CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: selimutpurple

TEMPAT BERHANTU SELURUH MALAYSIA

[Copy link]
Post time 27-2-2012 09:42 AM | Show all posts
Awat ada yang post link gambau lucah, siap dapat rate no 1 dari momod. Apakah?? Ni board MPS ke boar ...
amr17 Post at 27-2-2012 03:03



  itu yang saya pelik tu...ada point plak tu...errrrr???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 09:48 AM | Show all posts
Reply 52# BuBuComey


jgan dibuat lagi pegi tempat2 gitu time peknen ok, pasal org peknen semangat dia lemah sikit dari biasa, hantu syaitan suka, kalau nak pgi menginap kat mana2, jgn cari yang tersorok dan hotel lama, amatlah diragui mempunyai unsur2 lost spirit yang berkeliaran.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 11:09 AM | Show all posts
amber aprt nie mmg scary dowh..aku pelik knp masih ada yg dok honeymoon kat situ..saje jew ke nak thrill honeymoon?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 11:45 AM | Show all posts
Awat ada yang post link gambau lucah, siap dapat rate no 1 dari momod. Apakah?? Ni board MPS ke boar ...
amr17 Post at 27-2-2012 03:03



cuba bawak arrow tu kat avvy momod tu
kan ade catatan tu .... dia tulis cantas 100 kredit

tak semestinye tambah kredit jek ade gamba rate 1 tuh
kene cantas pon ade gak...... gi try tgk dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 02:37 PM | Show all posts
bagi iols kat hutan lagi manyak hantu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 04:47 PM | Show all posts
hiway karak terutama lepas terowong tu memang la selalu eksiden. apo nak scary nye..
sapa pernah lalu tau la selekoh dia pusing-pusing cam huruf S menurun bukit pulak tu. .

driver kereta2 ringan yang suka berada kat lorong paling laju tu memamg harus kena concentrate lebih....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2012 05:46 PM | Show all posts
Reply 86# seeri_7843


    Oh, gitu ke? Baru ku tahu. Hehe. Awat tak delete je pos gitu, tak pasal2 ak tertengok. Hilang kesucianku hahah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 05:54 PM | Show all posts
Reply 83# rospinki


    Rupanya kita salah sangka lah TT.
Maafkan kami momod ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 06:22 PM | Show all posts
Reply 80# AlexBen


    alamak jb la plak..
kitorg kat KL...
ko nak turun kl ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 06:25 PM | Show all posts
Reply 78# wanawina


    bukan tutup... sbb tak terurus...
cthnya.. parking cuma level 3 je bleh guna sbb ada lampu..
level 2 ke bawah takleh guna pasal takde lampu dan byk tempat rosak...
termasuk lif juga selalu rosak dan hanya smpi ke tgkat 3 je iaitu lobby

tingkat2 tertentu yg dia bg bukan sebab tingkat lain tutup, nak pergi boleh je
tp bukan dorg punya la...
bleh kata kat amber tu cuma ada dalam 50 rumah je yg dorg betul2 jaga dan guna...

sbbnya kompeni tu tak terurus.. mana ada aprtment services ajak family datang jaga..
bleh tgk kat kaunter tu pun takde org pakai uniform kan?

tandas dia kat lobby je yg dorg jaga.. kat tingkat lain haram...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 06:26 PM | Show all posts
ini saya bagi video kitorg kat amber aritu nak embed player tak reti

http://www.youtube.com/watch?v=2ni1ZECbdGo
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 06:27 PM | Show all posts
Reply 80# AlexBen


    try usha thread kitorg dulu - the others journey
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 10:09 PM | Show all posts
Reply 84# rospinki

huhuhu..time tu tak terpikir cane rupa amber court tu..skali bila dah sampai..hubby dah terkedu tengok tmpt tu menakutkan..bubu time tu tgh penat..yela..sarat ngandung..malas nk pikir sgt. hubby byk kali tnya..betul ke nak stay sini..kalo tanak, takpe..dia tak marah..bole je drive turun balik..tp bubu dah penat..bubu cakap takpela..kita stay.

lepas check in..kitorg pegi naik genting..jalan2..makan malam pastu turun balik g amber court tu. time tu dh senja kot..jalan punya la suram..masa tu dalam kepala bubu..rasa seram sbb jalan bengkang bengkok je..takde terpikir benda lain pon. malam tu bubu tido mati..pastu esk tu..kami blah.


bila sampai umah..barula hubby bukak cerita..yang dia rasa tak selesa..pastu rasa semacam je. dah tu..rasa cam diperhatikan..tp bila dia tgk bubu ok je..dia belagak ok gak la..sebab tanak bagi bubu takut. ohh..lupa nak bagitau..malam tu kami bermalam di amber court..hubby tak kasi tutup tv..biarkan terpasang je..pasal rasa terlampau sunyi..huhu


pasni, serius tak pegi dah situ
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 10:11 PM | Show all posts


ini rupanya masa kami sampai tu..tp time bubu pegi..rasanya huruf A dah tertanggal sama...skeriii
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 10:29 PM | Show all posts
vila nabila ni la yang mati2 kawan aku pegi carik di kala pepagi buta jam 3 pagi dengan kawan2 dia lepas pekena teh tarik ngan roti canai kat kedai mamak.

last2 masa nak balik kena kaco. dengar bunyi keta kena ketuk la, kena cakar la. si pemandu siap kena rasuk masa tengah drive. mata jadik merah sambil gelak2 speeding pehtu bila orang cakap dengan dia pon dia no respon. terpaksa kawan yang dok seblah tolong kontrol kereta. sampai jek gate UTM tros dia bingung2. ingatkan masih kat JB katanya.

syukur selamat sampai UTM.

bodoh baghal sungguh bebudak tuh. dah la suma pompuan. tau lemah semangat tapi boleh buat main2 lak benda gini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 10:30 PM | Show all posts
credit kepada blog ni
http://www.melvister.com/2011/09 ... ting-highlands.html

Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.

Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. JAdi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.

Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.



Sumber: Kisah Seram Di Genting Highlands | melvister.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 10:34 PM | Show all posts
1. Amber Court






Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:

Sumber: Kisah Seram Di Genting Highlands | melvister.com



Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:
amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.
kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay

aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…
aku punyalah takut…
…..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…
lama2 hilang malu, takut punya pasal,
aku nangis sampai member aku terjaga…
bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…
aku dah stop jerit.
member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…
pastu baru diam…

aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 10:39 PM | Show all posts
2. Apartment Ria



Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:

kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…


Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen

Ini cerita mereka di Apartment Ria:

hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 10:41 PM | Show all posts
3. First World Hotel


gambar credit to http://www.hafizstory.com/tag/amber-court/



Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.

Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran

Sumber: Kisah Seram Di Genting Highlands | melvister.com
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 10:46 PM | Show all posts
4. Cradle Rock


Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:

budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…
sbab kedudukan batu macam tergantung…
alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je/….
kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ
depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…
membe aku kene kat situ…
dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..
nampak la bende tu…
nampak cam pompuan nangis2……………..
ingat nak tolong la..pegi tanya…..
makin lama makin kuat nangisnya..
dari nangis tuka mengilai kuat…
nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..
die blah slow2
besok demam gak la 2 hari


Sumber: Kisah Seram Di Genting Highlands | melvister.com

kat 1st world pun seram aku dgr cita membe aku
ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil
tu yg diorg cita la

tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs
tak ingat tower brapa
dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik
stay sana mlm tu

mlm tu aku x leh tido
rasa cam ada org dok usha je aku baring
pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun
membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko
aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi
sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm

http://www.hafizstory.com/tag/amber-court/

ok aku nak cakap aku penah duduk kat amber court ni..seram gila..
dah la nak masuk satu hal jauh ..kena tempuh ladang cendawan dulu..gelap lak tu
x de lampu jalan..lg satu hotel dia bukan ada heater nak mandi pun x tahan gigil2x
masa masuk kat dalam apartment pun dah rasa kembang tengkuk..

ok aku nak crita satu pengalaman aku kat sana..mlm tu kami borak2 kat luar living hall..
anak aku dah masuk tido dgn maid..lps dalam lebih kurang 1jam maid aku kluar dr bilik
tanya aku panggil dia kenapa..aku terkejut bila masa aku panggil dia..kami ramai2x dok borak kat luar x de pun aku masuk dalam bilik..sbb klu aku masuk sebelum anak aku tido dia(anak aku)
mesti dah x mo tido dgn maid aku mmg nak bekepit dgn aku aje..
lps tu dia kata apa kat aku tau ..dia kata ” kakak yg berdiri kat luar (balcony) td panggil saya..lps tu kakak masuk dan terus kluar dr bilik ” ..so kami ramai2x pandang satu dgn lain..apa lg aku terus
masuk bilik aku angkat anak aku tgh tido bawa tido kat luar…kami semua berkumpul tido kat luar mlm tu..esok nya kami terus checkout x tunggu dah payment yg kami dah bayar kat agen pun
burn gitu aje..jangka nak duduk 2mlm jd satu mlm aje..gitu la kisah nya,sorry la aku x pandai nak bcrita sgt aku nak crita pengalaman aku kat amber aje,supaya korang berhati2x klu org (agen) offer hotel tu hentikan aje la x yah la duduk situ mmg angker tpt tu ..sampai la ni kami x tau apa benda apa yg ‘memanggil ‘ maid aku tu..

http://www.hafizstory.com/tag/amber-court/

ader…cousin aku pun pernah keja kat Genting nun.memang pernah dengar kalau sape2 yg nak berjudi tu kalau ada bawak ‘belaan sendiri’ tak’an boleh menag besar punye.Pasal awal2 lagik Tokey Genting dah letak 3 jin besor kat penjuru Genting sana tu…
dan kawasan atas sana tu asalnya gunung@hutan…so bila ader benda2 pelik belaku tu tak heran lah…termasuk le kes2 bas jatuh gaung…

http://www.hafizstory.com/tag/amber-court/

hhmm
Genting Highlang to memang banyak cerita pelik pelik…
spirits yang berada di sana tu jugak agak seram
pernahkah u all pikir knape?

casino dekat sana…
ramai orang gamble kat sana… pinjam duit… kalah habis
takde duit nak bayar…. den bunuh diri dekat sana
sebab tulah roh roh mereka terperangkap kat sana

selain itu, roh2 mereka pulak menunggu kat sana untuk mencari penggantinya
so mereka sambil tunggu sambil kacau orang lah….

i pernah pergi sana banyak kali
tapi i tak suka tinggal dekat sana… tak tau mengapa.. hahhaa auranya mungkin tak sesuai aku
tapi… i advice orang yang nak ke sana, prepare lah ape yang u nak bawak untuk menghindari mereka.
dan yang penting u jangan takut dengan mereka
cakap senang… bila betul betul hahaha tak tau la

sana memang banyak roh yang tak aman
kawan i bertapa kat sana pun kata sana tak boleh tahan
sampai dia terpaksa mintak masternya ke sana untuk menjemputnya balik ke kl
hahahha

tapi.. i rase kan….
dunia kita ade peraturan… dunia mereka juga ade peraturan
kalau kita ‘terjumpa’ dengan mereka, ucaplah kata kata suci
dan janganlah menyusahkan diri dan mereka

http://www.hafizstory.com/tag/amber-court/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.215637 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list