|
makin teruja mindaku..![](static/image/smiley/default/titter.gif)
we want more..:pompom:..we want more..:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan angkel azred ..... ![](static/image/smiley/grapeman/06.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
"Ya Allah, lindungilah aku!" cetus hati Adi sambil terus melangkah meninggalkan Engku Damt yang sedang kepayahan dengan berat hati. Dimensi kekuningan ini auranya amat meresahkan namun Hadi menguatkan tekad.
"Andai inilah takdir khatimah ajalku, aku rela Ya Allah." Hadi tahu, mati berjuang menentang kezaliman adalah mati syahid, InsyaAllah.
"Eh?" Hadi terperanjat kerana sempat melihat dari sudut matanya, bayangan Dr. Salam yang muncul seketika. Hadi pasti itu adalah abahnya dan bukan khayalannya sendiri. Kini dia semakin bersemangat untuk berjuang habis-habisan.
Tidak lama kemudian, Hadi telah nampak bayangan susuk puaka Marawa yang sedang 'berehat' itu.
"Rasanya mereka tidak tidur atau terleka kerana bangsa puaka ini memang banyak helahnya. Masakan serangan terus dibuat sambil mereka tidur?" Kini Hadi sedar dia harus lebih berhati-hati.
Hadi dapat merasakan sundang pemberian Penghulu Bunian bergerak-gerak di dalam sarung di belakangnya. Hadi mengeluarkan sundang itu lalu menghunusnya. Sundang kebesaran bunian itu memancarkan cahaya hijau daun pisang yang amat cantik sekali gemerlapannya. Anak muda itu dapat merasakan satu getaran tenaga hebat mengalir dari sundang itu ke tubuhnya. Dia berasakan seperti satu keberanian dan kegagahan yang dahsyat menguasai dirinya ketika itu. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/smiley/default/sweat.gif) berdebar2 ati ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hadi dapat merasakan perubahan fizikal pada dirinya. Tubuhnya membesar dengan cepat dan melebihi besarnya tubuh puaka-puaka Marawa. Pergerakannya juga sudah tidak dapat dikawal.
"Eh, kenapa aku bergerak begini? " fikirnya yang cuba sedaya upaya menguasai gerakan tetapi gagal.
"Bertenang saja dan berzikir banyak banyak. Biarkan saja tubuh kamu bergerak sendiri.." satu suara kedengaran di telinganya. Hadi menurut sahaja.
Sundang sakti yang turut membesar itu dilibas-libaskan di atas kepalanya da menghasilkan pusaran angin yang dahsyat . Pusaran itu dilepaskan ke arah puaka-puaka Marawa yang masih 'terleka'.
Tiba-tiba bayangan puaka-puaka itu hilang dan kini muncul d sekeliling Hadi dalam jarak lima puluh kaki sahaja darinya.
"Ooh muslihat rupanya!" fikir Hadi. |
|
|
|
|
|
|
|
abah pun join sekali ....baru aa best .... betui gak, takkan bapak dia nak biarkan je ...
teruskan lagi angkel |
|
|
|
|
|
|
|
Puaka-puaka Marawa berpusing ligat mengelilingi Hadi sambil mengeluarkan bunyi bingit teramat. TIba-tiba Hadi diserang oleh lidah-lidah panjang yang pantas ingin membelit tubuhnya. Lidah-lidah yang berlendir dengan bau tengit itu dengan segera dicantas Hadi, malangnya ia kembali bercantum.
Kali ini Hadi mengalirkan 'jurus api neraka' melalui sundang itu dan kembali mencantas. Lidah-lidah yang dicantas bergulung rentung terbakar.
"Nah! Ambil kau!" getus hati Hadi.
Dia sendiri hairan bagaimana dia dapat bergerak dalam langkah persilatan yang mantap dan bertindak tanpa perlu berfikir panjang.
Serangan seterusnya dilancarkan puaka-puaka itu. Beratus-ratus ketul tulang manusia yang entah dari mana menhunjam ke arah Hadi dengan laju sekali.
Sundang Hadi tiba-tiba bertukar menjadi sehelai kain hitam yang agak panjang dan dengan segera kain itu dikibaskan ke semua arah. Tulang-tulang itu kembali menerjah ke arah puaka-puaka Marawa.
Pada ketika itu juga tiba-tiba Hadi berasakan seperti dadanya mengembang dan bercahaya terang. Dari tengah dadanya muncul cahaya putih kebiruan seperti laser menerjah ke hadapan dan Hadi segera menghalakannya ke semua arah. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi azred! :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Kabus kuning pekat yang menyelubungi persekitaran Hadi dan menyembunyikan puaka-puaka itu semakin nipis.
"Hebat penangan cahaya ni," fikir Hadi. Itulah cahaya "Panca Berlian" yang dibenamkan ke dadanya oleh seorang wali Allah tempoh hari. Seketika kemudian, Hadi terbau bau tengit benda terbakar dan jelas kedengaran raungan yang dahsyat dari puaka-puaka itu. Kini dia dapat melihat keadaan puaka-puaka itu yang jelas menderita kesakitan. Tubuh masing-masing seperti dirobek-robek oleh kuku yang besar dan tajam. Mata mereka yang banyak terpelanting di sana sini. Ketiga-tiga makhluk jahat itu akhirnya terbakar dengan sendirinya. Ketika itu juga Hadi dapat melihat seketika bayangan abahnya, Dr. Salam tersenyum dan menghilang di hadapannya.
"Syukur Ya Allah dan terimakasih abah," ucap Hadi perlahan.
"Syukur anaknda Hadi, kamu telah berjaya juga akhirnya," tiba-tiba muncul Engku Damit lalu memeluk erat Hadi yang telah kembali kepada saiz asalnya. Airmata berlinangan di wajah pendekar bunian itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah nak ending ke????oh tidakkkkk.....
pokcik sambung kisah lain lak yekkk....plizzzzzzzzzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
lorrr jaketbiru..., kok baru masuk thread ni..he he.., I.Allah kalu ada kesempatan lagi.![](static/image/smiley/grapeman/19.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah kembali ke jasad masing-masing, mereka bergerak kembali ke perkampungan bunian dalam keletihan teramat. Hadi dan rombongannya disambut sebagai pahlawan berjasa, penuh beristiadat. Raja Bunian mahu Hadi terus menetap bersama mereka. Khamisah juga mahukan Hadi tinggal di situ.
"Maaf Tuanku, hamba ni manusia tidak seperti kalian. Hamba bukan tidak sudi tetapi dunia kita berbeza sama sekali. Hamba terpaksa kembali ke dunia hamba." berdiplomasi sekali Hadi menuturkan kata-kata. Memang dihatinya melonjak untuk tinggal di sana kerana banyak perkara yang hendak dikaji dan dipelajarinya. Kewujudan si manis Khamisah juga menambah beratnya bagi Hadi meninggalkan dimensi itu namun Hadi sedar siapa dirinya.
"Tak apalah anaknda, jika kamu ingin menziarahi kami, cuma asapkan batu ini dan berniat, InsyaAllah kamu akan berada di sini," titah Raja Bunian sambil menghulurkan satu uncang kecil kepada Hadi. "Sekarang, berjalanlah ke arah pohon sena itu. Ada lubang di pangkalnya. Beniatlah untuk kembali ke kampung nelayan itu, masuklah ke dalam lubang, InsyaAllah."
"Jangan lupakan kami anaknda," kata Engku Damit sambil mengiringi Hadi ke arah pohon yang dimaksudkan. "Simpan keris ini. Mana tahu akan berguna kepada kamu kelak, I.Allah," tambahnya sambil menyelitkan ke tangan Hadi sebilah keris yang cantik buatannya.
Hadi memeluk Engku Damit seketika dan terus berpaling masuk ke dalam pohon sena. Hatinya tidak tahan menangani situasi perpisahan itu. Seorang pendekar yang sentimental!
TAMAT |
|
|
|
|
|
|
|
Salam untuk semua yang ikut membaca cerita merapu pakcik ini. Setakat ini lah sahaja yang dapat pakcik kisahkan. Pakcik ucap ribuan terima kasih kerana sudi menelaah cerita yang tak sepertimana ini. Jika ada yang tersinggung dan sebagainya, pohon maafkan pakcik ya! Salam kasih seharum kasturi. Wassalamualaikumwarahmatullah.![](static/image/smiley/grapeman/15.gif) ![](static/image/smiley/grapeman/12.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya abes juga ya pakcik...terima kaseh daun keladi... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam untuk semua yang ikut membaca cerita merapu pakcik ini. Setakat ini lah sahaja yang dapat pakcik kisahkan. Pakcik ucap ribuan terima kasih kerana sudi menelaah cerita yang tak sepertimana ini. ...
azredclaw66 Post at 28-2-2010 17:00 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
salam pakcik...
awat xmo sambung? sbb me rasa cam ada bsambung2 jah cite nih..
yg pakcik cite nih rasanya cam sket sgt2... |
|
|
|
|
|
|
|
Asslamuaikum Wbt Pakcik...
Best citer nie...ada sambungan lagi x...? |
|
|
|
|
|
|
|
Pokcik Azred, TQ TQ TQ atas citer yang sungguh besh nih. penuh drama, saspens dan 'berisi'.
tapi.... citer lagi la... sambungan ker, prequel ker, trilogy ker.... I LIKE!!!!!!!!!!! ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|