|
gua kasi up ini bebenang.
ada lagi sape2 br trn gunung kinabalu dak? |
|
|
|
|
|
|
|
bestnyer..rasa nak pergi sekali gik
dulu pergi masa umur 20 tahun..huhu
skang bleh naik gik ker dah 25 tahun..hahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Transaksi perbankan dari puncak Gunung Kinabalu
KOTA KINABALU - Sebagai membuktikan komitmen untuk memperluas rangkaian perbankan ke Sabah, sekumpulan kakitangan kumpulan Al-Rajhi Bank mahu mencatat rekod menjadi bank pertama di Malaysia menjayakan transaksi perbankan dalam talian esok dari puncak Gunung Kinabalu.
Jika berjaya, bank itu akan diiktiraf sebagai bank pertama di Malaysia yang berjaya melaksanakan transaksi perbankan dalam talian dari paras paling tinggi dalam negara.
Pengurus projek bagi melakar sejarah itu, Mohd. Najid Yahya yang juga Naib Presiden Kanan Risikan Perniagaan Al-Rajhi Bank berkata, salah satu daripada objektif projek itu adalah untuk menghantar mesej kepada penduduk Sabah bahawa bank berkenaan akan membuka cawangan di negeri itu tidak lama lagi.
"Kami merancang untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan di Sabah menjelang suku pertama tahun depan," katanya dalam temu bual dengan Bernama semalam.
Najid menjelaskan, bank berkenaan sudah memperoleh lesen daripada Bank Negara Malaysia untuk membuka 50 cawangan di seluruh negara. |
|
|
|
|
|
|
|
x mendaki....cuma sampai di pondok timpohon ajek... hehehe...
nk pi ke area waterfall pun x lepas...
sudah dimangga/solex bah! |
|
|
|
|
|
|
|
323# fatt
fatt.. i guna normal jogging shoes.. nak naik ok.. tapi nak turun ada licin sikit.. especially if lepas hujan..
jgn lupa torch lite yg kat kepala tu... penting especially bila nak naik guna tali... my experience.. part2 nie dah mcm terpisah ngan geng2.. so kalau lampu mati.. kelam kabut sikit la... ggod luck |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu...tapi rami yg tak tahu...kalau buat trip ke Kinabalu ni better buat sekali aktiviti lain ,terlanjur dah sampai kk.
1st day- Sampai KK n bermalam
2nd day- WHite water rafting di Sg Padas...huhuhuh best wohhhh...level 4...bagus ambil dgn RIVERBUG.
3rd-5th day- Daki G.Kinabalu
6th day- Ronda KK
7th day - Pi lah singgah Labuan tido semalam, mmg takde apa sgt tp at least jejak kaki disana. Last day buat BBQ di Pantai Batu Manikar sambil tgk sunset....pas tu buat keja gile mandi laut malam2
8th day- balik ke wilayah masing2
dah 3 trip rombongan aku bawak, mcm tulah perjalanannya. Nak kata complete tidaklah. Bolehlah! Semua puas gilosssss..... |
|
|
|
|
|
|
|
rindunya gunung kinabalu....naik year 2007....
masa turun ckp ngan diri sendiri tak mo naik lagi...tapi skang kalau ada peluang dan kemampuan nak jer lagik.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat forum ni tade yg nak wat travel gi gunung ni ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
mintak tolong sapa2 blh bg cadangan.....bulan 11 ni aku plan nak panjat gunung kinabalu...aku isau time tu tkut cuaca tak berapa mengizinkan....aku tkut time tu musim hujan je |
|
|
|
|
|
|
|
majalah libur bulan ni ada cite pasal xpdc gunung kinabalu.. aku x smpat bc lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
349# derome
kalo nak tumpang join skali bole??? |
|
|
|
|
|
|
|
349# derome
kalo nk tumpang join skali bole??? |
|
|
|
|
|
|
|
wow, 10x naik gng kinabalu ke?
gunung ledang dah naik?
fatt Post at 9-6-2009 10:41
gunung ledang tak pernah..skrg susah nak naik gunung..kene tunggu anak2 besar baru best..taknak la tinggal2kan diorang..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
sapa ada no tepon pakej panjat gunung nih....
sila la letak...
tq |
|
|
|
|
|
|
|
berkobar-kobar ak bace pengalaman korg. ak aim nk takluk gng ni at least skali dlm idop nih.aminnn mudahan2 dimakbulkan tuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Nombor tepon pakej panjat gunung takde...... tapi boleh try google kat sutera sanctuary lodges untuk dapat info mengenai pakej panjat gunung. |
|
|
|
|
|
|
|
'Laluan Besi' Tertinggi Dunia Di Rabung Kinabalu
Oleh Sakina Mohamed
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jika ditanya pada orang kebanyakan, apakah itu 'via ferrata', hampir pasti reaksi mereka ialah gelengan kepala disusuli dengan jawapan "maaf, tidak tahu".
Cuba ulang soalan yang sama kepada seorang pendaki gunung atau mereka yang mempunyai hobi sedemikian, sudah pasti anda mendapat jawapan yang mengujakan berserta dengan cerita tentang pengalamannya sekali.
Via ferrata atau dalam bahasa Itali bermaksud 'jalan besi' merupakan satu laluan di gunung di mana tangga, pemegang besi serta kabel keluli tertanam dalam permukaan batu di lereng gunung itu.
Kehadiran via ferrata memberi peluang bagi mereka yang baru menceburi bidang pendakian untuk memanjat gunung, yang sebelum ini hanya satu bidang eksklusif bagi pendaki gunung yang berpengalaman dengan menggunakan peralatan khas.
Asal-usul rekreasi 'jalan besi' gunung ini muncul ketika Perang Dunia Pertama. Tentera Itali membina laluan via ferrata merentasi Pergunungan Dolomites untuk mengangkut bekalan serta senjata dan juga pasukan tentera untuk menyerang Austria.
Dengan adanya via ferrata, pendaki tidak perlu bergantung kepada peralatan yang biasa mereka gunakan seperti tali dan 'belay' (alat mekanikal yang diguna untuk mengawal keregangan tali) serta juga tanpa risiko yang mungkin dihadapi semasa pendakian.
Jalan besi seperti ini boleh dijumpai di kawasan pergunungan di Itali, Jerman, England, Perancis, Austria, Slovenia, Switzerland, Sepanyol, Sweden, Norway dan Poland serta beberapa lokasi lagi seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Malaysia.
Via ferrata yang dibina di Gunung Kinabalu, Sabah merupakan laluan besi pergunungan bukan sahaja pertama di Malaysia tetapi juga satu-satunya di Asia. Dibuka pada tahun 2007 ia merupakan laluan alternatif untuk ke puncak Gunung Kinabalu yang tingginya 4,095 meter dari aras laut.
Laluan ini terletak di permukaan batuan Panar Laban, Gunung Kinabalu. Via ferrata ini merupakan yang tertinggi di dunia pada ketinggian 3,776 meter dari aras laut dan fakta ini telah dicatatkan di dalam Guinness World Records.
Untuk ke via ferrata ini, pengunjung terpaksa mengharungi perjalanan dan pendakian selama 4-6 jam dari pejabat Taman Kinabalu.
Syarikat yang bertanggungjawab membina laluan ini ialah Mountain Torq Sdn Bhd yang beroperasi di Kota Kinabalu dan menjalankan promosi aktiviti pendakian gunung di Asia.
VIA FERRATA YANG DIBINA MOUNTAIN TORQ
Via ferrata yang dibina Mountain Torq ialah sepanjang 1.2 km dan merentasi kawasan gunung yang mempunyai darjah kesukaran berubah-ubah. Ia boleh digunakan oleh semua pendaki, daripada mereka yang baru menceburi bidang ini hingga kepada mereka yang sudah lama dan berpengalaman.
Pengarah Jualan dan Pemasaran Mountain Torq Quek I-Gek menyatakan 'laluan besi' ini sesuai untuk mereka yang berumur 10 tahun ke atas.
"Laluan ini direka untuk memberi peluang kepada pendaki yang tidak punya pengalaman untuk merasai keseronokan berada di atas gumpulan awan. Anda tidak perlu jadi seorang pendaki yang berpengalaman untuk berbuat demikian," kata beliau.
Keluarga, kanak-kanak sekolah serta juga pendaki yang mempunyai tahap kecergasan yang sesuai akan teruja untuk mencuba aktiviti 'Walk The Torq' (meniti kabel keluli yang tegang). Sepanjang titian 430 meter itu, yang mengambil masa 2-3 jam, peserta boleh menyaksikan keindahan alam semula jadi di Borneo.
Tetapi mereka yang mempunyai keinginan untuk menempuh keadaan yang lebih mencabar, serta yang boleh merangsang adrenalin atau mempercepat denyutan nadi, mereka boleh mencuba pendakian laluan ini sehingga ke Puncak Low, puncak yang paling tinggi di Gunung Kinabalu pada 4,095 meter dari paras laut.
Jarak via ferrata di laluan ini ialah 763 meter dan hanya sesuai untuk pendaki yang mempunyai tahap kecergasan tinggi. Cabaran lain ialah melalui jambatan gantung sepanjang 22 meter yang berada 3,600 meter dari paras laut.
"Selagi anda tahu bagaimana nak panjat tangga dan masih berupaya berbuat sedemikian, anda akan berupaya untuk melalui cabaran via ferrata. Apa yang anda perlukan ialah semangat kental untuk mengembara selain daripada kecergasan seorang pendaki gunung serta juga tidak gayat kepada ketinggian," kata Quek.
TAHAP KESELAMATAN
Bagi sukan lasak dan ekstrem, tahap keselamatan merupakan aspek keutamaan.
Dan menurut Quek, cabaran via ferrata lebih selamat berbanding sukan lasak pergunungan yang lain seperti abseling, mendaki batuan serta juga mendaki alpine.
Via ferrata yang dibina Mountain Torq's memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai cabaran pendakian dalam suasana yang selamat kerana ia menepati piawaian tahap keselamatan pendakian gunung antarabangsa.
Laluan besi ini berupaya menampung berat sehingga tiga tan metrik dan ia dibina oleh pakar via ferrata dari Eropah.
Langkah keselamatan yang digariskan Persekutuan Pendakian Gunung Antarabangsa (UIAA) bagi sukan pendakian juga dipatuhi dengan ketat. Segala peralatan yang digunakan, menepati piawaian dan disahkan UIAA. Para peserta juga tidak perlu bimbang kerana hadirnya pendaki dan jurulatih berpengalaman yang mempunyai kepakaran UIAA untuk memberikan bimbingan.
Satu sistem keselamatan 'belay' juga turut disediakan di mana setiap peserta akan disambungkan kepada satu talian yang memastikan mereka tidak tersasar dari laluan.
PERKHIDMATAN LAIN
Selain menawarkan pakej via ferrata, Mountain Torq juga merupakan satu-satunya pusat latihan pendakian gunung di Asia Tenggara. Ia menawarkan aktiviti pendakian seperti 'rappelling' dan 'alpine rock climbing'.
Penginapan juga disediakan di Pendant Hut, 3,270 meter dari paras laut dan terletak di Laban Rata. Ia menawarkan penginapan yang selesa dan mesra alam dan terdiri daripada dormitori, serta bilik VIP dan persendirian. Dari lokasi ini, pendaki hanya perlu berjalan kaki selama 15-20 minit untuk sampai ke tempat permulaan via ferrata.
Usaha Mountain Torq membina via ferrata di Gunung Kinabalu memainkan peranan mempromosi gunung itu dan Sabah sebagai destinasi pelancongan di Malaysia.
Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada http://www.mountaintorq.com. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan adanya 'Via ferrata' atau 'jalan besi' di Gunung Kinabalu, Sabah ini, pendaki tidak perlu bergantung kepada peralatan yang biasa mereka gunakan seperti tali dan 'belay' (alat mekanikal yang diguna untuk mengawal keregangan tali) serta juga tanpa risiko yang mungkin dihadapi semasa pendakian. Via ferrata merupakan satu laluan di gunung di mana tangga, pemegang besi serta kabel keluli tertanam dalam permukaan batu di lereng gunung itu - foto BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
358# Syd
hmmm... ada sesape tau budget harga kalo nk wat via ferrata ni??? truja la nk cuba... |
|
|
|
|
|
|
|
ade ke org peknen panjat gunung kk nih?
silap2 terberanak atas gunung plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|