Post time 8-11-2020 02:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Catpaw replied at 8-11-2020 11:19 AM
wah nampak sedap. Tak pernah masak octaopus ni. Macam mana nak siang
Hrtu suruh husb yg siang.. xdan tgk.. tp besar jugak octopus nya.. sbb tu dia potong2 tentacles tu..
Keypo msk sambal mcm biasa je.. mcm resepi sambal ikan bilis.. tp tukar octopus.. masa masuk octopus tu, bukak api besar, kacau2 supaya x hangit. Kejap dlm 2 minit je. Pastu tutup api.. sbb kalau msk lama dia jd kenyal..
Post time 8-11-2020 02:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tadi anak nangis2 nak balik, dia ada projek di u tapi kawan2 hostel dia nak balik jadi dia takut dah tak ramai yang tinggal. Manalah ayah boleh merentas negeri semata-mata nak iring anak daranya balik.
Disuruh pegi balai polis minta surat pelepasan lagi kuat nangisnya, macamlah kalau masuk balai kena masuk lokap.
Post time 8-11-2020 02:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 8-11-2020 11:48 AM
Oh. Menteri Kanan Pendidikan yg live
20/1/2021- sesi persekolahan katanya...
1. Semua sekolah termasuk Kelantan, Perlis dan Pahang ditutup sehingga 17 Disember 2020
2. Pengajaran dan Pembelajaran secara online masih diteruskan. Guru perlu kekal berada di stesen masing.
3. Murid yg tinggal di asrama perlu dijemput pulang oleh ibu bapa.
4. Penggal persekolahan akan bermula 20 Januari 2021 secara bersemuka bagi semua murid termasuk Kolej Vokasional.
5. Untuk murid tingkatan 2 dan 3 akan mulakan sesi persekolah pada 20 Januari 2020 secara online. Akan mula kelas secara bersemuka pada 8 Mac 2021.
6. Tarikh peperiksaan ditunda iaitu SPM, SVM dan STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. STPM akan bermula pada 8 Mac 2021.
7. Kesemua ketetapan ini terpakai utk semua institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM. Utk sekolah swasta lain disaran ikut tarikh ini.
8. Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Murid ke Sekolah Khusus (PKSK) bagi tingkatan 1 dan 4 ditangguhkan ke tarikh yg akan dimaklumkan kelak.
9. Bagi pelaksaan Percubaan SPM, Kerja Kursus dan pentaksiran yg dijadualkan pada Disember, akan dijadualkan semula dan akan dimaklumkan kemudian.
10. Penjadualan peperiksaan ini tidak akan menjejaskan kemasukan ke IPT bagi tahun 2021 yg dikendalikan melalui UPU online oleh Kementerian Pemgajian Tinggi.
11. Bagi pelajar matrikulasi dan IPG, mereka akan meneruskan pembelajaran secara online sepenuhnya sehingga 31 Disember 2020. Pelajar matrikulasi akan masuk pada 4 Januari 2021.
12. Peperiksaan MUET utk pelajar matrikulasi yg dijadualkan pada 8 - 19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke tahun 2021.