CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amirezu

Mimpi Pelik Bertemu Wali

  [Copy link]
Post time 18-7-2013 01:43 PM | Show all posts
amirezu posted on 18-7-2013 03:25 AM
sama ada betul2 mimpi masa depan atau dejavu. kalau dejavu ni bila berlaku sesuatu peristiwa/keada ...

sambung la lagi TT kisah pengirim email tu..banyak gak ilmu yg kita dapat ni..
selamat berpuasa TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 02:41 PM | Show all posts
amirezu posted on 18-7-2013 03:20 AM
boleh baca dari awal  insyaAllah nanti saya paste email tu ye. sibuk sikit nak siapkan kerja kli ...

bereh boh...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 06:38 PM | Show all posts
yayan_froggy90 posted on 18-7-2013 01:27 PM
yeke? dejavu dlm mimpi pun ada eh.sy engt bnda yg btol2 td brlaku 2x. byk kali jd cmtu.xmimpi pun

erk..sori kalau saya silap bagi penerangan. maksud saya dejavu ni kita rasa macam pernah mimpi je peristiwa tu tapi sebenarnya bukan mimpi pun. pernah tengok discussion dalam Wanita Hari Ini dulu...lama dah...kata pakar tu dejavu ni sejenis penyakit yang melibatkan otak. tapi bukanlah penyakit bahaya sampai mudaratkan kesihatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 07:10 PM | Show all posts
Sori lambat update. Sibuk sikit.

Ok ni saya paste sikit kandungan email kawan Brunei saya pada 7 Januari 2013. Panjang betul dia tulis tapi saya share mana yang betul2 menarik jelah ek. Ni sambungan sikit pasal dia dapatkan rawatan lepas kena ganggu sampai demam teruk. saya paste bulat2 apa yang dia tulis.

Saya da tanya kat assitant imam tu, ttg lelaki kacak. Dia tnya lelaki tu pakai tengkulok kan? heran juga dia dpt teka. dia ckp tak perlu risau dn jgn difikirkan ttg lelaki kacak tu, tu barang baik, yg penting sya jaga akidah dan biarkan je benda tu ada selagi tak menganggu sya. Lepas tu sya tanya apa tanda mimpi saya yg saya meruqyah org sakit tu? (mimpi ni dh lebih 3kali) Asst imam tu kata sebenarnya tu tanda awak boleh merawat orglain dah cuma persoalannya samada sya berani dgn tidak je. biasanya klu mimpi meruqyah tu, saya baca ayat al-Qursi, basmallah....terclik saya dgn perawat 3 org tu tu, mereka ada pesan yg saya ni kena bersyukur byk2 kerana Allah sentiasa beri petunjuk lewat mimpi, sya sebenarnya boleh merawat, dan akan datang saya akan ada kelebihan, Saya tanya kelebihan apa, mereka ckp tengok je nanti. Awak perasan tak,  yg asst imam dan uncle perawat 3 org tu ckp benda yg sama ttg saya?

ohhhh sya terus teringat. Al-kisah sewaktu saya belasan tahun dulu, mungkin kurang dari 15 thun, satu ketika tu adik saya demam panas sgt. Waktu tu ayah takde dia offshore. Tak tahu mcmana dgn sendirinya saya ambil segelas air, saya baca al-fatihah je dan sruh adik saya minum serta usapkn air tu kebadannya. MasyaAllah, esok nya dia terus sembuh. Mungkin itu dah petanda awal kali.


Banyak kawan saya ni share pasal mimpi dia dalam email. Nak cerita semua rasanya tak perlu kot sebab semuanya berkisarkan perkara yang sama macam:

1. Mimpi pakai kain sembahyang masuk masjid (7 kali berantai)
2. Mimpi didatangi lelaki kacak serba putih (kerap)

Disebabkan dia mimpi masuk masjid tu banyak kali, itu yang dia tergerak hati nak ziarah Masjid Brunei kat Danau Tok Uban, Pasir Mas. So dia datang dalam bulan 12 tahun lepas. Saya bawak dia ke sana. Itu kali kedua saya ke Masjid Brunei. Masa dia tengok Masjid Brunei buat kali pertama dari jauh lagi dia dah beristighfar, bertasbih dan macam2.

Elok je parking luar masjid hujan turun selebat-lebatnya. Pastu bila kitorang nak balik barulah hujan berenti.

Kemudian saya hantar dia balik hotel. Esoknya dia naik flight ke KLIA kemudian terus ke Brunei. Malam sebelum tu dia mimpi buruk. Sampai kat Brunei dia dah demam sampai susah nak tidur. Bila dapat tidur dia mimpi tak baik pulak sampai 4 malam berturut2. Bila rujuk kepada imam masjid tempat dia, kata imam dia kena sihir dan ada benda yang ikut. Sambungannya dalam cerita yang saya paste kat atas.

Next, saya akan sambung cerita kisah Orang Kedua pulak yang dapat mimpi sama macam saya ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 07:11 PM | Show all posts
intanku posted on 18-7-2013 01:43 PM
sambung la lagi TT kisah pengirim email tu..banyak gak ilmu yg kita dapat ni..
selamat berpuasa T ...

dah sambung selamat berpuasa kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:58 PM | Show all posts
salam TT, izinkan saya kongsikan cerita jugak.
tp cite biasa je, cume masih berkisar ttg mimpi.

beberapa hari lepas saya mimpi saya kat satu bangunan yg besar
bangunan tu sgt besar dlm tu ada compartment2 n bilik2 yg bersambung2
mcm permainan haze , compartmentnye bersambung n bersimpang siur

saya dlm tu bertelekung n tgh kalut nak cari tmpt sembahyang
mcm tergesa2 tp x tau nape, mungkin waktu nak abis kot?(ni saya pk sendiri bila dah sedar, nape aku tergesa2 sgt?)

masuk dlm satu cmpartment jumpe sekolah (suasananye mcm saya sekolah agama saya dulu),
x sesuai nak solat , tercari2 lagi, jalan terus lg masuk ompartment lain
dr satu bhgn ke bhgn lain mcm2 sy jumpe

tercari2 sampailah jumpe tempat solat yg sesuai, cepat2 solat then terjaga..
bile bgn mcm penat (takkan penat efek tercari2 tu kot? tp dlm mimpi tu mmg jln jauh jugak
sambil jln laju2 nak cari port punye pasal)
tu je la..mimpi nye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2013 01:30 AM | Show all posts
amirezu posted on 17-7-2013 01:36 AM
Balik terawih tadi lupa lak nak sambung  Ok saya nak cerita mimpi2 orang yang contact saya lepa ...

pasal mimpi kaabah tu...sebenarnya nak suruh cari sebenar2 kaabah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 01:56 AM | Show all posts
drlinda08 posted on 18-7-2013 09:58 PM
salam TT, izinkan saya kongsikan cerita jugak.
tp cite biasa je, cume masih berkisar ttg mimpi.

mungkin....mimpi tu...u digalakkan cari jalan hidup yang sesuai dgn jiwa kamu.
Bukan mengikut jalan hidup yang dah ditetapkan oleh ustaz2, tok guru, masyarakat ataupun tarekat yang lama2 terikat.....

Barulah tidak dikatakan ikut membabi buta. Jika ikut jer kata org itu ini....so mana nak datangnya Ikhlas...
Jika tidak ikhlas camna lah nak penyerahan dan tunduk total kpd Allah...

hihihi...memandai2 jer saya ni ....huhuhu
tgh tunggu sahur ni....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 02:04 AM | Show all posts
yayan_froggy90 posted on 18-7-2013 12:57 AM
assalamualaikum,
berkenaan mimpi ni, sy nak tanya sikitlah, kalau mimpi pasal masa depan tu mcm ma ...

kalau tak silap lah....otak mempunyai network2 yang besar dan berlapis....
kadang tu boleh juga terconnect masa depan, masa lampau....secara sedar atau mimpi.


huhu...tp baguslah dia mimpi camtu...
Di barat suka kaji benda2 camni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 02:09 AM | Show all posts
drlinda08 posted on 18-7-2013 09:58 PM
salam TT, izinkan saya kongsikan cerita jugak.
tp cite biasa je, cume masih berkisar ttg mimpi.

mimpi terkejar2 pastu bila sedar rasa penat, saya pun pernah dulu. lari daripada pembunuh. betul2 punya lari sebab nak selamatkan diri. bila sedar je badan rasa penat sangat macam termengah2.

dua pupu saya mimpi nangis sebab tak dapat video game. bila sedar dia dalam keadaan sedang menangis sama macam dalam mimpi hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 02:11 AM | Show all posts
dafiza posted on 19-7-2013 01:30 AM
pasal mimpi kaabah tu...sebenarnya nak suruh cari sebenar2 kaabah.

mungkin juga. apa sebenar2 kaabah tu ye? dari segi sejarah asal usul kaabah sebelum Nabi Adam diciptakan lagi tahulah saya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 02:28 AM | Show all posts
amirezu posted on 19-7-2013 02:11 AM
mungkin juga. apa sebenar2 kaabah tu ye? dari segi sejarah asal usul kaabah sebelum Nabi Adam dici ...

tak taulah ada kaabah sebelum nabi adam...
kalau diikutkan byk version

Tp bagi saya lah dlm kata lain... ia lebih kpd fokus. Fokus kpd sesuatu yg hening-tiada ruang dan masa...tu jer.
ntah lah saya pun tak tahu...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 02:35 AM | Show all posts
dafiza posted on 19-7-2013 02:28 AM
tak taulah ada kaabah sebelum nabi adam...
kalau diikutkan byk version

Ini apa yang diceritakan oleh ulamak muda yang jadi pakar rujuk agama masa saya pergi haji dulu. Katanya, sebelum Nabi Adam diturunkan ke dunia (bukan sebelum Nabi Adam diciptakan, maaf silap tadi), malaikat2 diarahkan untuk turun ke dunia buat tawaf 7 kali sebagai tanda mohon ampun atas kesilapannya. Silap apa yang malaikat buat saya dah lupa. Nanti nak cari balik diari haji tu. Sambung balik, tempat tawaf tu adalah tempat Kaabah sekarang ni cuma pada masa tu tak ada apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 02:48 AM | Show all posts
amirezu posted on 19-7-2013 02:35 AM
Ini apa yang diceritakan oleh ulamak muda yang jadi pakar rujuk agama masa saya pergi haji dulu. K ...

so tawaf syariah kat mekah
tawaf sebenar kat mana?


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:50 AM | Show all posts
satu lg cerita saya pasal mimpi.
berlaku beberapa hari lepas jugak.
in real life saya keje 2 shift, shift pg blk tengahari.
then shift ptg blk malam.
beberapa ari lepas time saya dah abis shift pagi, saya nak rehat tengahari tu,
selalunye saya tdo sementara nak tunggu masuk shift ptg.
tp selalunye solat zuhur dulu baru tdo.

disebabkan penat (or malas? hehe) saya tdo sblm solat zuhur dulu.
sy pk nnt nak bgn kul 3 la utk solat zuhur.
bila tido tu xde ape2 mimpi pun.. tp kul 3 terjaga, tp bole pulak saya tutup mata balik,
dlm ati jap lagi la, 5 minit lg la.
tdo blk, terjaga, tdo blk, sampai beberapa kali.

then, ni saya x tau saya mimpi ke atau apa, saya dgr bunyi azan
dlm mamai2 dgr bunyi azan tu, betul2 tepi telinga saya
x kuat, x perlahan sgt, mcm berbisik, tp kuat sikit dari berbisik.
dan saya boleh sahut bacaan azan tu , mata masih tertutup sbb tgh mamai antara sedar dgn tak.
sambil sahut tu, dalam ati, aduhh terlepas la zuhur aku.. nyesal x bangun td.
ikutkan mata sangat..

pastu, bile bangun nak solat qada' zuhur tu, tgk jam eh, baru 3.33pm.
hati rasa lega belum terlepas waktu, bangun cecepat  terus buat zuhur.

sampai ari ni terpk2 mana dtg suara azan tu... n sapa yg bisikkan azan kat tepi telinga saya tu ..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2013 04:36 AM | Show all posts
dafiza posted on 19-7-2013 02:48 AM
so tawaf syariah kat mekah
tawaf sebenar kat mana?

Makkah jugak. Cuma masa malaikat bertawaf dulu Makkah dikenali dengan nama Bakkah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2013 04:40 AM | Show all posts
drlinda08 posted on 19-7-2013 09:50 AM
satu lg cerita saya pasal mimpi.
berlaku beberapa hari lepas jugak.
in real life saya keje 2 shift ...

eh, saya ingat saya sorang je yang pernah mimpi macam ni hehe.

sebelum ni pernah mimpi dengar azan, selalunya waktu Subuh. masa dalam mimpi tu saya cakap dalam hati "alamak, terlajak nak solat Subuh". bila bangun, tengok jam, waktu Subuh tak lucut lagi. banyak kali jugaklah dapat mimpi azan macam ni. ada yang siap ada orang kejutkan dalam mimpi suruh bangun solat.

mungkin ada sesiapa yang arif boleh eksplain pasal ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 02:37 AM | Show all posts
Assalamualaikum. Maaflah lama stop sambungan cerita ni. Lepas cerita dalam post ke 324# hari tu rasa macam berat sangat nak buat sambungan cerita. Entahlah. Tapi kali ni saya gagahkan jugak nak sambung.

Ok. Cukup dengan kisah pertama (kawan dari Brunei) yang dapat mimpi seakan2 sama dengan mimpi saya dulu. Kali ni kisah kedua pulak, sorang kenalan lelaki dari KL tapi asal Kelantan. Macam mana kitorang kenal, dia terbaca entri blog saya tentang Masjid Brunei tahun lepas. Kemudian lepas tu dia mintak no. tepon nak share something katanya. Sebelum tu saya dapat sense yang dia ni agak something jugak orangnya....dan tekaan saya tu betul.

Lepas dah bagi no. tepon tu dalam sebulan lepas tu dia call. Macam biasalah baru nak berkenalan ni cerita hal diri masing2 dulu. Lepas tu barulah masuk topik sebenar.

Dia mula bukak cerita macam mana dia boleh terbaca blog saya pasal Masjid Brunei tu. Katanya, sehari sebelum dia baca blog saya tu dia mimpi didatangi 3 orang lelaki sasa berpewatakan macam hulubalang, pakai pakaian pendekar. Semuanya berpakaian hijau. Salah sorang daripada 3 hulubalang tu bercakap dengan dia dalam mimpi. Ketualah agaknya kot.

Kata ketua hulubalang tu dia jemput kawan saya ni ke Masjid Brunei. Kawan saya tanya buat apa pergi sana. Ketua hulubalang tu jawab ada barang nak bagi. Kawan saya tanya lagi, barang apa? Dia kata datanglah dulu ke Masjid Brunei untuk tahu apakah barang itu. Lepas tu kawan saya ni tersedar. Sedar2 dah pukul 7 lebih, terlajak Subuh dah dia.

Siap qada Subuh lepas tu dia pergi kerja. Tengahari tu waktu lunch dia tido kejap kat ofis. Masa tido tu dia mimpi lagi didatangi 3 orang hulubalang tu. Adalah dialog diorang tapi saya dah lupa. Malam tu pulak masa tido dia mimpi yang sama lagi. Tu yang dia boleh tergerak hati nak search pasal Masjid Brunei. Seumur hidup dia tak pernah tengok camana rupanya Masjid Brunei tu sama ada depan mata ataupun gambar kat Internet.

Bila dia search, terjumpalah blog saya pasal pengalaman saya ke Masjid Brunei. Banyak jugaklah saya tempek gambar Masjid Brunei dalam entri tu. Bila dia tengok je Masjid Brunei tu terkejut betul dia...sebab Masjid Brunei yang dia tengok dalam blog saya tu sebijik sama macam dalam mimpi dia. Itu yang dia mintak no. tepon saya sebab nak tau lebih lanjut pasal Masjid Brunei.

Kawan saya ni katanya ada kebolehan merawat. Dia keturunan seseorang yang berpengaruh dan berdarjat tinggi di Kelantan. Kalau saya bagitau sape mesti ramai yang pernah dengar nama ni. Tapi biarlah saya rahsiakan.

Katanya lagi dia ada simpan satu badik (keris kecik) yang mana kalau badik ni jauh daripada dia akan berlaku sesuatu yang tak baik kat family dia. Pernah sekali dia tertinggal badik ni kat kampung, bila dia sampai rumah kat KL anak dia yang umo 2 tahun jadi overactive tahap melampau. Dah la aktif, pastu jadi pemarah pulak. Anak dia bukanlah jenis yang suka marah2 sebenarnya. Bila dah melampau sangat, barulah dia teringat yang badik tu dia tertinggal kat kampung. Nak tak nak dia terpaksa balik kampung semata2 nak ambik badik tu. Bila dah ada dekat dengan dia barulah anak dia kembali normal.

Jadi dipendekkan cerita dia cakap nak pergi Masjid Brunei tu. Dia mintak direction daripada saya. Saya bagitaulah jalannya, tapi saya nasihat kat dia kalau boleh janganlah pergi ke sana. Sebab...beberapa hari sebelum tu saya berkenalan lagi dengan sorang yang alami mimpi seakan2 sama dengan saya yang pesan kat saya supaya berhati2 dengan mimpi tu. Mimpi tu bukan petanda yang baik katanya, dan dia pada masa tu dalam keadaan yang teruk.

Nanti saya akan sambung pulak kisah ketiga pasal kenalan baru saya ni, sorang perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 11:08 AM | Show all posts
amirezu posted on 16-1-2012 01:47 AM
Reply 74# morpheus

tak sangka mimpi jadi kenyataan. lama jugak selang masa tu. saya dulu pun per ...

masa kecik2 dulu pun selaluuuuuuuu sangat mimpi macam tu.. sampai ke besar ni ha... tapi bila besar dah jarang la. yang tak best bila mimpi tak best n menda tu jadi betul2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 11:35 AM | Show all posts
salam @amirezu,

mana nak baca blog tuan tentang masjid brunei tu?

saya ada search jugak n ada beberapa cerita tentang sejarah masjid brunei. memang menarik!banyak kisah/sejarah di belakangnya. dan saya nak baca dari blog tuan sendiri. pls
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055823 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list