|
hahaha..adoii..noty tul Hafizz![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
baby mlm punya n3 takde ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hafiz ni nakal... x sbar dia nak kawen... |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 35
Aku pandang sekilas ke arah pengantin lelaki yang bakal jadi suami aku bila-bila masa dalam waktu terdekat ini. Sekali lagi aku mencuri pandang. Berkerut dahi aku. Apasal wajahnya seiras dengan Hafizz? Aku yang tersalah pandang ker atau? Eei…imaginasi aku sudah sampai tahap kritikal ni….
“Aku nikahkan dikau, Mohamad Hafizz Bin Abdullah….” Tok kadi sudah memulakan upacara ijab kabul. Ada masalah ker dengan gegendang telinga aku ni? Macam nama Hafizz jer yang aku dengar atau aku masih berada dalam alam fantasi yang aku idam-idamkan untuk bertukar menjadi kenyataan. Seraya aku menepuk telinga kononnya ingin membetulkan pendengaran yang sememangnya sudah sedia elok dan baik-baik belaka.
“Aku terima nikahnya Zulaikha Binti Zahar berwalikan hakim dengan maskahwinnya RM300.00 tunai.”
“Sah?” Tanya tok kadi pada saksi pertama.
“Sah!” Saksi pertama menjawab.
“Sah?” Kemudian tok kadi beralih pada saksi kedua pula dan saksi tersebut memberi jawapan yang serupa dengan saksi pertama.
“Sah!”
Sekali lafaz jer aku telah menjadi hak milik orang. Aku sudah menjadi seorang isteri. Huk! Huk! Sebak aku memikirkan. Rasa nak menangis yang ada aku tahan-tahankan.
“Mohon pengantin perempuan maju ke hadapan.” Mak aku yang duduk disebelah mencuit bahu aku. Segera aku mengesot ke hadapan. Sehelai kertas yang aku kira bakal mengesahkan ikatan perhubungan antara aku dan dia sudah berada di hadapan mata menunggu aku untuk menurunkan tanda-tangan. Aku baca sekilas, terutama pada bahagian nama pengantin lelaki. Sambil baca sambil tangan aku menggeletar menanda-tanganinya. Mohammad Hafizz Bin Abdullah. Betullah! Hati aku sudah bergetaran. Bagai dilanda ombak, berkejaran memecah pantai kesabaran. Suara pengerusi majlis sudah kedengaran timbul tenggelam. Empangan air mata bagai menunggu masa untuk tumpah.
Entah bila masanya, dia sudah pun berada di hadapanku bersedia untuk menyarungkan cincin ke jari manis aku sebelum mengucup lembut dahiku bagi memeterai upacara membatalkan air sembahyang. Aku memberanikan diri untuk menatap wajah insan yang sudah sah bergelar suami kepada aku itu. Masih belum mahu percaya sepenuhnya pada sebaris nama yang aku lihat tertera di atas kertas tadi. Kebetulan matanya juga sedang mendarat ke wajahku, lalu menikam lembut ke anak mataku. Menusuk terus ke kalbu. Bagai hendak luruh jantung aku ketika itu. Terasa arus elektrik bagai merenjat seluruh tubuh. Manakala hatiku bergetar dengan lebih hebat, bagai tidak mahu berhenti walau sedetik. Hafizz? Lagi sekali aku pandang wajahnya untuk mendapatkan kepastian. Hafizz!!! Sukar hendak aku telan kenyataan itu. Sukar hati ini untuk mempercayainya. Sampai hati kau…Permainan apa yang kau cipta ini, Hafizz?? Aku mengetap bibir sekuat hati menahan tangis yang seakan ingin meledak ketika itu jua.
******************
Aku tak tahu apa yang harus aku fikirkan dan rasakan. Apa yang sedang bermain diminda cuma kenapa dan mengapa? Sepanjang perjalanan balik ke rumah, hati dan perasaanku berperang di dalam. Geram ada, marah ada, gembira, sukahati, benci semuanya bercampur baur. Sekejap aku gelak, sebentar kemudian airmata aku merembes keluar. Marahkah aku? Sudah tentu aku marah. Marah kerana jadi bahan amusement si Hafizz. Sukakah aku? Menipu jika aku kata aku tidak suka. Siapa yang tidak suka jika disatukan dengan orang yang selama ini dicintai. Bukannya dengan si polan yang aku tidak kenal. Bencikah aku? Mungkin pada diri sendiri, kerana sikap aku yang suka buat andaian tentang sesuatu perkara tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Benci kerana aku lambat menelah teka-teki si Hafizz. Geram sudah tentu! Heh… Namun aku sedar walau betapa geramnya aku pada Hafizz, masih terselit rasa gembira kerana sesungguhnya kini aku percaya Hafizz memang mencintai diri aku dengan seadanya.
Sejak balik dari upacara akad nikah di Masjid tadi aku memerapkan diri dalam bilik pengantin yang serba ungu. Warna favourite si Hafizz. Argh!!!
Tak mampu aku gambarkan betapa geramnya aku mengingatkan segala peristiwa sepanjang tempoh kehadiran semula Hafizz mewarnai hidupku. Bagai dirancang, atau memang telah dirancang atau semuanya terjadi secara kebetulan tanpa dirancang? Aku bingung dan keliru. Berpusing-pusing aku dalam bilik yang sudah diubah suai menjadi bilik pengantin itu. Sekejap aku berdiri, sekejap aku duduk. Tak senang tingkah. Uurrgh! Aku melepaskan nafas geram. Kalau Hafizz ada kat situ mau aku renggut dan carik-carik baju dia sampai koyak.
Aku yang sedang tercari-cari tempat untuk melepaskan geram, tiba-tiba dapat idea ‘bengong’ bila tidak semena-mena mata aku tertancap pada sebiji bantal peluk yang terletak elok kat atas katil pengantin. Aku pun apalagi, dengan pantas mencapai bantal peluk itu lalu menyeretnya ke meja solek. Lipstik merah yang berdiri tegak di atas meja solek pantas aku renggut kasar sebelum mencoret bentuk muka pada bantal peluk tadi. Setelah melukis mata dan hidung, aku bulatkan pula mulutnya, kemudian rambutnya aku lukis mencacak ala-ala rambut Hafizz. Akhir sekali aku tulis nama Hafizz pada dadanya. Habis sebentuk gincu jenama Clinique itu aku belasah.
“Kenapa kau buat aku macam ni?” Marah aku pada si bantal peluk membayangkan Hafizz yang sebenarnya ada di situ. Ihhh!! Aku cubit-cubit perut bantal itu. Lepas tu bertubi-tubi aku tonyoh dan tampar muka bantal itu. Tak puas lagi, aku luku kepala bantal kemudian aku seligi pula. Rasakan! Ambik kau! Aku baru berhajat nak buat stunt ala-ala smackdown bila telinga aku menangkap jelas suara orang berdehem tidak jauh di belakang aku.
“Apasal tak buat kat aku jer?” Serta-merta bantal peluk yang aku pegang terlepas dari tangan.
Jatuh terjelopok ke atas lantai.
Aku berpaling ke arah suara itu. Hafizz sedang bersandar di muka pintu sambil memeluk tubuh dengan kaki bersilang. Terkedu aku seketika. Dia ada di sini? Aku ingatkan kami akan cuma bertemu pada hari majlis persandingan yang diadakan pada keesokkan hari. Lagipun, sewaktu ke Masjid tadi kami menaiki kenderaan yang berasingan. Dia dating terus dari rumah dia, aku pula dari rumah aku. Sesudah majlis selesai pun, kami beredar berasingan. Aku tidak menyangka yang dia akan singgah ke rumah aku terlebih dahulu.
“Tak luak dia bantal peluk tu. Sia-sia jer.” Aku terpaku disitu dengan lidah kelu seribu bahasa. Sangka aku, aku akan mampu menghadapinya. Menghadapi Hafizz. Nampaknya aku tersilap, dan rasanya aku tidak lagi mampu untuk menahan segala bentuk perasaan yang berselirat dihati. Terasa akan meledak bila-bila masa. Membatukan diri pun tidak berjaya menghalang air mata ini dari merembes keluar. Aku menggigit bibir. Dada aku sudah berombak menahan esak tangis yang minta diluahkan. Akhirnya, diluar kawalan aku sudah menangis terhinggut-hinggut. Hafizz yang memandang kemudian menundukkan kepalanya sebelum menghembus nafas berat. Dia menutup pintu rapat-rapat sebelum datang menghampiri aku. Entah apa yang berlegar difikirannya, aku tidak tahu.
“Meh sini.” Dia memegang lenganku menarik membawa aku agar duduk di birai katil. Aku menurut sahaja tanpa membantah. Setelah itu dia turut sama duduk bersebelahan dengan aku sebelum menarik lembut tubuh aku ke dalam pelukannya agar aku bisa lebih tenang. Aku biarkan saja kerana mulut aku seperti sudah terkunci, hilang daya untuk bersuara. Dia mengusap lembut belakang tubuhku seperti anak kecil, perlakuannya itu membuatkan esak tangis aku semakin kuat, melepaskan segala yang terbuku di dada. Biar hilang semua rasa duka, marah dan geram yang menguasai diri. Tinggalkan rasa cinta, suka dan gembira sahaja. Disandarkannya kepala aku pada dadanya lalu mendakap aku lebih erat berusaha meredakan tangisan aku.
Lama aku mendiamkan diri dalam pelukan Hafizz setelah tangisku mulai reda. Malu, kerana gagal mengawal diri dan hanya membiarkan Hafizz menyaksikan sikap emo aku yang selama ini cuba aku sembunyikan.
Seketika kemudian aku meleraikan pelukan dan membetulkan duduk diri sebelum mengukir senyuman segaris. Dia kelihatan tenang saja memerhatikan gerak geri aku. Bajunya habis lencun di bahagian dada dek airmata aku. Siap ada bekas lipstick dan mascara melekat padanya. Mesti mekap aku pun dah cair dengan bekas hitam disekeliling mata tinggalan mascara tadi. Tak mampu aku bayangkan betapa kusut dan serabainya muka aku ketika ini.
Dia mengesat sisa-sisa airmata di pipiku sebelum jemarinya mengelus lembut pipiku.
“Dah okey?” Aku mengangguk.
“Marah lagi?” Aku masih mengangguk. Dia tertawa. Tanpa sedar, aku turut tergelak kecil. Mesti dia sengaja menyentuh dan membelai pipi aku supaya aku tak sembur dia. Kalau betul, taktik itu memang boleh di guna-pakai.
“Kau suka tak warna bilik ni?” Aku mengangguk.
“Jawablah. Aku rindu dengan suara kau.”
“Suka.” Dia tersenyum bila sepatah perkataan itu keluar dari bibirku.
“Kau suka aku tak sebagai kawan?”
“Suka.”
“Kau sayang aku tak sebagai sahabat?”
“Sayang”
“Kau cintakan aku tak lebih daripada seorang kawan dan sahabat?”
“Cinta.” Aku terperangkap. Kuperhatikan senyumannya semakin melebar.
Cinta? Aku ulang balik jawapan itu dalam hati. Urgh?!
“Terima kasih Zulaikha…”
“Err….ayat yang last tu aku tarik balik…boleh?” Masih menidakkan sesuatu yang sudah jelas, Zulaikha?
“Tak boleh….” Ujarnya sambil memegang pipi aku membawa aku jauh ke dalam renungan matanya.
“Terima kasih Ika, aku sangat-sangat bahagia….” Selepas mengungkapkan ayat tersebut dia terus menarik aku semula ke dalam dakapannya.
“Malam ni aku tak boleh stay kat sini.” Berubah merah wajahku mendengarkannya. Aku meneguk air liur.
“So, malam ini bantal peluk tu bolehlah jadi teman menggantikan aku.” |
|
|
|
|
|
|
|
baby.. dah nak habis ek??? |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi baby...... surprise hafizz yg menjadi ker ika yg blur amat...hehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu
sukanya dah kawin
suka dengan cara ika melepaskan geram
hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kelakolah pulak IKA nie... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
selamat pagi.........
best2...dh agak dh zulaika kawin dgn hafiz.....
sambung lagi ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
kelakarlah cara ika lepas geram..hehehehe. ada masa smbg lagi baby ya? |
|
|
|
|
|
|
|
hikhik...dah kawen dah!![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar tunggu n3 dr baby |
|
|
|
|
|
|
|
selamat pengantin baru ika & hafiz...
ika bila nak pakai baju tido yg hafiz bg tu ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi...nak lagiii....![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah selamat pun ika dgn hafiz...next2 n3 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|