Update:
TENOM: Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau diminta oleh Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, untuk memadam mesej di aplikasi WhatsApp antara mereka kerana terdapat laporan berkaitan gangguan seksual membabitkan pendakwah itu.
Wanita berusia 40-an itu, selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, berkata Lew turut memberitahunya menerusi mesej WhatsApp pada 30 Julai 2021 bahawa telefon bimbit milik pendakwah berkenaan akan dirampas oleh pihak polis.
Peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili Lew, menyoal saksi adakah beliau bersetuju bahawa laporan forensik akan dapat mengenal pasti mesej itu.
Di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani, saksi itu bersetuju kerana beliau tidak memadam mesej itu.
|