CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
 Author| Post time 19-7-2013 06:26 PM | Show all posts
untuk salingan petang ya kaka..kaka.. sorry lah sebab lately kurang posting bz sikit.. enjoy.. kaka..

********************************************


“Bonda sihat?” cuba beramah tamah.


“AlhamdulillahYa Auna. Kamu bagaimana?”


“Alhamdulillah. Baik-baik saja.”


“Okey hari ini,kita pergi ambil ukuran baju bersanding kamu nanti. Kamu dah fikirkan tema apa yang kamu inginkan?”


Auna Aulia melemparka senyuman kepada ibu mentua. “Bonda ada cadangan?” Auna Auliaingin mendengar pendapat ibu mentuanya terlebih dahulu. Kalau ikutkan dia dia hanya ingin majlis yang ringkas.


“Dulu sewaktu majlis Maisara dia mahukan tema fairytales anak yang dari kecil terlalu suka dengan cerita cenderella, Fatimah pula lebih kepada garden wedding, bonda sebenarnya teringin membuat bertemakan arab maklumlah ada susur galur dari sana.” Seperti mengharap.


“kalau begitu kita buat tema arablah bonda”


“Kamu biar benar Auna? Kamu tidak mahu tema yang lain?”


“Oke yjuga cadangan bonda. Dari makanan sehingga segala-gala kita perkenalkan budaya masyarakat arab seperti yang bonda inginkan.”


Datin Hajjah Sharifah Addawiyah sudah tersenyum lebar. “Warnanya pula?”


“Grey silver for pengantin bonda dan kelaurga memakai pakai arab, guy’s with the complete set included the igga dan wanita memakai jubah hitam atau bonda ada warna yang lain?”


Lagi bertambah lebarlah senyuman Datin Hajjah Sharifah Addawiyah kerana Auna Aulia mendengar cadangannya. Khaleel Zachry memang tak salah memilih tambahan credit untuk Auna Aulia lagi. “Bonda sangat setuju.”


Akhirnya Auna Aulia menunggu Datin Hajjah Sharifah Addawiyah bersiap kerana banyak perkara yang ingin di selesaikan hari ini. Bagi Auna Aulia pula hari ini dia ingin beramah mesra dan berkenalan dengan mentua.


Mereka ke butik Datuk Bernard Chandran dahulu selepas itu mereka ke KLCC kerana bonda ingin mencari barang yang lain. Auna Aulia membiarkan ibu mentuanya memilih. bukan dia tidak hendak menurut tapi padanya apalah sangat menggembirakan hati seorang ibu.


Telefon Auna Aulia berbunyi. Dia tersenyum melihat nama My Hubby tertera.


“Assalamualaikum” sapa Auna Aulia.


“Waalaikummusalam, haii sayang, sayang buat apa?” tanya Khaleel Zachry di hujung talian.


“Dekat butik, teman bonda shopping..”


“Amboii berjalan sakan cinta hati abang ni yaa..”


Auna Aulia tergelak. Bila Khaleel Zachry memanggilnya dengan panggilan cinta hatiabang dia rasa malu sangat. “mana ada.. Auna temakan bonda. Boleh tahan juga bonda shopping.”


“heheheee..sayang baru tahu. So belajar-belajarlah yaa..”


“errmm but. She’s okey. Pilihan bonda okey. Bonda ada teste. I can get long with that.”


“Amboi..riaknya..”


“Bukan riaklah.. bonda okey. Jangan risau”


“Tak apa abang faham. Sayang beli lah apa yang sayang nak. Abang dah masukkan duit dalam account sayang. Gunalah Card Credit yang abang bagi tu but guna baik-baik ya.”


“Faham..abang buat apa bank in lagi duit dalam account Auna. Abang, tak payah lah susah-susah.. Auna ada duit Auna sendiri..” Auna Aulia melarang.


“Sayang..itu tanggungjawab abang okey. Lagipun abang mampu.. okeylah abang ada kerja.Kejap lagi abang nak pergi site. Bukan macam orang tu tengah bershopping..”usik Khaleel Zachry.


“Ahah..bila lagikan nak buli abang.. nanti jangan lupa kirim salam dekat budak-budaksite ek..” kata Auna Aulia.


“Amboi siapa tu. Bercakap macam lupa awak tu dah jadi puan yaa. Sayang ingat abang izinkan. Sorry okey.. bertahun abang tunggu baru dapat ingat senang-senang orang nak potong line abang.. no way darling..”


“yerrlahh.. Auna gurau jerk. Jaga diri abang..”


“Ermmyer lahh sayang tu.. jangan notty sangat.. okey.. see you at abah house okey.Abang pergi dengan Abang Aakif. Sayang terus kesana lepas balik dari rumah bonda okey..” kata Khaleel Zachry setelah memberi salam dia meletakkan telefon.


“Megat?”tanya bonda.


“Ya bonda..”


“Apa mahunya..”


“Tanya kita dekat mana..”


“oo..Auna gembira bersama Megat..”


“Alhamdulillah..setakat ni dia sangat memahami..”


“Baguslah sayang. Megat anak yang baik dan mendengar kata. Cuma kadangkala cemburunya saja yang di luar kawalannya. Bonda harap Auna bersama dengan segala dugaan alam berumah tangga. Rumah tangga mana yang tidak di landa gelombang.Berbaliklah padaNYA mohon padaNYA semoga sentiasa memberi kita tunjuk dan arah dalam menentukan perjalanan harian..” nasihat bonda lagi.


“Terima kasih bonda. Auna akan ingat segala nasihat bodan.”


“Megat terlalu sayangkan kamu wahai Ya Auna. Masih bonda ingat lagi sewaktu kamu ingin berangkat ke Dubai. Megat sangat susah hati. Sehingga dia meminta walid membuka syarikat disana. Masa hari kamu berlepas, dia ada pergi di KLIA tapi dia takut nak berjumpa kamu dan sejak kamu pergi sinar gembira di matanya seakan hilang. Dia selalu kata dia yang buat kamu menangis hanya dia yang boleh pujuk kamu. Kalaupun orang lain pun lain berjaya pujuk kamu ia tak kan sama dengan dia yang memujuk. Sayangilah anak bonda itu seikhlas hati Ya Auna. Walaupun ada salah dan silapnya. Bertahanlah kerana bonda tahu hanya kamu di hatinya. Cinta hatinya”


Auna Aulia termengu lagi. “insyaALLAH bonda.” Auna Aulia hanya tersenyum mendengar nasihat dari ibu mertua. Ibu mertua samalah tarafnya seperti ibu sendiri.


Selapas menghantar ibu mertua pulang ke rumah di Damansara dia terus memandu BMW X6 kearah Setiawangsa. Rasa janggal pulak bawak kereta mahal ni sebenarnya. Rindu dengan motor dia, rindu nak broom..broom..broom.., rindu nak manja-manja dengan mama dan abah. Rindu nak buli abang-abang. Rindu zaman bujangnya. Dia rindukan semuanya. Yang pasti dia rindu nak bawak motor melebihi segalanya. Huwaaa..mesti Red and Black merajuk kalau tengok dia bawak kereta ni. Huwaaaaaa….



****************************************************

tqvm kaka.. kaka semua.. for the support..




Last edited by mrsT on 19-7-2013 06:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2013 06:35 PM | Show all posts
kaka nanti saya sambung pjg2 errkk sebab nak kejar sebelum raya nak cerita mcm mana Auna dengan Khaleel sambut raya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 08:47 PM | Show all posts
NEXT !!!!
hahaha...citer tgh syok malas nk komen2 byk
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:52 PM | Show all posts
rasa nak gi je jumpa auna tuh... nak minta tukar tempat... dapat pandu bmw X6 tu 1 hari pun cukup ler... kete pujaan hati kaka tuh...  aduyaiii meleleh ayaq liur kaka nih...

keturunan arab ke pakis ke india ke... dorang ni mmg kuat cemburu ekk... ada 1 pakis tu keje sama ngan hubby kaka... taim nak pegi keje siap mangga pintu umah n pintu pagar tak bagi bini keluar n tak bagi orang tengok bini dia... taim ada function bini  dok ngekor laki jah... dah tuh muka tutup penuh... satu apa pun tak nampak... sian plak kaka tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:55 PM | Show all posts
sambung lagi yayang oooiiii.... ciput jah tuh... mana cukup derrr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2013 12:21 AM | Show all posts
asyriqa posted on 19-7-2013 10:52 PM
rasa nak gi je jumpa auna tuh... nak minta tukar tempat... dapat pandu bmw X6 tu 1 hari pun cukup le ...

tak jugak sebenar nya cemburu ni lebih kepada ego dan terlalu nak memiliki..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2013 12:28 AM | Show all posts
Untuk kaka semua santapan tengah malam.. enjoy..

**********************************************

Sampai di rumah orang tuanya mama sudah menanti. Auna Aulia mencium dan memeluk mama ketat-ketat.

“I miss you mama.. ketat-ketat..”


Puan Mardiah tergelak. “Yer ker rindu mama..”


“iyer lahh.. ni mula lah nak naik darjah sentap ni..orang rindu dia..dia tak percaya..” kata Auna Aulia masih memeluk Puan Mardiah.


“Yerlahh mama percaya.. mama pun rindu Yaya.. tak ada sunyi rumah..” kata Puan Mardiah.


“Sunyi apa mama. Aamir rasa aman dan tenteram..” kata Aazad Aamir dari muka pintu.


“abang… dengki lah tu..” kata Auna pura-pura marah.


“Dah kawin pun nak manja2 lagi..” usik Aazad Aamir lagi.


“Abang.. if abang bukak mulut sekali lagi Yaya sumbat dengan big apple ni..”


“Okey what kenyang perut abang, tak payah penat-penat  sebab ada orang tolong suapkan..”


“Abang…” jerit Auna Aulia terus dia mengejar Aazad Aamir.


Riuh rendah rumah dengan suara mereka. Puan Mardiah hanya mampu menggeleng kepala. Suaminya dalam perjalanan pulang.


Auna Aulia membuka pintu bilik airnya. Kelihatan Khaleel Zachry sedang berbaring. Dia mendekat. Pasti Khaleel Zachry penat. Jelas terpancar di wajahnya. Sedang tidur pulas. Mengenangkan hari sudah merangkak ke senja Khaleel Zachry harus di kejutkan.


“Abang..”panggil Auna Aulia lembut.


“errmm..” jawab Khaleel Zachry masih lagi melelapkan mata.


“Bangunlah hari dah nak senja tak baik tidur waktu begini..” kata Auna Aulia.


“errmm..”masih lagi jawapan yang sama.


Auna Aulia menunduk sedikit. Air menitis ke muka Khaleel Zachry kerana dek rambut Auna Aulia yang masih basah. Mata Khaleel Zachry terbuka sedikit bila titisan air terkena pada wajahnya.


“Abang, bangun lah.. dah nak senja tak baik tidur..”


“Kenapa sayang ni seksi sangat ni?”


“Abang.. Auna suruh bangun bukan suruh komen Auna seksi ke tidak..” jawab Auna Aulia geram.


“Abis tu.. macam nak goda abang jer pakai macam ni.”


“Helloooo…Auna baru sudah mandi lah.. tu lah tidur lagi petang-petang macam ni. Entah apa lagi benda merepek yang abang sebut..”


Khaleel Zachry seakan tersedar. Dia terus bangkit dari baringan dan duduk sambil merenggangkan otot. Auna Aulia tergelak. Khaleel Zachry mengambil beberapa saat untuk menstabilkan otaknya sebelum bangkit untuk ke bilik air.


Sementara Khaleel Zachry mandi Auna Aulia menyediakan pakaian untuk di pakai nanti. Selepas itu dia keluar dari bilik untuk membantu mama di dapur. Baru dia merapatkan pintu bilik terdengar suara mama memanggil. Auna Aulia masuk kebilik orang tua.


“Kenapa mama?” tanya Auna Aulia


Puan Mardiah menghulurkan cek.


“ehhh.. mama bagi Yaya cek ni nak buat apa..banyak pulak tu..”


“itu bukan cek dari mama atau dari abah. Itu dari Khaleel. Cek duit hantaran kamu..” terang Puan Mardiah.


Auna Aulia terkejut. Kerana nilainya terlalu banyak. MasyaALLAH banyaknya.


Auna Aulia memandang mamanya. “mama ada tanya Khaleel?”


“Mama ada call dia. Mama tanya kenapa banyak sangat. Mama bukan menjual anak. Dia cakap itu memang hadiah dia untuk kamu. Nasib orang tak perasan nilai cek ni. Tok Mummy dengan nenek yang nampak terus mereka ambik dan bagi dekat mama. Auna bincang dengan Khaleel baik-baik pulangkan atau apa saja. Besar sangat nilainya. Macam mama kata tadi mama bukan jual anak. Duit banyak pun tak guna kalau bahagia tak ada dengan kita.”


Auna Aulia masih termengu. Tak tahu nak kata apa terlalu banyak nilainya. Itu belum aku sebut pasal kereta dengan rumah yang sedia menanti. Mesti mama lagi terkejut. Kaya sangat ke laki aku ni? ALLAH, kenapa lah sebegini jauh Khaleel Zachry merencana.


“Nanti lah Yaya tanya pada abang dulu. Mama simpan cek ni dulu sementara ni. Yaya nak turun siapkan makan malam. Mama nak Yaya masak apa?” tanya Auna Aulia.


“Mama dah keluarkan ayam ingat nak masak tom yam ayam, paprik, telur dadar dengan sambal belacan saja. Sayur masak goreng cendawan.” Terang Puan Mardiah.


“ermm tak apalah biar Yaya yang masak. Mama buat disert saja boleh..”


“Eerrmm turun lah dulu mama nak mandi.. nanti  mama turun tolong..”


Dia melangkah turun ke dapur. Pasal cek tu biar lah nanti dia akan tanyakan pada Khaleel Zachry. Cuma bukan sekarang. Masa tak sesuai.
Auna terus turun kebawah untuk memasak. Memasak bukanlah satu tugas yang berat bagi dia. Senang sahaja. Tapi kepalanya masih lagi memikirkan tentang cek yang diberikan oleh Khaleel Zachry tadi. Sehingga dia tidak sedar dia telah menghiris jari sendiri.


“Oucchh..” Auna Aulia terperanjat melihat jarinya berdarah dengan banyak. Auna Aulia dia ada masalah dengan darah, dia cepat pitam. Badannya pun dah seram sejuk rasanya. Terus dia membasuh jarinya yang luka itu. Selepas itu tisu di tepi sinki di capai lalu di tekap ke jari. Sebelah tangan lagi sibuk mencari plaster untuk membalut luka.


“Ya ALLAH, Yaya, kenapa jari tu..?” tegur Aazad Aamir.


“Hahh?? Ohhh.. terkena pisau tadi. Pisau tu baru asah ke? Tajamnya. Nampak first aid tak?.” Auna Aulia tangannya masih ligat mencari plaster.


“Ada dekat dalam laci almari depan. Kejap abang ambik” Aazad Aamir masuk kedalam pergi ke laci di ruang tamu mengambil peti kecemasan.


“Kenapa?” kedangaran suara Aazad Aakil yang baru balik bertanya.


“Yaya, tangan dia luka?” jawab Aazad Aamir melangkah ke dapur dan diikuti oleh Aazad Aakif.


“Berangan ke buat kerja?” tanya Aazad Aakif sambil membelek tangan Auna Aulia.


“Mana ada..abang janganlah pegang kuat-kuat sakit lah..” marah Auna Aulia. Di pandangnya Aazad Aakif dengan hujung mata.


“Meh, letak ubat. Lain kali buat kerja tu hati-hati. Jangan nak cepat jerk..” bebel Aazad aamir macam mana tangannya ligat mencuci dengan luka dengan detol macam tu lah jugak mulutnya membebel.


Khaleel Zachry kebetulan baru turun, dia terus menuju ke dapur bila mendengar suara kecoh dari dapur. Kelihatan Aazad Aakif dan Aazad Aamir ada disitu tengah membalut luka di jari Auna Aulia.


“Kenapa?” tanya Khaleel Zachry. Suaranya berubah sedikit.


“Tak ada apa. Makcik ni tangan luka masa hiris apa tah kat dapur. Dah okey dah..”jawab Aazad aakif tanpa menyedari perubahan suara Khaleel Zachry.


Khaleel Zachry menarik tangan Auna Aulia yang sudah berbalut untuk melihat. Tapia pa yang nak di tengok dah berbalut pun.


“sikit saja. Dah lah nak sambung masak balik. Syuhh..syuuh..” kata Auna Aulia menghalau. Macam halau anak ayam saja bunyinya.


“Yer lahh.. kiter orang blah.. berlagak..” kata Aazad Aakif sambil menarik hujung rambut Auna Aulia yang bertocang kuda tu.


“Abanggg…” jerit Auna Aulia lagi.


Aazad Aamir hanya tergelak saja. Baru meriah sikit rumah bila Auna Aulia ada. Kalau tidak sunyi. Dia rindukan masa lalu. Hanya mereka bertiga tapi riuhnya macam sepuluh orang.


Khaleel Zachry masih duduk di meja panjang di dapur. Melihat Auna Aulia tengah sibuk menumis.


“kenapa tak cakap dengan abang, jari Auna luka..” kata Khaleel Zachry.


Auna Aulia mendiamkan diri. Pertama ada perbezaan pada panggilan dan kedua ada perbezan pada nada suara Khaleel Zachry. Takkan jelouse kot. Oh please. “kebetulan saja pun, Abang Aamir masuk dapur Auna tengah cari plaster. Lepas tu abang Aakif balik dia pun tengoklah. Kenapa?”


Khaleel Zachry memandang Auna Aulia dengan pandangan yang susah Auna Aulia tafsirkan. Tapi yang pasti pandangan itu seakan marah. Cemburu. Takkan dengan abang ipar sendiri nak jelouse. Darah daging Auna sendiri. Auna Aulia juga bukan bodoh untuk menilai semua itu. Dia tak lah terlalu jahil.


Khaleel Zachry hanya mendiamkan diri meninggalkan Auna Aulia di dapur. Auna Aulia melepaskan keluhan. Nantilah pujuk. Orang tengah berangin cakap apa pun tak guna.


Setelah selesai memasak Auna Aulia mengemas dan menyiapkan meja untuk makan malam nanti hanya perlu hidangkan lauk sahaja. Air semua sudah dia siapkan. Nanti boleh terus makan lepas magrib.


Auna Aulia masuk kebilik. Kelihatan Khaleel Zachry sedang menonton TV. Dia mengambil towel dan masuk kebilik air mandi. Balutan luka tadi di buka. Walaupun pedih dan masih berdarah dia biarkan sahaja. Lukanya agak besar juga.



************************************************


enjoy yaa kaka..kaka..semua Last edited by mrsT on 20-7-2013 12:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 06:11 AM | Show all posts
nak lagi TT
khal nie luka sikit pon kene bgtau ke
letih la mcm nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2013 07:08 AM | Show all posts
yoozara posted on 20-7-2013 06:11 AM
nak lagi TT
khal nie luka sikit pon kene bgtau ke
letih la mcm nie

ada manusia macam nie tau..
tak tahu lah cakap mcm mana
sometimes the over protective

nanti saya sambung lagi yaa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x sambung lg? Rindu kat abg K
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2013 01:15 PM | Show all posts
sorry kaka.. 2 hari tak update.. sibuk sikit..

enjoy..

**************************************************



Dia membawa kotak first aid kearah Khaleel Zachry. Tempat di sebelah Khaleel Zachry dia ambil.

“tolong letak ubat dan balut sekali yaa..” kata Auna Aulia sambil menghulurkan kotak first aid dan jarinya.

“Pergilah suruh abang Auna yang buat. Abang mana reti buat semua ni” jawab Khaleel Zachry senada. Beku dan dingin.

“tolonglah..please..please..please..”

“Tak nak.. suruh abang-abang Auna yang buat. Dia orangkan ada. Abang ni siapa..”

Auna Aulia mengetap bibir. Eeee.. lebih-lebih pulak. Sekeh sekali baru tahu. “tak nak.. tolong lah ni.. tak sayang ke? Tapi kalau tak nak balutkan tak apalah, biar saja macam ni. Biar berdarah. Biar kena kuman nanti senang terus potong jerjari ni kalau dah buruk. Tak nak sudahlah. Auna nak solat. Biar telekong kena darah” Kata Auna Aulia dan bangkit dari sofa. Belum sempat melangkah lengannya di tarik. Dia sudah tersenyum senyum di dalam hati. Air muka kena jaga. Ni namanya perang psikologi ya murid-murid.

“Duduk..”arah Khaleel.

Auna Aulia masih berdiri. Kena jual mahal sikit jangan kasi terus turun mendadak tak ada trill. Hello ni Auna Aulia okey. “tadi kata tak nak tolongkan. Kenapa nak kena duduk pulak.”, kata Auna Aulia. Vogue kena jaga juga. Helloo.

“Duduk”arah Khaleel Zachry lagi.

Auna Aulia tersenyum lagi. Taklah nak jual mahal sangatkan. Tak laku karang kitayang susah. Kita kena pandai main tarik-tarik. Macam tom and jerry. Auna Aulia duduk. Tangannya di tarik oleh Khaleel Zachry.

Khaleel Zachry meneliti jari Auna Aulia, agak besar juga lukanya. “kenapa cuai..” tanya Khaleel Zachry lembut. Masih lagi membelek luka di jari Auna Aulia.

“Bukan sengaja. Tak perasan. Konon-konon nak jadi macam pro chef..” Auna Auliamenjawab selamba.

“tulah cuai.. sangat..”kata Khaleel Zachry, tangannya ligak mencuci dengan berhati-hati menggunakan detol . “Sakit.?”

Auna Aulia memandang Khaleel Zachry “Sakit lah jugak. Abang..” Auna Aulia memanggil Khaleel Zachry dengan suara yang manja-manja. Yang ni lagi satu suara tu kena lunak sikit. Tapi biar kena masa dan tempat. Macam sekarang ni. Sebab nak mulakan mukadimah kan. Karang tak ada lah dia melompat kijang terus dengan soalan yang di ajukan. Ingat tu ya murid-murid.

“eerrmm..”

“Abang, kenapa marah dengan Auna, dengan abang-abang Auna..” tanya Auna Aulia berhati-hati. Dalam perut kecut jugak.

“Mana ada marah..” Khaleel Zachry cuba berselindung.

Auna Aulia mencapai tangan Khaleel Zachry. Di ciumnya tangan itu. “Auna sayang abang.. sayang sangat.” mulakan acara memujuk dan mengena.

Khaleel Zachry melepaskan nafas berat. Ni yang lemah ni. “Abang bukan cemburu, abang rasa tersisih je, sebab Aazad dengan Aakif yang ada dulu bukan abang..”

“Alaaa…” yang ni pun kena manja jugak.  “Abang,semuanya tu kebetulan okey. Next time apa-apa hal Auna cari abang dulu.. okey..tak nak lah jelouse macam ni tak hensome dah big baby Auna ni..” Auna Aulia memujuk ni lagui kena manja. Auna Aulia ketawa dalam hati. Menggelakkan teori sendiri.

Khaleel Zachry tergelak. Dia tak sangka Auna Aulia boleh mengangak gelodak hatinya. Dan cara Auna Aulia sangat berhemah. Terkena jugak dia.

“Sakit?”tanya Khaleel Zachry .

“Sakit sikit, tapi tak sama dengan abang sakit dekat sini..” kata Auna Aulia menunjuk kearah dada Khaleel Zachry dengan jari telunjuknya yang runcing.

“Abang okey. My be abang need time. Okey dah siap..” kata Khaleel Zachry

“Thanks abang..” kata Auna Aulia. Dalam hati Auna Aulia dah tersenyum lebar. Berguna jugak petua lama. Kena manja-manja sikit, gedik-gedik sikit, buat bodoh sikit-sikit.  Lurus sikit-sikit, lepas tu bagi sikit-sikit. Hhahahahaa.. Auna Aulia gelak jahat dalam hati. Kedua belah tangannya memegang pipi Khaleel Zachry. Sebuah ciuman dihadiahkan dipipi itu “Auna sayang abang. Sangat sangat sayang.. jangan pergi jauh dari Auna yaa..” pinta Auna Aulia dengan nada yang syahdu.

Khaleel Zachry terpana. Mata bundar milik Auna Aulia di tatap. “Selagi hayat dikandung badan.. abang takkan pergi dan takkan jauh dari sayang..insyaALLAH.” tubuh Auna Aulia di dakap erat.

Azan magrib sudah berkumandang. Mereka cepat-cepat mengambil wuduk bersedia mengadap yang ESA. Solat berjemaah bersama-sama selagi ada kesempatan itu pesan KhaleelZachry.

Auna Aulia sebenarnya lega. Satu lagi sifat Khaleel Zachry yang dia tahu kuat cemburu. Ermm kena kerja keras lagi lepas ni. Kalau tidak mahu berantakan juga.

“abang,Auna turun bawah yaa.. nak siapkan makan malam. Nanti dah siap Auna panggil..”

“Kita turun sekalilah. Abang tolong Auna.” Kata Khaleel Zachry.

Di depan pintu mereka bertembung dengan Aazad Aamir yang baru hendak keluar bilik.

“Weii bro.. dah kawin lupa terus abang ipar kau ni yer..” usik Aazad Aamir.

“mana ada wei.. busy lah.. biasa lah honeymoon mood. mana best kalau ada orang kacau.. ” kata Khaleel Zachr tanpa berselindung.

Hampir tersungkur Auna Aulia mendengar soalan dan jawapan dari suaminya. Hampeh punya abang lagi hampeh laki aku. Menonong Auna Aulia turun kebawah.

Terdengar suara Aazad Aamir tergelak. “marah ke dik” jerit Aazad Aamir dari atas.

Arrgggghhh bencinya. Auna Aulia menghentak-hentakkan kaki sewaktu turun tangga.Menunjukkan tanda protes. Abang jaga.. suami ku sayang pun jaga.

Makan malam itu di selang selikan dengan keriuhan gelak ketawa mereka sekeluarga.

“errmm..Yaya, mama dah booked hotel untuk wedding yaya nanti. Pleasae bagi tahu mama warna apa yang Yaya nak sebagai tema. Senang mama nak plan awal-awal.” KataPuan Mardiah.

“Mama..kalau tak buat kat hotel tak apa ke? Kat sebelah sana pun buat kat hotel. Kita buat kat rumah saja boleh..?” cadang Auna Aulia. Kalau boleh dia tak mahu keluarganya membazir kerananya dia tahu keluarganya lebih dari mampu untuk menyediakan segalanya.

Semua orang memandang Auna Aulia inginkan kepastian.

“Kenapa sayang? Abang Aakif dengan abang Aamir pun abah buat dekat hotel tak ada lebihtak ada kurang semua sama” kata abah.

“Tak adalah..kalau dekat hotel, semuanya ikut protocol, datang pukul berapa, balikpukul berapa macam semuanya terikat. Yaya tak kisah kalau nak buat dekat rumah if abah dengan mama nak buat belah malam or belah siang. Yaya nak jugak borak-borak dengan family” terang Auna Aulia.

“Maksud Yaya?” Aazad Aakif bertanya.

“Macam ni, kalau buat dekat hotel semua must be on time, guest pun balik kena on time datang pun tentu-tentu on time. Lepas tu macam tak best tau. Tak boleh borak-borak semua. Cuba buat kat rumah. Tapi kalau tak nak tak apalah. Yaya ikut saja..” putus Auna Aulia.

“Kita tak ada tempat sayang. Tapi mama ikut saja apa kata abah..macam mana abang?”tanya Puan Mardiah memandang suaminya.

“Nantilah abah bincang dengan jiran-jiran tetangga, mintak pinjam jalan dan depan rumah mereka. Harap-harap mereka tak keberatan” putus abah
Masing-masing meneruskan makan malam dengan membincangkan dari satu topic kesatu topik.

Selepas berbual dimeja makan di bawa pula topic ke ruang rehat. Auna tersenyum saja melihat kemesraan abang-abang nya bersama Khaleel Zachry.

Dia melangkah naik ke tingkat atas. Untuk kebilik berehat. Penat sangat rasa badan.Seharian berada diluar. Dia ingin berendam dalam bathtab air yang suam kuk ubersama haruman aroma terapi pasti menenangkan.

“Amboi dekat sini dia bertapa yaaa” tegur Khaleel Zachry melihat Auna Aulia dalam bathtab.

“Abang keluar please. Sibuk lah..”

“Nak joint boleh?”

“Abang..Auna malu lah.. keluar lah”

“Lebih dari tu abang dah tengok..”

“abang…”

KhaleelZachry hanya ketawa dan berlalu keluar dari bilik mandi.


******************************************************************************

okey done for today.. enjoy kaka..



Last edited by mrsT on 22-7-2013 01:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 01:20 PM | Show all posts
heheheh mmg kaka semua nih tgh enjoyyy sgt....tq
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 01:30 PM | Show all posts
Terima kasih sangat2....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 01:25 PM | Show all posts
TT n3 untuk hari ni belum ada lagi kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 09:05 AM | Show all posts
Sorry kaka tak update semalam.. bz sangat.. enjoy..

Pejam celik pejam celik dah tiba masanya dia bersanding dengan Khaleel Zachry. Berdebar Allah saja yang tahu. Auna bersiap di bilik hotel yang di tempah. Acara dirumahnya dah selesai minggu lepas sepatutnya buat selang sehari tapi di sebabkan takut dengan kekangan masa yang ada kata sepakat di ambil sebelah dia buat seminggu awal.  Seronok bukan main Auna Aulia sebab buat di rumah. Dapat beramah tamah dengan semua orang. Dengan keadaan yang santai dan tidak terikat dengan protocol serta masa. Dia rasa sangat puas hati.

Khaleel Zachry sedang bersiap di bilik lain. Bonda kata kalau siap di bilik yang sama tak surprise. Jenuh juga nak memenuhi kehendak bonda. Orang lama terlalu banyak pantang dan larang. Auna di siapkan oleh jurusolek yang tempah khas oleh bonda. Aulia Aulia sudah berpesan tak nak bulu mata palsu dan tak nak cukur-cukur. Itu syarat dia. Cantiknya sehari tanggung dosa seumur hidup. Tak nak lah.

“Cantik Auna, tak ada ada masalah nak solek senang kalau kulit yang cepat bland dengan make up tak susah kerja akak” puji Nurul juru makeup. Dia hanya mengikut kehendak Auna Aulia yang tidak mahu make up terlalu tebal.

Auna Aulia melihat wajahnya yang telah siap di tat arias. Dia sendiri terkejut dengan perubahan wajahnya. Menarik. Auna Aulia mengenakan sepasang dress labuh didalam yang di potong kembang sedikit dan di beri perincian manik dan labuci, dibahagian luar dia memakai robe dari material yang sama, di beri perincian di bahu, tangan dan bahagian tepi untuk menampakkan lebih elegen. Semuanya menggunakan fabrik yang  lembut. Kemudian Auna Aulia menutup di bahagian muka kecuali mata kejutan untuk Khaleel Zachry. Dia hanya memakai tiara yang rendah dan simple tanpa kain layah kerana bajunya sudah labuh dan meleret. Farzahana menjadi pengapitnya. Manakala Syafiqah dan Zahra menjadi dayang pengiring. Begitu juga abang-abangnya.

Pintu bilik mereka di ketuk dari luar. Riuh juga suasana diluar. Syafiqah membuka pintu. Kelihatan Khaleel Zachry dan abang-abang Auna Aulia berdiri diluar pintu. Syafiqah menjemput mereka masuk dan duduk di ruang tamu bilik itu. Auna Aulia di dalam bilik sedang bersiap.

“Tak siap lagi ke?” tanya Khaleel Zachry tidak sabar.

“Sekejap lagi. Duduklah dulu.” Jawab Syafiqah serentak dengan itu pintu bilik terbuka.

Kelihatan Auna Aulia berdiri dan menundukkan muka. Semua mata yang ada didalam bilik itu terpegun dengan kecantikkan dan keanggunan Auna Aulia. Khaleel Zachry seakan terpaku disitu. Terpesona. Dia seakan terpukau dengan kecantikkan isterinya. Suasana bilik menjadi sunyi sepi. Seakan malaikat sedang lalu.

Khaleel Zachry tidak kurang hebatnya dengan memakai jubah putih di dalam dan jubah nipis diluar berwarna hitam beserta dengan igga dia seperti seorang putera arab yang sedang terpanah oleh panahan cinta seorang puteri.

Aazad Aamir berdehem menyedarkan Khaleel Zachry dan Khaleel Zachry juga seperti baru tersedar dari mimpi.

“Assalamualaikum” sapa Khaleel Zachry terus menapak kearah Auna Aulia. Tangan Auna Aulia di raih dan di kucup lembut. Auna Aulia tertunduk malu.

“Okey now we better make a move. Nanti ada yang pengsan dekat dewan menanti pengantin.” Aazad Aamir mengarah.

Mereka beremai-ramai menuju ke lif untuk ke dewan.

Di dalam dewan sedang riuh rendah bunyi suara para tetamu yang hadir meraikan mempelai. Kedengaran suara pengacara memberi ucapan meminta para hadirin untuk memberikan tumpuan kepada perarakan pengantin sebentar lagi. Yang menariknya selain dari bahasa pengantar pengacara menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris pengacara juga bertutur dalam bahasa arab kerana terdapat kenalan keluarga Khaleel Zachry dari tanah arab.

Khaleel Zachry dan Auna Aulia di apit oleh Farzahana dan sepupu Khaleel Zachry manakala Aazad Aakif, Aazad Aamir, Syafiqah dan Zahra berada di hadapan.  Mereka di iringin oleh kumpulan Qasidah dari Haqqani dengan selawat.

Semua mata tertumpu kepada Khaleel Zachry dan Auna Aulia. Mereka kelihatan sungguh sepadan berada di singgahsana persandingan. Lebih-lebih lagi dengan penampilan Auna Aulia yang lain dari yang lain. Semua mata terpegun dan terpersona.

Datin Hajjah Addawiyah tersenyum senang di samping suami dan kaum kerabat. Apa yang dia angankan telah terlaksana.

Setelah seketika bersanding mempelai dibawah ke meja makan untuk beradap. Tetamu di sajikan dengan makanan arab dan manisan arab. Cenderamata juga di datangkan khas dari tanah arab.

Farzahan membantu Aulia membuka kain yang menutup separuh dari mukanya untuk upacara makan beradap maka semua mata mencuri melihat kecantikan pengantin perempuan. Mata yang melihat pasti terpesona. Auna Aulia tertunduk malu. Tangannya memegang erat tangan Khaleel Zachry. Khaleel Zachry hanya tersenyum kerana dia sendiri juga terpersona dengan kecantikan isterinya.

Sewaktu upacara makan sedang berlansung tetamu dihiburkan dengan nyanyian bertemakan lagu arab, inggeris dan melayu di samping itu tetamu di pertontonkan gambar-gambar bagi acara sebelum ini. Hanya gambar pre wedding photo shoot saja yang tidak dimasukkan atas permintaan Auna Aulia. Segan nak share semua dengan orang. Kena juga simpan sedikit untuk diri sendiri.

“You look so beautiful sayang. You amaze me.” Bisik Khaleel Zachry di telinga Auna Aulia.

Auna Aulia tertunduk malu. Walaupun sebenarnya dia juga terpukau dengan kekacakkan suaminya.

Alhamdulillah semua tetamu yang hadir begitu berpuas hati dengan majlis yang berlangsung. Majlis berkahir jam 1130 malam. Malam ini Auna Aulia dan kedua-dua keluarga akan bermalam di hotel saja.

Pada minggu berikutnya Auna Aulia sudah mula bekerja. Banyak yang telah berubah dulu dia hanya seorang pekerja biasa hari ni dia adalah isteri kepada timbalan pengarah dan menantu kepada tuan empunya syarikat. Dulu dia dan Khaleel Zachry macam anjing dan kucing tapi sekarang Khaleel Zachry adalah suaminya. Nasib Khaleel Zachry bertolak ansur. Auna Aulia cakap apa-apa yang berkaitan dengan pejabat tidak ada kena mengena dengan dia pejabat dia hanya pekerja dan Khaleel Zachry tetap ketua dia. Dia tak nak di berikan jawatan yang lain atau tempat yang istimewa kerana dia sekarang adalah menantu kepada Datuk Megat Khalid Zamri dan isteri kepada Megat Khaleel Zachry. Apa yang patut dia dapat biarlah setimpal dengan apa yang dia curahkan. Jenuh jugak nak siapkan point-point kepada walid dan suaminya bila dia menolak. Auna Aulia tetap Auna Aulia tak ada berubah. Ini bukan tiket untuk mendapatkan sesuatu yang bukan hak dan bukan miliknya. Ada ramai lagi yang layak jadi biar di isi dengan yang lain. Bak kata Auna Aulia pada Khaleel Zachry. Awak tetap bos saya tetap pekerja. Di pejabat saja.





Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 09:10 AM | Show all posts
selesai sudah majlis persandingan kedua pihak...heheheh puas membayangkn kecantikan dan kekacakan kedua mempelai....kekekeek kalo ada pic lg kedebummmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 10:06 AM | Show all posts
Bestnya ada update...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:00 AM | Show all posts
perrrgghhhh majlis sanding macam hikayat seribu satu malam... mabelessss sangattt... bila dorang nak gi hanimun nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 01:46 AM | Show all posts
untuk semua.. sorry lahh lately nie tak sempat nak update byk2 bz sangat2 kaka..kaka..
****************************************************

“Errmm pengantin macam mana bila nak uwek..uwekk?” usik Syafiqah bila Auna Aulia sampai ke pejabat pada hari pertama dia mula bekerja.

“hello akak.. apa ni cakap macam tu.”

“habis tu nak cakap macam mana.. soalan standard apa..”

“Akak..belum ada rezeki lagi okey..”

“Ermm..entah-entah rezeki on the way.”

Auna Aulia tersenyum. “Alhamdulillah.. Akak masuk kejap tolong brief saya pasal project yang terkini. Lepas tu nanti saya nak pergi lawat site..”

“Errmm pengantin basi baru masuk office ke? Ingatkan dah kawin dengan anak bos bersenang lenang goyang kaki” tegus Sherry. Dia memang tak puas hati dengan Auna Aulia dari dulu sejak Auna Aulia mengambil alih projeknya dia rasa tercabar dan merasakan maruahnya di pijak.

Auna Aulia berpaling mengadap Sherry. Kadang-kala dia kesian tengok minah ni. Kalau nak seksi pun janganlah jadi macam orang gersang sangat. Dah macam perempuan murah saja dia tengok. “Yang kaya itu bapa mentua dengan suami saya Sherry saya tetap kuli. Kalau salah tetap kena marah..”

“Alaaaa..kalau nak bodek cakap lah.. tapi pandai jugak kau ehh.. dalam senyap-senyap kau pancing si Khaleel tu. Aku ingat kau ni tak pandai nak memancing..” sindirSherry.

“Mana I ada pancing-pancing. Khaleel tu bukan ikan nak di pancing.”

“alaaa..macam lah I tak tahu you ni Auna. Jangan perasan baguslah. Belum tentu panas tusampai petang..”

Auna Aulia melepaskan keluhan.”Betul Sherry belum tentu panas sampai ke petang danbelum tentu juga hujan di waktu pagi. Apa-apa pun I berdoalah saja. Dah Sherry pergi lah buat kerja you tak payah you nak sibuk urusan i. Kak masuk bilik saya.” Kata Auna Aulia berlalu pergi menuju kebilik.

Syafiqah cepat-cepat mencapai buku nota dan pen menuju kebilik Auna Aulia. Sherry ditepi mejanya di jeling sekilas.

Sherry menghentak kaki ke lantai. Geram. Dia yang selama ni sibuk menggoda KhaleelZachry tak berjaya Auna Aulia yang tidak menunjukkan minat akhirnya berkahwin dengan Khaleel Zachry. Hati siapa yang tak panas di tambah dengan hasutan nafsudan syaitan.

Auna Aulia meletak beg lukisannya di tepi meja lukisan. Biliknya masih kemas sepertiyang dia tinggalkan dulu. Keluhan kedengaran banyak yang perlu di kejarkan.Dengan kerja yang mungkin tak akan menang tangan.

“Akak,any update about our project..” tanya Auna Aulia memandang Syafiqah yangberbaju kurung hijau. Manis.

“Tak ada apa, Cuma masa Auna tak ada Mike yang ambil alih jaga semua project Auna,jadi akak rasa better Auna bincang dengan dia. Errmm Auna tahu tak Khaleel takbagi Auna pergi site lagi dah? Auna buat kerja dalam office saja.Khaleel cakapstart from now on Mike yang akan pergi site.”

AunaAulia tercengang. Kenapa Khaleel Zachry buat macam ni. Tak pro langsung. Officeis office don’t mixed. “Tak apalah saya jumpa Khaleel sekarang. Nanti suruh Mike datang jumpa saya. Lepas lunch saya nak ke site.”arah Auna Aulia tegas.Terus bangkit untuk ke bilik Khaleel Zachry.

Auna Aulia menuju ke lif untuk ke pejabat Khaleel Zachry di tingkat atas. Lambat menunggu lif dia panjat tangga. Geram punya pasal.

“Kak Intan, boss ada?” tanya Auna Aulia kepada setiausaha Khaleel Zachry. Protocol pejabat tetap dia jaga.

“Ehh Puan Auna, ada Puan nak jumpa ke?”

“Kak,please lah don’t call me puan, saya tetap Auna okey. Geli urat perut saya bila akak panggil saya puan. Panggil macam sebelum ni lah..”

“Eh,mana boleh, sekarang Puan Auna isteri kepada Penolong Pengarah Syarikat. Dulu lain..”

“Akak..boss akak tu tetap boss saya kat pejabat. Dah lah geli urat pankres saya. Boss ada?”

“ada..nak jumpa ke?”

“ahah..boleh saya masuk?”

“Jemputlah.”Pelawa Intan dengan senang hati. Auna Aulia tetap sama. Tidak bangga dengan status. Alhamdulillah.

“Asslamualaikum abang, boleh masuk?” tanya Auna Aulia yang mengintai dari celah pintu.

Khaleel Zachry tersenyum melihat kedatangan Auna Aulia. “masuklah. Duduk.”

Auna duduk di kerusi di hadapan meja Khaleel Zachry.

“Boleh Auna cakap?”

“nak cakap apa sayang..”

“Kenap abang tak kasi Auna pergi site lagi. Kenapa abang minta Mike yang pergi site Auna pantau dari pejabat saja. Abang ni tak patut buat macam ni.Pejabat-pejabatlah. Tak payah lah nak tamak kuasa sampai kat pejabat pun abang nak layan Auna macam ni.”

Khaleel Zachry tergelak. “Sayang, abang buat ni semua untuk sayang okey. Abang tak nak sayang berjemur tengah-tengah panas dan bercampur dengan lelaki-lekai kat site tu..”

“Oh..pleaselah abang, kerja is kerja okey. Dulu abang tak kisah pun Auna pergi site.Pergi sana sini..”

“Itu dulu sayang, abang belum jadi suami sayang lagi. Now abang dah jadi suami sayang..”

“abang,kita dah discuss benda ni dulu okey. So please abang..ikut seperti apa yang abang dah setuju. Nanti apa orang kata..”

“okeylah..okey lah as you wish my lady.. tapi jangan complain penat atau apa..” kataKhaleel Zachry memberi amaran.

“Okey set.. thanks abang..” jawab Auna Aulia bangkit dan menuju ke pintu.

“sayang lupa ke?” tanya Khaleel Zachry menunjukkan kepipi.

Auna Aulia sudah membesarkan matanya. “ishh.. kat office pun nak menggatal..” kata Auna Aulia bergerak ke arah Khaleel Zachry dan menghadiahkan sebuah ciumankepipi Khleel Zachry.

Khaleel Zachry hanya tergelak bila mendengar Auna Aulia yang mula bersungut.

Sewaktu keluar dari pejabat Khaleel Zachry, dia terlihat kelibat Sherry yang menggedik masuk ke bilik Khaleel Zachry. Bukan urusan dia untuk masuk campur. Auna Aulia menggelengkan kepala melangkah balik ke biliknya.Banyak kerja yang perlu dia buat. Nanti dia nak pergi melawat site.

****************************************************

enjoy kaka..kaka semua



Last edited by mrsT on 25-7-2013 01:51 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 01:52 AM | Show all posts
asyriqa posted on 24-7-2013 11:00 AM
perrrgghhhh majlis sanding macam hikayat seribu satu malam... mabelessss sangattt... bila do ...

kaka, pandai.. pun hikayat seribu satu malam.. kaka dia orang kan dah honeymoon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.219037 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list