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by Mede at 18-1-2011 17:18

blah mana yang kuat ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2011 06:12 PM | Show all posts
aku besa pi belah kuboq panjang... tualang.. kenduri.. bukan saja org tua cakap siam.. anak dara, marka2 segak pon cakap siam...
lagi satu di langkawi belah Ewa... dekat kilang simen.. kebanyakan org kat situ cakap siam lagi... depa mcm tak mau cakap melayu... jenuh lah kita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 12:48 AM | Show all posts
Reply 327# kawaq83

sempoi budak2 sembang cakap siam
banyak kawasan aku penah jalan tak ramai ah budak2 leh cakap siam lagi
arrrap2 UNESCO iktiraf cakap siam kedah jadi warisan donia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 12:51 AM | Show all posts
Wat Bun-yaram, aku ingat aku besa nyembah kat sini beberopa kali jaman2 dok memberontak dolu, budak2 besah lah



suasana hari wesak kat bunyaram bagi sapa2 x nah tengok atu takdak pluang tgk



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 12:53 AM | Show all posts
Ong Rupang (imej sotchi) depan tu nama dia Phra Puttha Chinnarat (Buddha Raja Kecik), tu style jaman Sukhothai abad ke-12 M
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 01:22 AM | Show all posts
nie plak kesah dari myanmar


Susur galur Muslim Myanmar   dari utara  Semenanjung
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

2011/03/10AGAMA Islam menjadi pengikat kepada penganutnya walaupun mereka daripada bangsa berbeza. Saudara seagama menjadi rakan rapat jika bertemu di ruang solat walaupun belum pernah berkenalan sebelumnya.

  Kunjungan penulis ke Kawthaung atau Victoria Point, Myanmar kerana menyertai rombongan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menunjukkan orang Islam di wilayah paling selatan negara berkenaan bersatu padu.
  Mereka menyambut baik kehadiran peserta rombongan termasuk beberapa penduduk keturunan India Muslim dan Melayu yang menunggu di jeti. (Rombongan memasuki Kawthaung menerusi jalan laut, iaitu keluar dari bandar Ranong, Thailand).
  Penduduk keturunan Melayu di Kawthaung berasal dari utara Semenanjung Tanah Melayu dan dipercayai menetap di wilayah berkenaan sejak zaman Kesultanan Kedah. Penduduk keturunan India dan Pakistan di Kawthaung pula juga dipercayai berpindah ke situ atas dasar perniagaan dan penyebaran agama sejak beberapa abad lalu.

  Ada sekurang-kurangnya lima masjid di pekan Kawthaung atau dipanggil Pulau Dua oleh penduduk Melayu. Satu daripada masjid itu ialah Masjid Jamek Pulau Dua yang terletak di Pagoda Road.

Imam masjid berkenaan dipanggil Mufti Abdul Hamid Ahmad, lulusan Darul Uloom, Karachi, Pakistan.

  Satu lagi masjid di pekan Pulau Dua ialah Masjidul Taqwa atau lebih dikenali sebagai masjid Melayu kerana didirikan dan ditadbir oleh orang Melayu yang berasal dari utara Semenanjung Tanah Melayu. Penduduk Melayu di Pulau Dua bertutur dalam bahasa Melayu loghat utara.
  Usahawan, Hussein Abdul Haq, 68, berkata Masjid Jamek Pulau Dua sentiasa diimarahkan oleh orang Islam termasuk ketika solat Subuh.

  “Ada kira-kira 25 jemaah ketika solat Subuh. Selalunya masjid penuh ketika solat Jumaat kerana hanya ada dua masjid dalam pekan Pulau Dua,” katanya.

  Hussein yang berasal dari Pakistan tidak boleh berbahasa Melayu walaupun boleh berbahasa Myanmar dan Urdu. Temubual dilakukan dengan bantuan Abdul Rauf Ahmad, 54, usahawan perabot berasal dari India.

  Hussein berkata, masjid berkenaan pada asalnya berlantai tanah dan didirikan dengan struktur kayu. Binaan batu seperti sekarang didirikan pada 1950-an.

Tapak masjid itu diwakafkan oleh datuknya yang hanya dikenali sebagai Mohamad
  Selain Masjid Melayu dan Masjid Jamek, ada tiga lagi masjid di Pulau Dua untuk keperluan hampir 200 keluarga Islam. Sejumlah masyarakat Islam di Pulau Dua juga tinggal di beberapa pulau di Laut Andaman seperti Pulau Balai dan mereka mempunyai surau atau masjid sendiri.

Kerajaan Myanmar tidak mengenakan sebarang sekatan kepada orang Islam mengamalkan agama Islam dan ibadat berkaitan atau memakai pakaian Islam.

  Secara kebetulan kain sarung atau pelikat yang menjadi pakaian tradisional di Myanmar juga gemar dikenakan oleh penduduk Islam. Penduduk keturunan India atau Pakistan dan Melayu terutama pelajar sekolah pondok memang setiap haji memakai kain sarung.

  Abdul Rauf yang mengerjakan haji beberapa tahun lalu berkata, orang Islam bebas mengamalkan agama mereka di Myanmar.

  Katanya, orang Islam yang mempunyai dokumen lengkap seperti pasport dan visa juga dibenarkan ke Makkah untuk mengerjakan haji.

Rakannya, Ashraf Musa, 35, berkata beliau mengerjakan haji tahun lalu dan tidak mempunyai sebarang masalah sama ada ketika di Myanmar mahupun di Madinah dan Makkah.

  Beliau yang mengeksport pinang menerusi Yangon berkata, perbelanjaan ke tanah suci ialah AS$3,000 (RM9,300) tidak termasuk makan minum.

  “Ketika di Makkah tahun lalu, saya jumpa ramai orang Malaysia. Saudara saya pun ada yang berniaga di Malaysia,” katanya yang boleh berbahasa Melayu.

  Sepupu Ashraf, Hussein Abu Bakar, 42, berkata umat Islam di Myanmar juga tidak dihalang daripada mencari rezeki dan diberi peluang yang sama seperti majoriti penduduk Buddha.

  Katanya, beliau berniaga barang pejabat seperti alat tulis dan membekalkan barang berkenaan ke sekolah atau pejabat kerajaan.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SusurgalurMuslimMyanmardariutaraSemenanjung/Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 07:22 PM | Show all posts
20 tahon dolu aku rasa buleh jumpa lagi worang cakap siam belah2 kampung. Lani aku rasa payah dah na ...
genot Post at 18-1-2011 13:18


Orang Kalai, Jeniang pun byk siam kan, sampai ada patung besaq kat situ.. pak menakan aku dulu mengajaq sek. beruna kiri...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 11:50 PM | Show all posts
genot hang ada salinan '' Tarikh Fatani '' aku nak baca bacalah.... atau pun hang pastekan kat sini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 12-1-2012 14:28

perbendaharaan bahasa Thai loghat Selatan... bunyi pandai2 lar loghat Selatan ada 5-7 nada bunyi ikut wilayah2 sebelah Selatan

prattu/pattu pintu
ban rumah, kampung
muuban kampung
nang wayang
prathet, padett negara
pha kain
tamow batu (pinjam bahasa kemir)
kado pundek
thieng katil
khau lutut
khau bukit
chep sakit
hua kepala
dan ni/tong ni ikut sini
dan nu/tong nung ikut sana
nuu tikus
muu babi
ai that hamba (pinjam bahasa sanskrit, dasa maksud hamba)
khwaai kherbau
khii kha hamba
khii tahik
thung khii berak (maksud, buang tahik)
hong nam bilik ayar
rong payaban balai pesakit amik ubat, ospital
montrii mentri
phasaa bahasa
leh tengok
leing cakap
nong adik
hu telinga
gung jagung
liprid cabai
phed pedas
nang duduk
pho bapak
mek emak
pee abang, kak, senior
pee bau abang
pee saau kak
hong samut pustakaan
phung perut
praehk kambing
ta mata
nam ayar
kin makan
kin nam minum, makan ayar
len main
len nam berenang, main ayar
ro tahu
thon mai pokok
bai mai daun
lulaq loklaq, kotor (ada dlm bahasa Kedah sahaja)
latt pasar
nai hua majikan
khriek kasut
rot kereta (bahasa sanskrit, ratha)
klai dekat, kat
phraau kelapa, nyior
yaanat nenas
namprik sambal
pai, poi pergi
maai mari
mah anjing
ngu ular
phrett setan
marnn setan (istilah Buddha untuk setan, bahasa sanskirt, mara yg suka hasut menosia)

Ganti nama bahasa kasar, kasta tinggi boleh cakap dengan low caste. Low caste kena guna bahasa sopan dengan kasta tinggi. Sesama sniri juga bleh guna dengan syarat sama kasta, umur, taraf.

mung kamu
eng hang
ku aku
man ia
rau kami
puak man mereka
puak raau kami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2012 09:07 PM | Show all posts
arai apa
krai, khaai siapa
thammai kenapa
thamrai buat apa/kenapa
reungrai pasal apa/cerita apa
thaurai berapa
gee berapa

gantinama bahasa sopan

phom saya (laki2)
chan saya (pempuan)
khau dia
rau kita, kami
tuarau diri kami, beta
khun kamu, encik, cik
ter awak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 01:18 PM | Show all posts
Cam bahasa Siam Bangkok ja....khun encik...arai apa

dulu pernah tanya budak2 kat ulu kemaman tu..pandai dak cakap Siam...depa kata depa pandai tapi x pernah pula dengar depa cakap dlm bhsa siam...malu agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 01:54 PM | Show all posts
Wat Bun-yaram, aku ingat aku besa nyembah kat sini beberopa kali jaman2 dok memberontak dolu, budak2 ...
genot Post at 23-2-2011 00:51




teringat dekat nama kelab bolasepak Thailand '' Buriram Pea FC ''
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 02:17 PM | Show all posts
Reply 336# genot


     ni slang siam selatan belah mana ? sebijik cam bahasa siam kubang pasu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.108492 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list