CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 20-2-2013 01:47 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 20-2-2013 01:44 PM
Kalau £1 sama dgn RM 1 memang nak pegi selalu tapi nak buat camner ....
makan nasi lemak kat Msi ...

Cik Asiah tbg murah pu dah tukar haluan... dah x kesana lagi.....


Last edited by qimi08 on 20-2-2013 01:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2013 01:47 PM | Show all posts
qimi08 posted on 20-2-2013 01:44 PM
ha ha ha ha patutlah kisah ecah kat london ha ha ha ha ha
baru perasan....

Hahaha... Guna imaginasi jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 01:50 PM | Show all posts
qimi08 posted on 20-2-2013 01:47 PM
Cik Asiah tbg murah pu dah tukar haluan... dah x kesana lagi.....

A'ah... Kalau special offer MAS pun RM 3k
pastu nak cari bed &bekpes, anak I duduk dorm so tak leh tumpang
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 01:57 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 20-2-2013 01:50 PM
A'ah... Kalau special offer MAS pun RM 3k
pastu nak cari bed &bekpes, anak I duduk dorm so tak le ...

Tunggu dia tinggal dgn kwn2 time tu blhlah melawat selalu.....
which part of UK?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 05:04 PM | Show all posts
sambung sikit je ya
.....................................................................
Bab 25
“Would you like coffee or tea?” Tanya Nurul. Dia masih tak ingat samada Redza suka minum kopi atau teh.

“ Anything is fine. I ikut saja apa Uncle dan Auntie nak minum.”  Layanan Nurul masa makan malam sangat tip top. Harap harap layanan di bilik tidur pun sama,Redza menyimpul senyum.

“ Kenapa awak senyum macam tu? Apa yang kelakar?” Nurul hairan. Dia membelek apron yang di pakai. Lawak sangat kah rupa aku?

“ Tak adalah. Its Deja vu. First time kita jumpa dalam plane, you tanya I soalan yang sama”  Nasib baik sempat cover line. Takkan nak cakap aku tengah fikir tentang malam pertama yang tertunggak dua bulan. Kena hempuk nanti.

“ Oh, okay. I buat  Earl Grey. “ Nurul masuk semula ke dapur. Pemalas juga suami aku ni rupanya. Tak ada pun ura ura nak tolong aku basuh pinggan. Typical Malay male! Habis licin ikan kod stim stail Cina dan sup tomyam masakan Auntie Sofi di kerjakannya. Agaknya itulah menu kegemarannya.

“ Thanks Uncle. Saya banyak terhutang budi dengan Auntie dan Uncle sebab jaga isteri saya dengan baik. “ Redza menyambung perbualan. Seperti biasa pasangan Sofi dan Hamid berpindah ke ruang depan untuk menonton TV lepas makan.

“ It was our pleasure. She is like a daughter to us. Bila Nurul balik nanti sunyi rumah kami.  “

“ Auntie, Uncle, boleh saya tumpang tidur di sini? Dah lewat sangat nak balik. Perut dah kenyang mata pun mengantuk. Masakan Auntie memang sedap.”

“ Of course. Tidurlah sini. Redza boleh pinjam baju  Uncle.  Tempat suami di sisi isteri and vice versa. Macam Auntie dengan Uncle, dah 30 tahun lebih berkahwin tapi kami tak pernah berpisah tempat tidur kecuali kalau ada sebab yang betul betul penting. Kalau bergaduh pun tak pernah lah Auntie pindah bilik atau Uncle tidur di luar. Itu petua rumahtangga orang tua tua” Uncle Hamid memberi nasihat. Seronok Uncle Hamid melayan Redza. Bila ada lelaki lain di rumah, dia ada teman borak topik sukan, scenario politik Malaysia dan hal hal yang tidak di minati isterinya.

“ Auntie nak bagi nasihat sikit. Masaalah yang Redza hadapi sangat berat. Redza kena pandai selesaikannya. Dah tentu ada yang terluka tapi cubalah ambil jalan yang paling baik untuk semua pihak.  Bak kata peribahasa, tarik rambut dalam tepung jangan sampai berselerak.”

Redza melepaskan nafas berat. Aku betul betul tersepit antara kehendak Mama dan kehendak hati sendiri. Ini bukan masa sesuai untuk berterus terang tentang perkahwinan aku dengan Ecah pada Mama.  Dan bolehkah Ecah terima Elly sebagai madunya?  Setakat ini  Ecah berlagak selamba saja, macam tak kisah pun tapi isi hatinya Tuhan saja yang tahu. Mungkin juga dia tidak mencintai aku spepertiama aku mencintai nya. Ya Allah, permudahkanlah segalanya!

“ Apa kata doktor tentang Datin? ” tanya Uncle Hamid sambil menghirup teh panas yang baru dihidang.

“ It doesn’t look good at all.  Mungkin kita cuba alternative medicine di Malaysia nanti. Ada kawan suruh cuba perubatan Islam.  Yang penting doktor kata, Mama harus tenang dan positif.  Biarlah hari hari terakhir nya gembira di samping orang tersayang. Tapi apapun ajal maut di tangan Allah”

“ Selain berubat,  Auntie cadang Redza bawa ibu awak tunaikan umrah. Manalah tahu, doanya di sana di makbulkan. Air zam zam dan kurma Nabi pun penawar penyakit. Ada kawan Auntie yang kena breast cancer sembuh selepas pergi umrah. Kalau di takdirkan dia tak sembuh pun, insyaallah dia dapat banyak pahala jika beribadat di sana”

“ Memang kami sekeluarga bercadang nak tunaikan umrah selepas saya…..” Mulutnya terkunci. Dia tak mampu meluahkan kata kata “ kahwin dengan Elly” . Segalanya tidak adil, aku tak sempat pun  berbulan madu dengan isteri yang di cintai. Sepatutnya Ecah berada di sisi aku ketika tawaf dan saei di Tanah Haram dan menadah tangan untuk berdoa di depan Kaabah, bukan Elly. Ini tak patut!
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 05:23 PM | Show all posts
Di saksikan malam tanpa bintang dan bulan penuh yang bermain sorok sorok di celah kepulan awan, Nurul dan Redza duduk di balkoni kecil yang bersambung dengan ruang makan. Masing masing memakai kot musim sejuk menahan kedinginan malam. Sah, otak dah mereng! Suhu mencecah 5 C tapi selamba kodok dua orang Melayu merendek. Matsalih pun tak buat kerja begini. Jari mereka saling bertaut di bawah gebar tebal. Tak ada fireplace , heater pun jadi lah walaupun tak romantic macam dalam  filem Hollywood. Dua bulan mereka berpisah tapi rasa macam se dekad.

“ You dah kurus. Masa kenduri kahwin  awak nampak berisi sikit” komen Nurul sambil menilik gambar dalam telefon bimbit Redza.

“ Macam mana tak kurus, orang hilang bini. Tak selera nak makan.  Anyway, sejak bila guna you dan awak untuk panggil suami? ”Redza melabuh duduk di tepi Nurul. Kepalanya di sandar dibahu Nurul.

“ Apa I panggil you dulu?  I am sure I ‘m not the abang-sayang-darling type” Nafas Redza yang terasa panas di pangkal leher membuat degup jantungnya kencang.

Hidung Nurul di tarik. Bila lagi nak tipu sunat “ Eh, tolong sikit. You memang panggil I abang dulu. Manis dan manja saja di telinga. ”

“Poyo nya” gumam Nurul. Tapi perintah suami tak boleh di bangkang. Lagipun, mana aku nak ingat semua benda sekarang.

“ Kelakarnya muka you..eh, Abang masa ni. Pakai lipstick ka? Macam rupa bapok pun ada.” Nurul ketawa sambil memincing mata. Telunjuknya di letak di skrin.

“ Bukan lah. Lauk pedas sangat, itu yang nampak bibir merah. Ecah  suka sakat Abang ya. “

“ Abang marah? Sorrriiiii” Cuak juga kalau suami aku jenis sensitif.

“ Tak lah, tak sampai hati nak marah isteri abang yang cantik manis ni. Tengok muka Ecah hilang semua rasa marah dan letih. Tapi rasa nak cium saja” Redza menarik dagu Nurul hingga mata mereka berpapasan. Bila bibir mereka bertaut, Nurul menutup mata. Terasa diri berada di awangan. Cair beb! Nasib baik berbaju tebal, kalau tak tentu Redza boleh dengar lantunan jantungnya.

Malam itu segala yang tersimpan di luahkan, rindu yang membungkam di padamkan, rahsia yang di simpan di leraikan. Gurau senda dan gelak tawa di selangi dengan sebak hiba. Kalau dulu Nurul jual mahal tapi malam ini rasa cinta mula bertunas untuk lelaki di sisi nya. Dan dia cuma mampu memohon kekuatan dari yang Esa untuk menempuhi liku dan ranjau berduri. Siapa sangka Redza yang di gilakan oleh Elly adalah Redza yang pernah aku kenal dan jadi suami aku? Baru sekarang segala rahsia terbongkar. Sebenarnya Redza yang bersalah  sebab guna tipu helah untuk berkahwin dengan aku. Tapi tak sampai hati pula nak marah. Bila hati dah suka, semua kesilapan  silam di tolak tepi. Cehhh! Gatal rupanya perempuan yang bernama Nurul Aishah ini.

“ Abang kahwin lah dengan Elly, I am okay with it.” Akhirnya Nurul bersuara lirih. Setelah di tolak, tambah, campur , darab, itulah keputusannya. Bukan sedikit budi yang di taburkan keluarga Elly. Dan Elly sendiri bukan meminta untuk berkahwin dengan Redza , cuma keadaan memaksa.

“ Please don’t say you are okay with it. Abang rasa macam Ecah tak sayang abang. Senang senang saja nak pass kat orang lain”

Pipi Redza di kucup lembut. Mata lelaki itu merah.

“Of course,  Ecah sayang abang.  Siapa rela kongsi suami dengan perempuan lain?  Tapi kita kena fikirkan keadaan mak abang dan Elly.  Cukuplah abang membelakangkan mak abang  masa kawin Ecah dulu. Ecah tak nak Abang jadi anak derhaka. Biarlah hajatnya tercapai sebelum dia menutup mata. Syurga abang terletak pada dia, syurga Ecah pada abang. Restu Ecah bukan ikhlas tapi terpaksa. I don’t have a choice. “ Suaranya tersangkut sangkut kerana menahan tangis.

“ Abang minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Abang terjerat. Abang tak rela  jadi Pak Sanggup? Why me? Tak macho tau. Cuma sebagai orang Muslim, Abang terpaksa akur dengan ujian Allah.  Tapi Abang janji tak akan sentuh Elly sepanjang perkahwinan.  Kami suami isteri dalam borang nikah saja sebab nak tutup aib keluarga Tan Sri. Elly and her parents dah setuju yang kita akan bercerai sebaik dia melahirkan anak dia. Jadi perkahwinan kami cuma 6 bulan,  setakat itu saja abang sanggup berlakun.”

Nurul mengebam bibir. Bagaimana kalau umur Datin Wan Hamidah panjang? Hanya Allah yang tahu. Kuat kah aku untuk menahan dugaan yang bertali arus? Bilakah akan sampai waktu aku dapat hidup  tenang dan bahagia  bersama suami yang di nikahi.  Sudah tentu beberapa bulan yang akan datang adalah waktu yang getir bagi Redza, Elly dan juga dirinya sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-2-2013 05:32 PM | Show all posts
“ Elly is going through a difficult time. Tolong lah dia demi menjaga maruah seorang wanita. Tapi abang kena janji, jangan sekali kali bagi tahu Elly yang dia bermadu dengan Ecah.”

“ Haishhh! Kenapa? Abang lebih suka berterus terang. Tentu Elly boleh terima Ecah sebagai madu, korang kan BFF. Elly  tahu yang abang dah berkahwin, cuma abang belum bagi tahu siapa isteri abang. Lagipun bukan Ecah rampas abang dari dia, kenapa Ecah nak takut? Elly has to accept the fact that you are already my wife ” Permintaan Nurul membuat Redza  hairan. Pening kepala aku kalau kena main aci lut. Sorok sana , tipu sini.  Kadang kadang pelik  kenapa ada lelaki yang sanggup berkahwin dua secara sembunyi. Sekurangnya Abah berterus terang dengan Mama bila dia ingin menyunting Makcik Ila sebagai isteri. Dan Abah mahupun Makcik Ila tabah menghadapi segala cacian dan mak hamun Mama.

“ Bukan sebab takut tapi Ecah tak nak hidup kita lebih berserabut. Kita tak tahu macam mana keadaan mental Elly sekarang. Biarlah dia tenang masa pregnant dan selamat bersalin.”  Sekarang aku dah boleh ingat semula, kepingan jigsaw yang hilang sudah di jumpai. Kejalangan Elly telah membawa padah. Sebagai seorang perempuan dan kawan karib, simpatinya melimpah pada Elly yang sedang mengandung anak entah siapa. Pucuk pangkalnya cinta Elly pada Redza yang tak di balas membuat Elly hilang pertimbangan. Cara dia meladeni rasa kecewa ialah dengan clubbing, arak dan seks rambang.

“ Kalau tak kerana Mama, Abang tak akan bersetuju dengan rancangan bodoh ini. Thanks for understanding the situation. Apapun terjadi, Ecah seorang saja isteri abang. You are the only one in my heart.” Tubuh Nurul di rangkul.

“ Ada satu benda yang Ecah nak minta ….”

“ Please, janganlah minta abang lepaskan Ecah. Abang tak sanggup” potong Redza.

“ Tak.. Ecah tak minta cerai. Takutlah jadi janda, macam macam orang mengata. Bukan Ecah saja yang kena tapi Tok pun kena tempias juga. Cuma, Ecah minta izin untuk tinggal di kampung selama Elly jadi isteri abang.  Ecah tak nak terserempak dengan abang bersama Elly . Sedih tau, tengok suami kita dengan perempuan lain.”

“  Ecah tinggal lah di rumah teres yang abang bagi. It’s a gated area, security bagus, kawasan dia tenang dan jauh dari rumah Elly. Abang tak larat nak berulang alik setiap hari ke kampung. Abang tak sanggup nak berjauhan dengan sayang,  Abang janji Ecah tak akan jumpa Abang bersama Elly sebab Elly akan tinggal di rumah parents dia lepas kahwin. Abang tak payah jaga dia. Please Ecah, tinggal lah dengan Abang.  Sudah tiba masa kita hidup bersama seperti pasangan suami isteri lain.” Nurul di peluk ketat dan di cium berkali kali.

“ Okay, nanti I fikirkan. ” Nurul  terpaksa mengalah setelah hampir semput. Gelojoh betul!

“ Jom  tidur. “ bisik Redza. Nurul melipat gebar dan menutup heater. Malam sudah larut, besok Redza perlu melawat Datin di hospital.

“ Abang tidur dalam bilik Ecah.  Biar Ecah tidur di bilik dekat dapur.”

“No way, Abang tak nak tidur seorang”

“ Kenapa? Takut hantu? Kata macho konon” Nurul mencubit pipi Redza

“ Bukan takut. Bila lagi Ecah nak tunaikan kewajipan sebagai isteri? Peluk peluk saja mana cukup. Malam ini abang nak tuntut hak sebagai suami. No more excuses” Tubuh Nurul terus di cempung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 03:44 AM | Show all posts
yeay ada sambungan! tapi macam biasa, takkan pernah cukup. more please?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 03:44 AM | Show all posts
Hilang rindu dapat baca psl Ecah dgn Redza..
TQ TT!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 08:16 AM | Show all posts
Fuh! Tabik spring kat ecah!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:23 AM | Show all posts
kesian pulak kat elly ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 04:33 PM | Show all posts

amboih redza...menangguk dia air tak berapa nak jernih nampak...

tp takpelah kan kaka juna..ecah pun rela gitu..

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 04:45 PM | Show all posts
UsuFie posted on 25-2-2013 04:33 PM
amboih redza...menangguk dia air tak berapa nak jernih nampak...

tp takpelah kan kaka juna..eca ...

ai suke komen mu itewww ....
agak2 kesian la kat redza kan .. gersang giteww ... kasi can ...

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya ecah..huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:23 AM | Show all posts
hotmum posted on 25-2-2013 04:45 PM
ai suke komen mu itewww ....
agak2 kesian la kat redza kan .. gersang giteww ... kasi can ...
...


yelah kan mum..

kalo ecah tu ingat sepenuhnya..maunya dia rela...hik..hik...

kalo usu jadi redza pun usu manipulate keadaan sepenuhnya...

...



Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:20 PM | Show all posts
Rindu lak kat Ecah dgn Redza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 03:12 AM | Show all posts
Pergh utg Redza bini hilang ingatan ikut je ckp dia patuh jerk Ecah erk seronok sakanlah Redza
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:07 AM | Show all posts
errrr......lama nau honeymoon???
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 09:36 AM | Show all posts

kaka juna..hilang kemana..

jgn biarkan rumah bersawang..

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 10:19 AM | Show all posts
UsuFie posted on 4-3-2013 09:36 AM
kaka juna..hilang kemana..

jgn biarkan rumah bersawang..

ecah dgn redza masih honeymoon lagi tu usu...

Nanti tau tau ecah dah ada isi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066229 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list