CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10515|Reply: 5

[Tempatan] Gaji RM3,500 tidak jamin hidup selesa, kenapa sekarang baru Pas Selangor berbunyi?

[Copy link]
Post time 13-3-2025 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 12-3-2025 06:11 PM

SHAH ALAM - Kos sara hidup di Selangor kini berada pada tahap membimbangkan apabila gaji RM3,500 sebulan tidak lagi menjamin kehidupan yang selesa bagi penduduknya.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Zurk Ahmad berkata, angka yang disebut dalam khutbah Jumaat bertajuk ‘Sentuhan Ramadan dalam Zakat Fitrah’ pada 7 Mac lalu adalah isyarat jelas bahawa kos sara hidup di Selangor telah melepasi tahap kritikal.

“Bayangkan, dalam negeri dikatakan paling maju di Malaysia, masih ada keluarga yang bergelut untuk menampung keperluan asas. Bukan kerana mereka malas tetapi kos sara hidup meningkat jauh lebih cepat berbanding kenaikan gaji.

“Realitinya dengan gaji sebanyak RM3,500 sebulan, ramai isi rumah di Selangor terpaksa hidup dalam keadaan cukup-cukup makan kerana separuh pendapatan habis untuk sewa rumah dan harga makanan terus melambung.

“Perbelanjaan sekolah anak semakin menekan dan bil utiliti serta kos pengangkutan menjadi beban tambahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

“Jika hal ini berterusan, apakah masa depan untuk generasi akan datang? Gaji yang dahulu mencukupi kini tidak lagi memberi jaminan kehidupan stabil.

“Bantuan kewangan yang diberikan hanyalah penyelesaian sementara sedangkan rakyat memerlukan solusi jangka panjang untuk keluar daripada belenggu kemiskinan moden ini.

Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2025 02:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 02:17 AM | Show all posts
BNPL kan ada.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 02:21 AM | Show all posts
RM3500/m manalah nak selesa
boleh lah cukup2 makan kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 03:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni memang tak penah amik tahu kaa.... RM5000 adalah kategori miskin bandar.(dalam konteks negeri maju)
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 13-3-2025 03:44 AM
Dia ni memang tak penah amik tahu kaa.... RM5000 adalah kategori miskin bandar.(dalam konteks negeri ...

Miskin bandar memakai baju baru warna-warni;
Mengunjungi sanak kaum famili...

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.661127 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list