|
Komentar saya adalah berdasarkan penonton yg neutral dan ? fanatik pada mana2 pelakon2 utama OR. Sbnrnya saya suka tgk lakonan MK n AA biasa2 je before this. Tgk more to rupa diorang yg lawa n hensem. Tp this time, mmg hebat lakonan mereka.
Jln cerita masih best walau diolah. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk...tapi rasa mcm tgk cerekerama tanpa iklan...
mungkin mood kacau sbb tgh sedey2 ada plak org gelak2...terbantut nak keluar air mata...hahhahaa..
bole bagi 3.5/5 bintang... |
|
|
|
|
|
|
|
mama baru jer cadang nak gi tgk mlm ni ngan hubby n akan bawa baby sekali.. tapi bila mama baca ada yang sentap bila time nak nagis terbantut dgr ada suara budak nangis jerit gelak.. alamak, baby mama dah lah advance.. siap boleh buat adegan stunt lagi .. apakah kehadiran mama akan menyentap penonton lain .... hahaha .. bakal dibincangkan semula dengan hubby .. tapi sebenarnya mama yg over lebey merengek nak pegi.. hubby siap ckp dia nak tidur jer kat sebelah ... kroh tol kan ... heee
apa2 pon tunggu review mama lak yer ... achhhummm.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak jadi tgk........!!!!!!!!!!
tiket dah beli...tapi ptg tu tiba2 jatuh kaki terseliuh...
terus tak dpt tgk..bazir tiket....gerammmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya dapat baca komen penonton...
kt gosip tu penuh dgn borak2 sajok sampai nak cari komen tentang movie payah bebenor...
drpd apa yg aku baca komen2 korang, movie berbaloi untuk ditengok walaupun ada beberapa part tak menarik...
minggu depan baru nak tgk sbb minggu ni tiket sold out {:4_186:} |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dalam wayang tu aku dgn akak sebelah tu ngan member dia je yang datang sebab nk tgk bront overall movie, sangat biasa bagi iols
AA-ok la, better than his previous attempts.
MK-improve banyak.tp still watak tu x believable enough.
LS-erkk, *tengok kiri kanan*, putting aside make up, hairstyle nan hadoo, she's kinda good in this movie. way better compared to LBS. patut la jugak diberi credit.
BP-9 scenes jer kot for bront, tapi he delivers macam biasa ah. maintain ah bro!!memang terbaek.tk payah dialog panjang melebo, mmg melertz & mael's feelings towards izzah tu mmg sampai.
sekian dari aku yang amatur. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harian Metro
Filem terbaik daripada Osman Ali
SEJAK Anak Halal, setiap filem arahan Osman Ali akan saya tonton dua kali di panggung. Jawapannya sangat mudah, saya memang boleh layan filem arahan Osman tidak kira yang bercorak ‘heavy drama’ mahupun komedi romantis.
Dalam memperkatakan me�ngenai karya terbarunya, Ombak Rindu, sudah dua kali juga saya ditarik tanpa paksaan ke skrin besar. Kali pertama pada sesi previu untuk pihak media pada 22 November lalu dan seminggu kemudian, ketika Malam Gala Ombak Rindu bertempat di Pavilion KL.
Biasanya pada kali pertama menonton, saya akan duduk tersandar pada kusyen empuk, melayan ceritanya dengan fikiran terbuka, tanpa terlalu memikirkan aspek teknikal mahupun kelemahan.
Seterusnya, selepas dua kali menonton, barulah saya mula melihat dengan lebih terperinci dan makin nampak sedikit sebanyak apa yang kurang di sana-sini.
Biasalah, mana ada filem yang sempurna dalam dunia ini.
Seawal babak-babak pertama Ombak Rindu lagi saya mula rasakan yang Osman akan mampu membawa saya hanyut buat seketika ke dalam dunia Izah, Hariz mahupun watak-watak lain. Memang saya tewas kerana akhirnya menitis juga air mata ini.
Kalau hendak tahu, kali terakhir saya betul-betul menangis menonton filem Melayu adalah Esok Untuk Siapa dan filem Hindustan pula, Kabhi Khushi Kabhie Gham. Sekurang-kurangnya saya masih lagi manusia biasa bukan?
Harus dinyatakan bahawa saya tidak pernah pun membaca novel Ombak Rindu.
Berbanding mereka yang pernah membacanya, saya menonton filem Osman Ali ini tanpa dibayangi apa yang tertulis dalam novel karya Fauziah Ashari itu.
Daripada apa yang saya dengar daripada mereka yang sudah membaca novel itu, penderitaan watak Izzah (Maya Karin) lebih teruk dan ada ba�nyak lagi sub-plot lain mewarnai kisah sedih itu. Logiknya sangat sukar novel setebal 564 muka itu boleh dimampatkan menjadi filem dua jam.
Bagaimanapun, apa yang dapat saya rasakan di lubuk minda dan hati, Osman semacam cuba mengembalikan semula kehebatan filem ‘heavy drama’ seperti mana Dia Ibuku lakonan Datuk Sarimah Ahmad, Abang (Datuk Rahim Razali) dan siri-siri filem ‘Esok’ termasuk yang saya sebutkan tadi, Esok Untuk Siapa (Tan Sri Jins Shamsuddin).
Rupanya telahan saya itu tidak salah kerana selepas tergerak hati menghubungi Osman di telefon kira-kira jam 2 pagi pada Khamis lalu untuk berbual-bual, pengarah kelahiran Pulau Langkawi itu mengakuinya.
“Memang saya tak sempat beritahu wartawan bahawa Ombak Rindu satu ‘tribute’ saya kepada filem-filem yang Roslen cakapkan itu. Dulu saya membesar dengan filem-filem drama berat seperti Abang, Dia Ibuku dan Esok Untuk Siapa.
“Apabila mula mengarah, saya pernah terfikir bahawa satu hari nanti saya teringin buat sebuah filem ‘heavy drama’ yang menonjolkan cerita yang menyentuh perasaan.
“Jadi peluang keemasan itu saya dapat selepas saya diberi mandat memindahkan Ombak Rindu dari sebuah novel ke filem,” jelas Osman.
Dalam nada suara yang kemudian kedengaran lain, Osman bagaimanapun berkata dia sangat terkilan kerana tidak mampu memindahkan setiap watak dan plot dalam novel itu kerana dibatasi dengan had durasi tayangan yang ditetap�kan pihak pawagam. Biasalah, filem kita tidak digalak durasi�nya melebihi dua jam.
“Banyak babak menarik terpaksa dipotong. Saya memang sayangkan semua babak itu tapi apa boleh buat, saya tidak ada pilihan lain. Malah ada satu babak yang saya sangat suka membabitkan Aaron Aziz, Maya Karin, Normah Damanhuri dan Zaidi Omar terpaksa dipotong kerana melebihi durasi.
“Walaupun babak itu dicantas, saya rasa ia tidak mencacatkan jalan cerita kerana orang masih boleh faham konflik yang dipaparkan,” ujarnya.
Lebih daripada itu kata Osman, dia sangat kecewa kerana terpaksa memotong langsung lakonan Fauzi Nawawi sebagai Azman iaitu kekasih gelap Julia Ziegler.
Dengan erti lain, Fauzi sudah tidak wujud dalam Ombak Rindu. Mendengar gambaran babak yang diceritakan Osman itu, saya sendiri turut terkilan kerana kalaulah semua babak itu ada, maka akan tumpah lebih banyak lagilah air mata dalam panggung.
Kemudian pantas saya sarankan kepada Osman: “Osman jangan risau. Awak boleh buat versi ‘drector’s cut’ untuk diselit�kan dalam DVD selepas habis tayangan di panggung nanti.” Lalu Osman terus bersetuju dengan cadangan itu.
Bagi saya, Osman sangat beruntung kerana dia selalu berjaya mendapatkan pelakon yang baik untuk setiap filemnya termasuklah Ombak Rindu.
Maya Karin bagi saya memberikan lakonan terbaiknya selepas Pontianak Harum Sundal Malam. Kekuatan Maya sentiasa ada pada matanya setiap emosi Izzah mampu dizahirkan melalui permainan matanya itu.
Cuma ada masanya, kelihatan sinar keperangan rambut dan loghat baku Maya sedikit mengganggu karakter Izzah sebagai seorang ustazah Melayu dari sebuah kampung nelayan. Namun secara keseluruhan, Maya memang hebat selepas khabarnya mendapat bimbi�ngan Ellie Suriaty.
Dalam filem ini Maya hanya memainkan lakonan yang ‘under’. Namun ada juga beberapa babak Maya menonjol�kan lakonan traumatik. Kata Osman, bukan mudah untuk Maya mempertahankan corak lakonan sebegitu dari awal hingga akhir penggambaran.
Dalam filem ini, Maya melakonkan peranan gadis malang yang dianiaya ayah saudaranya ke sangkar pelacuran. Izzah kemudian dibeli seorang pelanggan, Hariz (Aaron Aziz) lalu dijadikan perempuan simpanan.
Akan tetapi dengan rayuan Izzah dan melihat keimanan yang pada wanita itu, Hariz akhirnya sanggup menikahi Izzah di Thailand tetapi masih merahsiakan hubungannya daripada ibunya, Datuk Suffiah (Azizah Mahzan).
Ternyata proses Hariz cuba mengenali siapa diri Izzah yang sebenarnya menjadikan filem ini semakin indah. Kekusutan berlaku lagi apabila Hariz perlu bernikah dengan wanita yang tidak dicintainya, Mila Amelia (Lisa Surihani), seorang superstar.
Kata rakan saya, Erma Fatima yang sudah menonton, dia sukakan lakonan Lisa yang dianggap lebih bagus berbanding Lagenda Budak Setan. Itu satu lagi pencapaian positif buat Lisa yang berjaya melontarkan ‘mood’ kepada pelakon yang beraksi setiap babak dengannya.
Aaron sebagai Hariz - lelaki yang tersepit antara nafsu, cinta serta kemelut perangkap yang diatur ibunya sendiri - tidak kurang meninggalkan impak. Namun Aaron dilihat banyak menangis dan mungkin ada yang rasa ia mengurang�kan aura ‘macho’ seorang lelaki.
Azizah Mahzan saya dianggap sebagai ‘The Modern Mak Dara’. Dia seorang ibu yang ego dan bersikap materialistik. Mungkin peranan seperti itu perkara yang tidak sukar buat Azizah kerana dalam drama juga dia sudah menyerlah.
Apapun saya harus nyatakan bahawa setiap pelakon utama dan pembantu dalam Ombak Rindu sama-sama menonjol�kan kekuatan. Bront Palarae, Zaidi Omar, Normah Damanhuri dan Delimawati berdaya me�nyuntik emosi terhadap peranan mereka.
Filem ini dibuka dengan sinematografi yang menawan dan ia berterusan dalam babak-babak lain.
Namun jangan lupa bahawa kesan dramatik terhadap Ombak Rindu sangat disokong oleh skor muzik dan lagu tema yang cukup merdu.
Pada babak-babak penting, melodi indah itu memang cukup membantu tetapi kalau terlalu kerap diulang pula, ia boleh menjadi ‘predictable’.
Saya sebenarnya dapat melihat kelemahan dari sudut suntingan apabila ada adegan tiba-tiba ‘fade’ dan tergantung mengejut. Ini tentunya jalan pintas bagi Osman menjimat�kan durasi filem itu.
Satu lagi kealpaan Osman dan kru filem ini adalah pada babak akhir di sawah padi.
Ada sesuatu pada tubuh Izzah apabila dia menoleh ke belakang. Cuba anda perhatikan sendiri nanti.
Bagi saya, meskipun Ombak Rindu asasnya kisah cinta yang ‘old skool’ namun Osman berjaya menyuntik ‘trend’ pembikinan masa kini seperti iringan lagu (nyanyian merdu Hafiz AF & Adira AF) dn pemilihan pelakon yang sedang popular.
Melihat senarai filem yang ditayangkan sejak awal 2011, tidak ragu-ragu saya katakan Ombak Rindu adalah filem Melayu terbaik bagi tahun ini.
Tidak silu rasanya untuk saya mengajak kawan-kawan pergi menonton filem ini.
Osman Ali sekali lagi membanggakan saya dan bakal mencipta satu ombak baru - [email protected] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Besssss nk tgk lagi. Aaron mmg nsem. Maya hmm bole la klo tuka org len ok gk. Da director nk gk die nk wt cmne. Lisa ok. Barann. I like 7/10 |
|
|
|
|
|
|
|
dlm list gak nak watching film ni.
1st sbb bront ada, pelakon yg lakonannnya mmg natural n sempoi.
2nd sbb directornya, osman ali.film2 osman mmg jarang mengecewakan.last time tgk cun pd aku kira ok la, garapan agak kemas dan ala2 inde film style  |
|
|
|
|
|
|
|
dlm list gak nak watching film ni.
1st sbb bront ada, pelakon yg lakonannnya mmg natural n sempoi.
...
otai_g Post at 3-12-2011 20:13 
sangat agree sebab 1st hang tuh |
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk...mau kasi 3 out of 5 star..
antara adegan x logik dlm pelem nih...
1.nape mak Aris x bgtau Mila yg Izzah tu kekasih gelap suaminya?..bkn ka mereka tu rapat?
2. tetiba jek Aris leh baik & fall in love kt Izzah..takkan sbb dgr dia bc surah yassin kot?..patut chemistry antara Izah & Aris kena lebih byk ditunjukkan..cepat sgt Aris leh terima Izah & setuju nikah
Lisa Surihani x sesuai bawa watak artis...pelakon plg sesuai ialah Nur Fazura 
part plg lawak - pak dollah mengajuk permintaan Tan Sri utk menyerahkan anaknya Aris
bg aku Anak Halal tetap pelem terbaik Osman Ali |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lg satu part plg lawak time Izzah temankan Aris dlm wad..mula2 tunjuk dia solat..pastu tetiba kongsi bed tido seblah Aris..larat plak dia gi tolak Aris yg koma ms tu utk berkongsi bed  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ladydolph at 4-12-2011 23:17
dah tgk dah..... all i can say is i'm quite impressed... ada la jugak airmata yg tumpah.....
but i'm so amazed with Aaron Aziz's fans... the moment dia muncul, semua bising n tepuk tgn... his every move for sure will make people swoon, especially part2 romantik tu la.... n part dia nangis..... lelaki nangis bukan bererti tak macho ok..... that means dia sensitive..... hehhe.... Aaron mmg ada presence yg kuat di skrin layar perak... no doubt about that...
soundtrack sgt best.... lagu tema mmg tgh hit pun sekarang.... but sometimes, mcm jugak filem Osman Ali yg sebelum ni, lagu2 tu mcm distracting at certain parts... but overall, it compliments the mood of the movie.....
lakonan Maya superb.... walau kengkadang slang baku tu muncul.....
Lisa pun tak kurang hebat.... mmg pun watak Mila tu gedik and over the top ... so she nailed it... we've seen Lisa's rage in LBS before... n it happened again in OR... i like it...sbb selalunya minah ni lembut je..... as usual her trademark "R" as "ghr" always cracks me up.....
Bront pun selamba je.... n he's a joy to watch coz he just steals every little scenes that he's in walau watak Mail dlm buku mmg tak ditonjol sgt...
audience tepuk tangan at the end, buat suasana dlm panggung jd meriah.... love that overwhelming feeling!
overall, byk perubahan dlm filem ni yg berbeza dari dlm buku... tp takpe lah.. yg penting the core is there.... plot isteri pak dollah yg mulanya jeles ngn izah sbb sangkakan izah tu perempuan simpanan laki dia ditiadakan... plot pasal adik Hariz yg dihalau ibunya sbb kawen ngn org tak setarap mmg langsung takda... plot ttg ibu tiri and adik tiri hariz juga tak masuk.... dlm novel, Hariz bg Izah kucing, instead dlm filem, izzah jumpa sndiri.... n dlm novel, Izzah belajar di IPTS, dlm movie takda jugak plot tu.... byk lagi yg bebeza sebenarnya but tak kisah la...Harry Potter n Twilight pun byk je diubah sebb mmg mustahil nak crampkan semua dlm buku into a 2 hour movie..... bg yg tak pernah bca novel, dorang suka je.....
tahniah utk team produksi filem ni... sbb berjaya buat aku tgk filem melayu kat panggung after quite some times...... brilliant!  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by shomei-shomei at 4-12-2011 10:28
Hi all.
Aku dah tgok crite ni.sorry..,aku kasi 2/5.mcm drama biasa da sku tgok.
1.maya karin kalau duk sebelah lisa nmpk cm tua 20 thn dari lisa.slang bm dia pun buat aku hilang feel yg dia izzah.
2.cepat sgt haris suka izzah
3.cerita ni popular sbb dia adaptasi dari buku.sama mcm lbs.
Positive
1.AA dan Lisa sgt mnjiwai watak.hampir mnitik air mata tgok cara mila sayang haris.boleh rasa emosi yg lisa sdg alami.walaupun watak baran .,aku leh phm emosi dia.
First time aku suka lakonan lisa.
2.mail mmg best
Ini pendapat aku la... ).
2. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk dah..... all i can say is i'm quite impressed... ada la jugak airmata yg tumpah.....
but i' ...
ladydolph Post at 4-12-2011 10:02 
aku ske bace komen ko ni...sama macam aper aq nak komen beb! sumer ko dah tulis...superb! layan seyh! sejantan manapun aku ni...khirnya tewas di dada izzah...aku rasa mcm nak kwen ngan izzah skrg gak! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 335# shomei-shomei
korang ni mcm tak der perasaan la aq rasa....atau aku yang terover feeling kot! hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok ke tak? berbelah bahagi pulak...ada yg ckp best,
ada yg ckp biasa2 jea..tp novelnya mmg khatam tiga2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|