CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 31-12-2021 10:48 AM | Show all posts
1) sampul
Ehsan meletakkan SAMPUL yang mengandungi duit belanja di atas meja makan sebelum keluar ke tempat kerja.

2) selatan
Rancangan untuk cuti cuti ke SELATAN tanahair pada hujung tahun terpaksa ditunda kerana banjir.

3) sumpah
"SUMPAH bukan saya yang buat" kata adik kepada abangnya yang sedang marah.

4) setia
SETIAnya si isteri menemani suami yang terlantar sakit selama bertahun tahun.

5) senang
Bukan SENANG nak habiskan nasi lemak sebanyak 10 bungkus ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2021 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 31-12-2021 01:16 PM

1) sampul
Sampul hijau pemberian emak masih saya simpan.

2) selatan
Selatan tanah air sedang hujan sekarang ini.

3) sumpah
Najib ada mengangkat sumpah menafikan salah laku semasa menjadi perdana menteri.

4) setia
Anjing adalah antara haiwan yang setia pada tuannya.


5) senang
Soalan peperiksaan geografi  tadi agak senang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 12:07 AM | Show all posts
Sampul surat berisi bedak dari sang pemuja

Negeri Johor terletak di selatan

Mak Nah menyumpah seranah anaknya

Beruntung sesiapa yang mendapat pasangan yang setia

Ramai lelaki ingin hidup senang dengan menjadi biawak hidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 08:05 AM | Show all posts
1) sampulSampul misteri warna merah dalam peti surat

2) selatan
Negeri selatan tanah air mula dilanda banjir

3) sumpah
Sumpah laknak seorang ahli politik telah dilakukan di Masjid Negara tahun lepas

4) setia
Sifat setia kawan sukar dicari pada waktu kini

5) senang

Bukan senang hendak senang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2022 10:20 AM | Show all posts
Edited by NaylaArisha at 3-1-2022 09:32 AM

holaaaaa...




di sebab kan hari ni tahun baru



Nay buat task khas sempena Tahun Baru 2022.



Buat satu karangan azam dan impian tahun 2022.



Satu perenggan Nay bagi +15



kalau nak lebih tambah lah 2 ke 5 perenggan kan



SELAMAT TAHUN BARU SEMUA ......




Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 10:51 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 1-1-2022 10:59 AM

Assalamualaikum wbt

Selamat tahun baru 2022 pada semua.

Saya sebenarnya dah lama takde azam. dah malas nk pikirkan azam sb sama je setiap tahun. takde perubahan besar pun yang berlaku. tapi semangat untuk menambahkan duit savings tetap ada setiap bulan.

Tujuan ke JB skrg ni sebenarnya ada misi besar. alhamdulillah ptg semalam dapat pertemukan dua pihak. semoga usahasama mereka akan membuahkan hasil tahun ini. saya pasti yang membaca tidak paham. tak mengapa. ini urusan saya. saya berharap sangat usaha keras pihak sini selama ini terbalas tak lama lagi. dan pencarian pihak sana dapat mempercepatkan lagi proses urusan amanah ini.
Impian saya semoga semuanya dapat dipercepatkan dan semoga saya dan keluarga tetap hidup sederhana walaupun akan berlaku perubahan nanti. In shaa Allah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2022 07:20 PM | Show all posts


Assalamulaikum

Selamat menyambut tahun baru buat rakan2 semua
kita dah kenal di forum lebih 5 tahun tapi tak pernah bersua
saya doakan semoga rakan2 semua memperoleh kejayaan,
sentiasa dilindung Allah SWT dan kekal sihat Aamiin.

Setiap tahun saya sentiasa berazam untuk lebih maju, sukses, kekal sihat dan bahagia.
syukur alhamdulillah ada kenangan yang saya peroleh sepanjang tahun 2021.
Cita-cita sejak 5 tahun dulu akhirnya tercapai.  Berkat kesabaran dan kesungguhan.
Dalam waktu pandemik saya rebut peluang untuk sambung belajar.
Banyak waktu yang terluang dipenuhi dengan pelajaran dan kerja di pejabat.  
Seronok dan sedikit penat dan ada masa terlalu penat.

Untuk azam dan  impian tahun 2022, saya ingin lebih komited dan serius untuk mengubah kehidupan
agar terus lebih berjaya dan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Semoga apa yang saya azamkan itu Allah bantu dan permudahkan.
Semoga Allah hadirkan takdir yang baik-baik buat saya dan keluarga dan rakan-rakan semua
dan agar kita semua dikelilingi oleh orang yang baik-baik juga.. InsyaAllah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum

Selamat Menyambut Tahun Baru 2022.
Entahlah rasanya dah beberapa tahun tak ada atau buat azam baru setiap kali tahun bertukar. Sebab tak ada tindakan susulan samada azam tu berjaya Di capai atau tidak.

Walaupun tak buat azam tahun baru secara spesifik, tetapi setiap tahun berharap tahun baru membawa harapan dan rezeki yang lebih baik dari tahun tahun yang lepas.

Selain itu, saya juga berharap dapat memperbaiki kelemahan diri, meningkatkan amalan dan berusaha dengan lebih untuk kehidupan yang lebih baik lagi.

Harapan dan impian saya semoga Tahun 2022 membawa sinar dan rezeki yang lebih baik untuk semua orang. Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kita semua dari segala musibah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2022 09:57 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Azam tahun2 sebelum ni alhamdulillah semuanya tercapai dan ada yang melebihi jangkaan. Selalunya azam setahun ada lebih kurang tiga. Ada satu azam tahun lepas set target paling lewat Disember tapi alhamdulillah bulan Februari dah tercapai.

Azam tahun depan macam biasa set tiga target realistik. Moga dipermudahkan urusan untuk mencapai segala impian membahagiakan keluarga kecil dan menunaikan hajat pada yang berhajat.

Moga dengan pertambahan tahun pakej bertambahnya umur, hidup semakin dekat dengan Tuhan. Memperbaiki diri dan menambah ilmu serta amalan.

Doa saya kita semua sentiasa dalam lindungan Allah. Sentiasa bersyukur dan berpijak di bumi nyata. Moga amalan kita diterima Allah SWT. InsyaAllah aamiin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Task Khas will continue until 5/1/2022
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2022 12:54 PM | Show all posts
assalamualaikum

selamat tahun baru buat tt dan semua teman2 porum
sepert tahun2 sebelum ni mira x de la sangat nk berazam2 bagai
yg penting mira masih dapat bernafas dgn anugerah ya Allah swt beriakn,dh cukup baik
hanya pada ank2 yg semakin membesar dan berdikari
mira harap mereka akan mendapat apa yg mereka hajati

pada semua rakan2 forum,mira doakan agar semuanya berada dlm lindungan Allah swt
ingat apa yg Allah swt beri selama ini hanya la tuk kita lebih memperbaiki diri
semoga sesama kita muhasabah diri pada  tahun baru ini.

akhir sekali sentiasa la bersukur dgn apa yg telah diberi olehNYA,
terima dgn senang hati,moga baik2 sentiasa bersama kita,aaminnnn


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 03:09 PM | Show all posts
Assalamualaikum..

      Saya tak pernah ada azam. Tahun baru pun tak pernah sambut. Tapi saya ada adik nama Azami. Adakah itu dikira azam ?..hihi

       Walaupun saya takde azam, saya suka dengar azam kengkawan yang mostly salah satu azamnya nak kurus. Tapi azam tu tak pernah tercapai dek kerana nafsu lebih menguasai dan jugak kurang disiplin. Akhirnya azam tersebut tinggal kenangan saja.

       Setiap tahun saya cuma berharap dipermudahkan urusan kehidupan dan kematian, jadi yang lebih baik dari sebelumnya dan dapat menang cabutan SSP satu juta serta dapat dapat berhenti kerja sebelum 40 tahun.

        Akhir kata, semoga tercapai azam korang-korang semua dan semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmatiNYA aamin-aamin ya rabbalalamin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 11:47 AM | Show all posts
Edited by Orangelily at 4-1-2022 03:59 AM

Assalammualaikum & salam tahun baru!

Selamat tahun baru buat tt dan semua teman-teman di forum. Lily pun takde  azam setiap tahun yang nak difokuskan cuma ikut je laluan yang Allah dah rancang untuk diri ini dan keluarga. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Terkadang rasa susah tapi sebenarnya lebih ramai yang lebih susah dari diri kita di luar sana. Setiap yang terjadi ada hikmahnya dan segala musibah yang melanda di tahun 2021 akan dijadikan pengajaran.

Fokus utama selagi masih bernafas adalah untuk menjadi muslimah yang lebih baik dari sebelum ini dan terus istiqomah. Fokus seterusnya untuk anak-anak dan keluarga semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat juga sentiasa diberkati Allah SWT. Kepada mak dan ayah semoga diberikan kesihatan yang baik di tahun 2022 ini dan di sepanjang musim covid 19 masih ada.

Doa Lily semoga kita semua dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari segala bencana dan diberikan kesihatan yang baik. Diharapkan juga tahun 2022 lebih bersinar dari tahun yang sebelumnya dan dipertemukan dengan orang yang baik-baik.
Akhir kata, semoga tt dan teman-teman forum sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan berjaya mengejar impian kalian di tahun ini.
“Hidup adalah kesempatan, manfaatkanlah. Hidup itu indah, kagumi. Hidup adalah mimpi, sedarilah itu.”— Mother Teresa


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 09:16 AM | Show all posts
holaaaaa...

kita sambung keyword ya

untuk hari ni

1) Tampan

2) Teruna

3) Tunang

4) Tolong

5) Tunggang

** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid sebelum UP keyword baru
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 10:43 AM | Show all posts
1. Tampan
Anak-anak Puan Sofea berwajah tampan dan rupawan.

2. Teruna
Anak teruna haruslah diasuh melakukan kerja-kerja rumahtangga sepertimana anak dara.

3. Tunang
Tunang Zul Ariffin yang cantik jelita itu berasal dari Russia.

4. Tolong
Tolong patuhi arahan sekiranya ingin berforum di CARI.

5. Tunggang
Dhia lari tunggang-langgang kerana dikejar anjing gila.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 10:46 AM | Show all posts
1) Tampan
Untuk menjadi model mestilah mempunyai rupa paras yang tampan dan kacak.

2) Teruna
Ramai kemasukan baru kadet polis terdiri daripada anak teruna dari pendalaman borneo.

3) Tunang
Tunang Arif adalah seorang doktor pakar wanita yang baru setahun bekerja.

4) Tolong
Tolong - menolong sesama penduduk taman dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim.

5) Tunggang
Angin ribut yang melanda menyebabkan khemah perkahwinan anak kariah menjadi tunggang langgang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemuda itu sangat tampan

Teruna zaman sekarang sama halnya dengan anak dara

Tunang En Zul orang dari Sabah

Orang kampung sepakat untuk tolong kemaskan rumah Nek Mah yang dah lama terbiar

Acara tunggang kuda didominasi golongan elit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 09:13 AM | Show all posts
1) Tampan
Bukan wajah yang tampan dan cantik jadi ukuran sebaliknya hati yang ikhlas dan bersih jadi panduan

2) Teruna
Remuk hati si teruna apabila si dara telah dikebas orang.

3) Tunang
Haziq gembira melihat cincin tunang tersarung ke jari manis bakal isterinya.


4) Tolong
Tidak hanya membantu orang lain, tolong-menolong juga dapat membuat hidup kita lebih bahagia dan bersyukur.

5) Tunggang
Tunggang motor dengan dengan bijak , InsyaAllah nyawa selamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2022 09:19 AM | Show all posts
holaaaaa..........

keyword hari ni

1) Untung

2) Urutan

3) Upah

4) Umpama

5) Ulang


** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid sebelum ada keyword baru
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 09:43 AM | Show all posts
1) Untung
Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujungnya.

2) Urutan
Teknik urutan adalah kaedah alternatif untuk melancarkan aliran darah di dalam salur darah bagi melegakan kesakitan.

3) Upah
Setiap upah yang diterima sama ada besar atau kecil nilainya, susulilah ia dengan rasa syukur .

4) Umpama
Umpama menarik rambut di dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

5) Ulang
Sempena ulang tahun kelahiranmu, kutitipkan doa agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.356786 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list