|
Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 30-11-2016 12:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by AnggunSophea at 30-11-2016 12:32 PM
bottombikini replied at 30-11-2016 11:48 AM
aku tetinggal part ulu kenas tu..page bape sophea?
Click ONLY FOR AUTHOR.
Post tu #9
14.11.2016 8:30pm
p/s : tak seram pun. Tu just selingan je |
|
|
|
|
|
|
|
best woi cite tu..boleh aku tertinggal pula
btw kemsalam ye abang ko
|
|
|
|
|
|
|
|
wehh..kulaan la kita ni
belah mak aku org parit buntaq
|
|
|
|
|
|
|
|
AnggunSophea replied at 30-11-2016 12:25 PM
Tq tq cik Ninaaa
Malam ni saya update part IV ye.
Alaaa tak ingat lah.. account kot tak silap.. batch 2010 hikhik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-11-2016 02:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
bottombikini replied at 30-11-2016 01:02 PM
best woi cite tu..boleh aku tertinggal pula
btw kemsalam ye abang ko
Abg umur 31. Masih bujang. Boleh isi borang |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-11-2016 02:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
bottombikini replied at 30-11-2016 01:04 PM
wehh..kulaan la kita ni
belah mak aku org parit buntaq
Kulaan seberataan
Tapi mak awak mesti cakap utaqa kan? Belah belah situ kulaan tak besurah banjar |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-11-2016 02:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ninaaa replied at 30-11-2016 01:42 PM
Alaaa tak ingat lah.. account kot tak silap.. batch 2010 hikhik..
Saya bisnes. Satu fakulti lah nampak nya. Nanti tanya no matrik dia 01DAT berapa Hehehe
Budak fakulti perd (perdagangan) yg lelaki nya hensem hensem. Saya kenal tu kenal gitu je. tapi kawan takda lah. Diorang tak berkawan pompuan kasar mcm saya |
|
|
|
|
|
|
|
AnggunSophea replied at 30-11-2016 02:40 PM
Saya bisnes. Satu fakulti lah nampak nya. Nanti tanya no matrik dia 01DAT berapa Hehehe
Budak f ...
alaaa anggun.. dah ex dah.. dia dah kawin saya pun dah kawin.. hihi tapi rasanye kalau tengok muka mesti awk kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Laduree replied at 21-11-2016 07:29 AM
hihihi...
tp i suka cara sophea cerita,sbb sophea akan cerita bg org paham tau..detail..
Macam sama office jer. Bangunan warisan dan kalau nak stay back after 5.30 kena kuat semangat. Baru baru ni, I terkena waktu pejabat lagi. Pintu ke pantry tu depan I jer, macam kena tutup kuat kuat tapi tak ada orang and pintu pun ternganga jer... |
|
|
|
|
|
|
|
AnggunSophea replied at 21-11-2016 10:07 PM
KISAH 5 : SHORTCUT BATU GAJAH - IPOH
Sorry 2hari senyap sunyi. Phone aku buat perangai. Dulu pern ...
Ini jalan lama lah, kan? Bukan jalan Batu Gajah nak ke toll Gopeng yang kena lalu depan Kellie's Castle tu? |
|
|
|
|
|
|
|
jeng jeng jeng..officemate kah kita?
yaka uolls,seramnya..
iolls bukan ley dengaq bunyi pelik2 ni..berpeluh peluh la satg..
|
|
|
|
|
|
|
|
...ye le..saya banjar(abah)+ rawa(mak)..tu yang lagi tepat le
arwah opah saya pernah guna bunga pokok kelapa tu untuk mengubat orang..arwah juga mengendalikan upacara menjamu saka
Tp dalam tahun 2005, arwah sakit..mak dan pakcik usaha buang semua ilmu arwah sebab arwah opah menuntut dengan orang bunian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Laduree replied at 1-12-2016 07:33 AM
jeng jeng jeng..officemate kah kita?
yaka uolls,seramnya..
iolls bukan ley dengaq bunyi pelik ...
Office I di KL. You kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
ohsemmm replied at 23-11-2016 02:58 PM
Rasanya tak...unless kalau exit dr gopeng
Meaning I pernah lah lalu sini kot. Exit Gopeng ke Batu Gajah and lalu depan Callie's Castle. Drive sorang sorang but hari siang lah. Kalau malam memang tak berani lah... |
|
|
|
|
|
|
|
ohsemmm replied at 23-11-2016 04:17 PM
Risik2 ngan mak...katenya kat batu 6 ade tempat utk bakar mayat kaum h####.
Dorang tu nak men ...
Ini kat kuil dekat area Callie's Castle tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ohh..i dekat ipoh ni haa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2016 11:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
KISAH 9 : IPOH ( Episod 2 : Part IV )
( masih lagi Sambungan hari kedua )
Tak sampai 5minit gerak dari kedai makan tu, Abg Man cakap nak stop isi minyak kejap. Time balik tu kitorang still lagi segar bugar. Takda sorang pun yang mengantuk. Al-maklum lah nocturnal.
Abg Man drive, sementara Kak Ina co-driver. Aku dan BF pulak di kerusi belakang. Aku belakang Kak Ina, BF aku belakang Abg Man.
Sesampai nya di petrol pump tu Abg Man dan Kak Ina terus keluar. Lama jugak diorang kat kaunter. Pasal cashier dia suka tidur waktu malam. Kalau orang datang nak isi minyak, ko kena kejut dia dulu. Aku selalu kena, sebab petrol pump tu memang laluan aku balik.
Lepas diorang bayar kat kaunter aku dan BF pun keluar nak isi minyak. Yelah, dah orang bayar kat kaunter takkan nak bajet bajet anak raja duduk je tercongok dalam kereta. Kena lah tolong isi kan pulak kan.
So kitorang pun berdiri lah kat tepi kereta. BF aku sebelah pump, aku betul betul sebelah tangki. Letak je nozel, minyak auto mencurah curah masuk ke tangki. Sambil sambil tu aku sembang sembang dengan BF aku.
TET TET TETT TET TEETT.......
Tiba tiba berbunyi tempat swipe kad bonus atau member club pump minyak tu pada mesin pump. Kat screen tu keluar merapu rapu macam macam. Buat pengetahuan korang, time tu kitorang pakai kereta sewa je. Sebab BF aku kereta pun takda lagi masa tu. Apatah lagi kad bonus.
Benda tu berterusan keluar macam macam simbol dan garisan sambil mengeluarkan bunyi seolah olah keypad tengah mendail no di handphone. BF aku pun tepuk tepuk screen tu few times. Lagi teruk jadinya. Sampai keluar macam macam color dah.
"Rosak kot"
Aku bersuara sambil hulur nozel kat BF aku untuk diletakkan nya semula ke pump. Kitorang biarkan je lah screen tu. Biasa lah machine kan. Mesti ada technical error. Aku dan BF still lagi kat luar kereta tunggu Abg Man dan Kak Ina.
BUUUUUUUUUMMMMMMMM !!!!
Nak runtuh jantung kitorang dengar bunyi tu. Bapak kuat nya. Sampai tertunduk pejam mata terus kitorang sebab terkejut sangat. Ada bunyi benda berat jatuh atas bumbung Petrol Station tu. Aku dengan BF terus berlari. Tapi bukan berlari masuk kereta, berlari ke luar kawasan berbumbung Petrol Station tu nak tengok apa benda yang jatuh!
Petrol pump tu tak jauh dari dua buah mini Station Bus Ipoh. Dan juga tersangat lah hampir dengan jalan besar. Kereta kereta yang lalu pun, perlahankan kereta nak tengok apa yan kitorang cari.
Aku dengan BF melompat sambil terjenguk jenguk atas bumbung. Nak tengok apa yang jatuh, mungkin burung, mungkin bintang or apa apa hidupan yang logik lain.
"Tak ada apa pun.. Bunyi bukan main kuat"
Aku cebik je setelah puas mencari apa ada atas bumbung station tu. Memang tak ada apa pun. Bunyi kuat sangat. Takkan lah jatuh terus hilang pulak kan.
"Ada benda nak kacau kita ni!"
Aku terus pandang tepat muka BF aku yang berkerut kening lepas dia cakap macam tu. Ish dia ni. Apa saja lah mulut. Geram pulak aku. Then kitorang berjalan ke kereta, kebetulan Abg Man dan Kak Ina pun sedang menuju ke kereta.
"Woi, korang buat apa terhendap hendap tadi?"
Abg Man tempik dari jauh. Jarak dari belakang Station tu ke pump kitorang agak jauh jugak. Diorang ke tandas rupanya. Patut lah lama. Tandas tu terletak kat belakang station tu. Tandas Unisex. Tandas tu juga menghadap Mini Bus Station yang menyediakan perkhidmatan bus dari Ipoh ke Shah Alam selain dari Station Bus Medan Gopeng.
"Ada benda jatuh atas bumbung bang!"
BF aku jawab soalan Abg Man. Abg Man dan Kak Ina buat tak tahu je dengan jawapan tu. Mungkin sekadar bertanya dan tak berminat nak ambil tahu lebih lanjut pun.
Then kitorang pun meneruskan perjalanan pulang melalui Menglembu. Sebab nak hantar Abg Man dan Kak Ina balik dulu, baru lah BF hantar aku pulak balik.
Dalam kereta kitorang melayan perasaan masing masing je. Takda nak berbual sangat. Agaknya dah kehabisan perkataan . Apatah lagi topik. Kitorang melepak dari Penang kot. Haruslah habis ayat dah nak di luah.
"Wei. Kita pergi Lumut nak?"
Tiba tiba je Kak Ina bersuara.
"Apa Sayang ni, tetiba je ajak ke Lumut?
Suami Kak Ina, Abg Man pulak mencelah.
Aku senyum je dengar. Malas nak layan sangat. Sebab otak seminit Kak Ina tak boleh pakai subuh tu. Tolak tambah, 2jam je lagi masa untuk dia berkejar hantar kitorang semua balik. BF aku kerja pukul 7pagi kot.
--- Sekian panjang dah jalan cerita, disini biar aku namakan BF aku sebagai 'Remy' je lah ---
"Ish. Mana boleh kak saya kerja lah 7pagi kejap lagi"
BF aku merungut. Rungutan ditujukan khas buat Kak Ina.
"Alah Remy, ko ambik lah MC. Bukan selalu Sophea balik Perak. Hehehe"
Kak Ina start menghasut BF aku. Dia seakan tahu, bahawasanya iman kerja BF aku ni goyah.
"Nak pergi Lumut tu buat apa sayang oi?"
Abang cool a.k.a Abg Man bersuara. Dia ni jenis bukan suka suka marah orang. Even cadangan tak kena pada masa, situasi dan tempat.
"Alaaaaaa. Kita dah lama tak pergi Lumut lah abang. Sayang teringin sangat nak pergi Lumut. Hehehe"
Kak Ina buat buat gedik memujuk rayu suaminya berbekalkan ayat kesian.
"Entah lah sayang. Kena tanya Remy lah macam mana. Remy, ko macam mana?"
Abg Man dah tewas di ayat isterinya. Beliau cuba menewaskan BF aku pulak dah.
"Mana nak beli MC bang? Saya risau kena tindakan je kalau suka suka ponteng. Saya dah lah budak baru. Tak masal je kena buang nanti"
Aku dah agak dah. Iman kerja BF aku runtuh jua akhirnya. Dia memang setuju lah ni nampaknya!
"Alahhh. Setakat MC ko toksah risau lah Remy. Berlambak kat sini boleh dapat. Hehehe"
Kak Reny cuba meyakinkan BF aku. Asal dapat ke Lumut gamaknya.
"Haaa. Cantek lah kalau macam tu. Kita gerak balik rumah abang dulu. Then baru kita gerak ke Lumut"
Abg Man mula menyusun tentatif program.
"Sayang dah lama tak pergi Lumut... Hehehe... tak sabar nya rasa... Hehehe..."
Kak Ina meluahkan kegembiraan nya pada suami tercinta.
"Tulah. Lama dah tak pergi kan. Kita gerak pagi ni mana nak tuju? Pagi pagi apa yang ada kat sana?"
Abg Man masih berbual dengan Kak Ina. Seolah olah kitorang tak wujud. Maklum lah, wife-first.
"Mula mula kita balik rumah dulu, ambik anak anak kita. Lepastu baru kita gerak ke sana... Hehehe kesian anak anak, lama dah tak berjalan... hehehe"
Suka sangat nampaknya Kak Ina ni dapat merayap ke sana. Asyik gelak je tak berhenti.
"Kak, tak payah lah gelak macam tu. Seram sejuk saya dengar. Nak cakap tu, cakap je lah. Tak payah gelak gelak"
Aku rimas bila dengar Kak Ina cakap satu ayat, then gelak. Cakap cakap lagi, then gelak. Tak selesa. Aku sound lah dia sebiji.
"Lepastu baru kita gerak ke Lumut... Hehehe Sampai sana sewa lah bilik hotel sebiji... Hehehe Kitorang tidur dalam bilik, abang dengan Remy tidur lah dalam kereta berdua... Hehehe"
Kak Ina menyambung lagi hujah nya. Masih lagi diiringi ketawa kecil. Geram je aku dengar!
"Haaa. Okay jugak plan sayang kalau macam tu. Remy ko macam mana?"
Abg Man memberi reaksi positif pada cadangan cadangan isteri nya.
"Hehehe"
"Hehehe"
"Hehehe"
Kak Ina gelak sorang sorang. Setiap gelak diselang selikan 5saat. 3 patah je dia gelak. HE-HE-HE
"Kak, tak payah lah gelak macam tu!"
Aku tempik dari belakang. Geram betul aku masa tu.
...................................................................
Masa ni aku dah start meremang. Geram pulak aku dengan Kak Ina. Cakap sepatah, gelak. Cakap lagi, gelak lagi.
Aku berbisik bisik dengan BF aku kat kerusi belakang. Sambil aku siku sikukan lengan dia. Tak puas hati betul aku masa tu.
"Awak.. Apahal Kak Ina tu cakap sepatah gelak. Cakap lagi, gelak lagi. Gila ke apa?"
Aku berbisik sehalus mungkin dengan BF aku. Demi menjaga hati pasangan sudah berkahwin di depan. Tapi jauh kat sudut kepala otak aku, aku tahu Kak Ina ni dah lain macam.
Lepas je aku cakap macam tu. BF aku geleng geleng kepala dan terus tolak aku ketepi tingkap seat dia. Tadi dia duduk belah kanan belakang Abg Man, aku pulak belah kiri belakang Kak Ina. Lepas aku cakap macam tu, dia tolak aku ke kanan, yakni di kerusi dia dan dia meluru duduk di tengah tengah, diapit kerusi Abg Man dan Kak Ina.
...................................................................
"Kak Ina, ulang balik apa yang akak cakap tadi tu"
BF aku duduk kat celahan kerusi antara seat depan dan hulur kepala dia menghadap Kak Ina.
"Cakap apa? Hehehe"
Kak Ina soal balik BF aku dan buat lagi bunyi gelak tu.
"Tadi lah, yang akak cakap nak pergi Lumut apa benda semua tu. Ulang balik semua, saya nak dengar"
Serius je nada BF aku ni menyoal Kak Ina.
Abg Man dah pandang pandang dah time tu. Risau bertumbuk pulak diorang kejap lagi. Yelah, tetiba je BF aku cakap kasar kasar dengan bini dia. Kalau kita pun hangin kan, orang cakap kasar kasar dengan pasangan kita tanpa sebab munasarawak.
"Abg. Kejap"
BF aku panggil Abg Man. Abg Man pun toleh ke BF aku.
"Pssstttt.. Psssttttt pssssttttt psssstttt psssstttt psssstttt psssttttt!!"
(Actually aku tak dengar pun apa yang BF aku bisik kan pada Abg Man. Aku dengar 'pssssstttt pssssstttt psssstttt' je berulang ulang. So aku pun taip untuk korang macam apa yang aku dengar jugak lah)
"SYAAAAAAAIIIIIITTTTAAAAAAANNNNNN!!!"
Dengan tak semena, lepas habis je BF aku berbisik, Abg Man menjerit sambil libas stereng ke kiri mendadak. Terpelanting semua dalam kereta. Abg Man berhentikan kereta ke bahu jalan dengan cara yang, kira kalau ada orang tengah follow kat belakang memang carutan je yang Abg Man mungkin akan dapat. Nak M ke apa!
"KO SIAPA HAH?"
Abg Man menyoal Kak Ina. Muka dia betul betul tepi kak Ina. Nafas Abg Man turun naik. Reaksi biasa orang yang sedang mendidih darahnya.
"Hehehehehehehehehehhehehe"
Kak Ina gelak je. Haram berjawab soalan suami nya yang dicintai.
"KO SIAPA SYAITAN? BINI AKU MANA HAH?"
Abg Man menengking nengking depan muka Kak Ina.
"Hehehehehhehehehehehehehe"
Dan macam yang korang boleh agak, Kak Ina hanya ketawa.
Apa yang aku boleh gambarkan, Kak Ina duduk bersandar di kerusi sambil muka menghadap depan. Kepala dan badan tegak. Tangan atas perut, dengan jari jemari yang disilangkan antara kiri dan kanan. Cuma suara je yang keluar. Bila dia gelak, badan dia je ikut terhinggut hinggut synchronized dengan bunyi ketawa. Rambut dia straight paras bahu. Tapi masa tu, rambut tu semua menutupi seluruh bahagian pipi. Ni apa yang aku nampak dari tepi, sebab BF aku dah tolak aku ke belakang seat Abg Man.
"KO MAIN MAIN DENGAN AKU YE? OK TAKPA!"
Abg Man masih menengking. Marah betul dia. First time aku tengok dia mengamuk macam tu.
Lepas je dia habis bercakap, dia pandang depan belakang dan libas stereng ke kanan pulak sambil buat pusingan U paling berbahaya di dunia. Dah lah kereta sewa. Mujur lah dia ni cekap. Kereta masa tu menuju ke pekan, atau lebih senang cakap menuju ke Ipoh semula.
Lepas tercampak dalam kereta sekali lagi, oleh skill memandu yang agak berbahaya oleh Abg Man, BF aku dah start terkumat kamit mulutnya sambil bersandar di kerusi belakang.
"Eh, kita nak pergi mana ni?"
Kak Ina terpinga pinga. Disoalnya suami sambil dia berpusing pusing memandang keliling di tempat duduknya.
"Hah. Tahu pun nak bercakap! Tadi tanya taknak jawab!"
Abg Man perli Kak Ina.
"Woi, kita nak pergi mana ni? Tadi kata nak balik??"
Kak Ina masih lagi terpinga pinga di kerusi hadapan. Tercangak bangak memandang suami nya.
"Aik, balik? Bukan tadi kata nak pergi Lumut ke??"
Abg Man masih memerli isteri nya. Adalah tu trick dia.
"Lumut??? Lumut apakebenda pulak ni??? Remy nak kerja pukul 7 nanti kan?!"
Kak Ina pulak yang marah Abg Man. Kitorang kat belakang diam je. Taknak masuk campur.
"Hah, tahu pulak Remy nak kerja! Habis tu tadi siapa yang mengajak pergi Lumut?! Tidur sana?! Suruh kitorang tidur dlm kereta?! Sewa hotel?! Bawak anak anak?! Suruh Remy beli MC?! Siapa tu?!!!!!"
Abg Man menjerit jerit sambil memandu kereta dalam kelajuan yang speed trap pun boleh terlepas pandang. (Perumpamaan)
"Hoi bodoh!! Nak mati, mati sorang lah bodoh!! Tak payah lah ajak orang lain!!"
Kak Ina pulak mengamuk. Dan amukan tu ditujukan pada Abg Man sebab dia memandu pada tahap kalau kata terlanggar kambing, confirm takda kesan bangkai yang tinggal. Habis bersepai semua anggota.
"DIAM LAH SYAITAN!!"
Abg Man dan Kak Ina masih saling bertekak kat kerusi depan. Aku dah kumat kamit baca macam macam surah. Berterabur dah semua. Mulut BF aku juga masih kumat kamit.
"Patah balik lah bodoh!! Nak pergi mana ni bodoh!! Patah lah balik!!"
Kak Ina mengamuk ngamuk kat kerusi depan sambil pandang Abg Man.
"KO TAK PAYAH MEMEKAK! SIAPA SURUH KO TUMPANG KITORANG? KO NAIK KAT MANA TADI HAH SYAITAN??"
Abg Man pun balas menjerit balik pada wife dia. Entah sampai bila lah nak tamat maki memaki, tengking menengking, jerit menjerit tu.
"Abang, nampak nya dia ON-OFF NI bang"
BF aku bersuara pada Abg Man. Aku harap korang faham maksud ON-OFF tu.
"Memang pun. Ko tengok lah, kejap mengaku kejap tak mengaku dia cakap apa tadi"
Abg Man tahu sesuatu dah buat Kak Ina kejap jadi dia, kejap jadi orang lain. Tapi kita manusia, jangan tunduk dengan taktik mereka.
BF/REMY : Mana kita nak pergi ni?
ABG MAN : Abang rasa kat toilet petrol station tadi.
BF/REMY : Bukan dekat kedai makan?
ABG MAN : Abang syak kat toilet. Tadi masa abang tengah buang air, boleh pulak Kak Ina intai abang!
Macam yang aku ceritakan di awal awal. Tandas petrol station yang kitorang singgah tu, toilet dia kat belakang building. Toilet tu unisex. So lepas sorang, baru sorang lagi masuk.
Abg Man cakap masa dia tengah buang air, Kak Ina tunggu kat pintu. Tetiba tengah melepas hajat, dia nampak kepala Kak Ina terjulur masuk kat pintu sambil pandang Abg Man senyum senyum. Diorang ni dah kahwin bertahun tahun ye. Tak pernah Kak Ina buat perangai huduh mengintai Abg Man buang hajat macam tu!
Kebetulan. Dalam pada Kak Ina intai Abg Man, aku dan BF pun kena sakat kat pump. Screen untuk swipe kad tu tetiba je rosak. Sudah tu ada benda melompat atas bumbung. Tapi tak nampak kelibat binatang. Lagipun tengah bandar manada musang ke, monyet ke. Kalau kampung lain lah. Rimau pun ada.
To make it short, kitorang pun berhenti lah di depan petrol station. Tapi bukan petrol station tadi. Petrol station yang kitorang berhenti ni, berdepan dengan petrol station yang Abg Man syak tempat sesuatu tumpang Kak Ina. Tapi petrol station ni tutup. Senang sikit nak buat 'kerja'.
Sebaik je sampai kat situ, BF suruh aku turun sama. Duduk jauh sikit dari kereta. Abg Man pulak terus berlari keluar kereta ke seberang jalan, menuju ke toilet yang aku sebutkan tadi. Kak Ina masih di kerusi depan. Keempat empat pintu kereta dibiarkan terbukak.
Sementara Abg Man di dalam toilet, BF aku buat lah serba sedikit yang dia tahu. Masa ni Kak Ina menjerit jerit kepanasan. Mulut pulak tak berhenti sebut 'sakit lah bodoh' berulang ulang kali pada BF aku. Suara BF aku, tak dapat didengari sebab aku berdiri jauh dari kereta. Kak Ina menjerit, sebab tu aku boleh dengar buah butir percakapan nya.
Selang 10minit kemudian, Abg Man kembali melintas jalan menuju ke kereta.
"Bukan kat sini Remy!"
Abg Man buat muka panik.
Kitorang berbincang. Nak tahu yang menumpang Kak Ina ni dari mana datangnya. So bincang punya bincang, kata putus dibuat, kitorang pergi ke setiap tempat yang kitorang singgah haritu. Kecuali Penang lah kan.
Gerak dari petrol station terus menuju ke KTM. Tempat aku nampak Rafi terhendap hendap kat parking masa diorang tengah layan video hantu. Aku tak bagitahu pun pasal kes Rafi. Diorang sendiri nak ke sana.
Lepas diorang cuba ikhtiar kat situ, kitorang gerak ke kedai makan pulak. Kat situ diorang berdua berlari ke tandas bawah pokok besar yang aku cerita berlaku penampakan pada diorang berdua dan beberapa kawan aku yg lain tu. Aku ditinggalkan di kereta bersama Kak Ina. Ingat aku nak duduk dalam kereta? Memang tak lah! Aku keluar dan berdiri je tepi pintu kereta. Takut aku, tetiba Kak Ina menjerit. Naya je aku nak handle sorang sorang!
Sekembali nya diorang dari tandas, semua terkocoh kocoh masuk kereta sebab taknak budak budak kedai situ perasan kitorang datang. Nanti diorang mesti tanya macam macam. So kitorang terus gerak balik ke rumah Abg Man dan Kak Ina.
Dalam 20minit sampai lah ke rumah Kak Ina. Aku yang bersaiz S, di suruh papah Kak Ina yang baru lepas kerasukan ke dalam rumah. Dia boleh jalan, cuma mata je pejam. tapi macam tak sedap, kena lah papah kan.
Dalam rumah, Kak Ina masih tak bukak mata. Dia sedar, tapi mata tak terbukak. BF aku dan Abg Man bergabung tenaga merawat Kak Ina. Macam macam lah diorang buat. Tapi takda yang syirik lah. Semua dengar buah butir Ayat suci Al-Quran. Kak Ina juga diberi minum air Yasin berulang kali oleh suaminya.
Dalam setengah jam baru lah selesai pulihkan Kak Ina. Abg Man buat kerja dia di dalam bilik. Tak pasti pulak aku dia buat apa. Aku dan BF aku duduk menghadap Kak Ina dalam jarak sebesar lebar ruang tamu rumah teres kos sederhana.
"Kak, bukak mata"
BF aku pujuk Kak Ina. Kalau pejam, takut kerasukan lagi sekali.
Perlahan lahan Kak Ina buka mata dia dan pandang BF aku. Then dia cepat cepat tutup mata dia balik.
"Kenapa tutup balik? Pandang saya kak"
BF aku pujuk lagi Kak Ina.
"Taknak. Taknak bukak mata"
Kak Ina jawab pendek je.
"Kenapa taknak pulak? Tengok lah saya ni"
BF aku senyum senyum je. Aku pun tak faham apa dia cuba lakukan masa tu.
"Taknak. Takut!"
Kak Ina tutup muka dia dengan tangan pulak dah.
"Takut apa Kak? Pandang lah saya ni"
BF aku meng-annoying-kan aku. Kalau aku kena paksa paksa macam tu mesti stress.
"Taknak! Ada benda kat belakang kamu!"
Kak Ina masih tutup muka dengan tangan.
"Benda apa kak?"
BF aku menyoal sambil toleh belakang dia, yakni dinding semata mata ye kawan kawan. Aku pun toleh sama masa tu.
"Tak tahu. Dia baju hitam. Dia pandang akak! Akak taknak tengok kamu"
Kak Ina masih menutup muka nya.
Masa tu baru lah BF aku berhenti bertanya. Menurut BF aku, kalau seseorang lepas dipulihkan dan orang tu taknak tengok mata dia or dia. Orang tu ada jin lagi tak habis keluar. Senang cakap takut lah. BF aku jugak inform yang benda tu adalah lelaki dan berbaju silat hitam. Aku tanya apa benda, sampai kesudah dia taknak jawab. Dia kata dia taknak pun benda tu. Aku pun tak tahu apa benda nya.
At the end, kitorang bertiga duduk berbincang di ruang tamu selepas Abg Man bawak masuk Kak Ina dalam bilik.
Menurut Abg Man, sehari sebelum tu Kak Ina dah kena dah tapi tak kuat sangat. Dan aku dimaklumkan mereka, ada 8 ekor ye tuan tuan dan puan puan yang menginap desa a.k.a homestay sebentar di badan Kak Ina sepanjang malam tadi. Dari 8 ekor, hanya 7 ekor sahaja berjaya dikeluarkan. Sebab tu lah Kak Ina cakap dia nampak something atas kepala belakang BF aku.
Dan perkara perkara yang kitorang kena dalam part part sebelum ni tu adalah segala petanda nya. Cuma hanya aku sorang yang paling banyak sedar masa tu. Diorang berdua tak perasan.
1. Kat tepi laut. Ada bau busuk secara tiba tiba. Kemudian, Kak Ina kata dia pening dan terus duduk dalam keret sedangkan kitorang masih kat tebing pantai.
2. BF aku muntah secara tiba tiba time kitorang sesat cari jalan keluar dari Bandar Penang nak ke jambatan kedua.
3. Aku dihantui sesuatu yang menghendap kalangan geng kitorang masa melepak layan video Paranormal di KTM.
4. Aku perasan Abg Man marah Kak Ina layan video paranormal. Abg Man marah sebab takut Kak Ina kena rasuk lagi. Dia yang jenuh nak ubatkan.
5. Kat kedai makan, lepas BF aku dan Abg Man balik dari toilet Kak Ina tunduk diam je. Padahal dia sorang yang kecoh. Masa tu dia dah kena dah. BF aku perasan.
6. Aku dan BF kena ganggu di petrol station, waktu yang sama Kak Ina intai Abg Man buang air.
7. Kak Ina merepek repek sepanjang jalan. Sedangkan sebelum tu kat kedai makan dia diam je. Dia gelak 3 patah. Dia gelak BAHAHAHAHAHA ye kawan kawan, bukan HE-HE-HE.
So settle lah episod melepak tu dengan peristiwa yang tak terduga. First time aku alami, takut ada teruja ada. Tapi takpa, aku ambik sebagai pengalaman.
Tak ku sangka tak ku duga. Esok nya ada lagi kes. Ish, tak serik serik betul! Nantikan Episod 3. Episod 2 dah habis.
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaa yeke. hehe silap pulak
siapakah gerangan nya. hint sikit nama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|